Tabungan

21 September 2013

SIRI DIY & ORGANIZING : mari mengemas!!

udah lama. iya. udah cukup lama kami tak dapat sabtu yang produktif. acewah.
idak la tak produktif. setiap sabtu dan ahad kami memang kami penuhi dengan aktiviti berkeluarga. itu sebab kalau tak balik Ipoh, aku akan pastikan aku akan tetap dapat bersama sekurang-kurangnya dengan Cha. kenapa tak ayah dengan Cha, sebab --- ayah selalu kerja hari Sabtu. jadi Sabtu kami - kesunyian, berdua saja. In sha Allah lepas ini tidak lagi, harap-harap ayah dapat kerja yang tak perlu lagi berkerja pada hujung minggu. Ameen. In sha Allah.

balik pada cerita hari Sabtu kami ni hehe *senyum*

memandangkan sejak akhir-akhir ini aku sangat suka buka blog DIY and ORGANIZING, aku asyik nak mengemas aje hehe. minggu lepas aku dah kemas bilik tidur dan ruang tamu. ada yang aku exchange between dua bilik ni. ada kabinet yang diletak luar dan diganti masuk ke dalam. tapi minggu lepas aku tak terfikir nak tangkap gambar dan buat perbandingan sebelum dan selepas. lupa sangat hehe.

jadi minggu ni, aku target nak kemas kat luar rumah pula. kali ini aku dah siap-siap pegang kamera dan bala tentera pun dah bersiap sekali (Cha dan ayah) hehe.

kawasan luar rumah yang aku target ialah area laundry kami. jangan terkejut dengan keadaan yang aku nak tunjuk ni. sangat kotor dan sangat bersepah. nampak sangat aku ni memang jenis bukan yang teratur. tapi, tak terlambat untuk kita berubah dan mengatur sesuatu itu dengan lebih baik - kan?

kalau tengok dalam blog-blog DIY/ORGANIZING orang-orang putih, diorang ada bilik laundry. aku pasti kebanyakan rumah zaman sekarang ni pun dah ada bilik laundry, cuma orang macam kami yang rumah kecik ni saja yang tak ada bilik laundry hehe. apa yang ada hanyalah laundry area. macam gambar bawah ni.




gila semak kan. ada dua mesin basuh di situ. rak sabun yang tak teratur. satu kabinet yang penuh dengan beg-beg lama. baldi dan besen yang dah kotor sebab lama sangat tak pakai. segala alat-alat bekebun pun ada di situ. tayar lama motor Nazri pun dia letak saja kat situ *grrr* dan of course beg-beg plastik lama sebab setiap kali balik kampung atau mana-mana, baju kotor yang dalam beg plastik terus sumbat dalam mesin basuh dan plastik terus biar macam itu aje *haha*

okey! mari mula mengemas!!

peraturan pertama dalam mengemas ialah - ASINGKAN.



asingkan barang mana yang masih nak pakai dan mana yang dah tak pakai. yang mana masih nak pakai seelok-eloknya dibersihkan sebelum disusun semula. yang mana tak pakai, jangan fikir sayang ke apa ke, terus saja buang dalam plastik sampah. 

beg-beg lama, baldi dan besen semua aku buang sebab satunya - ia dah kotor. tak sesuai untuk disimpan. kalau kotor nanti akan mendatangkan penyakit, buat apa kan? jadi buang sajalah.

yang mana barang yang aku nak pakai, semua aku basuh sebelum aku susun semula. 

kawasan yang nak dikemas tu kena biarkan kosong untuk dibersihkan. 


masa kami alihkan barang-barang dari situ tadi, ya ampun, kotor ya amat. dengan debu, dengan daun kering dan of course tak ketinggalan taik-taik tikus atau mungkin tupai. gila banyak woo. tak sempat nak ambil gambar sebab tangan dah penuh sabun sebab dah start mencuci segala kabinet dan rak nak pakai semula tu. mesin-mesin basuh, botol-botol, semua aku basuh.

dah basuh, dah keringkan, kami mula menyusun semula. ada yang kami tak susun semula di situ, ada yang kami kekalkan sebab pada kami, kurangkan barang adalah lebih baik heeee.

so, ini hasil kerja kami. hehe.


kabinet biru - ada perancangan lain untuk itu. kami akan letak benda lain dalam kabinet itu.
tayar lama, alatan berkebun semua kami susun kawasan belakang rumah.
plastik, kami lipat dan susun dekat rak tepi mesin basuh tu. sabun-sabun juga semua disusun di rak tersebut.
segala baldi dan besen yang dah kotor, kami buang. mana yang masih boleh dibersihkan kami bersihkan dan kami susun dalam bekas warna hitam ditengah-tengah antara dua mesin tu.
nampak tak dinding kosong tu, kami ada something nak dibuat dengan dinding kosong tu. 
kena tunggu next time punya weekend pula untuk buat hehe.

kami ada banyak lagi program DIY and ORGANIZING nak buat nanti. excited--nya!!












1 comment:

  1. Kemas giler..kagum kita..
    Eh.. tetiba rasa nak kemas jugak la..
    Hihi halaman rumah kita pun dah sepah giler..
    Ok..ok..
    Ter"inspiras" ..

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...