Tabungan

19 May 2011

bila kena pindah opis, kena pindah umah sekali la jawabnya.

tadi dalam management meeting, dah confirm, opis kitorang akan berpindah ke Putrajaya pada bulan 7 nih. aku memang awal2 lagi dah bersedia nak berpindah umah juga. tapi punyalah susah nak cari umah yang MAMPU kami bayar hahaha. maklumlah, masing2 baru nak mula hidup, kena cari yang betul2 MAMPU namun masih selesa laki bini anak pinak.

selepas terjah sana-sini, akhirnya dapat umah boss haha. rupa2nya boss saya ini banyak hartanah weee. sembang punya sembang, korek punya korek, dapat tahu dia ada rumah kat Semenyih. tapi, mula2, umah tu, boss aku dah bagi pada orang lain. macam takde rezeki je kan. tapi last2, kakak tu tukar fikiran, tak jadi pindah, so pass baton balik pada aku.

wah rezeki kami dapat umah tu. kami last week pergi jugak la menjengah bakal umah tu. ini seriusssss!!!!! sangatlah cantik rumah tu. teres setingkat, corner lot lagik. sangat luas tanah dia. dan besar pun sangatlah sesuai untuk kami 3 beranak. memang dah fall in love lah. tak sabar dah nak pindah. dan boss kami pun setuju nak sewakan umah tu 500sebulan. wah sangatlah mampu :)

bila mana director admin dah umum tadi kami confirm gerak bulan 7, aku terus contact encik nazri. sembang punya sembang, kami setuju nak gerak lebih kurang sebulan awal. hantar barang sikit2 ke umah baru tu. cuci2 sikit. decorate2 sikit. ahhhh. heaven!!

tapi kami aje yang excited nak pindah. kebanyakan rakan sekerja kat opis tak berapa nak pindah sebab diorang memang dah lama kat KL. dah ada umah sendiri. anak2 pun belajar kat sekolah kat KL. banyak aje masalah.

jadinya kami yang minoriti yang tak kisah nak pindah ni terpaksa bergembira dalam senyap hehe. kenapa? nak kena pukul sebab happy nak pindah? haha.

bercerita tentang umah sewa. aku punya banyak kenangan tentang umah sewa.

dulu, aku pernah menyewa kat subang intan, kat area kg.melayu subang tu. aku duk situ ngan kak ipar berdua aje lepas kematian abang aku. memandangkan umah tu mahal, kami sepakat nak sewakan bilik tu pada orang lain.

orang yang memula menyewa dengan kami oke. takde masalah. memang budak baik. tapi tak lama dia lepak ngan kami. sebabnye dia pindah dekat sikit lagi dengan opis dia. makanya, terpaksa kami cari orang lain.

orang yang kedua ni, banyak problem hee. masa dia memula masuk tu aku dah kurang berkenan dah. memangla orang kata jangan judge the book by its cover kan. tapi kalau dah pergi makan malam kat luar pakai suar pendek takat peha dengan tube aje, apa kes kan?

dan perangai dia makin menyerlah bila dia start bawak laki balik umah. time tu kantoi ngan aku masa aku ke dapur nak buat air. bukan kantoi pun rasanya, dia sengaja bukak pintu, dan aku pun nampakla mamat tu dalam bilik tanpa segan silunya.

aku pun dengan berhemahnya, tanyalah kat kak ipar aku, siapa mamat tu. yelah mana tau kot adik dia ker, abang dia ker kan, numpang sekejap ker. tapi, suprise!! bukan adik bukan abang, memang terang2 itu boipren dia. aku pun sound la kak ipar aku, kata yang mak aku nak datang ujung minggu ni and harap2 dia bawaklah boipren dia kuar.

tapi menakjubkan, rupe2nyer pandai belakon minah ni. dia wat cam biasa, tgk tv kat luar sengsorang, macam dia tinggal sorang, tapi rupe2nyer, mamat tu adanya dalam bilik. camne aku tahu, kak ipar aku bagitau, minah tu bgtau kat kak ipar aku, mamat tu takde tempat nak pergi. gila!! takde kawan laki ker? cit.

lama2 makin teruk. aku rasa masa tu memang tiap2 minggu memang mamat tu ada kat umah aku tu. camne aku tau? banyak kali kantoi ngan aku kat pintu, sama2 nak masuk, pastu mamat ni leh wat muka 15sen kat aku. pastu aku selalu balik umah, duk diam2 dalam bilik, tutup lampu, and tak lama pastu, minah and boipren dia ni kuar gi makan. aku just tgk dari tingkap ajer.

kemuncak, orang sebelah umah aku tegur aku, bertanyakan sape mamat tu. aku cakap aku tak tau. tak tau pun ada laki dalam umah. pastu orang sebelah tu kata, cek balik, kalau taknak umah kena serbu, nasihat la mamat tu keluar dari umah tu.

aku bagitau kak ipar ku pasai hal tu. tapi kak ipar aku tak berani nak tegur minah ni sebab minah ni kawan dia. jadi aku pun dengan berhemah sekali lagi, tegurlah minah ni via sms. aku kata kalau rasa taknak malu kena tangkap basah, pindah lah. jangan heret kami sekali dalam masalah ni.

and suprise!!!!

besoknya, masa aku kat opis, aku dapat mesej dari minah tu, katanya 'oi bitch! aku dah pindah dari umah ko tu. puas hati?!

aku pun jawab, terima kasih la sebab pindah. tapi saya confuse, sape yang bitch sebenarnya. semoga Allah menyelamatkan kamu dunia akhirat.

dia jawab balik, 'dasar pompuan murah tak sedar diri. ko tu bitch...........ada lagi dia cakap, aku tak ingat dah, aku taknak wat2 cte..tapi aku paling tak boleh lupa bila dia panggil aku bitch. sebab aku konpius. sape bitch sebenarnya. sape yang bawak laki balik umah? aku ke dia? konpius aku konpius haha.

itula kisah aku kat umah sewa. macam2.

p.s.
haha. aku bitch?


.ita kata.
Q dah mengamuk nak tidur. mami concentrate tulis blog.
apa la mami ni hee.
oke jom jom.

6 comments:

  1. alololo~

    cam lahanat la plak yang cakap bitch tu.

    pffft~

    ReplyDelete
  2. akak rasa dia tak tau bitch tu apa :))

    ReplyDelete
  3. huiyooo....
    org cm2 mmg dh blmbk skrg nie ek..
    dh nk pindah yer...
    ermm...erm.......
    xdpt jmp Q....

    ReplyDelete
  4. dia dok bitch bitch, ce tny dia, excited br kenal words bitch ke ? :p

    btw, salam singgah.

    latest entry : BE datang lagi ♥

    ReplyDelete
  5. meh bg tahu...
    minah tue...
    mampos kene parang...
    kuang ajo...

    ReplyDelete
  6. hehe.lor..macam2 kisah kan dolu2 zaman2 bujang kita sewa menyewa ni.kdg2 rasa syukur sgt,da kawin.tak sakit hati dgn rakan menyewa.keke.

    lorr..dekat je eita rupanya..
    kalu opis pindah putrajaya,lagi dekat.sebelah je umah saya ni haa..putra height.

    mana la tau kot2 terselisih bahu kat alamanda.hehe.

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...