Tabungan

15 April 2010

hari khamis

hari ini rasa tersangat la penat.
rasa takde la buat apa pun.
cuma kemas ruang tamu dan kemas bilik.
tukar cadar dan tukar comforter.
wah penat kah.
mengada-ngada sungguh wakakaka.

badan dari pagi memang takleh kata apa lah.
kepala dah sememang pening.
rasa nak muntah jangan cakap la.
takkan pernah berenti.
selera macam2.
tapi bila pandang taknak makan pulak.
meragam betul.

minggu ini bakal pulang ke Ipoh.
mungkin akan stay seminggu.
hmmm..tinggal Encik Nazri sorang2.
tak mahu jaga kita kah?
bukan bukan.
Encik Nazri akan start musim PTK next week.
so dia akan pergi jaga periksa 3 hari minggu depan.
so penyelesaiannya, memang dihantar pulang ke Ipoh lah.
hmmm....mahu ikut Encik Nazriiiiiiiiiii....

semalam mami telepon.
dah tanyer senarai makanan.
apa yang aku teringin.
3 aku terus mintak.
rendang ayam mami masak.
ikan keli masak tempoyak mami masak.
and sambal bachang mami tumbuk.
wahhhhh....
tekejut mami.
larat kah, katanya.
harus jawabku, kata seminggu stay ipoh :)

dalam 3 minggu ni.
sekurang-kurangnya kalu aku pening, aku leh baring and tido.
lagipun memang ternyata aku ni lembik.
dan memang payah rupanya mengandung.
bila rasa penat dan perit begini, teringat terus pada mami.
macam mana mami mengandungkan kami adik beradik dulu.



mami mengandungkan ayop, mami berjauhan ngan ayah.
ayah mengajar di Ipoh.
mami bekerja di Selama Perak.
tiap2 Jumaat naik bas balik ke Ipoh.
tiap2 Ahad naik bas pulang kembali ke Selama.
naik bas ajer.
mesti penat.
susah.
tak terbalas budi mami.


masa mengandungkan aku.
mami kerja kat mana aku tak pasti.
tapi yang pasti mami kata nak lahirkan aku senang.
pagi dah rasa macam nak bersalin.
pastu berdua naik motor ngan ayah pergi hospital.
bawak bakul.
isi flusk, isi cawan.
bila orang kata, nak pi mana?
mak ngan ayah jawab, nak pi berkelah.. :)
mami kata senang ajer time mengandungkan aku.
tak banyak kerenah katanyer :)


masa adik.
kiter ingat lagi.
adik kena tahan kat hospital lepas lahir.
dah lemas dalam perut.
banyak sangat minum air.
masa kami pergi ambil mak ngan adik,
ayah tinggal kan aku ngan ayop dalam kereta.
ingat lagi,
kereta Marina Morris warna merah.
pastu ayah pesan.
kalu ada orang tegur jangan jawab.
ihiks.


masa putri.
aku dah umur 16 tahun.
sangat teruja.
sebab dapat adik lagi.
pompuan lak tu.
aku lak yang cuti seminggu sebab nak jaga mami.
sampai cikgu sekolah perli.
mak yang bersalin, anak yang cuti.
pedulik apa, janji mami aku dapat jaga.

harap2 kita boleh lalui semua ni dengan baik.
kiter masih lagi terbayang baby yang first.
semua nampak baik, tapi rupanya dah stop membesar.
harap2 baby yang ini kuat.
harap2 yang ini setuju untuk terima aku jadi mami dia.
harap2 baby ini terima aku seadanya ihiks.

besok check-up lagik.
terpaksa ada close check-up sebab dah ada history kan.
tapi doktor kata kalu check-up besok baby oke,
then dah boleh start jumpa 2 minggu sekali dan bukan lagi seminggu sekali cam sekarang.
so again.
berdebar nak check-up besok :)


p/s ~
syurga dibawah kaki mu ibu..

15 comments:

  1. chayok2 kak ita...hehe

    pastu roger meera ekk...
    meera kan anty die..hee..
    kalo leh, scan sket pic baby..

    ReplyDelete
  2. amin2..semoga yg terbaik je berlaku ye :)

    ReplyDelete
  3. selamat balik ipoh.

    kem salam kat mami!

    ReplyDelete
  4. kak..
    t.intan ngan ipoh hanya 1jam..
    sy cari akak yer..


    cumel smua pic tuh~~
    semoga kakak baik2 slalu..
    amin~~

    ReplyDelete
  5. kak..
    t.intan ngan ipoh hanya 1jam..
    sy cari akak yer..


    cumel smua pic tuh~~
    semoga kakak baik2 slalu..
    amin~~

    ReplyDelete
  6. salam...
    memang klas en3 ni...simple tapi jalan cerita menarik...

    ReplyDelete
  7. hurmmm
    rindu lak kat mama...

    ain doakn yg trbaik utk akk...
    smoge bby n akk sihat2 selalu..
    insyaallah..amin2

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas ingatan pada mami. betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. cuma kasih sayang dalam rumahtangga saja yang dapat mengatasi segala masalah. sabar paling perlu. cinta mesti selalu. balik nanti mami akan masak apa saja yang akak nak. ayah dah janji nak cari buah bacang untuk buat sambal.tinggal dengan mami 1 minggu...he...seronoknya.

    ReplyDelete
  9. sambal buah kuinin...?
    pergh...kak tata...sedapnyer..
    terliur den bace..huhu
    nak join pi ipoh makan juge buleh??
    hehe...
    nnti kim slm kat mami ngn putri ok..

    ReplyDelete
  10. balik ipoh ek..

    bro last week dah balik.. lepas nie xtau bile lagi huhuu

    BroFramestone Blog

    ReplyDelete
  11. salam,
    selamat pulang ke kampun bertemu insan yang dicintai dan disayangi, semoga selamat sampai dan selamat kembali, Amin

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...