Tabungan

08 July 2011

KITA SAMBUNG LAGI YA.

Assalamualaikum di petang Jumaat.

Eh! Sekarang tengah rehatkan? Pejabat pun dah gelap. Langkah-langkah penjimatanlah katakan. Hehe.

Eh! Mak dah dapat komputer baru. 'Interface' pun 'best'. 'Keyboard' pun 'best'. Buat mak rasa nak menaip selalu saja. Bawa balik rumah komputer ini boleh tak 'admin'? Ngeheee.

Okeylah! Mak nak sambung persidangan 'Return To Work' lagi, boleh?
Hahaha. 'Bedal' saja la kan? Hee.

Masa hari kedua iaitu hari terakhir, PERKESO ada menjemput dua (2) orang OKU yang telah menyertai program 'Return To Work' ini.

Orang yang pertama ialah seorang lelaki berbangsa Melayu yang telah mengalami kerosakan pada kedua-dua buah pinggangnya. Oleh kerana itu, beliau terpaksa menjalankan proses dialisis sebanyak 3 kali seminggu yang mana ia sangat-sangat menganggu waktu kerja beliau. Tambahan pula, majikannya tidak lagi mengambil dia untuk bekerja.
Namun, melalui program RTW, beliau telah diajar menjahit baju. Dan sekarang, beliau mempunyai butik sendiri dan selalu menerima tempahan untuk baju-baju korporat, baju-baju melayu tak lupa baju-baju kurung. Untuk tempahan baju korporat, jangan tak tahu, askar pun ada membuat tempahan dengan beliau. Semasa beliau membuat ucapan, meremang-remang bulu roma aku, mendengar keluh-kesah beliau. Namun bila saja tengok persembahan 'slide' untuk butik beliau, aku sangat kagum, kerana walaupun tergolong dalam 'disabilities person', rasanya beliau lebih maju daripada aku.

Orang yang kedua membuat ucapan ialah seorang lelaki Hindu yang telah mengalami kemalangan jalanraya semasa sedang bekerja dan kemalangan itu telah menyebabkan beliau mengalami kecacatan kekal di kaki kirinya. Keadaan kaki beliau akan semakin sakit bila beliau banyak berjalan. Beliau juga perlu melakukan 'dressing' (berapa kali seminggu aku tak pasti) untuk memastikan kaki beliau sentiasa bersih. Kecacatan beliau menyebabkan beliau diberhentikan kerja. Namun disebabkan simpati, beliau telah diterima untuk bekerja di sebuah kedai makan. Namun, faham-faham sajalah kalau bekerja sebagai penyedia servis, memerlukan keupayaan untuk sentiasa bergerak pantas.
Di bawah program RTW, pihak PERKESO telah mengesyorkan agar beliau bekerja di Vads Berhad (penerima Platinum Award untuk program RTW) sebagai Telefonis. Dan sehingga kini beliau masih bekerja disana dan diterima baik oleh semua.

Aku secara jujurnya, rasa terpukul kerana pada aku, mereka yang tergolong dalam golongan ini sebenarnya adalah lebih tabah daripada kita yang agak sempurna sifat ini.
Mereka lebih gigih kerana masih boleh berjaya walaupun mempunyai kekurangan diri.
Walaupun mereka tidak meminta apa-apa pertolongan, namun kita yang sempurna tubuh badan ini sebenarnya punya tanggungjawab untuk terus menyokong mereka.

'Every human need social justice'.
Masih terngiang-ngiang pernyataan itu.
Iya. Sesiapa saja ada hak. Sesiapa saja punya ruang dalam dunia. Tak kisahlah kamu buta, pekak, tempang, berkerusi roda, kita semua sama sahaja di atas bumi ini.

Betulkan?

p.s.
Perkara-perkara 'best' sepanjang persidangan.
1. Nyanyian Koir PERKESO. Uuu. Mantap! Lagu kedua mereka nyanyi lagu 1Malaysia. Siap ada dua (2) orang penyanyi solo. Dah macam cerita GLEE dah aku tengok. Tapi serius, best. Cuma tak boleh lawan Koir KPL/TM kot ngahaha.
2. Semasa perasmian, seharusnya Menteri Sumber Manusia kena ketuk ais yang disediakan sehingga kad tertulis persidangan tersebut tertanggal. Namun selepas diketuk beberapa kali, masih tak cabut. Nasib baik 'organizer' ada sediakan pelan B. Dah ada siap kad nama yang diperlukan hee.
3. Semasa sesi Q&A, ada seorang wakil dari NGO minta pendapat tentang isu 'rehab'. Yang mana kos untuk perkhidmatan ini adalah tinggi dan beliau meminta pendapat PERKESO tentang apa yang boleh PERKESO lakukan bagi membantu NGO. Pengerusi membuat lawak dengan mengatakan ada wakil dari NGO yang meminta bantuan daripada PERKESO. Namun wakil tersebut kembali ke pembesar suara dan menegaskan bahawa beliau tidak meminta bantuan namun beliau hanya memohon pandangan. Ini membuatkan semua orang yang hadir di persidangan tersebut terkejut dengan kelantangan beliau bersuara. :)
4. Ada dua dewan yang diguna pakai untuk persidangan ini. Bermakna dalam satu-satu masa akan ada dua sesi berlainan yang berlangsung. Ini membuatkan dewan nampak kosong dan kadang-kadang ada peserta yang bangun secara beramai-ramai untuk bergerak ke dewan satu lagi dan ia agak menggangu perjalanan majlis.
5. Aku tak berapa faham apa yang penceramah katakan membuatkan aku mengantuk dan ber-tweet sepanjang hari.
BOLEH? Haha.

.ita kata.
Wah! Sangat 'best' komputer baru ini. Ngahahaha.

Dah lama tak letak gambar Q. Ayu, ini untuk kamu :)

5 comments:

  1. Q.................................................................................................................................................
    kamu comel...

    ReplyDelete
  2. alaaaaaaaaaaaaa cumelnyer si pinky cayang nie!!!

    gewammmmmmmmmmmmmmmmmmnyer auntie ninie..;D

    ReplyDelete
  3. bersinar-sinar mata Q, cair plak tengok lama2.. uhuhu



    tika sy goyah, sy slalu rasa lemah dan useless.. kagum dgn semangat org2 yg kurang upaya dlm meneruskan kehidupan ni. org yg sempurna fizikal pon x tentu kuat semangat mcm diorang.. hu2

    ReplyDelete
  4. Halo saya Noni dari Indonesia. Saya cuma mau bilang saya kagum dengan pelayanan negara Malaysia kepada rakyatnya. Mudah-mudahan Indonesia bisa segera mencontoh Malaysia untuk mengaktifkan rakyatnya yang difabel. thx

    www.the30ssomethingwoman.blogspot.com

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...