Tabungan

25 January 2010

..Putus Cinta..

bercinta..mudah..
ada orang kata..
jatuh cinta pandang pertama..
mudah kan..
pandang saja..
sudah jatuh cinta..

tapi..
putus cinta??
mudah kah??




sudah tentu tidak..
tanya pada siapa yang pernah putus cinta..
pasti tambah tolak katanya - sakit..

aku juga pernah putus cinta..
tapi itu kisah lama..

aku sudah ada suami..
cerita lama simpan saja..

cuma ingin aku katakan..
aku memahami perasaan itu..

putus cinta pasti ada punca..
ada yang menyalahkan takdir..
ada kerana salah diri sendiri..
ada kerana salah pertimbangan mungkin..

kenapa aku kata takdir??
bayangkan..
bercinta indah semua..
tiada cacat celanya..
tapi kalau Dia kata bukan..
pasti bukan juga jadinya..
lihat saja kisah-kisah nyata..
mahu bertunang..pasangan kemalangan..maut..
baru bernikah..juga kemalangan..maut..
itu aku rasakan dari sisi takdir..

salah diri sendiri??
yang aku rasakan rata-rata punca perpisahan adalah dari sisi ini..
mungkin tiada persefahaman..diri sendiri buat tak tahu..
mungkin sudah banyak perkara diluahkan oleh pasangan..juga diri sendiri buat tak endah..
menangkan diri sendiri..pasti tiada gunanya..
mulut untuk bercakap..
mata untuk melihat..
telinga untuk mendengar..
otak untuk berfikir..
guna semuanya..keputusan pasti ada..

tapi masih ada pasangan yang tidak menggunakan kemudahan itu..
mulut ada..tapi dikabarkan pada yang tidak sepatutnya..
mata ada..tapi ditutup segelap-gelapnya..
telinga ada..tapi ditulikan semahu-mahunya..
otak ada..tapi tidak diputar selaju mungkin..

tapi ada juga..
perkara sudah dinyata berulang kali..
masih pasangannya menutup mata hati otak telinga..
dimana lagi nada mahu mencelah..
mana lagi maklumat mahu dicerna..

tetap..puncanya..diri sendiri..

salah pertimbangan..
pertimbangan..
yang aku kira..adalah langkah utama dalam bercinta..
fikir dulu sedalam mungkin..
adakah dia orangnya??..
jangan hanya kerana sehari dua kamu senang berada disisnya..
kamu sudah mahu menaik taraf status..
jangan hanya kerana sehari dua kamu tertawa dengan jenakanya..
kamu sudah berjanji setia sehidup semati..
beri masa kepada diri..
beri masa kepada dia juga..
berkawan dulu bak kata orang..
lihat hati budinya..
bolehkah kamu hidup selama dengannya..


satu yang aku lihat..
zaman moden ini..
terlalu banyak dugaannya..

ada orang ketiga..keempat..kelima..barangkali keenam..
ada yang sememangnya mata keranjang..buaya darat..hidung belang..
ada yang pisau cukur..yang mindanya..hidup untuk wang..

aku tidak suka dugaan itu..
aku takut mendengar kisah keretakan hubungan kekeluargaan atas sebab-sebab di atas..
aku sedih melihat perempuan yang menangis kerana arjuna hati dikacau perempuan lain..
aku sedih mendengar cerita pasangannya berpaling kepada perempuan yang lebih panas dan seksi..
aku sedih..dan aku mohon perlindungan dariNya atas sebab-sebab itu..

p/s ~
meroyan bicara tentang cinta..
selepas sakit hati..
hari hujan tatkala Cinta Balqis mahu melabuh tirai..
hujan - astro tak jalan maaaaa..

apa ending eh?? Balqis dengan siapa tuh??
mohon maklumat haha..


12 comments:

  1. putus cinte adelah benda sakittt!!!!

    ReplyDelete
  2. balqis kahwin dengan Hassan.
    izani, balik kepada isteri yang setia dengannya. izani insaf,,bahawa cinta masing2 ada didepan mata. dia meredhokan balqis kahwin dengan hassan. hassan tersengih gembira. itulah endingnya.

    ReplyDelete
  3. mami ni kelakar la....i dah beli tudung untuk u tau...tunggguuuu :)
    muahsss....!!

    ReplyDelete
  4. fid ~ pernah putus eh .... sama sama :)

    ReplyDelete
  5. kf ~ ade eh kat u tube..wow ehee

    ReplyDelete
  6. tapi selalunya.. bila dah putus cinta baru semua keburukan di ungkit2.. :)

    ReplyDelete
  7. pokok pangkalnya adalah hati kita juga

    ReplyDelete
  8. sakit ooo frust2 cinta..tak moooo..tak mauuu..

    ReplyDelete
  9. saya baru putus cinta...letih saya setia pada dia..tapi dia bagi racun..adoi...nasib baik mak saya ada utk kasi antidot...

    ReplyDelete
  10. sakit pts cinta ni..... aku pn pnh..
    kalau boleh tak nak lagi...

    ReplyDelete
  11. bahagianya if dapat bersama dengan org yang dicintai kan.. (*_*)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...