Tabungan

01 December 2013

Once upon a time - A Gamer

Aku ni lahir dalam keluarga yang penuh dengan anak lelaki. Jadi aku lebih terdedah dengan aktiviti budak2 laki. Main game adalah diantaranya. Abang2 aku memang gila games. Dari jenis console, PS1, PS2, PS3, XBox semua depa ada.

Game pulak, Silent Hill, Resident Evil, Final Fantasy, cakap saja semua depa main. Aku pulak lebih terarah kepada game2 kereta, penyiasatan atau game yang based pada movie macam Need For Speed, CSI dan Harry Potter.

Tapi, game favourite aku ialah Need For Speed Most Wanted. Memang best!! :)

Apa yang best pasal games ni ialah, ia menyatukan kami. Bila salah seorang dari kami bermain game, kami suka menonton bersama. Kami akan mengomel bersama. Bila ada zombie mengejar, kami jerit bersama. Bila ada perkara yang melucukan, kami gelak berdekah bersama-sama. Bila tak tahu apa nak buat, kami akan bincang bersama. Pendek kata, bermain games memang mengeratkan hubungan kami. Itu sebab bila semua balik kampung (Ipoh) salah satu aktiviti yang kami akan buat bersama ialah -- bermain games!!

Sekarang adik aku tengah main Resident Evil. Aku tengah tunggu giliran nak cuba game Sherlock Holmes. :)

Happy Weekend peeps!!


No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...