Tabungan

28 February 2010

10 tanda : Eh!! Ko dah GEMUK LA!!

kembali bersama ruangan ita manja..adik-adik hari ini, kakak ita manja nak berkongsi dengan semua perihal 10 tanda : EH!! Ko dah GEMUK LA!! haaa...di bawah ini kakak ita manja senaraikan tanda-tanda dia okay........

Kamu Sudah GEMUK bila...

1.  kamu pakai baju/seluar yang biasa kamu pakai tiap-tiap hari, tetapi kamu rasa baju itu semakin
     kecil..sambil perasan confident kamu berbisik, hmm, ni mesti salah mesin basuh ni, dia kecikkan
     baju aku??

2.  kamu rasa kamu ambil nasik dengan kuantiti yang sedikit, lauk yang minimum, tetapi ada rakan
     yang menegur, eh!! banyak nya makanan kamu ambil???!!

3.  kamu terlupa untuk makan tengah hari ekoran kerja/assignment yang menimbun, tetapi rakan kamu
     menegur sambil tersengih kerang busuk, eh!! kamu diet ehhhhhhh??!!

4.  kamu pergi ke shopping complex/pasar malam/bundle atau mana saja tempat menjual baju,
     kamu ambil baju size L dengan penuh yakin kamu rasa itulah baju size paling besar dan pasti muat,
     tapi kamu balik ke rumah, erk??!! tak muat!!!??

5.  kamu tanya pada kawan, "DE, wa gemuk tak???" dan kawan kamu menjawab, "nak wa jawab
     jujur atau wa kena tipu lu??"

6.  kalau dulu kamu biasa makan satu pinggan pun dah tak mampu habis, tapi kini kawan kamu kata
     kamu dah makan 3 pinggan, dan kamu tak sedar.. erk??!!

7.  kamu nak shopping baju, tapi kebanyakan baju yang kamu suka, semua tak muat... sekali lagi erk?!

8.  kamu nak kawin, kamu pergi ke butik pengantin, dan pembantu kedai pengantin tu berkata,
     "kami menyediakan banyak pilihan baju pengantin bersaiz XL hingga ke XXXL bagi
     memudahkan cik membuat pilihan terbaik untuk hari bahagia cik"....tanpa rasa bersalah dan
     tersenyum manis :)

9.  ada makcik di tempat kerja datang kepada kamu dan berkata, "kamu kena kuruskan badan,
     dari jauh dah macam tong drum..."...juga tersenyum manis..

10. ada makcik berkata pada kamu, "anak akak tu kurus, tak macam kamu la, kamu gemuk sikit.."
      juga gila tersenyum manjaaaaaaa...

jadi adik-adik, sebenarnya itu semua pengalaman sebenar ya adik-adik......jadi renung-renungkan dan selamat beramal..... :)



p/s ~
berkatalah benar walaupun pahit...
awwww...pahittt!!

27 February 2010

Kawan Sampai Mati

hari ini mahu menulis secara melulu..mahu bercakap seorang diri tanpa berfikir..mahu menghentak papan kekunci tanpa henti..sampai hati rasa puas..

hati tiba jadi sayu selepas membaca penulisan dek zara di sini..dengan pantas dan hiba..aku sedar aku rindu sahabat-sahabat aku..

dah lama tak berbual mesra..dah lama tak meneguk kopi sambil bertepuk tampar..ahh..rindu aku saat berkampung,tidur sebantal dengan rakan-rakan..

izinkan aku pusing waktu kebelakang..satu-persatu..

semasa zaman kecil ku..sekolah rendah dan menengah..aku punya rakan baik..azleen dan nat..nat, tidak pernah aku dengar lagi ceritanya..azleen masih aku hubungi sehingga kini..walau tidak serapat dulu..tapi dialah satu-satunya rakan aku yang punya ikatan erat dari kecil hingga sekarang..di mana aku berada..ke mana saja aku pergi..dia sentiasa menjejak..kekadang, aku rasa aku yang pemalas disini..tidak menjaga rakan-rakan ku..sehingga mereka hilang..........??......tapi dengan leen,takkan pernah putus..kerna sentiasa ada......cuma..ya...semenjak tua nih..hahahaha....kami sudah jarang berhubung....yang aku tahu,dia akan melangsungkan perkahwinannya bulan 6 nanti....seawal bulan 1, sudah dia hubungi aku,mintak aku luangkan masa..tanda merah di kalendar agar aku tidak lupa menghadiri masa penting dan waktu berharganya..

semasa waktu universiti..aku dan leen berpisah kerana mengikut haluan masing-masing..dia meneruskan pelajaran kejuruteraannya..manakala aku yang malas ini meneruskan pelajaran dalam bidang perniagaan walaupun aku adalah budak tekno "baca kejuruteraan"..aku ke Timur - Machang Kelantan..leen tetap di Ipoh Perak..
disana aku mengenali ramai sahabat baru..ramai sangat..tak terkata..tapi aku tak punya sahabat baik kerana aku lebih menyendiri..aku mengikut arus..tidak punya klik "baca kumpulan' yang tertentu..semua orang aku masuk..gasak saja orang kata heee...dan di semester 3, aku mula gatal bercinta dan membuatkan aku lebih tertumpu pada si dia dan tak perlukan orang lain.. **tapi habis diploma, hubungan kami pun berakhir..so tutup cerita itu**
semasa ijazah..ada sebilangan rakan di Machang Kelantan yang mendapat tawaran sambung belajar di Kampus Utara Arau Perlis..mereka ialah nina, eliza, aida, reen, eda dan patim..kami menyambung pelajaran dalam bidang kewangan..duduk menyewa di luar..kami berlima nina,eliza,aida dan reen duduk serumah..owh..macam-macam perkara berlaku disini..secara peribadi,buat aku lebih banyak perkara duka..tapi masih semua dah berlalu..aku sudah boleh menerimanya..masuk semester kedua, reen dan aida keluar rumah, tinggal lah kami bertiga sahaja..eliza,nina dan aku..
zaman itu sangat indah....dan mereka sangat baik....kehidupan kami bahagia...makan bersama..puasa bersama...berjalan bersama....menangis bersama....meyambut besday eli....tak boleh lupa cari nina buli makcik "baca eli"...aku rindu waktu itu..rindu sangat.... *kak ina, rindu tak? makcik, rindu tak?..sebab aku rindu oittttt!!*
owh di kampus ini juga aku mengenali Encik Nazri..owh bahagia hingga kini *senyum menggila*

sejak habis belajar....semua rakan-rakan ku ini hilang begitu sahaja...masing-masing bawa haluan sendiri...tiada lagi khabar.....tiada panggilan telefon....tiada sms diterima....sunyi....sepi.....aku....rindu....saat....itu.....

kadang-kadang aku terpikir....apa rintangan yang buat perkara ini terjadi....memang benar...tidak semua hilang hubung"baca lost contact"....masih ada lagi yang tetap aku hubungi..walau sekadar di FB...sekadar say hi....sekadar noted like...sekadar titip bunga dalam komen...sengaja...sengaja....sekurang-kurangnya hubungan itu tidak hilang...sekurang-kurangnya mereka tahu, bahawa mereka ada didalam ingatan aku..

jadi...kepada mereka yang tidak aku sebut....lisa fendi terutamanya..acu nia..nina..aida..qeema..puan shafinaz..halil..eda ruslan..bibik..emilya ezlin..dan semua rakan-rakan dari zaman belajar sehingga sekarang...sama ada di blogspot atau facebook....jangan hilang lagi ya....kita kawan sampai mati..


p/s #1~ 
aku tak mahu hilang kamu semua..
kalau nama tak disebut..
ingatkan aku..
dan maafkan aku kerana lupa pada kamu..

p/s #2~
rakan di pejabat lama - alfred lee menelefon aku..
seperti biasa menerima makian terlebih dahulu kerana tidak menghubunginya untuk sekian lama..
tapi yang paling aku terharu..
dia berkata..
"saya sudah anggap U macam adik..
jangan buat ini macam lagi..
call saya...saya sentiasa tunggu panggilan dari kamu..
tolong jangan hilang lagi..."
sampai begitu sekali pesannya..
kejam betul aku..

25 February 2010

hutang tu bayar la!!

ahaks..lain macam tajuk nyer..tapi serius betul la..ini hutang aku dengan abang sha..dia tag aku..wajib la jawab kan..aku kan suka jawab tag..hehehe...oke oke..jangan buang masa korang..nih jawapan tag..


1 - adakah anda rasa HOT???
haruslah... *dengan muka perasan menjawab yakin* :p

2 - upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!
ala..camner..aku tak reti nak cari gambor nya..yang pasti..dari mula aku pakai lappy ni, tak pernah la aku tukar default wallpaper nih hehe..

3 - cerita pasal gambar
default wallpaper :p

4 - bila kali terakhir anda mkn pizza?
hmm.. 13 Februari 2010..sebab apa aku ingat..sebab gi celebrate besday adam anak lisafen.. :p

5 - lagu terakhir anda dengar
senja nan merah (awie & ziana zain)

6 - ape yg anda buat selain menyelesaikan tag ni
tengok American Idol :p

7 - selain nama sendiri, anda di panggil nama ape
te & akak..

8 - tag lg 8 org ....
1. Ted|
2. Cik Cookie
3. Amieynna Amin
4. Alvin
5. Fid
6. sharamli
7. Mizz Ninie
8. Mukasurat 17

9 - siapakah org no.1 kpd anda
kawan pertama aku di sini dan aku sangat-sangat admire dia :)

10 - katakan sesuatu mengenai org no.5
budak lelaki yang ada blog yang best... :p

11 - no.3 ade hubungan dgn sape?
encik Aizad...kan kan kan :)

12 - bagaimana pula dgn no.4
dia ngan mint.. ihiks ihiks ihiks...

13 - pesanan kepada org no.6
jangan lupa mandi...erk..jangan marah dik hahahahaha...takde kena-mengena kan hee..

14 - kata2 cinta utk org no.2
CC kamu comel.. *ada berbaur cinta tak hee..

15 - adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
dua-dua comel hehe..

16 - berikan 5 yg anda tau tentang org yg mengtag anda
1. orang bentong, pahang;
2. ada bela kucing nama Johan;
3. pun ada bela ikan hehehe;
4. suka paintings...
5. main tenis and ping pong...

17 - persamaan antara KAMBING dan LEMBU
ada kaki 4..kan kan kan..

18 - prasaan anda wat tag ni?
sangat seronok lalalalala..

19 - adakah anda tau si razman itu sengal?
razman..yang ada blog tu eh...memang cam sengal skit hehehe..

20 - GAY or LESS
hah?? erk... hmmm... hahahahaha...

p/s ~ eh dah abis?

hari ini takde tajuk..sila buat tajuksendiri

ada lagi 22 minit sebelum pukul 2.00 yakni waktu kerja..harap-harap boleh sudahkan karangan ni and hantar pada cikgu..ntah apa-apa..opening pun dah merepek..macam mana nak dapat A dalam Bahasa Melayu peringkat SPM..patutla..patutla aku dapat 4..cit..

hari ini panas..tadi dengar dalam radio, katanya musim panas dan kering ni akan berlanjutan sampai awal bulan 4..tapi memang betul panas pun kan..habis dah disedut-sedut air dalam badan nih..kulit dah merekah-rekah..bibir dah macam padang pasir..nasib duk umah bertingkat-tingkat..adalah sejuk sikit..nasib duk umah ada adik,kalu tak memang dah pakai bikini ajer..panas beb panas..

minggu ni pun panas..kerja masih belum setle..sangat sakit kelapa kepala memikirkan kerja yang satu ni..selagi kerja yang ni belum setle..tak aman dunia aku..nak tido ingat kerja..bangun terus ingat kerja..makan ingat kerja..halahai kemaruk..tadi pagi pulak awal-awal dah kena panggil ngan TKSU..nasib baik la mak ajar baca ayat-ayat Al-Quran skit-skit nak wat pendinding..masuk bilik TKSU tadi,mesti dia tengok aku kecik besar kecik besar..terus tak sampai hati nak marah kot..selamat lagi hari ni..takpe..wa janji minggu ni leh siap..adeh..

minggu ni juga kering..3 hari duk KL..apa mau buat??tengok movie lagi??pergi praktis bowling mungkin..21 Mac ada tournament bowling..taknak la tulis kat mana..kang ada ajer budak-budak blogger gi rempit cari aku kat celah-celah manusia yang baling bola kan lorong lurus tuh..dah la senang nak cam..ala yang gemuk pastu baling bola terus masuk longkang tuh..ahaks ahaks..wa peduli apa..janji wa rock hahaha..aku niat nak berseronok..walaupun memang ada bola sendiri..tapi tetap..aku tak pandai main bowling..itu kenyataan..ketentuan Tuhan pada aku..syukurrrr..*gila sengih*

masa sudah habis..letak pensil masing-masing..periksa nama dan IC..letak di penjuru meja belah kanan..


p/s ~
oke dah hantar..

23 February 2010

..tengok dalam air..nampak muka dia..

aku rasa ini dah tahap mabuk..pandang saja arah mana..semua nampak dia..pandang komputer..ada gambar dia..pandang telefon..dengar suara dia..pergi makan..nampak kelibat macam dia..duduk diam dalam meeting,pikir pasal dia..argghh!!!tensen betul la..macam mana ni..ni dah tahap gila nih..tapi betul la..susah la macam ni..kalau dah semua benda buat..jadi asik teringat kat dia..apa lagi yang perlu kita buat..??

telefon ajer tak cukup..tak dapat nak pegang-pegang..
tengok gambar ajer tak cukup..pun takleh nak cium-cium pipi..
setakat cium kat gambar apa barang??

kalau boleh nak live..depan mata..hah peluk la puas-puas..cium la puas-puas..tu baru la seronok..halahai macam mana nih??

ni memang dah rindu tahap nak meletop dah ni..nak kata dah lama tak jumpa pun..tak la juga..hari tu ada ajer singgah jumpa jap  touching-touching dia..tapi malam ni..rindu sangat la..

rindu sangat kat dia..
nak balik jumpa dia..
dia = mami..

mami te sayang mami..nanti kita balik kite sembang lama-lama yer..sambil masak kat dapur kita ngumpat orang sebelah yer..sambil potong bawang..kiter citer hal boss kita yang garang tu yer..sambil siang ikan..kiter marah-marah manja kucing-kucing kita tu yer..sambil tumis sayur..kiter gelak-gelak hal kampung yer mami..

mami..te sayang mami..mami jangan la kata te tak nak cakap ngan mami dalam telefon..kalu boleh tiap-tiap hari te nak sembang-sembang ngan mami tau..kan te pernah cakap nak mami tinggal ngan te..nanti mami pencen mami duk ngan te kat putrajaya kay..

nanti te cari siap-siap katil untuk mami..tilam vono untuk mami..letak air-cond dalam bilik mami..tapi dengan syarat la..mami tinggal ngan te..

kalau mami tinggal ngan te..kite leh masak sama-sama selalu..leh sembang-sembang sambil gelak buat orang sebelah menyampah ngan kite ye mami..lagipun..yang paling penting..kalau mami tinggal ngan te,takde la te rindu kat mami sampai nak nangis camni ye mami..

oke la mami..te nak tido..te tau mami selalu jenguk te kat sini..

te sayang mami sangat-sangat..

I LOVE U VERY VERY MUCH LAAAA!!!!!!!


p/s ~
terbang la balik ipoh malam ni jugak..

22 February 2010

::hari-hari biasa::

Alhamdulillah..hari ini bermula macam biasa..tidak boleh dikatakan baik..dan juga tak mau la dikatakan tidak baik..cuma perjalanan pagi ini lancar..

kerja banyak..tapi apa mahu buat..kerja untuk hidup..sangat bersyukur masih punya kerja untuk dibuat..kalau takda kerja pun,masalah jugak kan..

jalan dah kembali padat..sana-sini nampak kereta saja..pagi-pagi lagi dah nampak accident..seorang lelaki memegang kepala..kepala tu..sakit tu..pasti..mahu pening sampai petang..MC la jawabnya hari ni..sian dia..

keadaan di pejabat..sudah berjalan macam biasa..kembali bising..hiruk pikuk..hingar bingar dengan gelak ketawa all the kakak-kakak and abang-abang *senyum* ..minggu lepas sangat sunyi..semua bercuti panjang..walaupun perayaan tahun baru cina..tapi melayu yang sakan bercuti.. *senyum lagi* ..

pagi-pagi lagi..jumpa kawan dalam lif..dah diberitahu ada meeting pagi ini pukul 9.00..wah..tak sempat tengok e-mail lagi..dah tahu ada meeting..niat hati nak mintak skip..tapi tak dapat..huhu..duduk la jugak dalam meeting tu..bagi sebutir dua pendapat..kang kata tak mengikuti meeting pulak..tapi Alhamdulillah..meeting ini ada decision..ada perubahan baru dalam tempat kerja ku nanti..semoga perubahan ke arah kebaikan..

hidup ini..semua berkisar tentang perubahan..dari kecil lagi..kita dah belajar tentang perubahan..dari merangkak..terus berjalan..lalu berlari..kalau tak berubah..baik terus merangkak saja kan..

dari tadika..naik darjah satu..masuk tingkatan satu..masuk universiti..semua nya perubahan..

kalau dulu kita boleh berubah..kenapa sekarang ramai yang tak nak berubah..berada dalam zon selesa?itu jawapan yang selalu diberi..makin tua makin tak nak berubah?susah tu..takda development..tiada pembangunan diri..susah..

aku bersedia untuk berubah..jujur..betul..dulu aku juga berada dalam fasa perubahan..

dulu bekerja swasta..kerja bank..gaji banyak..tapi..aku mengambil keputusan untuk berubah..??..berubah la kan??dari kerja swasta..masuk ke kerajaan..dari gaji banyak..down-grade gaji sikit..tapi pada aku..perubahan yang aku lakukan memang memerlukan pengorbanan..tetapi ia membawa kebaikan kepada aku..kebaikan apa..??..owh banyak..hahaha..

tapi apa yang penting..perubahan perlukan pengorbanan..yang mana pengorbanan itu kadang-kadang sangat-sangat tidak dapat dilakukan oleh setengah-setengah pihak..pihak-pihak yang degil..*ihiks*

walau bagaimanapun..perubahan itu satu yang penting..

penting..bila kita mahu berjaya..

p/s ~
boring kan entri nih??
sorry..
terasa nak luah perasaan lak tengah hari yang panas nih..
*senyum*

21 February 2010

::Muka GUA Memang BRUTAL..Tapi Dalam HATI ada TAMAN De!!::

ahaks..teka cepat..teka cepat..skrip filem mana tu..halahai..tipu la kalu tak tau ihiks..rata-rata yang pergi tengok filem ni,mesti dah tengok banyak kali ihiks..kalu tak..takkan la dalam panggung semalam boleh lak cerita kat awek sebelah part mana lawak,part mana ada kenduri aqiqah..erk??kelakar!!haha..

semalam..sekali lagi wa dengan laki wa pi tengok ADNAN SEMPIT..memang cool brader hahaha..lawak tak ingat..oke oke..wa tau wa dah ketinggalan zaman..tapi wa peduli aper..janji wa dapat gak tengok kenduri aqiqah diorang tuh hahaha..


lagi satu semalam DE,kira first time dalam hidup wa la..dan juga penonton panggung yang lain..ada ker diorang boleh salah pasang filem..hahaha..pernah jadi kat lu orang tak??tak pernah kan tak pernah kan??hahaha..tapi itu la yang jadik kat wa semalam..boleh lak diorang pasang filem cina..wa nak tengok ADNAN SEMPIT brader!!!semua orang dah bangun nak keluar panggung..tapi wa biasa la kan..macho..harus la wa duduk cool buat dek ajer situ brader..wa wat stone ajer...bila diorang masuk balik panggung wa gelak dekah-dekah..tapi dalam hati je la..wa baik brader..!!hahaha..

tapi wa respek la citer tu DE..tak la banyak sangat promosi..pelakon pun biasa-biasa ajer..tapi mantap beb..wa respek la dengan semua pelakon dalam tu..pandai lak diorang wat wa geli-geli dalam tu..bukan geli apa la DE..geli hati la..lu orang memang suka pikir lain kan??hahaha..

secara keseluruhan..memang wa tangkap pecah perut dari mula cerita sampai akhir cerita..wa nak cari DVD la wat koleksi peribadi wa..original or not..pakcik and all the pakcik no need to know oke hahaha..i don't want banana fruit 2 times..hahahaha..cit...nak abis citer pun wat wa gelak lagi..

so oke la..wa takleh tulis panjang-panjang..wa ada banyak keje lagi..banyak lagi beg tangan kat tepi jalan tu untuk wa ragut..!!!erk??!!bukan-bukan..wa memang macho..tapi wa pun ada kerja beb..wa dari jumaat lepas tak cukup tido wooo....wa kena translate perbualan orang yang wa rasa ada dalam 6 jam lebih..and tulis dalam bentuk statement..wa rasa wa dah macam orang yang duk kat mahkamah tuh..tapi wa bukan..wa pekerja gomen biasa ajer DE..

arh melalut lagik..oke la..wa blah dulu DE..spoil la!!!!!

p/s ~
sila baca nada ADNAN SEMPIT bercakap haha..
jangan risau..
hanya untuk entri ini saja wa jadik macho..haha..

18 February 2010

::aku GiLa kerana Kamoo..

aku rasa aku sudah semakin gila..rasa macam sudah hilang sisi kewarasan..rasa macam dah semakin jauh dengan dunia realiti..tapi..mungkin juga bukan gila..sebab orang gila takkan mengaku gila kan??atau orang yang waras takkan mengaku gila??owh..apa yang aku katakan nih??sah la aku sudah gila??

masih aku rasa ini bukan gila..tapi kegilaan..sungguh..sehari tak menjenguk..pasti lain rasanya..tangan menggila rasa gatal..memetik butang sana sini..

ada juga yang berkata..ita sudah tidak menyeronokkan lagi..kerana dia sudah gila..owh maafkan aku..aku tak minta jadi begini..aku rasa tenang bila berada di dunia gila ini..aku rasa aku menjadi diri yang sebenar..atau aku lebih hipokrit di sini..??entahlah..

tapi ya..aku sangat tenang berada dalam dunia Perjalanan Wanita Mutalib..

bila aku resah..aku menulis di sini..
bila aku sedih..juga di sini aku lemparkan kesedihan aku..
bila aku marah..di sini juga aku lempiaskan rasa amarah itu..
bila aku gembira..aku titipkan bunga-bunga indah itu di sini..

dunia ini milik aku..
aku bebas belari dan menari serta menyanyi riang di sini..
jika ada yang mendengar..aku gembira..
jika tiada..aku tetap gembira kerana aku menyanyi dengan kuat di sini tanpa menyakitkan gegendang telinga sesiapa *senyum menggila*..

aku mengaku..
aku gila terhadap dunia aku ini..
aku takkan pernah dapat berenggang dari dunia ini..
dunia ini medium aku..
buka mata..ucap syukur pada Tuhan..bergerak malas..capai lappy..dan dunia ini aku buka senada dengan aku buka tirai hari baru aku di alam maya..
semasa kerja juga hati aku asyik teringat dunia ini..aku buka sebentar..dan aku tutup..tak sabar menunggu pukul 1 tengah hari..agar dapat aku menulis sedikit..meninggalkan jejak didunia kecil ini..
ya aku gila..aku gila terhadap dunia aku ini...

bloggers pasti memahami perasaan aku..aku percaya..bukan aku sahaja yang gila terhadap dunia ini..di sini..bloggers seperti kita bebas bersuara..bebas menyanyi dalam apa nada sekalipun..tetapi pada mereka yang bukan bergelar bloggers..aku tahu mereka pasti mencebik bibir memandang kegilaan kita bukan?? *senyum menggila*

sampai di telinga aku bahawa *ita tu asik-asik blog..asik-asik blog*
apa boleh buat..ini kegemaran aku..sekurang-kurangnya aku tidak mengacau hidup orang lain..dan sekurang-kurangnya aku dapat menjenguk rakan-rakan lain dan memberi sepatah dua kata dan meninggalkan jejak..meletak bunga senyuman di setiap blog yang aku ziarahi..

owh kamoo para bukan bloggers mungkin takkan pernah faham apa kegilaan ini..

jadi maafkan aku..kiranya kegilaan aku menjadi perkara yang menjelikkan..


p/s ~
....gila....

16 February 2010

::Port Dickson 15 Feb - 16 Feb 2010::

sudah kembali daripada bercuti..
sampai dirumah pukul 4.00 petang tadi..
berehat-rehat menenangkan fikiran..
cari mood bekerja untuk besok ihiks..

dari tadi sibuk meng'edit' gambar..
gambar ada beratus-ratus keping haha..
hanya puluhan yang sempat di edit..
gambar yang lain akan di upload dari semasa ke semasa ihiks..

kami tiba di PD pukul 11 lebih..
jadi ambil masa berjalan-jalan disekitar pantai PD sementara tunggu masa untuk check-in hotel pukul 3.00 petang..panas terik..dan tak ramai orang sangat time tu..

  

 
  
  
  

masih ada masa..jadi kami ronda sekeliling PD untuk cari makan..kebanyakan nya kedai tomyam..dan itu bermaksud kedai hanya dibuka pada waktu malam oke..jadi terpaksa lah cari kedai mana yang ada..lepas tu..kami jumpa tempat membeli-belah!!oh bukan gedung atau supermarket ya..tapi macam area pasar malam dan kat sini jual banyak baju-baju dan cenderahati..tak beli apa pun..hanya beli google aje hee..untuk mandi-manda besok huhu..
  

owh lupa lak...sempat survey topi..ihiks..
  

dan yang ini jadi pilihan hehehehe..
owh aku sangat suka gambar ini..kebabommmm!!haha.. 

kat sini ada bundle..
Baden Baden Bundle 
Baeeiiik Punya!
:p 

owh..naz tak beli oke, dia cuba sahaja hee..
 
 ini bilik kami..
nama hotel - Bayu Beach Resort..
rate - RM250 (Peak Season)
boleh dapat murah lagi kot kalu low season..
oke la..
ada beranda..
bukak aje sliding door, dapat tengok laut..
giler best..!!
  

ha..tak caya??
heee..
  
  
petang tu..jalan-jalan kat bawah..
banyak gambar..tapi dah tak larat nak edit dah hee..ni ajer yang sempat hee..
 
  
   

ni nak balik dah hehehe..


p/s ~
secara jujur..
memang percutian ni sangat seronok..
aku tak pernah berjalan tepi pantai dengan seorang lelaki..
tak pernah duduk tepi pantai sambil tengok matahari terbenam..
dari sebesar-besar matahari..
sampai ia mengecil menjadi garis dan hilang dibalik awan..
indah..
tak pernah dengar deru ombak sambil mata tertutup..
memang sangat best..
Alhamdulillah..
semua berjalan lancar..
balik dengan selamat..
nanti boleh pergi tempat lain pula he..

14 February 2010

::Yeay..tak sabar nak gi jengjalan::

yahoo..esok pagi mahu pergi berjalan-jalan..honeymoon sekali lagi..2 hari 1 malam saja..ihiks..
dalam sebulan ni asyik outstation..so sekarang amik kesempatan dengan suami pula..
bercadang nak gi Port Dickson..harga hotel pun mahal..maklumlah degil..sapa suruh pi waktu peak season kan..tapi memandangkan ini saja cuti panjang yang ada..layankan aje la hehe..

misi nak menangkap gambar bebanyak juga..ingat bawak tripod!!kalu tak sekali lagi la..takde gambor berdua hehe..

last time pi Bukit Tinggi tak bawak tripod..plus time tuh pakai kamera pinjam hee..
la ni..pakai kamera sendiri..boleh bergambar puas-puas besok ihiks..

p/s ~
gambar-gambar masa first honeymoon..
:p


 

  
 

 

::Windstruck::

 

pernah tonton cerita ini..tak pernah??then u better do..sangat best..dan amaran..sangat sedih..so kalau rasa hari ini takde benda berfaedah nak dibuat selain daripada menyambut V-day dengan tema yang entah apa-apa tuh..lebih baik lepak denga orang tersayang dan tonton filem-filem korea yang pasti buat kamu terbang..ihiks..
cerita ni dah lama..tahun 2004..so sama ada susah nak cari atau tidak..rasanya tak lah susah..surf ajer internet..download ajer kot..mudah..adus..mengajar menda tak elok ker nih hee..

tapi..yang pasti..cerita ni aku rekemen untuk korang tonton..sedih woo..memang meleleh air hidung tengok cerita nih..

dan tak boleh bayang kalau berada di tempat heroin nih huhu..
oke la..mahu layan tengok cerita ini semula..
jom la layan reramai kay.. :)

p/s ~
naz tak sihat..
tengah tidur..

 

::Hari Kekasih::

rata-rata..secara purata..pukul rata..pasti hari ini..tajuk-tajuk pilihan para bloggers ialah Hari Kekasih..hinggakan iklan di TV pun..digabungkan..sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Kekasih..

masih aku ingat..zaman jahil dulu..aku adalah dikalangan orang yang begitu teruja menyambut Hari Bersejarah ini!!sibuk berbaju merah jambu..perasan jambu..cit..malu sendiri bila diiingatkan..

kini aku tahu..apa itu Hari Kekasih..tak perlu rasanya aku kupas lagi cerita ini..pasti ramai saja yang sudah cerita secara detail..

tapi..ragam remaja atau mereka yang memilih untuk menyambut Hari Bersejarah ini..pasti boleh dilihat secara terang-terangan..disana sini mereka berbaju merah atau merah jambu..yang perempuan tersenyum manja..yang lelaki pasti tersenyum bangga dapat memaut pinggang gadis pujaan hati..

itu pasti di siang hari..diwaktu malam..pasti hotel bajet..hotel murah..disekitar bandar full booked..untuk apa??owh sudah tentu untuk menyambut hari keramat ini kan??kononnya..jika cinta itu cinta sejati..maka buktikanlah..dengan apa??dengan mahkota kamu wahai sayang..maka si perempuan cair..dan luluh menyerah mahkota diri kepada lelaki yang belum pasti akan menjaga si perempuan seumur hidupnya..

selepas itu..9 bulan kemudian..berlambak-lambaklah anak luar nikah..yang dibuang sana sini..tak percaya??ahaks..

haih..zaman dah semakin mencabar..mencabar dari berbagai sisi..
politik??orang dah makin pandai..
sosial??pun dah makin bijak..
dalam kereta..tepi jalan..dalam ladang kelapa sawit..semua boleh jadi..

lepas ni nanti..berlambak-lambak jugalah video lucah keluar lagi..versi valentine kan kan kan..

haih..akhlak dah makin runtuh..perkelakuan begitu bukan lagi perkara pelik dalam masyarakat melayu..jika dulu..perkara ini menjadi perkara yang memalukan dalam keluarga..tapi sekarang..perkara sebegitu macam udah menjadi biasa dalam keluarga..

ada saja berita yang aku dengar..ibu dan anak bersekongkol..membawa pasangan masing-masing pulang ke rumah..wat te hek??boleh pulak begitu..

aku masih ingat..aku pernah dipukul oleh ibu ku..hanya kerana aku menelefon rakan di public phone..walau aku kata itu rakan perempuan..masih ibuku memukul ku dan mengatakan bahawa jangan salah langkah dan berkawan tidak tentu hala..betapa pergaulan dijaga rapi oleh keluarga..takut anak perempuan mereka salah langkah dan menjadi orang yang tidak tentu hala..dan aku bersyukur dengan pendekatan tersebut..sekurang-kurangnya aku tidak menjadi perempuan murahan yang sanggup membonceng orang lain dan tidur dengan sesiapa sahaja..

Hari Kekasih..perlukah disambut..tidak untuk aku..dan bagiku..tiap-tiap hari adalah hari kekasih..dengan adanya Nazri dalam hidup aku..tak perlu ada hari istimewa..kerana dia sudah sememangnya istimewa..


p/s ~
 tak sabar nak gi honeymoon lagi sekali..

::HappY BirthdaY To Aina::

wokeh..ini birthday anak sedara pula..Aina Elisa..4 tahun dah dia ni..

 

ini si besday girl..bijak budaknya..sampai mak ayah terpaksa cari tadika baru sebab tadika lama dah tak mencabar untuk dia..ihiks..

  

dia curi-curi makan cream coklat..
dia punya..katanya..
:)

  

anak kedua abang dan kak ipar..
Qaid Aiden Zafran..
comel kan..

  

Zafran dan suamiku..

  

owh comel bila dia senyum begitu..
p/s ~
mahu anak sendiri..
sungguh mahu..
:)

13 February 2010

::HappY BIrthdaY To Adam::

quick update..sekitar birthday little adam..

 

ini la si besday boy..comey..

  

sambut besday yang pertama..

  

ini mak ayah dia a.k.a kawan baik kami dari zaman belajar di UiTM Arau sampai lah sekarang..

  

ini tukang makan di besday party tersebut..
hehe..

p/s ~
going to abang khairul's house..
celebrate besday anak sedara pulak..

..bridget jones's diary..

semalam terfikir untuk berhenti menulis..dah pun tulis satu entri...dah pun di publish..tapi di delete semula oleh tangan yang sama...kerana apa yang ditulis adalah emosi dan bukan buah fikiran..

tiba-tiba semalam..fikiran sedikit celaru..rasa serba tak kena..rasa seperti aku sebenarnya tidak layak untuk menulis..bila aku baca kembali apa saja yang aku tulis..aku rasa seperti orang bodoh lagaknya..

dan ketika itulah emosi hadir dan menguasai fikiran..aku merepek..menulis dan menulis mengikut kehendak emosi..

setelah dipublishkan..emosi aku tersenyum sinis dan pergi meninggalkan aku..yang tinggal hanya fikiran aku yang masih dan sememangnya waras..aku terkejut dari tidur..aku bangun dan aku tahan entri itu..

aku baca semula..dan aku fikir..wat te hek??

ahaks..inilah wanita..ya..wanita biasa...terkadang memang penuh dengan emosi..terkadang dikawal sepenuhnya oleh emosi..tetapi...beri sedikit masa untuk bernafas dan bangun..kerana wanita akan tersedar dan mengutip kembali fikiran yang sentiasa ada didalam minda wanita..

p/s ~
hari ini hari jadi anak saudara ku aina..
dan hari ini juga akan berjumpa rakan baik kami suami isteri Malisa dan Fendy untuk menyambut hari kelahiran anak mereka yang pertama adam banin..

foto pilihan ~

foto ini aku yang tangkap tau ahaks..
kredit untuk diri sendiri..
:)

11 February 2010

..DaZZLe : Puncak Genting#4..

kadang-kadang..
aku tidak tahu mahu menaip apa di sini..
banyak perkara hendak dikongsi..
tetapi...hmmm...

rasanya..
cukuplah apa yang aku sudah kongsi selama 3 hari ini..
bosan pula nanti..

cuma semalam..
aku berpeluang melihat persembahan DazzLe..


pertunjukan ini berlangsung selama 60 minit..
dan ianya sangat-sangat best!!
walaupun hanya tiket free..
dan duduk di barisan belakang sekali..
tapi melihat persembahan yang diberikan..
memang puas hati..

maklumlah..
aku pun jarang dapat lihat showcase live..
jadi pengalaman semalam sangat-sangat mengujakan..

DazzLe ini sebenarnya satu kumpulan tarian..
dan semalam..
tarian mereka..
wow!! spectacular...!!
aku memang minat seni tarian..
jadi sudah tentulah aku memuji tarian mereka kan ihiks..

dan semalam bukan setakat menari..
tapi ada penampilan khas daripada :-

1. Magic Man dari Cuba
pergh sangat best..
walaupun semua tricks itu dah dibongkar dalam Break the Magician Code..
tapi melihat ia secara live..memang boleh buat aku ternganga sekejap hahaha..
semalam Magic Man ini bermain dengan payung..
daripada sehelai kain..
dia jadikan payung..
dari payung kecil ke payung besar..
berwarna-warni..
sangat best..

2. Hand Shadow Master Sonny Fontana
yang ini pun cute!!
sebab dia buat bayang menggunakan tangan..
ala macam kita selalu buat zaman kecil dulu..
paling kurang pun kita hanya boleh buat burung terbang kan..
tetapi, this guy..dia boleh tiru karakter!!
semalam dia buat bayang Stevie Wonder, Madonna, Dolly Parton..dan banyak lagi..
giler cute..

3. Due Presto
Yang ini pasangan yang boleh tukar baju dengan cepat..
they were dancing..
tapi semasa mereka menari, mereka tukar baju...
sangat cepat..
macam magik la..
but still..
sangat....gilalah!!
hahaha..
bayangkan tengah menari..
tutup sekejap sahaja dengan kain..
dalam 2-3 saat..
dah boleh tukar-tukar baju??!!
wah memang gila hee..

4.  Statue of Jerome Murat dari France
owh yang ini first performance..
susah nak describe performance yang ini..
sebab ia sangat unik..
it looks like they have 2 heads..
tapi sebenarnya..ianya hanya puppet..
but still giler best dan start dari performance ini aku sudah start ternganga ahaks..
*boleh bayang tak aku nganga*
hahaha..

jadi itulah yang kami buat malam semalam..
malam terakhir di Genting..
sebelum kami berpisah dan kembali bekerja..

itulah yang seronok bekerja dengan Tourism Malaysia..
kami berkursus..tapi tetap akan ada retreat yang Tourism Malaysia sediakan untuk kami..
maknanya..
pembangunan diri dimestikan..
tapi kebajikan pekerja tetap diutamakan..

p/s ~
TM tolong kasi gaji lebih pada aku..
aku sudah puji organisasi ini di hadapan awam hehehe..

09 February 2010

..there is no f.u.c.k. in faculty!!!..::puncak genting#3

Hari ini hari ke-2 kami berkampung di puncak genting..
berkumpul demi menuntut ilmu berbahas..

cit..rasa cam zaman dedulu pulak kan..
pergi bertapa atas gunung..
sebab nak tuntut ilmu ihiks ihiks..
dah bertimbun ilmu di dada..
baru turun pulang ke kampung..
dan memanfaatkan ilmu..
terpulang lah cara baik atau jahat..

ihiks..
so berbalik pada pelajaran kami hari ini..
hari ini sangat-sangat-sangat menarik kerana kami belajar mengenai pronounciation..

again..
buku tertinggal dalam kelas..
so tak dapat nak cerita semua..

cuma apa yang menarik di sini..
apa yang kita belajar kebanyakannya belum menyeluruh..
dunia bahasa sangat luas..
nak tak nak kena rajin gak membaca huhu..

oke..
aku mahu bertanya..
bagaimana kamu menyebut TO..

contoh:-
I want to go TO the library..

pasti kamu menyebut  TU *sebut dalam bahasa melayu
TAPI
sebenarnya bukan..
kamu harus menyebut TE..

maknanya:-
I want TE go TE the library..

tetapi...
TO hanya akan disebut sebagai TU apabila kamu sedang marah..ataupun perkara yang kamu sebut itu sangat menyakitkan hati..

Contoh:-
Wife ~ sayang, where are you going? *dalam nada manja
suami ~ i am going to*te work.. *menjawab dengan manja

Wife ~ sayang, where are you going? *dalam nada manja lagi 
suami ~sayang..believe me, i am going to*te work.. *masih dalam nada manja

Wife ~ sayang, where are you going? *ni dah tahap mengada
so suami menjawab dengan marah
suami ~ how many times i want TO*TU tell you!!! I am going TO*TU work!!!!!!

nampak kan...ada perbezaan..

sama jugak dengan FOR..

cara sebutan dia bukan FOR *macam sebut FOUR
tapi sebutan yang betul ialah macam kamu nak sebut FUR..

and again..
kalau kamu dalam keadaan marah..
baru kamu gunakan FOR*FOUR dan dalam keadaan biasa FOR disebut sebagai FUR..

contoh:-
Wife ~ sayang, who is this FOR*FUR? *dalam nada manja
suami ~ this is FOR*FUR you sayang.. *menjawab dengan manja

Wife ~ sayang, who is this FOR*FUR? *dalam nada manja lagi
suami ~ this is FOR*FUR you sayang.. *masih dalam nada manja

Wife ~ sayang, who is this FOR*FUR? *ni dah tahap mengada
so suami menjawab dengan marah
suami ~ this is FOR*FOUR you!!Why can't you believe me!!!

dan tajuk di atas?
there is no fuck in faculty..
ini adalah kerana insiden yang Master kami ceritakan pada kami petang tadi..

the lecturer keep repeating FUCKulty FUCKulty and FUCKulty..
maka Master kami menegur dan berkata..
Sir, there is no FUCK in faculty..
the right pronounce is fe-kel-ti..

jadi kesimpulannya..
untuk menjadi seorang yang mahir dalam pengucapan awam..
sebutan atau nahu yang digunakan hendaklah dibetulkan terlebih dahulu..
dengan menyebut perkataan dengan nahu yang betul..
pengucapan awam kita akan menjadi bertambah menarik dan ini dapat menarik perhatian para penonton untuk terus mendengar pengucapan kita..

so sedikit tips lagi..
banyakkan membaca..
mendengar berita bahasa inggeris..
bandingkan perkataan-perkataan yang kamu dengar..
dengan perkataan yang biasa kamu sebut..

practice makes perfect!!

p/s ~
ada banyak lagi!!
perlahan lahan kita kongsi bersama ya :)

..HOW TO OVERCOME NERVOUSNESS..puncak genting#2..

pertama sekali..
aku ucapkan terima kasih kepada mereka yang baru mengikut ruang kecil ini..
bila aku punya waktu..pasti akan ku balas semua kunjungan dan klik-klik kalian atas duit saku aku itu..
dan pasti juga aku klik-klik laman kalian :)

hari pertama berkursus selesai..
sangat-sangat menarik..
guru kami..Encik Azmi..trainer yang terkenal..
owh!!
profile dirinya tertinggal di bilik Mahsuri..
nanti aku cerita lagi tentang dirinya..

hari pertama..
pada aku..
intipatinya ialah bagaimana kita nak mengawal kegugupan kita bila berhadapan dengan kelompok penonton yang besar..
aku akui..
aku adalah seorang yang gugup bila berhadapan dengan orang yang aku hormati, takuti, dan tak dikenali..

jadi bila semalam..
kami sekelas diminta oleh Master Azmi untuk membuat pengucapan awam secara spontan..
sebelum itu..kami diberi pilihan untuk memilih satu nama yang mana,
nama itu akan menjadi nama kami sepanjang kami berada di puncak ini..

aku memilih Celine Dion..
kenapa aku pilih Celine Dion..
kerana suara dia sedap hehe..

rupa-rupanya..kami perlu memberi pengucapan awam tentang mereka ini..
jadi maknanya aku perlu bercerita tentang Celine Dion di hadapan semua secara spontan..

halahai..
gugup..

maka aku dengan tatabahasa yang tunggang ke laut..mula bicara..

My name is Celine Dion..
I am a Singer..
A very famous singer..

And today, I would like to share with all of you a secret of a person named Celine Dion..
I am NERVOUS..

satu kelas gelak..
yelah nak wat camner..
dah aku memang nervous huhuhu..

dan petang itu..
wrap-up session..
a few tips given on how to overcome nervousness..

satu yang aku ingat..*maklumlah buku tinggal di kelas* :)

praktis..
jika kamu selalu menyanyi di dalam toilet..
apa kata menyanyi ditukar kepada bercakap..
mulakan dengan topik-topik mudah..
tentang kucing mungkin..
tentang ibu..
tentang orang yang kamu sayang..
dan bila sudah mula rasa selesa..
berlatih pula dengan perkara-perkara yang lebih ilmiah..
tentang ekonomi mungkin..
tentang ADUKA..owh..jangan hee..tapi dalam toilet apa salahnyer kan hehe..

RECAP SEMALAM ~
body language..
vocal variety..
facial expression..
hand gesture..

p/s ~
aku pegang mikrofon pun menggeletar tangan..
bukti bahawa aku sangat gementar hehe..


08 February 2010

..puncak genting #1..

sudah sampai di puncak..
sudah makan..
sudah berada dalam bilik keseorangan..

seketika tadi berada di atas bas..
bersama sekelompok manusia yang kurang aku kenali..
maka jalan penyelesaiannya ialah membisu sepanjang perjalanan..

mereka adalah golongan otai Tourism Malaysia yang mana dah punya kelompok kawanan sendiri..
harus bertatih..
harus berkenalan..
dan yang paling penting..
belajar sebanyak mungkin ilmu mereka..

jika gelaran otai diberi..
dah tentu banyak ilmu didada..
itu yang penting..

tambahan pula..
kursus kali ini kursus berkaitan public speaking and negotiation skills..
menarik bukan..

eloklah bagi orang yang cepat gementar seperti aku ihiks..

harus bersiap..
kelas pukul 2..

p/s ~
halahai..

07 February 2010

..udah duduk depan kamoo..tapi tak tau nak mula??..peristiwa pelik#1!!

tangan atas papan kekunci..
mata renung skrin putih..
kalau terus menerus renung..
mahu tambah 4 inci lagi cermin mata ini..

tenung terus tenung..
tak tahu lah nak mula bicara..

duduk dalam kereta..
duduk depan tv..
duduk dengar radio..
tengok mak masak..
ada saja perkara berlegar dalam kepala..
tapi bila nak diluah disini wahai laman kecil ku..
aku terus terkedu..

barangkali aku masih malu dengan kamu wahai laman kecil heee..

owh..baru aku teringat..
semalam meneman mak ke rumah mak sedara di kamunting, taiping..
katanya ronda2 pengantin lama hehe..
maklumlah dah dekat 8 bulan kawin,tapi baru nak meronda rumah mak dan pak sedara..

mak asik bersembang..
aku capai majalah MASTIKA disebelah kanan ku..

majalah ni dah lama dalam pasaran majalah Malaysia..
dedulu..masa belajar..rajin jugak la aku beli..
bukan aper..
topik2 dalam majalah tu kan ke panas..
macam2 cerita ada..

ingat lagi dulu..
topik pijak AlQuran..
topik buat projek kat air terjun..
topik punk..
macam2 la...

pastu..time tu pulak time belajar..
semua menda nak kena amik tahu..
so jawab nyer MASTIKA la nampak gayanyer ihiks..

jadi semalam..
aku baca tentang cerita-cerita pelik..
cerita kisah tentang alam selepas kematian..
cerita tentang roh tidak tenang..
cerita tentang roh yang masih memerhati yang hidup..

jadi ingin aku kongsi pengalaman sebenar yang aku tempuh..
kejadian benar tapi pelik yang aku alami..
yang hingga kini masih menjadi tanda tanya dalam hidup aku..

ceritanya begini..

aku dulu tinggal bersama arwah abang aku yang sakit..
aku jaga dia..
dia lumpuh..
kencing berak aku yang jaga..
jadi mungkin kerana itu,dia sangat2 terhutang budi pada ku..
itu katanya..
dia takkan pernah dapat balas budi aku..katanya lagi..

satu hari..aku beli satu kot..di REJECT SHOP..
faham-faham sajalah..
nama lagi REJECT..
so ada saja DEFECT..
so satu yang aku perasan..
zip tak ada..
so kot aku tak boleh dizip..
so aku cakap pada arwah..
takpe la joe..nanti ita takyah la zip..
ita pakai camni ajer..bergaya aper..
pastu dia kata..
takpe la..nnt pergilah hantar jahit..takpun biar jo yang betulkan..
dia senyum..aku sengih kerang..
aku kata..ita tunggu kay!!

tak lama lepas tu joe meninggal..
aku disisi dia semasa dia pergi..
itu hajatnya..

7 malam lepas joe pergi..
aku terjaga..
kui 3 pagi..
hari itu..
hari jumaat..
aku terasa lain..
macam ada orang bersama aku..
aku terpandang kot yang aku gantung dibelakang pintu..
so aku buka lampu dan pakai..
aku rindu arwah joe..
tanpa aku sedar..
aku zip kot itu dengan pantas..
zip?
bukan masa beli zip takde??
ni dah ader zip??
aku bukak..
aku campak..
aku tekejut..
kot aku dah ada zip..
padahal..
aku tak pernah cerita pada sesiapa tentang zip tu..
melainkan arwah joe..
takkan la??



p/s ~
aku masih rindu arwah..
nnt aku cerita kisah hidup dia..
Al-Fatihah..


05 February 2010

..pernah dengar tak blog berantai..tak pernah kan??klik sini hahahahahaha..!!!!!

*ini adalah auto-publish*dush dush* :p

 jarang dapat berjalan-jalan nih..
waktu rehat..tak kuar lunch..berdebar nak tunggu meeting pukul 3 nih..
hopefully semua berjalan lancar..
harap semua yang disediakan..cukup segala..
AMIN..

so..seperti biasa..
singgah geng blogger..
klik sana dan sini..
maklumlah misi nak jadi blogger paling friendly la konon..
yolah..nuffnang tak nampak cam nak bertambah pun..
asik RM1.05 sen ajer dari bulan lepas??
orang lain sana sini sibuk cerita pasai nak cash out nuffnang..
ada yang dah kumpul RM1000..
tapi aku????
owh..takda peningkatan jati diri hehehe..

so ni nak bercerita kisah blog berantai..
tak tau la leh jadi ke tak hehehe..

singgah blogger ayuni punya laman kecil..
dia bercerita tentang perkara ini..
so niat hati nak cuba..
maka yang bawah2 ni semua aku copy paste ajer kay :)

Perkara yang harus korg lakukan adalah ikut langkah-langkah berikut:-
1. Tulis posting artikel mcm posting aku ni, dgn cara or gaya tsendiri atau copy-paste je artikel ni. 
Then, bg tajuk yg menarik.
2. Korang hanya perlu meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang korg tuliskan dalam blog / web.
15. Wanita
PERATURAN
1. Sebelum meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog korg, sila hapuskan link nombor 1.
Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. 
Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).   

2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.
Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:
Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
    Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
    Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
    Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
    Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
    Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
    Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
    Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
    Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
    Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
    Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
    Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
    Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
    Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
    Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,62
YA LEBIH DARI 6 JUTA BACKLINK !!!
 Bayangkan jika ini boleh berjalan dengan sempurna maka korang akan mendapatkan backlink maksimum 6,103,515,62 dari berbagai blog yang korang tak pernah bayang sblum ni.
Jika ada pengunjung ke blog korang dari Link List yang disebutkan di atas maka korang akan secara automatik dapat lalu lintas ke web / blog korg jgk.
Ingat! Aturan permainan,link blog korg harus mulai dari urutan (No.15), sehingga hasil dapat Maksimum backlink. 
Jangan salahkan aku jika korg tak ikut cara ni dgn betul dan link korg tiba2 berada di urutan No.1 dan menghilang di daftar link. Jadi mulai urutan adalah di bahagian bawah (No.15).

p/s ~
tak salah mencuba ahaks :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...