Tabungan

18 February 2010

::aku GiLa kerana Kamoo..

aku rasa aku sudah semakin gila..rasa macam sudah hilang sisi kewarasan..rasa macam dah semakin jauh dengan dunia realiti..tapi..mungkin juga bukan gila..sebab orang gila takkan mengaku gila kan??atau orang yang waras takkan mengaku gila??owh..apa yang aku katakan nih??sah la aku sudah gila??

masih aku rasa ini bukan gila..tapi kegilaan..sungguh..sehari tak menjenguk..pasti lain rasanya..tangan menggila rasa gatal..memetik butang sana sini..

ada juga yang berkata..ita sudah tidak menyeronokkan lagi..kerana dia sudah gila..owh maafkan aku..aku tak minta jadi begini..aku rasa tenang bila berada di dunia gila ini..aku rasa aku menjadi diri yang sebenar..atau aku lebih hipokrit di sini..??entahlah..

tapi ya..aku sangat tenang berada dalam dunia Perjalanan Wanita Mutalib..

bila aku resah..aku menulis di sini..
bila aku sedih..juga di sini aku lemparkan kesedihan aku..
bila aku marah..di sini juga aku lempiaskan rasa amarah itu..
bila aku gembira..aku titipkan bunga-bunga indah itu di sini..

dunia ini milik aku..
aku bebas belari dan menari serta menyanyi riang di sini..
jika ada yang mendengar..aku gembira..
jika tiada..aku tetap gembira kerana aku menyanyi dengan kuat di sini tanpa menyakitkan gegendang telinga sesiapa *senyum menggila*..

aku mengaku..
aku gila terhadap dunia aku ini..
aku takkan pernah dapat berenggang dari dunia ini..
dunia ini medium aku..
buka mata..ucap syukur pada Tuhan..bergerak malas..capai lappy..dan dunia ini aku buka senada dengan aku buka tirai hari baru aku di alam maya..
semasa kerja juga hati aku asyik teringat dunia ini..aku buka sebentar..dan aku tutup..tak sabar menunggu pukul 1 tengah hari..agar dapat aku menulis sedikit..meninggalkan jejak didunia kecil ini..
ya aku gila..aku gila terhadap dunia aku ini...

bloggers pasti memahami perasaan aku..aku percaya..bukan aku sahaja yang gila terhadap dunia ini..di sini..bloggers seperti kita bebas bersuara..bebas menyanyi dalam apa nada sekalipun..tetapi pada mereka yang bukan bergelar bloggers..aku tahu mereka pasti mencebik bibir memandang kegilaan kita bukan?? *senyum menggila*

sampai di telinga aku bahawa *ita tu asik-asik blog..asik-asik blog*
apa boleh buat..ini kegemaran aku..sekurang-kurangnya aku tidak mengacau hidup orang lain..dan sekurang-kurangnya aku dapat menjenguk rakan-rakan lain dan memberi sepatah dua kata dan meninggalkan jejak..meletak bunga senyuman di setiap blog yang aku ziarahi..

owh kamoo para bukan bloggers mungkin takkan pernah faham apa kegilaan ini..

jadi maafkan aku..kiranya kegilaan aku menjadi perkara yang menjelikkan..


p/s ~
....gila....

10 comments:

  1. cumil je gambar org gila kat bawah tu.kan..kan..kan..

    ReplyDelete
  2. uiks kak, ckp kat dorg..ni bukan gila..tp cuma kegilaan..haha

    ReplyDelete
  3. pakcik masih boleh mngawal kegilaan ini

    ReplyDelete
  4. pedulikan apa mereka kata...sesungguhnye mereka x tahu dunia kita sebagai blogger~ eceyh! hehehehe!! peace akak comel~

    ReplyDelete
  5. blogging mmg syok giler..heeeee

    ReplyDelete
  6. blog tempat berkongsi rasa..
    berkongsi emosi..
    biarkan kita dengan dunia kita..

    ReplyDelete
  7. mcm tgh pelekat biore pore pack jer :D heheheh tetiba tingat plak,
    oh aku belum plekat..:D

    ReplyDelete
  8. nasib baik akak kawen ngan org jgk bkn dgn blog =p

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...