Tabungan

22 August 2012

Dugaan bekerja pada hari raya keEmpat.

seingat aku, belum pernah aku mula bekerja dalam minggu pertama raya.
ini tahun pertama aku terlebih rajin dan mula bekerja pada hari raya keempat.
sebab apa?
sebab yang pertama, cuti aku dah nak habis. ahaks!
sebab yang kedua, Nazri tak dapat cuti, jadi.., kalau aku bercuti, aku rasa tak berbaloi sebab aku akan buang masa duduk di rumah saja, dan itu bermakna aku  membazir cuti yang dah sedikit.
sebab yang ketiga, aku memang rajin. *bunyi cengkerik*

kesan. kesan kerana bekerja pada hari raya keempat yang mana orang lain masih lagi bercuti.
kesan yang pertama, aku seorang saja dalam pejabat hari ini. selain daripada kak M. Krishnavani A/P Muttiah. ahaks!
kesan yang kedua, mak aku terpaksa ikut aku balik KL sebab kena tolong jaga Qalesya. ya. dah besar panjang masih menyusahkan emak. *bunyi cengkerik dengan volume ganda dua*

kebaikan bekerja pada hari ini.
kebaikan pertama, aku sampai awal hari ini. sebab jalan adalah tidak jem LANGSUNG! setengah jam dah selamat buka PC segala.
kebaikan kedua, tiada bunyi telefon berbunyi. kalau tak, aku belum duduk, dah ada panggilan dari PA boss suruh datang menghadap.
kebaikan ketiga......................entah.


kesimpulannya.
sila jangan suka-suka pakai cuti sampai tiada cuti nak dipakai masa musim perayaan.

p/s.
esok CUTI dan nak pergi berCUTI dengan keluarga.
dekat aje.
Genting Highlands jek.
wek!

1 comment:

  1. Kakcik pun dah naik kerja dan belum ada rancangan hendak bercuti. :)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...