Tabungan

25 November 2011

retweet - tweet - tweet - ada mak kisah??!!

ceh. macam marah aje rupanya.
tak le marah.
saje aje buat tanda seru tu.
saja wat gempak.
walau tak gempak mana.

oke.
sila berhenti melalut.

mari kita melalut yang sebenar.

***

Twitter sekarang ni dah glamer.
sama glamer dengan Facebook.

dan dalam Twitter ni, aku tengok ada beberapa isu semasa yang kengkadang rasa nak tergelak pun ado.

isu pertama:
penggunaan bahasa

Twitter ni simple.
lebih simple daripada Facebook.
nak hupdate status dengan jaya memang lebih senang dengan Twitter.
dan pengguna Twitter mak tengok memang pukul rata, kebanyakannya budak-budak muda.
budak-budak muda maksud mak di sini ialah budak berumur belasan tahun, bermula dari seawal 12 tahun ke atas.

dannnnnnnnnn.....kebanyakan bebudak comel ini suka meng-hupdate status dalam bahasa inggeris.
gempak siot inggeris diorang.
mak dulu, seingat mak, masa darjah 6, memang takde nyelah nak sembang dok dalam bahasa inggeris.
memang menggunakan bahasa ibunda saja.
tapi bebudak zaman sekarang, lebih gemar berbahasa inggeris daripada bahasa ibunda kesayangan kita nih.
takpelah, masing-masing punya kehendak kan.

isu kedua:
status merepek.

kadang-kadang, kelakar juga baca status-status dalam Twitter.
yang ni sama la juga dengan status dalam Facebook.
kekadang, pergi beli air sirap dekat gerai pun boleh jadi status.
nak pergi toilet pun boleh jadi status.
atau senang cerita, setiap pergerakan memang boleh jadi status lah.

sekali lagi, mak rasa ini atas masing-masing juga.
dah kalau diri sendiri yang willing nak berkongsi rahsia dengan orang.
apa the salah the nya.....
layanzzzzz.

isu ketiga:
bila tak RT, merajuk.

wakakakakaka.
ini la paling kelakar.

eh korang paham tak maksud RT.
RT maksudnya retweet.
maksudnya lagi, tweet kita tu, akan di tweet sekali lagi oleh orang lain.

ok senang cite macam ni la.
mak bagi satu situasi oke.

kau orang follow satu artis.
kau orang tweet artis ni tiap-tiap hari.
kau orang selalu juga balas tweet dia tiap-tiap hari.
tapi malangnya.....
dia tak pernah RT tweet kau orang, tak pernah reply tweet kau orang.
haaaa....
sentap tak?

mak sentap oke!!

(kantoi mak selalu tweet artis tapi tak pernah layanz)
haha.

macam ni lah.
kau orang follow artis.
artis kan sibuk.
dah tu ramai followers lak tu.
mana la nak reply satu-satu kan.
jadi bersabar sajalah.
kalau betul sayang dan support artis tu, follow aje lah twitter mereka.
jangan diharap balasan.

(ayat pujuk diri sendiri nya lah tu pun!)

3 comments:

  1. uncle hanya tweet bila uncle rasa uncle sweet....

    ReplyDelete
  2. tunggu Anuar Zain ada tweeter baru sy buat akaun tweeter..eheheh

    ReplyDelete
  3. huhu..btol3..setuju sgt..klaka kot status budak2..nk2 yg b'cinta..ps2,,duk tweet romantik tahap nk muntah..adoi

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...