Tabungan

30 January 2012

rutin kami laa nii

sekarang ni, mak travel berdua saja dengan Qalesya.
pagi-pagi dah bertolak dari rumah menuju ke Taska Qalesya.
dari Semenyih ke Bangi yang makan masa lebih kurang 30 minit perjalanan (kalau bernasib baik kurang jem), 1 jam perjalanan (kalau jem teruk) dan 15 minit (kalau jalan clear tak jem langsung).
dari Semenyih ke Bangi jugaklah mak akan berfikir panjang macam mana nak melayan kerenah Qalesya sepanjang perjalanan tu.

kalau pagi, kalau bernasib baik, Qalesya walaupun diangkat dari katil dan diletakkan ke dalam seat dia, dia akan terus tidur.
tapi, kalau dia terjaga mintak tetek, tapi mak dah bersiap nak pergi kerja, memang tak dapatlah tetek yang diminta tu. makanya dia akan meraung dan terjaga dan bangun dan berjalan dan awake sepenuhnya.
jadinya, bila masuk dalam kereta dalam keadaan terjaga, situasinya amatlah berbeza dan mencabar sekali.
sat-sat dia akan tunjuk-tunjuk tetek mak menandakan sudah masuk waktu menetek.
sat-sat dia akan sendeng-sendeng ke arah mak kononnya demand nak menetek.
masa ni mak memang dah meraban sebab mana nak drive lagi, mana nak melayan Qalesya lagik.

jadik sekarang ni, mak dah ada sedikit trick yang boleh dipakai pada dia.
bila dia mengamuk, mak bagi dia bites, benda untuk dimakan. so dia akan diam, sampailah bites dia habis.
kadang-kadang, bites tak sempat habis, dia dah berlayar dulu.
kalau bites dah habis tapi dia tak tidur lagi, mak akan bagi dia air kotak pulak.
air kotak yang untuk setahun tu.
dia memang suka sangat.
tapi, mak kena ready dengan messy yang dibuat.
sebagai contoh, tumpahan air yang merata.
kereta ni takpe lagi, nanti mak dah tukar kereta nanti, mesti biru muka mak bila dia tumpahkan air tu.
owh no..

kalau dah sampai Taska, dia masih tidur, memang senang nak pass kat pengasuh.
tapi kalau dah sampai dan dia terjaga, akan terjadilah drama air mata kat pintu Taska tu.
kadang-kadang mak pun rasa nak duduk dengan dia kat Taska tu bila dia dah sebarkan air mata dia tu, tapi apakan daya, Saya Yang Menurut Perintah adalah Berkhidmat Untuk Negara.

waktu petang.
ya waktu petang adalah waktu yang mengembirakan buat mak sebab, setelah seharian bersakit hati di pejabat, tiba masa untuk ambil Qalesya dan pulang bersama-sama dengan hati yang berbunga riang!
tapi, masih lagi tengok mood Qalesya.
setakat ini, perjalanan petang dengan Qalesya tidak susah mana, sebab trick tetap sama, bagi bites, bagi air, dan separuh perjalanan dia akan sedia tertidur.

Alhamdulillah.
memang tak susah dengan Qalesya ni.
dari kecil memang dia adalah anak yang jarang meragam dan jarang menangis.
cuma akhir-akhir ni, mungkin sebab dah besar kan, maka akalnya makin panjang.
makin bijak.
kang kalau dia senyap sajo, aku lak yang susah hati ye dak.

Alhamdulillah Ya Rabbi.

p.s.
oleh kerana update dekat rumah yang punya broadband berkelajuan rendah, 
maka sebarang peng-uploadan gambar adalah tidak digalakkan.

1 comment:

  1. Alhamdulillah. Anugerah dari Allah. moga baby sihat2 sentiasa. Amiin :)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...