Tabungan

02 August 2013

Giliran Balik Kampung

Benda ni mudah saja sebenarnya. Kena ada toleransi dan sefahaman. Ianya jadi sukar bila dua-dua pihak keras kepala dan tak mahu bertolak ansur.

Woha. Jangan main-main weh. Sebab benda ni boleh gaduh laki bini tau!

Aku banyak dengar cerita pasal suami/isteri yang tak dapat balik ke kampung masing-masing kerana pasangan yang tak mahu mengalah. Kalau tak dituruti, muncung panjang sedepa. Jadi untuk mengelakkan gaduh di hari mulia, terpaksalah suami/isteri memendam rasa.

Kesian juga aku dengar. Kesian pada tuan punya badan dan juga keluarga tuan punya badan tu. Takkanlah mak dan ayah tak rindu kan, nak beraya dengan anak sendiri.

Sebelum kahwin, setiap kali raya mesti ada gelak tawa anak-anak ni. Tapi bila dah kahwin, nak balik beraya pun dah susah gara-gara pasangan yang tak mahu memahami.

Walau apapun, terletak atas individu. Dah kalau tuan punya badan sendiri malas nak fikir dan ikut saja kata pasangan, then what to do. Kesian kat mak pak je la, tak dapat beraya dengan anak, dengan cucu.

Jadi apa yang penting?
Kerjasama!!


p.s.
Alhamdulillah, tak ada masalah dengan turn balik kampung -- sebab dah empat kali raya, masih lagi mematuhi peraturan selang-seli. Mak ayah pun faham. :)

jom balik kampung!

2 comments:

  1. happening nye keretapi balik kampung. hehe.

    anyway... semoga kedua-dua bahagia di hari raya.

    ReplyDelete
  2. kami amik cara bergilir-gilir.. =)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...