Tabungan

15 September 2012

Bila Cha warded

Ceritanya gini. Cha dah mula batuk kahak dari Isnin lepas. Petang, masa ambil Cha dekat taska memang dah perasan, dia dah start batuk. Aku memang fobia bila Cha batuk sebab dia dua kali masuk hospital disebabkan batuk berkahak. Malam tu pulak, dia dah start muntah. 3 kali muntah. Pukul 1 ke 2 pagi lak dia start batuk yang teruk. Hari Selasa, esoknya tu, aku bawak dia pi klinik kat area taska dia. Dia kena neb sekali dan dapat ubat-ubatan macam biasa. Tapi condition dia tetap tak berubah. Sampai la hari Khamis, malamnya tu, Cha muntah lagi, dan batuk dia, umak-ai, sedih dengornye.
So aku tekad nak bawak dia ke Ampang Puteri. Ya, anak ai memang ngada sikit, mentang2 lahir kat situ, sokmo nak kesitu, rasi kat situ aje.
Jadi, Jumaat, dalam pukul 130 petang, aku kuar pejabat dan pi taska amik dia. Masa amik tu, memang dah rasa badan dia panas. Aku dah rasa tak sedap hati, memang dah bajet dia mesti kena warded ni.
Dari Bangi ke Ampang Puteri, hmm aku sampe pukul 3 lebih. Masuk klinik Dr.Wong, umak-ai, ramainya manusia. Lama juga aku tunggu. Dah la pi sorang2, Naz keje tak dapat teman, aku angkat beg besar, dalam tu la aku buh segala-galanya. Dalam tu la ada wallet, handphone, tab, susu Cha, pampers Cha, baju standby, dan macam-macam lagila. Rasa nak jatuh sebelah bahu. Yang Cha pulak, dah tahu nak jumpa doktor, memang dia asyik suruh dukung aje. Rasa nak jatuh lagi sebelah bahu tu!
Bila turn aku jumpa doktor, doktor cek-cek aje, dia kata nasib baik aku cepat bawak Cha jumpa dia, sebab memang kahak dia banyak. Dah masuk dalam saluran pernafasan menuju ke dada dia. Penuh, depan belakang, kiri kanan. Kalau lambat sikit, bila kahak fully masuk dada, then akan menyebabkan pneumonia.
Jadi, Cha belum tahap pneumonia lagi, baru tahap bronkitis saja. Aku tak tahu la betul ke tak, tapi inilah pemahaman aku dari doktor.
Bila dah kena warded, panjanglah cerita. Kena turun aras tanah, bahagian admission untuk setlekan hal warded. Masa ni Cha dah penat gila. Aku dodoi2 dia, sekali tertidur da. Maka keadaan aku petang tu, duduk dekat sofa, dengan Cha tertidur kat bahu, dengan beg besar untuk diangkat, alone.
Masa nak sain2 dokumen pun, Cha masih tertidur berbantalkan bahu aku. Payah, tapi sebab taknak kacau lenanya tidur Cha, aku gagahkan jugak buat kerja sebelah tangan. Lenguh? Gila ar lenguh. Tapi sebab Cha, apa adahal?
Pastu lama sikit, ada staff datang jemput aku dengan Cha untuk dibawa ke bilik. Nasib baik la dia tolong angkat beg aku yang berat tu. Terima kasih misi.
Kali ni aku dapat bilik berdua, sebab bilik single penuh. Masuk2 bilik, Cha dah meragam. Gabra sat aku, terus pi katil sebelah minta maaf sebab anak aku meraung. Jiran aku kata 'takpe, tak dengar anak kami meraung lagi hehe'.. Betul juga, memang lagi hebat hee.
Langsung aku pergi kaunter misi, aku minta tolong dapatkan bilik single. Dia kata ada, tapi kena tunggu sebab patient tak kuar lagi. Aku kata asalkan leh dapat malam ni, aku tak kisah untuk tunggu.
Sementara tu, aku pergi ambil barang2 lain dari dalam kereta. Nasib baik untuk Cha memang sentiasa 'beg on the go' dia. Memang dah ada spare diapers, baju, barang mandi segala. So untuk Cha, malam tu memang dah ada. Lagi aku angkat beg susu dia dan handbag aku. Gila banyak beg, aku terus keluarkan stroller, letak Cha dalam stroller, dan mana boleh aku bubuh gak dalam stroller tu.
Naik aje ke bilik, aku kemaskan Cha. Bagi dia makan semua siap. Tengah2 makan, misi datang minta aku bawa Cha ke treatment room sebab nak ambil darah dan nak cucuk tangan dia untuk bagi ubat. Aku dah pikir, mesti meraung punya ni.
Nasib baik masa tu Pak Lang dah sampai. Dia la peneman aku dan buat gilir-gilir dukung Cha.
Tapi untuk masuk treatment room memang kena sorang aje. So aku yang masuk.
Masa cucuk yang first, darah keluar slow, menitik-nitik aje. Tapi misi tadah juga untuk buat blood test. Misi cuba masukkan ubat, tapi tangan dia start bengkak, meaning cucuk tu takleh pakai, kena cucuk lain. Azab! Bayangkanlah, budak sekecik itu, tangan diradok-radok nak cucuk. Sedih woo! Dia menangis meraung. Aku ikut nangis sekali. Macam mana la orang yang mendera ank tu. Sanggup korang eh?
Kali kedua cucuk, try masuk ubat, tak jalan gak. Tangan dia bengkak. Jadi diorang kata rest dulu, nanti datang balik try kat tangan sebelah lagi.
Time tu Cha memang tengah meraung. Aku terus angkat bawak dia pergi jalan2. Ronda satu hospital yang dah gelap sana sini. Dah malam kot. Gothic lak rasa hehe.
Pastu dah penat jalan (Cha berdukung sepanjang masa ok) aku ngan Pak Lang bawak Cha naik atas balik dan terus pi treatment room.
Bila masuk bilik tu, Cha dah start meraung. Dia dah tau, dia akan kena cucuk lagi. Misi try tangan sebelah lagi. First cucuk tak jalan gak, tangan dia bengkak. Then diorang mintak izin kat aku, try cucuk sekali aje lagi, kalau tak boleh, diorang akan call doktor untuk mintak tukar ubat. Aku kata boleh try, tapi make it worth. Alhamdulillah, izinNya, lepas, cantik aje darah flow, terus diorang cucuk lubang untuk masuk ubat.
Aku terus dukung Cha dan bawak dia jalan lagi. Bila dia dah reda, aku bawa dia masuk dalam bilik untuk rehat. Pak Lang pulak balik Ipoh sebab opah nak datang besoknya. Nak tengok cucu. Opah ni memang tak boleh dengar cucunya sakit. Mesti nak datang punya.
Tengah2 kalut tu, ayah pun sampai. Pastu misi pulak datang kat kami bagitau bilik single dah ready. Kami pun pindah masuk bilik single tu. Aku kemas2 bilik, siapkan susu, terus aku balik Semenyih untuk ambil baju segala. Maklumlah, datang sehelai sepinggang, manalah ada bawa baju spender bra berus gigi tuala semua. Untuk Cha ada ler. Untuk kami. Yilek.
Aku tolak dari hospital hampir pukul 10 malam. Sampe ke Semenyih pukul 11 lebih.
Siap2 barang semua, mandi semua, keluar balik dari umah dekat2 pukul 12. Time tu aku rasa memang energy dah zero. Tapi demi Cha, aku gagahkan juga. Tangan aku kiri kana dah lenguh. Especially kiri sebab aku dukung Cha banyak pakai tangan kiri. So bila drive, tangan kiri memang tak pakai dah, lenguh betul, pusing stereng bila perlu aje pakai dua tangan. Kalau tak selagi boleh, aku pakai tangan kanan aje. Walaupun lenguh, tangan kanan masih ada lagi kudrat berbanding tangan kiri aku yang dah penat gila tu.
Selalu dari Semenyih nak ke KL, aku suka ikut highway. Aku tak tahu apa nama highway tu, tapi dia pintas Twin Palms dan Bandar Sungai Long. Cepat, tapi sunyi.
Memandangkan aku drive sorang2, pada pukul hampir 12pagi, aku rasa aku tak nak ambil risiko. So aku ikut jalan pekan. Still dah tak banyak kereta but at least, adalah peneman. Aku takut bukan sebab apa. Sebabnya aku pernah baca dalam facebook, pernah ada kes samun kat jalan tu. So as an unrisk taker, aku avoid jalan tu.
Aku sampai hospital pukul 12 lebih. Aku terus parking kat lower ground sebab kat situ ada lift yang terus ke ward.
Tapi malang sekali, lift tu tutup. Satu2nya lif yang berfungsi ialah lif dekat wad kecemasan.
Gila jauh. Aku fikir macam2.
Satu, kalau nak naik lif kat wad kecemasan tu, aku still kena parking jauh dan panjat tangga dan angkat 2 beg besar, satu handbag, satu beg diapers dan anak patung.
Dua, stay parking kat bawah, still panjat tangga dan angkat 2 beg besar, satu handbag, satu beg diapers dan anak patung.
So aku ambil option kedua. Menapak la aku sorang2 tgh2 malam tu. Sampai bilik, PakLong dan MakLong dah sampe. Aku dengan Nazri pulak baru dapat makan pada pukul 1.00 pagi. Pastu kami tidur.
Settle satu hari. Hari yang panjang.

Sent from my iPhone

1 comment:

  1. Hurmmm..gitu citernye... Dyh xtau pulak kahak pun ble mendatangkan bahaya rupanya... :) Sng2 Nti share story update ye.. nk tau condition latest.. moga cha cpt sembuh.aamiin.

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...