Tabungan

27 December 2012

TIPS : MENGERATKAN HUBUNGAN DENGAN ANAK-ANAK

luangkan masa makan dengan anak.
berkongsi meja (atau lantai) dengan anak boleh menyemarakkan lagi hubungan.
sebab......masa makan, macam-macam perkara boleh sembang.
(masa makan tak leh sembang, acaner?)

luangkan masa bermain dengan anak tanpa gangguan.
bila tiada gangguan, kita boleh fokus dengan anak saja.
menguatkan lagi hubungan.


tutup semua punca gangguan.
handphone.
tv.
apa-apapun.
hanya dia penting sekarang!


ikhlas. jujur. dengar dengan tekun.
kanak-kanak tahu bila anda tak bagi perhatian pada mereka.
jadilah pendengar yang setia.
jangan abaikan apa yang mereka luahkan.
dan jangan janji perkara yang kita tak boleh kotakan.


fikirkan aktiviti yang menarik untuk dibuat dengan anak.
bahagiakan anak selalu.
perkara yang simple sebenarnya dengan sekelip mata boleh membahagiakan hati anak.

berfikiran terbuka.
semakin anak kita membesar, mereka mula ramai kawan.
maka, berfikiran terbukalah - asalkan tidak melanggar ajaran agama ya.
buat sesuatu agar anak kita mempunyai kehidupan yang normal dan mereka masih lagi sebahagian dari anda.



sekian.





2 comments:

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...