Tabungan

08 May 2011

dapat juga pergi Mom and Baby Expo 2011

Tahun lepas tak dapat pergi sebab masa tu tengah kena 'chicken pox'. Jadinya dah dekat tekad, tahun ni nak pergi jugak. Maklumlah, anak pun dah ada, sesuai sangatlah kalau pi kan.

Maka berbekalkan kepala yang tengah pening tapi berhati cekal, mak redah jugak la jalan berliku untuk sampai ke Mid Valley nuh hehe.

Memula Q masuk kereta segar lagi. Sebelum betul2 nak bertolak ke Mid Valley, kami singgah dulu kedai mamak untuk makan tengah hari. Lapar kottt hehe.


Gambar kat atas masa dalam kereta nak ke kedai mamak tuh. Dah sampai kedai mamak, sementara tunggu Encik Nazri makan, aku bagi Q minum susu dulu. Maklumlah, sekarang makan kena bergilir, sorang makan, sorang kena pegang anak hee. Jadinya habis makan, semua orang settle kan. Ayah dapat makan, mak dapat makan, baby pun dapat makan.

Bila Q dah minum, dah kenyang, haruslah dia ngantuk. Makanya dalam kereta dia dah start tutup mata dah.





Tu semua fasa2 ngantuk dia. Dah berkali-kali mami tarik tangan dia keluar dari mulut. Disumbatnya jugak balik. Last2 dia tidur. 


Bila dia dapat tidur, memang lama la jugak. Sempatlah kami sampai ke Mid Valley. Masuk aje parking, memang dia dah terjaga. Tapi memang takdo senyum langsung. Maklumlah orang baru bangun tidur la katakan heeee.


 Itula muka orang bangun tidur. dah takdo dah senyum2 hee.


Sempat tangkap gambar masa nak masuk ja. Dah masuk memang tak sempat la nak snap gambar. Ramai betul umat dalam tu. Mak pulak memang melilau la cari barang nak bawak balik. Maka hasilnya.

.
.
.
.
.



Hahahaha. Boleh? Mak beli diapers ajer wakakaka. Yang PetPet tu harga dia untuk saiz M ialah RM25. Mak nak try sebab ramai gak kengkawan yang pakaikan diapers jenis ni kat anak diorang. Jadi mak pun nak try la kot2 rasi lak dengan Q kan.

Yang Whoopee ni, diapers baru aje launching. Kira baru kat pasaran la. Mak nak try gak dulu sebab harga pasaran diorang kata RM39.90. Tapi sebab baru nak masuk market, diorang letak RM20 sahaja. So jadinya try la jugak jawabnya.

Sekarang ni, Q pakai Huggies. Harga standard RM50++. Tapi mak selalu beli masa tengah sale. Kekadang leh la dapat RM30++. Time tu memang mak bantai beli sampai 2 atau 3 sebab tengah murah kan. 

Dalam jengjalan tu gak, mak beli la permainan untuk si Q.

Ni dah sampai umah, Encik Nazri lak tengah sibuk pasang mainan tuh hee.


 Boleh lak ayah dia rasmi dulu? Apa kes. Tepi ayah tepiiiiii!!!! :)


Q pun macam suka gak dapat mainan baru dia tuh heee. Saja nak bagi dia rajin mencapai. Sekarang ni dia macam malas lagi. Risau gak. Anak orang lain yang seangkatan dengan dia semua dah leh mencapai. Dia lirek lagi macam tu.
Jadinya tadi, mak habis dalam RM105 sahaja. Dapat 3 item. Oke la kan.

Jadinya, berakhir la weekend kali ni dengan duit yang semakin nipis. Tapi takpalah, demi anak, ku sanggup berabis duit hee. Untuk kebaikan dia kan. Bukan beli benda2 yang bukan2 kan heee.

p.s.
Selamat Hari Ibu.

.ita kata.
jom tengok gambar bonus.
hehe.






6 comments:

  1. wah..............
    wah.......
    murahnya...
    sangat2 murah.. masa umai kecil, kak umai pakai huggies jer...
    lain2 tak serasi..
    drypes macam cepat bocor...
    tu yang kak ayu tak pakaikan lagi


    eita,..
    thanks yer syer gambar baby qalesya... kak ayu sangat2 hargai.. Q semakin membesar dgn sihat,.

    ReplyDelete
  2. sweetnyer bby Q...rs nk mkn pn de nie...hahahahaha

    ReplyDelete
  3. kak ita, kira murah ke kak harga lampin kat expo tu?huhu..baru nak belajar-belajar ni.

    ReplyDelete
  4. salam...

    selamat hari ibu buat puan...:)

    ReplyDelete
  5. happy mother's day...

    Q so cute...

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...