Tabungan

04 September 2012

rezeki jangan ditolak.

aku nak bercerita sikit.
bercerita tentang rezeki.
rezeki datang dari Tuhan.
bukan dari makhluk Tuhan.
eh.
belum apa-apa dah melalut.

aku nak cerita sikit tentang kes kenaikan pangkat aku.
seperti sedia maklum, aku tak berjaya dalam kenaikan pangkat tersebut.
ada 5 calon, 4 kekosongan.
terang-terang, yang tak dapat hanya aku seorang.
fine.
aku oke aje.
SERIOUS.
aku boleh terima.

masalahnya.
orang-orang disekeliling aku.
macam baru-baru ni, aku dah lupa pun pasal kenaikan pangkat aku tuh.
alih-alih ada seorang hamba Allah ni datang dan tanya aku, 'kenapa aku tak dapat naik pangkat'.
hallo.
kalau aku tahu kenapa, aku boleh cerita.
masalahnya, ini keputusan PENGURUSAN TERTINGGI, apa aku boleh buat.

mereka dah buat pertimbangan sewajarnya.
dan aku sendiri tahu aku tak layak.
aku lembab buat kerja.
aku tak pandai buat kerja.
aku bodoh.
sila terima.
dan aku terima.
sekian.

bila aku kata, takpelah kak, mungkin ita tak layak, lagipun calon-calon lain lagi hebat.
dia jawab, tang mana hebatnya? akak tengok biasa aje. ita lagilah duduk tempat yang tough.
kenapa ita tak dapat.
aku jawab satu, rezeki dari Allah kak.
dan dia diam.

haish.

***

tadi, kakak aku ajak pi rumah terbuka.
kat Tabung Haji.
atas sebab-sebab tertentu [kisah-kisah lama], aku takleh nak gi.
oke. 
itu satu.
dah tolak rezeki.
tapi serius.
pada aku, dari aku berpura-pura, baiklah aku tolak jemputan rumah terbuka yang sedia maklum mesti banyak banyak banyakkkk makanan best-best.

dan oleh kerana dah tolak jemputan tersebut, aku pi la cari makanan untuk tengah hari.
turun ke cafe bawah, makanan semua dah habis.
yang tinggal lauk asam pedas yang nampak tempting gila!

aku amik itu saja.
dah itu saja yang tinggal kan.

aku nak makan tadi,
hampa.
tak masak dowh ikan parinya!!


jadi, aku makan nasik sajo.

kesimpulan.
rezeki datang dari Allah.
dan jangan tolak rezeki Allah.
Allah nak kasi, bersyukur dan terima.

sekian dari orang yang kelaparan.

4 comments:

  1. sabar itu tanda keimanan kepada_Nya.
    mana tau rezeki laagikkkk luassss..........
    jgn sedih2 ye!

    ReplyDelete
  2. kak..
    kite adalah sama..
    xde rezeki naik pangkat..
    huhu

    ReplyDelete
  3. cik ita syggg...cik ta mude lg..msh ade mse tok naik pgkt tu..jgn sedih ye..tgok akk ni ha..15 thun tggu tau lg lame dr cik ta..huhu..jgn sdih ye..rezki dr ALLAH..

    ReplyDelete
  4. Rezeki dari Allah...tapi kan kak..abby nak cakap sikit leh? kalau ada undangan makan makan, kita kena pergi...sebab membahagiakan org yg buka open hse nih pun dpt pahala gak..( errr...akak n caca tak open ke hehehhehehehehheheheh tu sebenarnya nak tanya kekekek)

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...