Tabungan

12 August 2013

Dilema tidur di hospital

Sebenarnya, aku dah ngantuk. Ada beberapa sms dan mesej yang aku tak larat nak balas lagi. Terima kasih kepada semua yang bertanya khabar. Sungguh, aku sendiri tak tahu aku sakit apa. Luaran nampak oke, tapi dalaman -- aku seorang saja tahu macam mana sakitnya. Tapi, result alhamdulillah setakat ni semua clear, tinggal ada beberapa lagi result yang tak keluar. Kena tunggu esok baru tahu. Kalau semuanya oke, maknanya aku kena pertimbangkan untuk berubat kampung pula. Well, that is another story.

Yang aku nak cerita sekarang ni ialah -- perasaan tak best tidur kat hospital sorang2. Maklumlah, dari kecik dah disogok dengan cerita yang bukan2 kat spital kan. Dah duduk sorang ni teringat-ingat la pulak.

Aku pernah sekali admit hospital, tahun 2010. Aku kena operate petang tu, habis operate malam pukul 9 lebih kurang, jadi ubat tidur masih on, so aku mmg dalam deep sleep malam tu, makanya tak adalah experience tidur kat spital malam2. Lagipun, masa tu Nazri ada teman aku.

Masa Qalesya masuk spital pun, nazri mmg sentiasa ada. Jadi kami tidur bertiga. Aku pun tak sunyi sebab dpt tdo dengan Cha. Hari ni Cha xde, so sunyi sikit.

Jadinya, hari ni, totally alone. Nasib baik petang tadi ada family Hindu check in katil depan. Taklah sunyi sangat bilik ni.

Tapi still, serba tak kena aku nak tidur.

Ngiring belah kanan, terfikir kot ada yang duduk kerusi kat belah kiri.

Ngiring belah kiri, terfikir kot ada yang berdiri belah kanan.

Nak tidur terlentang, gila tak selesa.

Nak tidur pakai spek? Tak selesa.

Nak tidur tanggal spek, kang tak nampak pulak.

Lampu kalau tutup, x nampak apa pulak kang. Tutup kang, kot family depan ni tak selesa.

Serba tak kena aku.

Bila baca balik entri ni sebelum publish, aku terfikir kenapala aku tulis entri ni.



Sent from my iPhone

3 comments:

  1. Moga selamat semuanya
    Take care cik ta!

    ReplyDelete
  2. jangan risau kak... rasanya xde apa tu.. deno dah biasa tinggal di hosp, insyaallah xde apa2 :)

    ReplyDelete
  3. Semoga sihat walafiat...
    takder pape kat spital tuh... In Shaa Allah..
    dah byk kali jgk akak duk ward...hehehe...

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...