Tabungan

12 January 2010

..Sayangi dan Bersyukurlah dengan kehadiran seorang Suami..




artikel ini diambil daripada e-mail..
bukan hasil tulisan sendiri..
harap maklum..
erm yang bawah p/s itu yer :p


SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki,
jangan lupa bimbing anak dan isteri.
Kalau suatu hari berlaku selisih faham,
jangan cepat menuding jari.
Duduk berbincang dan cari kata sepakat.
Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara,
ayah tak balas dengan kata-kata.
Ayah keluar hidupkan motor,
pergi ke Behrang cari mee goreng mamak.
Bila sampai saja di rumah,
ayah hulur pada arwah Mak,
muka yang tadi masam terus tersenyum riang.
Suami kena tahu kesukaan isteri,
supaya mudah memujuk hati,”

ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua.
Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan.
Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama,
di awal, pertengahan dan di hujungnya.
Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja.
Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi.
Menerima kekurangan untuk saling menginsafi,
suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati.
Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara.
Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga.
Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:
“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”
Seorang wanita lalu bangun bertanya,
“Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”
Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu.
Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata.

Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa.
Muka isteri semakin kelat, hilang serinya.
Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta,
namun tidak berbicara dan bersemuka.
Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati.
Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa.
Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami.
Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan.
Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.


“ Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga,
namun dia bijak berjenaka, meriah suasana.
Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga,
tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa.
Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata.
Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana .
Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan.
Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi.
Moga-moga dia berubah hati.
Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit,
apa pula suami isteri,
buang yang keruh,
ambil yang jernih.
Baru teguh peribadi..”

Wahai teman bergelar isteri,
mari kita muhasabah diri.
Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali.
Banyakkan istighfar dan juga sedekah,
kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami.
Jangan bertangguh dan jangan lengah.
Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari,
“Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”   

p/s ~


MAAFKAN SAYA WAHAI SUAMI..
SAYA TAHU SAYA BANYAK BUAT AWAK SUSAH HATI..
SAYA TAHU SAYA BANYAK BUAT AWAK MAKAN HATI..
SAYA TAHU SAYA SELALU BUAT AWAK TAK TENTU HALA..
SAYA TAHU SAYA SELALU BUAT AWAK SAKIT DADA..
                
MAAFKAN SAYA WAHAI SUAMI..
SAYA TERLALU SAYANGKAN AWAK..
SAYA TERLALU SAYANGKAN AWAK SAMPAI SAYA TAK SANGGUP KEHILANGAN AWAK..
FIKIR PUN SAYA TAKUT..
INIKAN PULAK KALAU BETUL-BETUL TERJADI NANTI..
 
KUCING SAYA MATI PUN SAYA NANGIS SAMPAI BENGKAK MATA..
INI KAN PULA KALAU SAYA HILANG AWAK..
ORANG YANG SAYA TERLALU SAYANG..
INSYAALLAH DUNIA DAN AKHIRAT..
 
SAYA MAHU HIDUP DENGAN AWAK SAHAJA..
TAK MAHU ORANG LAIN..
                                    
KALAU SAYA MERAJUK..
FAHAMILAH..
SAYA MERAJUK TAK LAMA..
AWAK TAHU KAN SAYANG??
 
KALAU SAYA MARAH..
FAHAMILAH..
SAYA MARAH TAK LAMA..
AWAK JUGA TAHUKAN ITU SAYANG??

SAYA NAK BUAT APA SAJA YANG TERBAIK UNTUK AWAK..
SAYA NAK JADI ISTERI AWAK DI DUNIA DAN AKHIRAT..
INSYAALLAH..

MAKA WAHAI SUAMI..
MAAFKAN SAYA..
SEMOGA SAYA SENTIASA BERADA DI DALAM DOA DAN KEREDHAAN AWAK SERTA YANG MAHA ESA..
 
I LOVE U WAHAI SUAMI..

DARI ISTERI MU

13 comments:

  1. Pagi ni jam 11.10 pagi mami mengesat air mata membaca nukilan akak. dalam hati bila pulak anak mami ni jadi ustazah. makin jauh mami membaca makin faham isi hati. mami rasa insaf bahawa mami juga banyak bersalah pada suami (ayah akak). tapi mami juga bersyukur, suami dah baik dengan mami. Alhamdulillah. anak mami orang yang baik. cuma rindu mami pada akak tak tertahan. wahai hati sabar ye. akak, akak tulis novel le.

    ReplyDelete
  2. suami dan isteri harus saling hormat menghormati dan memahami baru ada bahagia

    ReplyDelete
  3. MAKA WAHAI SUAMI..
    MAAFKAN SAYA..
    SEMOGA SAYA SENTIASA BERADA DI DALAM DOA DAN KEREDHAAN AWAK SERTA YANG MAHA ESA..

    serius suka yg ini.
    harap2 Wanita sentiasa di redhai.
    aminn

    ReplyDelete
  4. mesti ada sikap t0lak ansur..
    sebab kita saling memerlukan..


    eh2..pandai2 je kan..macam 0rg da kawen lak

    ReplyDelete
  5. bilalah aku boleh berdoa untuk suami....

    la la la la

    ReplyDelete
  6. aslm..
    dunia yg semakin mencabar ni,
    terlalu sukar pasangan suami isteri
    untk mengekalkn kebahgian..penuh dgn dugaan yg x sangka.

    ReplyDelete
  7. salam,
    kasih sayang antara suami isteri perlu mekar sepanjang hari. Ia dapat dicapai melalui sentiasa memikirkan keunikan pasangan sendiri sebelum tidur di malam hari

    ReplyDelete
  8. saya suka komen sharamli walaupun dia masih budak2. betullah kata orang tua2 .. kecil jangan di sangka anak !

    ReplyDelete
  9. salam...syok bace en3 ni...ade yg i tau dan ade yg i xtau...tq2...wasalam

    ReplyDelete
  10. nice artikel. i like it. hehehehehe... moga2 wanita yang bergelar isteri solehah mendapat nikmat dunia dan akhirat... amin!

    ReplyDelete
  11. beruntunglah kamu yang punya suami yang baik..
    bagaimana dengan aku..????
    dilukai,dicurangi.
    hanya aku mnyayanginya..
    aku redha dengan ketentuan ilahi..
    semoga permata hati yang bakal lahir ini merapatkan hubungan kami..

    insyalallah..

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...