Tabungan

11 September 2012

Hati gelibang gelibu

Aku tak tahu orang lain bagaimana. Tapi aku, kalau bila saja Cha tak sihat, aku rasa, aku jatuh jadi orang paling resah dalam dunia. Pedulikan mata wang jatuh, pedulikan Adam Mukhriz menangis, tidak, aku tidak peduli.

Cha mula muntah dari petang semalam. Aku memang agak fobia bila Cha mula muntah-muntah sebab Cha sudah dua kali 'warded' kerana tidak sihat. Jadi bila Cha mula tidak sihat, iya aku ulang, aku ibu teresah di dunia.

Malam aku berjaga. Batuk sahaja Cha, tegak aku bangun menunggu reaksi seterusnya. Maka sepanjang malam aku begitu. Bangun tidur bangun tidur.

Pagi tadi, memang aku sudah tekad mahu bawa Cha ke klinik. Klinik itu 24 jam. Konon. Aku pergi, dukung Cha, masih tidur. Selalunya kalau aku angkat dan dukung, mesti dah terjaga, tapi kali ini masih tidur, penat sangat mungkin. Siap, badannya panas. Aku jadi gelibang gelibu *resah bahasa aku* tolak daun pintu klinik, berkunci! Tekan loceng, tiada respon. Grrrr!! Marah. Kalau aku yang sakit, tak apa, aku boleh tolak ansur. Ini Cha, memang aku grrr!!

Aku tiada pilihan, hantar Cha ke taska dahulu dan berjanji akan datang ambil Cha pukul 10.

Plan aku - masuk pejabat, semak kerja urgent, agih kerja, keluar ambil Cha bawa ke klinik, kalau perlu buat halfday bergantung tahap kesihatan Cha.

Itu plan. Plan aku. Plan Dia lain. Dia kata, aku tak kerja hari ni. Kun fayakun.

Nazri called. Katanya tayar pancit. Tak mungkin boleh kerja (berkaitan masalah di tempat kerja dia - tak sesuai diceritakan) jadi katanya EL saja. Aku lagi serabut, katanya perlukan pertolongan aku. Jadi aku called pejabat dan mohon cuti.

Aku ambil Ayah, ambil Cha dan bawa ke klinik. Seperti di jangka, kahak dalam paru-paru, perlu sedut gas, cairkan kahak..

Okay, sesi air mata pun bermulalah. Cha menangis dan menangis dan menangis. Nasib boleh diumpan dengan lagu2 kanak2 dalam phone.

Jadi hari ini, aku menjaga dia di rumah. Lepas makan ubat pertama, batuknya tak membawa ke muntah. Harap malam ni pun tak muntah. Jadinya takdelah mami gelibang gelibu.


Sent from my iPhone

1 comment:

  1. ksian cha.
    cmtu la bla anak sakit.
    hati mak tak tenteram selagi anak xshat..xpe la pinjam bahu hubby..hehehe..
    cm sy..xleh nk pinjam bahu hubby..sbb jauhhh..huhuu..
    take care cha okey..

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...