Tabungan

05 April 2010

aku bukan lagi wanita itu..

aku penat begini.
aku tidak suka keadaan ini.
rasa hidup aku bagai tiada arah.
aku bukan lagi wanita itu.
aku bosan begini.

kadang-kadang aku terfikir.
mungkin terlalu banyak salah aku.
hingga aku dibalas begini.

mungkin ini boleh dianggap satu percutian panjang.
tapi aku bosan dengan keadaan ini.

badan aku lemah.
diri aku busuk.
aku bangun dan aku jatuh.
aku bangun dan aku berputar-putar sendiri.
tiada pilihan.
harus baring kembali.

aku tak punya kehidupan lagi.
aku tidak segagah dulu.
atau sebenarnya. sememangnya. aku tidak pernah gagah?
aku berjalan pantas.
aku bersemangat di pejabat.
aku ingat aku gagah.
tapi sebaliknya.
kerana ia terbukti ketika ini.
aku tidak mampu berdiri lama.
aku lemah selemah-lemahnya.
aku cuba untuk menjadi kuat dan gagah.
tapi tidak berjaya.
aku pasti berakhir dihujung tilam.
terduduk.
memegang perut yang sengal.
memicit kepala yang berpusing didalam.
aku lemah.

dan bila lemah.
pelbagai fikiran jahat datang menyerbu.
sampai bila harus begini.
mampukah Encik Nazri bertahan dengan aku.
bolehkah aku mengatasi semua ini?
adakah Encik Nazri akan terus bersama aku?

aku rasa bersalah.
seharusnya aku cari jalan bagaimana hendak menangani semua ini bukan?

apa yang mampu aku fikirkan sekarang.
pengorbanan ini berbaloi kerana kesakitan ini bakal disudahi dengan tangisan anak kecil.
anak yang aku dan Encik Nazri tunggu-tunggu selama ini.
kelemahan ini adalah demi kekuatan kami di masa hadapan.

sukar mengandung.
bagaimana mami menempuh semua ini?
kuat.
manakala aku?

aku akan terus melawan semua ini.
demi Encik Nazri.
demi kandungan ini.
demi Mami yang inginkan cucu sendiri.


p/s ~
aku semakin lemah.
baring buat aku malas.
apa patut aku lakukan?

25 comments:

  1. ain doakn akk akn kuat dlm mnempuh dugaan nie...
    akk bnyakn bsbar ea...
    insyaallah,Allah akn tunjukn jln pling trbaik utk akk...
    myb sbb akk preg,so akk nyer mood ade psang surut nyer...
    xpe,akn sbar ea..insyaallah ade hikmah nyer...
    akk kene kuatkn semgt k,utk husband n ank yg bakal lahir 2... :)

    ReplyDelete
  2. Te,
    anggap ini adalah ujian yg mahu menguji sekuat mana kamu.
    Sekuat mana kasih sayang antara kamu suami isteri.

    Ada hikmah di sebaliknya. Percayalah. kamu akan jadi lebih kasih kepada Mami. Kamu merasa sukar dalam keadaan ini. Begitulah ibu kita merasa dulu.

    Jadi Positif Te,
    kamu membawa cahaya hati kam berdua. Itu yang kamu dambakan. Syukur.

    Kamu perlu sabar. Masing-masing punya bahagian masing-masing. Kamu di uji seberat ini. Mungkin di kemudia hari kamu akan rasa senang dan lega. InsyaALLAH, Anak kamu pasti aka mengharga jerit perih kamu mengandung dan melahirkan dia nanti.

    Jangan berkeluh kesah, Ini dugaan kecil Allah. Tanda Allah ingat pada kita, mahu menguji keimanan dan ketaqwaan kita.

    Sentiasa ucapkan
    'La ila ha illa anta, subhanakaiini kuntumminazzalimin'.

    InsyaAllah, Allah akan memberi jalan yang mudah.

    Allah itu Maha Adil Lagi Bijaksana dan Maha Mengetahui.

    ReplyDelete
  3. kakak kena senyum dan berdoa.

    ^^

    get well soon.

    ReplyDelete
  4. Te...masa akak ngandungkan Reena..sejak kandungan berusia 3 bulan lagi Akak mula batuk yang serious....kena buat macam2 ujian..eco....dan akhir sekali disahkan mengidap asthma.....beberapa kali masuk keluar wad sebab sesak nafas....MC sampai exceed the limit....sampai kena pakai pampers lagi...sebab terkencing bila batuk.....sehingga lah Reena selamat dilahirkan.....and lepas a few years umur Reena baru Akak recovered...tapi percayalah Dik...berbaloi segala pengorbanan tu....at times Akak melukis...atau menjahit cross stitch...find yourself a hobby....you will be fine...penuhi dengan rasa kasih sayang yang melimpah ruah buat kandungan dan Hubby Te....you will chase away the negative thinking...fill it up will LOVE....yang penting..perlu redho dan terus bersyukur...apa pun penuh keikhlasan...!DEkatkan diri pada yang Esa...!

    ReplyDelete
  5. kuatkan semanga byk2 doa kak semoga dpermudah kan :)

    ReplyDelete
  6. kak ita..
    gua cuna nak cakap..











    kakak adalah power puff gurl kaler ijau tu..
    so kakak takley rasa lemah..
    kakak kena semangat!!



    gua doakan kakak tabah dalam setiap dugaan yang akak lalui..

    ReplyDelete
  7. kak te~~

    jage diri..
    sabar byk2 ye..=)

    ReplyDelete
  8. akak,,
    kuat keh?
    saye doakan akak sehat..
    :)

    ReplyDelete
  9. sbr ye sis..
    dugaan dari Allah SWT..
    sis n bro mst dpt atasi pny..
    sis bkn seorg dri k..
    Allah SWT xkn mduga kt dgn dugaan yg kt sdri xdpt tggung..

    ReplyDelete
  10. akak kan kua..mesti b0leh tahan punya..nak baby c0mel kan..kan3..

    ReplyDelete
  11. dari awal lagi mami dah ingatkan dugaan orang mengandung ni banyak. kita harus tempuh dengan penuh kesabaran. mami rasa 1-3 bulan memang teruk sikit. tapi selepas tu berat membawa kandungan je.itu lah yang mami rasa dan lebih lagi semasa mami mengandung anak2 mami. mengenai suami...ia harus faham, isteri mengandung, ia perlu banyak sabar dan pengorbanan.

    ReplyDelete
  12. sis...
    buat yg terbaek untuk diri sis...
    kandungan sis...
    xkire la sis kene baring selalu ke...
    rehat lame ke...
    kalau itu untuk kebaikan sis & kandungan...
    lakukan...
    i sentiasa doakan sis & kandungan selamat...
    amin...

    ReplyDelete
  13. salam,
    fikir yg terbaik buat diri then org2 tersayang
    akan ada cara terbaik
    just relax berdoa dan berusha

    get well soon

    ReplyDelete
  14. it's a part of our life..tq komen

    ReplyDelete
  15. Salam

    Sabarlah ya. Walaupun tidak semudah kata dilafazkan.. namun cubalah berfikir yang baik-baik.

    ReplyDelete
  16. Salam.. sabarlah.. setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya dan yang paling penting.. sentiasa berperasangka baik terhadap ALLAH..

    ReplyDelete
  17. salam.. jgn mngalah krn bila kita mengalah apa yg diharapkan takkan mnjadi.. sesungguhnya Allah maha pengasih, setiap ketentuannya adalah yg terbaik buat kita atas sebab keadaan lain.. atas sbb rencana lain

    percayalah.. sabar itu ada kemanisannya

    ReplyDelete
  18. kakak.

    saya rasa saya komen 1st entri ni.

    tapi nape komen saya tadek.

    wuwuwu~

    X<



    ke saya komen silap entri?

    ReplyDelete
  19. kak tata...

    ari ni camne?
    better tak?

    ReplyDelete
  20. hi..

    memang tak ada yang lebih indah bila dapat mengandung & ada baby sendiri.. be strong.. ibu yang ceria, anak pun mesti akan ceria, insyaAllah.. yakin boleh tempuh sepanjang 9 bulan mengandung..

    you can do it dear..!

    ReplyDelete
  21. awk..


    sabar byk2... ni sume dugaan yang ALLAH nak bagi tuk hambanya.. jgn la sedih2.. tak baik tuk kesihatan awk ngan baby... jgn emosi2... nazri sentiasa ade di sisi awk... family awk... kami sume sentiasa menyokong awk... dan mohon segala yang terbaik tuk kandungan awk tu... please jgn sedih2 lagi k..

    love u...

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...