Tabungan

07 September 2012

situasi yang selalu kita jumpa dalam laman sosial

iya anak-anak. laman sosial ini kita rujuk kepada yang paling glemer dan yang paling famous of all.
sebagai contoh Instagram, Facebook dan juga twitter. pendek kata, mak sendiri ada ketiga-tiga jenis laman sosial ni. mak paling suka Instagram sebab gambar post sajo. dah yang paling mak tak gunakan ialah twitter sebab kalau nak update status, kat Facebook pun dah boleh.

sebenarnya, mudah juga ada perkara-perkara sebegini. mudah berhubung. mudah nak mengikuti perkembangan terkini seseorang. medium penyebaran maklumat. busy body. erk.

dan artis paling suka pakai medium ini dan peminat apatah lagi. mestilah suka kan? dapat tahu kat mana sekian-sekian artis pujaan ni ada. dan boleh serbu ke tempat tersebut. erk.

macam mak cakap tadi. mak agak.........aktif la dalam perkara-perkara ini. jadi, ada banyak situasi yang mak temui dalam laman sosial ni. meh mak listkan mana yang mak ingat ya anak-anak.

dalam Instagram.

1. kalau si polan ni, yang first like satu gambar artis, mesti dia akan komen 'i'm the first yeay!!'.
.......*diam*............. kalau first like gambar artis, artis tu bagi hadiah ek? nak jugak la yeay!!

2. jenis yang tak faham bahasa.
mak tak tahulah, tak baca ke caption si artis. sebagai contoh, ada satu artis yang mak follow, dia sangat sporting. apa yang dia beli, apa yang dia makan, dia akan share pada peminat. dan untuk memudahkan, dia pasti akan tulis siap-siap kat mana beli, berapa harga dan maklumat-maklumat yang penting pada caption gambar dia. tapi ada saja peminat-peminat dia yang akan bertanya soalan yang sama BERULANG-ULANG kali. bukan artis tu aje yang penat. mak yang baca ni pun penat tau. terang-terang ada kat caption, baca ajelah caption tu.

3. jenis yang meminta-minta agar artis tu balas komen dia.
ihiks.
yang ni agak kelakar sikitlah. mak yang keja ala-ala kerani ni pun, berjam-jam baru dapat balas komen *kalau ada* inikan pulak artis yang sibuk memanjang tu. bila tak balas, boleh merajuk. lepas tu ada aje orang-orang lain yang sokong, kononnya artis tersebut memang takkan pernah balas komen orang.
hallo.
kalau tak suka, jangan follow. kalau dah ada rasa menyampah kat artis tu, janganlah simpan. baiklah ko unfollow, takde ko buat dosa mengata dalam hati atas kelewatan artis tu nak membalas komen.
macam mak, mak follow artis sebab mak suka tengok gambar-gambar yang diorang pos.
macam nana AF2. mak suka follow dia sebab dia sangat rajin pos gambar anak dia Althea. sweet sangat. dan mak suka ElfiraLoy. pendek kata. sukalah tengok artis-artis cun nih.
AaronAziz ada instagram ker?
erk.

4. berbuat baik sesama saudara islam.
oke.
yang ini mak tak nafikan. sesiapa pun digalakkan untuk berbuat amal maaruf dan nahi mungkar.
baik. baik sangat. tapi kalau sampai bergaduh-gaduh antara satu sama lain, tu dah bukan amal maaruf dah tu. dan nak menegur pula. biarlah berhemah sikit. ini pun selalu ada dalam Instagram. contoh. artis ni pos gambar seksi sikit. adalah suara-suara kebaikan cuba berbuat kebaikan. tapi dalam nada-nada yang sinis. haruslah penyokong tegar balas balik. cuba pada mak, penyokong tegar sekalipun, sekiranya teguran tu baik, apa kata sokong teguran tersebut, tukar dalam cara yang baik. okey nak back-up artis pujaan, tapi kita perbetulkan apa yang tak betul again dengan cara yang berhemah.

oke.

apa lagi ek.

korang lak cerita.

lalala.

k bai.






2 comments:

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...