Tabungan

08 April 2010

jangan buang pampers dari tingkat atas!!

sape la orang yang tak bertanggungjawab tu??

alkisahnya gini.
seperti yang kalian sedia maklum, aku duduk kat satu flat di Sri Gombak..
aku puas hati kat sini.
orang-orangnya baik.
sangat bersatu padu.
kalau kenduri selalunya buat gotong-royong..*aku nyorok*
kalau ada sambutan contoh Maal Hijrah baru ni, flat ni ada buat perarakan yang mana Encik Nazri turut serta..*aku nyorok lagi*

dan yang paling best.
kat sini ada satu pakcik.
dia suka buat pengumuman.
sangat suka pegang mikrofon.
sampaikan dalam lif ada orang tulis "Pak N**** gila mikrofon".
tapi bagi aku, pakcik ni oke.
dia buat pengumuman dengan tujuan untuk perkongsian maklumat.
tapi kadang-kadang dia memang suka merepek.
pendek kata, kalau dia dapat mikrofon, memang ada saja idea nak bercakap.
setakat ni, perkara-perkara yang dia dah sebut adalah tentang bayar duit keselamatan, bayar duit air, bayar duit api, tentang Klinik 1Malaysia dan yang terbaru, semalam, kes orang buang pampers dari tingkat atas.
lama gak dia membebel.
dekat 20 minit rasanya.
antara yang dia cakap "kalau tak cakap kang, tak reti..kalau cakap kang, marah"

betui gak kata dia.
dia dah tegur banyak kali.
jangan buang sampah dari atas.
malas sangat ke nak buang dalam tong sampah, dan turun letak elok2 kat tempat khas buang sampah.
kenapa kena mesti nak buang dari atas?
kereta kami selalu gak jadi mangsa.
kadang2 rasa meludah pun ada kot dari atas.
kalu tengok kat cermin kereta kami, ada ajer kesan ludahan.kotor!!
lepas tu, ada satu area tu pulak,difahamkan, geng-geng bangla yang duduk kat tingkat paling atas, suka sangat buang botol arak.mungkin dah mabuk,so buang ajer terus dari tingkap.pernah ada satu kereta kat sini pecah cermin kereta nyer. tapi cam biasa. siapa nak mengaku.

tu kes buang sampah dari atas.
ada satu lagi perangai yang pakcik ni suka tegur.
pasal letak kereta kat tempat buang sampah.
memang kami sedia maklum.
tempat kereta tak mencukupi.
satu rumah mungkin sampai ada dua kereta.
jadi lagi la tak cukup space untuk parking.
jadi memang kadang-kadang ramai la yang suka park kat tempat pembuangan sampah tu.
dan masalahnya bukan apa.
tiap-tiap pagi akan ada lori sampah datang nak ambil sampah.
tapi kalau diorang parking situ, cam mana lori nak lalu.
so tiap-tiap hari la kena wat pengumuman kereta si polan-polan tolong alihkan.
sampai kadang-kadang pakcik guard ni pun dah salah umum.
"sila tolong kereta ini alihkan tempat".
wakakakakaka..mesti pakcik guard dah penat wat pengumuman,tapi tuan punya kereta ni tak datang-datang.
dah la letak tempat yang salah.
pastu panggil dua tiga kali still tak datang-datang lagi alihkan kereta.
kesian orang-orang yang nak wat keje nak angkut sampah tu, kena tunggu lak orang-orang nih.

dah dekat setahun duk sini.
memang banyak omelan pakcik ni yang kami dengar.
tapi best.
dia pandai selit lawak.
dan geram gak orang-orang yang suka wat tak tau dengan nasihat pakcik ni.
betui gak kata dia.
cakap marah.tak cakap,taktau pulak.
abis tu camna.
sendiri pikir.

p/s~
nanti nak pindah.
tak dapat dengar omelan pakcik dah.

14 comments:

  1. heheh..kira pakcik tuh mmg jenis yg ok la ..sbb dia menegur un utk kebaikan semua jgk..kan..

    ReplyDelete
  2. kt umah org dulu penah ada yg campak botol susu kaca tu sampai tercacak ataas kepala org berdarah2 ooo naseb x mati iskk..giler org yg men baling2 tu..yg terjun bunuh diri tu pun sama x pk ke dia tejun pas tu klu jatuh atas org lain camne..x psl2 org lain ikut dia mati huhu

    ReplyDelete
  3. huhuhuhu...
    menarik...cian pk ck 2
    smpai ckp pn slah2..msti asyk ckp bnde yg same je...2 yg smpai trsasul...
    hehehe

    ReplyDelete
  4. baguslah pakcik mcm tu.. elok ada org tua yg menegor kita ni.. kita ni kekadang ralit sampai alpa keadaan keliling.. erm.. klu kes buang sampah dari rumah ke bawah ni.. dah jadi habit agaknyer

    ReplyDelete
  5. salam

    macam-macam cabaran eh duk rumah macam tu.. sabar ye... insyaAllah suatu hari nanti dapat duk rumah yang lebih sesuai dan banyak kerenah.

    duk rumah teres pun ada masalah pelik2 gak. sabar je la kita ni.

    ReplyDelete
  6. mcm comey je pakcik tu... he he hehehehe...

    ReplyDelete
  7. pakcik tu excited dapat pegang mic.. tpi dia pegang secara berhemah. ekekekeke

    ReplyDelete
  8. mesti rindu pakcik tu nnt kan..

    ReplyDelete
  9. pakcik tu mesti bekas dj radio kan..




    kalau akak pindah..nanti bawak la pakcik tu pindah skali..
    boley la akak dgr OMELAN pakcik itu KELAK...


    skema ayat gua..
    pura2 sopan kat blog sis ita yang harmoni ni..

    ReplyDelete
  10. waaa... mesti pakcik tu sgt2 bes kan.. hehe

    ReplyDelete
  11. sri gombak kat maneeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  12. lamenye pakcik tu membebel.haha

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...