Tabungan

23 January 2012

tahun 2011

tahun 2011, tahun yang hebat buat kami suami isteri.
suka duka, susah senang, Alhamdulillah, dapat kami harungi untuk sampai ke tahun 2012.

pembukaan tahun yang hebat, dengan kehadiran Qalesya Alia ke dalam hidup kami.
perjalanan yang lancar sehingga hujung-hujung tahun yang agak mencabar buat kami suami isteri.

di duga dengan kehilangan kerja.
di duga dengan beberapa bulan tidak bekerja dan menyebabkan perjalanan perbelanjaan bulanan terganggu.

Qalesya keluar masuk hospital.

banyak...... namun...... dengan berserah kepadaNya... Alhamdulillah, kami masih teguh bersama.

aku juga pernah ditegur dengan keterbukaan aku bercerita di sini.
sehingga pernah menyebabkan beberapa spekulasi.
pada hemat aku, 'rumah' ku ini tidak ramai yang sudi singgah.
dan juga, pada hemat aku, keterbukaan aku beralas.
tidak pernah secara terus.
berlapikkan kain, berlindungkan selimut.
namun, mungkin terlalu berlapik dan beralas segala, lebih banyak isu yang mengundang.

seingat aku, aku tidak banyak bercerita tentang hal-hal peribadi aku disini.
mana yang terlalu peribadi, tidak, tidak pernah dan tidak sanggup aku kongsi.

walau mulut aku ringan bercerita, tapi tangan aku tidak pernah gagal ditepis dari terus menulis telus.

pernah aku bercerita tentang kekurang ajaran abang-abang tiriku terhadap ayah ku?
tidak pernah bukan.

padahal, aku terlalu ingin bercerita sengsaranya ayah ku dibuat oleh abang-abang tiriku.

pernah aku bercerita tentang kebiadapan anak menantu tiri terhadap ibu ku?
tidak pernah bukan.

padahal, aku terlalu ingin kamu tahu bahawa nerakalah tempat kamu sekiranya kamu berbuat begitu terhadap ibu bapa mu.

namun semua itu terlalu berat untuk aku kongsi, kerana aku masih berlapik dan beralas.

aku memang terbuka, tapi sebagai perempuan melayu, aku masih ada sisi malu.

dan tahun ini...

juga pembukaan yang baharu.

Suamiku telah mula bekerja walau bukan dalam bidang yang diminatinya.
Kami juga telah berjaya mendapatkan satu motorsikal untuk kegunaan Suami berulang-alik ke tempat kerja.
InsyaAllah dalam tahun ini, aku akan cuba memperbaiki kekhilafan aku yang dulu-dulu.

semoga terus diberikan masa olehNya untuk aku perbaiki diri aku.

insyaAllah.

3 comments:

  1. sy plak x byk improvement pon sepanjang 2011. padahal spatutnya sy makin perform tahun 2011 supaya 2012 ni konfiden sket nak stat klinikal.. huhu


    semangat sy x kuat cam org lain, xde pemicu mungkin~

    ReplyDelete
  2. suka duka inilah yg akan mgeratkan hub kita suami isteri,insyaallah.

    samalah kita..pernah gak kena tegur dgn seseorg,padahal die je trasa hati sndiri..sudahnya si die plak yg memanjangkan crita.huhu..

    papepun,mudahan tahun ni lebih membawa rezki dan kebahagiaan. ;)

    ReplyDelete
  3. dugaan tu kan...?

    persepsi orang tak siapa boleh ubah. walaupun kita rasa apa yg kita buat tu dah cukup kaver line tp orang lain nampak lain... chillax la..

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...