seingat aku..
laman kecil ini dibuka pada tahun lepas..
bulan tujuh..
namun..
tahun lepas..
aktiviti menaip ini tidak serancak tahun ini..
tahun lepas..
laman ku ini di pandang sepi tanpa pengunjung..
hanya Ucu Manja yang rajin menjenguk..
hanya Ucu Manja yang rajin menggalakkan aku untuk terus berblog..
selepas beberapa ketika..
penggunaan blog telah di blok..
wah..ayat *hee*..
maka sepanjang zaman darurat itu..
aku tidak berpeluang langsung untuk terus menjengah laman ini..
maka aku mencari jalan lain..
memberi komitmen kepada si biru *baca : celcom* demi untuk terus berhubung di alam maya..
memperuntukan sedikit wang untuk membeli komputer kecil ini..
maka selepas itu..
merekalah senjata ku..
senjata yang aku gunakan untuk terus berada di dunia ini..
dalam masa setahun ini..
banyak kisah telah aku baca..
rata-rata..
mereka yang sudah punya laman kecil..
merupakan mereka yang sudah mengenali antara satu sama lain..
salam ku beri tanda perkenalan..
cuba untuk memasuki dunia mereka..
namun tingkap tidak dibuka..
apatah lagi pintunya..
sekali lagi aku hilang minat untuk terus berblog..
maka aku menyepi kembali..
tak lama kemudian..
semasa sedang melayari alam ini..
aku terkenangkan laman kecil ku itu..
pasti dah tinggi rumputnya..
pasti tidak kelihatan pagarnya..
pasti sampah berada sana sini..
maka aku kembali..
mengemas..
memotong rumput yang tinggi..
kembali menanam bunga sebagai seri..
kembali menyiram dan dibajai..
dan sesekali menjenguk jiran-jiran yang masih aku ingati..
dan aku paling takkan lupa..
aku berkunjung ke satu laman..
penuh dengan kucing..
ahh..aku amat sayangkan kucing..
begitu juga teman itu..
sangat menyayangi kucing-kucingnya..
salam ku beri dengan cermat..
dengan harapan ia disambut dengan ikhlas..
tak ku sangka dia kembali menziarahi aku..
dialah teman maya yang pertama..si ted|..
dari dia..
aku mula kenal blogger yang lain..
sehinggalah aku diterima baik juga dengan rakan-rakan yang lain..
terima kasih ted|..terima kasih sahabat :)..
dari dia..
aku mengenali kak watie suri rumah yang bahagia..
aku mengenali dek zara si pemain bahasa..
aku mengenali kak rina, sharamli, lumut, solehah, dan ramai lagi yang sering mengunjungi aku disini..
di sini juga aku mengenali kalian yang lain yang tidak pernah lagi kesini..
tidak mengapa..
itu tak bermakna aku marah..
tidak juga aku katakan aku suka..
aku pasti ada sebabnya mengapa mereka tidak kesini..
salah aku juga kerana tidak menyapa mereka..
maka azam aku..tahun ini..akan aku jejak kembali semuanya..
dan aku jaga rakan-rakan ini..
dan dengan ini..
dengan serendah-rendah hati..
aku berharap persahabatan kita disini akan berkekalan insyaAllah..
mengenali kalian..punya banyak makna..
setiap satu..punya lain-lain manfaat buat aku..
ted| ~ aku pernah bertanya pada dia tentang klinik veterinar..
kak watie ~ tempat aku mengadu tatkala aku disahkan mengandung dan gugur sebulan kemudian..
dek zara ~ tempat aku belajar bermain bahasa..
terima kasih kalian semua :)
pada kamu yang lain..
rakan-rakan baru..aku amat menghargai kamu semua..
:)
SELAMAT TAHUN BARU 2010..
SEMOGA TAHUN INI TAHUN YANG INDAH BUAT SEMUA..
NAMA TIDAK DISEBUT TAK BERMAKNA KALIAN TIADA DIHATI..
TERIMA KASIH SEMUANYA..:)
p/s ~
aku menulis disini..
kamu tidur lelapkan mata..
berbantalkan pehaku..
kamu lena..
lalu aku berhenti menaip..
memandang tulus kamu..
hati berdetik..
maafkan aku kerana mencurigai kamu..
aku sayang kamu..
sungguh..
Tahun Baru kita yang Pertama sayang :)