Tabungan

18 March 2014

pendapat seorang rakyat biasa yang naif mengenai kehilangan MH370

aku nak bercakap tentang MH370. dari kaca mata rakyat Malaysia biasa yang takde background aviation, yang tak tahu politik negara, yang tak tahu cara nak tampor kokedai (baca : buaya). apa yang aku nak cakap hanyalah apa yang aku rasa bila tahu tentang kehilangan MH370 ni.

masa aku mula-mula tahu tentang perkara ini, aku, suami dan Cha dalam perjalanan nak pi brunch. kami dengar melalui siaran radio HOTFM. memang terkejut la, kapal terbang boleh hilang. bak kata Zed Zaidi -- biar betik!

masa mula-mula media announce 'hilang' aku dah boleh agak ianya bukan terhempas. sebab mereka kata 'hilang'. kalau tak mesti media dah kata, dipercayai terhempas or whatsoever ayat-ayat suratkhabar. dan bila dengar dengan lebih lanjut, google sana sini, memang betullah -- dikatakan hilang sebab memang betul kapal terbang tersebut hilang secara tiba-tiba dari radar.

sebagai manusia biasa, dah tentu perkara pertama yang aku fikir ialah tentang keselamatan kesemua penumpang dan anak kapal termasuklah dua bayi tersebut. terfikirlah macam-macam, bagaimana agaknya perasaan mereka semasa keadaan tersebut terjadi. terfikirkan perasaan ahli keluarga yang terlibat. 

aku pulak teringat pengalaman tak berapa nak manis naik kapal terbang yang terhuyung-hayang langgar awan sebab keadaan cuaca yang tak menentu. terbayang horror-nya bila terasa kapal macam terjatuh ke bawah. masa keadaan tu jadi, memang apa yang terbayang kat mata aku hanya Qalesya - Qalesya - Qalesya - suami - keluarga (sori ayah) hee. tapi nasib baik, Tuhan masih izinkan aku berjalan dibumiNya, aku selamat sampai.

jadi, tak terbayang perasaan mereka yang sehingga kini tak dapat dikenalpasti dimana mereka berada. Macam seolah-olah tak ada kesudahan. Macam seolah-olah perkara ni boleh dilupakan begitu saja.

kalau terhempas, mana bangkai pesawat tersebut?
kalau disorok, kenapa?

sehingga kini, terlalu banyak spekulasi yang dikeluarkan berkenaan dengan MH370. dalam facebook atau mana-mana media sosial, berebut-rebut orang nak tulis tentang MH370. ada yang kaitkan dengan politik. ada yang kaitkan dengan keselamatan negara. kalau dibaca satu-satu, boleh rasa betapa terancamnya kita di Malaysia ni.

tak lupa juga dengan orang yang selalu menghentam kerajaan kerana seolah-olah lembab dalam mencari MH370 ni. sibuk nak hentam kerana pendapat yang dikeluarkan adalah berlainan antara satu sama lain. DCA cakap lain, Imigresen cakap lain, kang masa PC cakap lain -- seolah-olah semuanya disusun, seolah-olah ada rahsia besar yang hendak kerajaan sorok.

cuma pada pendapat aku, setiap apa yang dilakukan oleh kerajaan, pasti ada kebaikannya. pada pendapat aku, sekiranya berahsia lebih mendatangkan kebaikan, then apa salahnya.

contoh -- kalaulah benar ada rampasan pesawat yang berlaku oleh terrorist ke apa ke kan, mesti rakyat Malaysia dah kalut, kelam kabut memikirkan Malaysia dah tak selamat, mulalah kelam kabut cari perlindungan, masing-masing mesti fikirkan keselamatan keluarga sendiri, mesti sibuk taknak pergi kerja, sibuk nak kumpul semua ahli keluarga bawah satu bumbung sebab risau kot-kot perang terjadi. disebabkan satu peristiwa, habis kalut satu Malaysia. kang PM mulalah nak kena fikir pulak kalutnya rakyat Malaysia ni, dah tambah satu masalah mereka. jadi lebih baik, kita serahkan keselamatan negara ni pada mereka. kita ni, berdoalah pada yang Satu agar Dia lindungi kita sebaik-baiknya. dah banyak yang Tuhan tunjuk dalam masa terdekat ni. lepas satu-satu Dia bayar cash.

tengok saja pada FMFA baru-baru ini. yang mati anak muda kita. yang mati ialah orang islam. mati dalam keadaan yang sangat memalukan. kenapa? kenapa? tak mungkin ianya berlaku saja-saja. pasti ada mesej yang hendak disampaikan olehNya. tak faham-faham lagi.

kita ni, bertuah. hidup dalam Malaysia yang aman. tak ada perang. tak ada masalah kewangan yang meruncing. tak ada masalah tak cukup makan. hidup berbilang bangsa, tapi boleh duduk di bawah awan yang sama. bukankah aman namanya. walaupun masalah sosial semakin meruncing, masalah samun dan rompak yang semakin menjadi-jadi, tapi bolehlah dikatakan aman lagi berbanding perang sana-sini. tak perlukah kita bersyukur lagi? sebaliknya, makin lagho -- hidup dah macam orang tak beragama.

aku tak layak nak cakap pasal itu, sebab aku pun bukanlah baik sangat orangnya. kurang sana sini. memang tak layak nak cakap pasal agama. tapi sedikit sebanyak perkara-perkara ini sepatutnya menyedarkan ramai pihak bahawa Tuhan sudah mula bayar tunai pada kita semua. Tuhan sudah mula bagi wake-up call dengan cara yang tidak lagi halus seperti dulu.

nikmat Dia, kita nafikan.
nikmat Dia, kita ambil tapi tak bersyukur.

malunya dengan Dia.

.
.
.

apa topik aku mula-mula tadi ek. owh MH370.

ya MH370. pulanglah. kami menunggu kalian. kami mendoakan agar kalian selamat segalanya. walau dimana kalian berada, percayalah, Dia ada menjaga kalian. pada Dia kami berdoa agar kalian dilindungi sepenuhnya. pecaya pada Dia, dan Dia akan membantu kalian.



***

bulan ni ESP beli 6 percuma 1.
tawaran berakhir 31 Mac 2014.
hik hik.




No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...