Tabungan

Showing posts with label hati mati. Show all posts
Showing posts with label hati mati. Show all posts

27 May 2013

Looking Forward.

Assalamualaikum.
 
Last week was a 'not-so-good-fell-like-shit' week. Despite of good things happened in between, still it was a hectic week.
 
Tapi tak apalah, walau apa jua pun, kita kena tempuhi jugak kan. Bila masa-masa getir beginilah, teringat kata-kata boss aku, 'Hati kena besar, sebesar dan seluas Danau Toba. Kalau hati kecil, tu sebab sikit-sikit nak terasa, sikit-sikit nak sentap, sikit-sikit nak merajuk'.
 
Cuma--nya, aku rasa, sejak aku masuk Tourism Malaysia, aku memang seorang follower. Aku jarang nak membantah. Aku tak pernah nak melawan. Aku ikut saja. Tapi sesekali aku  marah, sesekali aku merajuk, sesekali aku sentap, orang boleh cop aku, 'Asyik nak marah saja kamu ni'.
 
Aku macam ----- what the ----? -_-
 
 
 
 
 
 
Okey, tak apalah.
 
 
 
 
 
So here I am -- looking forward this week with senyum tepek kat muka.
 
 
Khamis ini will be our anniversary -- yang ke 4 tahun. Wow!! 4 tahun! Alhamdulillah. 4 tahun, seorang anak umur 2 tahun. Not bad uh. Haha.
 
Semalam dah dapat early anniversary present daripada Encik Suami. Alhamdulillah. Tak sempat nak tangkap gambar, nantilah sekalikan dengan entri anniversary nanti hik hik.
 
So Khamis dan Jumaat ni aku akan ambil cuti, nak bercuti dan berdating dengan Nazri InshaAllah. Mami dan ayah pula akan datang petang Jumaat untuk settlekan hal-hal Umrah, InshaAllah.
 
Well....... really looking forward this week-end!
 
 
Jom, nak start kerja.
 
 
 
 
Owh. Pretty Qalesya dah nak mula beroperasi, also along this weekend InshaAllah. Doakan yang terbaik buat PQ oke :)
 
 
 
 
  

20 October 2011

hari ini aku speechless

aku speechless.
hati aku pedih.
hati aku sakit.

ditambah tengok muka mamat itu.
hei. hukum hudud sah sah tiada.
kalau pula tiada hukuman sivil, memang aku dah bom mamat itu.

in the mean time, ku telan saja pahit ini.

nak cari kerja lain. siapa nak bagi saya kerja?

lalala.

25 July 2011

Fuhh.

Sudah petang.
Sudah mahu pulang.
Mahu berjumpa dengan nyawa.
Mahu berguling-guling dengan Qalesya.
Mahu melayan jerit pekik Qalesya.
Mahu ikut merangkak Qalesya.

Tadi pagi...dipanggil oleh boss berikutan gurauan kasar aku untuk berhenti kerja. Setelah bersembang pagi dengannya, setelah disuntik jarum semangat oleh boss sendiri, aku keluar bilik dengan senyum lebar bertempek di muka.

Walau tetap masih aku fikirkan bekerja di tempat lain, namun tetap aku sayang pejabat ini. Dengan boss yang baik hati sebegini. Halahai...

Kebetulan pula selepas itu aku dan Kak Ha *boss kesayangan* pergi berjumpa dengan Boss Besar kami. Sekali lagi diadunya mengenai gurauan kasar aku untuk berhenti kerja. Ha nah ko. Boss Besar pula memberi semangat kepada aku untuk terus berjuang bersamanya.

Hahaha.

Akan aku fikirkan.

Boleh???

Oke. Mahu mengadap Yang Satu.

Assalamualaikum.

Mahu Berhenti Kerja?

Gara-gara status merepek aku di facebook minggu lepas, habis satu pejabat kecoh aku nak berhenti kerja. Siap kena panggil dengan bos kesayangan lagi. Tak sangka gurauan kecil dah menjadi serius kan? Tapi memang a part dalam hati ni, ada sikit-sikit bisik syaitan suruh aku cari kerja lain. Owh no! Macam mana? Ihiks.

Rasa macam mahu biarkan dahulu. Tengok dulu apa aku boleh buat dalam pejabat ini. Berusaha selagi mampu dahulu. Kalau keadaan bertambah teruk, rasanya perlu juga cari udara baru.

Bukan niat untuk meninggalkan tempat ini. Tapi rasanya, perlu bersifat pentingkan diri sendiri juga kadang-kadang. Aku tidak mahu terus tenggelam. Aku perlu tingkatkan dan perbaiki kekuatan yang ada dalam diri aku ni.

Apa menda aku merepek ni?

Oke sat. Nak tengok kerja-kerja kosong yang ada dalam internet ni sat.

Hahahaha.

Daaaa.

Selamat Bekerja. :)

14 May 2011

cemerlang. siapa tak mau jadi cemerlang.

pagi ni, duduk di rumah berdua aje dengan Qalesya. encik suami pergi Jenderami hantar mak ke pondok semula. Qalesya tengah tidur. biar dulu. malam semalam macam tak nyenyak. sat2 terjaga. sat2 terjaga. makanya jangkit kat aku la tak nyenyak tu. sebab bila dia terjaga, dia mesti la nak menetek. haruslah aku kan. takkan nak suruh menetek dengan encik suami. jadinya yang terus manja haruslah encik suami sebab dia tak pernah ada masalah bangun malam2 buat susu anak.

nak cerita pasal semalam. semalam aku cuti sebab nak teman mak mentua ke klinik dan plan asalnya hantar terus mak balik Jenderami. lepas. makanya pagi2 aku tetap hantar Q ke nurseri dan hantar encik nazri ke pejabat, sebab nak pakai kereta. maklumlah, kereta satu aje. itulah yang nak dipakai kesana kemari pun kan.

jadinya, dalam perjalanan pulang tu, aku terjembung *baca terserempak* dengan kawan pejabat aku. aku rasa dia dah lambat sebab tengok dia agak terkocoh-kocoh *baca tergesa-gesa*.

tapi dia ni bagus. kerja bagus. sebabnya Anugerah Cemerlang tahun ni dia dapat. dapat sijil dengan duit RM1000. best tak best?

maka aku pun mula la berpikir-pikir.

sepanjang aku kerja kat sini. kat opis aku ni. aku jumpa macam2 jenis orang.
ada yang memang all out kerja dengan ikhlas.
ada yang all out kerja sebab aim nak pergi posting luar negara.
ada yang all out kerja sebab aim nak naik pangkat.

bagus. memang bagus. sebab nama lagi all out kan. selagi daya. selagi boleh.

tapi..
ada gak yang aku jumpa, nak gi posting, aim naik pangkat dengan cara membodek.
ampun. 24 jam nak membodek. kerja so-so ajer. bukan bagus sangat pun kot. tapi cara membodek tu bukan pakai kipas dah. tapi pakai air-cond u. kira memang hebat lah cara bodekan tu.

aku? entahlah. mungkin sebab nilah aku terkebelakang. langsung tak terCALON pun untuk Anugerah Cemerlang. langsung takde orang pandang pun untuk kenaikan pangkat. sebab aku memang tak bagus kot. sana sini orang bercakap tentang si polan si polan, saingan untuk kenaikan pangkat. tapi aku tak tersebut langsung nama. maknanya aku memang bukan saingan langsung.  aku diletakkan di unit yang tak mencabar. padahal tempat lain, semua orang kata, owh tempat tu banyak kerja, sian si polan, kerja dia banyak, selalu balik lambat, memang patutlah dia naik pangkat. tapi aku, semua orang kata, owh kerja ko senang, jaga tatatertib jer. tatatertib pun bukan buat apa pun. takde tindakan pape pun.

yelah. aku tak cemerlang macam orang lain.
yelah. aku bukan saingan korang untuk kenaikan pangkat.
yelah. aku memang tak tercalon pun untuk anugerah cemerlang.

tak. aku pun tak kejar semua tu. pada aku, cukup aku kerja ikhlas demi Allah. cukup aku kerja ikhlas agar gaji yang aku dapat tu berkat nak bagi makan anak aku. cukup duit untuk bagi mak ayah. biarlah gaji kecik pun, biarlah aku tak beli rumah lagi pun padahal semua orang dah ada rumah sendiri. biarlah.

janji aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang ni.

pada aku. kerja biar ikhlas. bila kerja ikhlas duit yang kita dapat jadi berkat. bila berkat, gaji sikit macam mana pun pasti cukup untuk kami sekeluarga.

apa guna mengejar kekayaan, kejar pangkat, kejar nama, tapi niat dah melencong, dah jatuh tak ikhlas, jatuh tak berkat, pastu gaji banyak namun tak cukup pakai segala.

duit tiap2 bulan habis bayar hutang sampai tak cukup untuk makan pakai anak bini.

tapi tetap. aku bekerja sehabis daya, atas usaha aku sendiri untuk jadi cemerlang. biarlah orang tak nampak aku, tapi aku tahu, aku bekerja dengan kepuasan.

aku punya perasaan. kadang2 aku kecewa juga bila orang memuji orang lain hebat, orang ini bagus, orang ini calon kenaikan pangkat. tak, aku tak pernah cemburu. tapi aku kecewa, kenapa aku tak berada dalam kelompok itu. tapi aku cepat sedar. cepat2 tampar diri sendiri. sedarlah diri wanita. ko memang tak bagus pun. macam mana orang nak pandang!!

tapi pada aku, rezeki lain2.

aku mungkin tak begitu cemerlang dalam kerjaya aku. tapi aku punya rezeki dalam bab lain.
aku punya suami yang budiman.
aku punya anak yang comel dan Alhamdulillah setakat ini tak bawa masalah.
aku sudah lengkap kitaran hidup. dah berkahwin dan dah punya anak.

ramai lagi kawan aku yang belum kahwin. belum punya anak. dan aku bersyukur. mungkin ini pula lebihnya aku. pujuk diri sendiri hehe.

lain orang lain cerita.
aku punya cerita yang bahagia dalam bab keluarga.
dan aku sudah cukup bersyukur pada mu Ya Allah.
Alhamdulillah dengan limpah kurnia mu ini Ya Allah. Tiada yang lebih baik daripada Anugerah ini Ya Allah. Anugerah yang kau berikan ini sudah cukup Cemerlang Ya Allah.

p.s.
aku juga ada perasaan.
sesekali terusik juga hati bila duduk semeja dengan mereka yang cemerlang.


.ita kata.
kamu ada Nazri dan Qaleysa.
Alhamdulillah.

12 May 2011

.aku orang paling berdosa.

salam.
kata tak mahu menulis lagi?
tapi kini aku menulis lagi.

manusia. macam tu lah. cepat melatah. cepat sangat pun. bila datang satu musibah, terus buat keputusan tanpa sebarang petimbangan. dan keputusan tu pulak entah apa-apa sampai buat orang lain pelik.

mengada-ngada. aku la tu.

aku rasa sedih. aku punya banyak kelemahan. dan kelemahan itu buat aku jadi manusia paling berdosa. aku sendiri buntu. aku ingin jalan keluar. tapi aku tak punya pilihan yang banyak.

aku buat orang yang aku sayang bersedih. tak cukup berdosakah aku?
aku buat lagi dia rasa sedih. tambah dosa lagi aku.
aku buat dia marah. memang sah lah kamu berdosa.
aku buat dia menyampah tengok muka aku. tak payah kata apa-apa lagi ta. paham-paham sendirilah kamu.

hidup berumah tangga ni sebenarnya mudah bila kita ada tolak dan ansur.
tapi hidup berumah tangga ni jadi rumit bila ada saja setan tu duduk bertenggek kat bahu suami isteri ni.
mulalah ada saja benda nak buat gaduh.

itu sebab, orang-orang tua selalu berpesan, cari pasangan yang ada asas agama, cari pasangan dari keturunan baik-baik. sebabnya nak meradok liku2 hidup rumah tangga ni lah.

bila seorang buat salah, seorang lagi kena berfikir secara rasional dan bertolak ansur dan bertenang dan bersabar dan dan dan.
sebab yang seorang lagi ni akan selalu buat keputusan mendadak dan tergesa-gesa dan tak pikir orang lain dan pentingkan diri sendiri dan dan dan.

tapi semuanya tetap berbalik kepada yang salah. hoi. salah tetap salah. jangan sibuk nak menegakkan benang yang dah basah lenjun.
bersyukur la sikit kalau pasangan kamu boleh beralah dan bertolak ansur dan memaafkan kamu dan dan dan.
kalau takde dan dan dan, dah lama dah kamu jadi orang memang berdosa segala.

aku agak tidak sihat kebelakangan ini.
dan aku memang manusia yang lemah.
aku akan senyap bila sakit.
tapi emosi jangan cakaplah, memang naik dan turun macam roller coaster kat genting highland.
oooowwwwhhhh.
baru aku ingat kenapa aku emo sangat nih.
.....hhmmm.....

aku nak jumpa doktor hari ni. aku perlu cari ubat untuk sakit ni. aku ada banyak lagi perkara yang perlu aku uruskan dan selesaikan. aku ada anak yang perlu aku jaga.
kalau tak jaga diri sendiri, macam mana nak jaga orang lain kan.

buat suami.
saya memang bodoh kerana buat awak rasa begitu.
saya memang bodoh kerana buat awak rasa begini.
saya memang bodoh lah.

sila ingatkan diri dan saya di sini.

p.s.
nak pergi jumpa doktor dan ambil emak di Jenderami.

.ita kata.
saya merajuk tak lama.

11 May 2011

26 January 2011

khas buat suamiku. maafkan aku. jangan jadikan aku isteri yang berdosa.

salam sayang buat suami.
pagi.
sudah terkesan kesal mu.
pagi.
sudah terkesan kecilnya hatimu.

pergi.
tanpa sebarang kata.
tanpa sebarang senyum.
yang selalu ada di bibir kamu.

aku.
maafkan aku.
segala khilafku.
ku mohon.
jangan jadikan aku.
isteri yang berdosa.

sudah sebeban dosa sedia ada.
jangan tambahkan lagi.
aku.
tidak rela.

maka.
suami.
aku.
maafkan aku.

sungguh.
maafkan aku.


p/s ~
ini yang termampu.
khas buat mu.
maafkan aku.
wahai suami budiman.

02 December 2010

HATI YANG RETAK? BAGAIMANA MAHU DICANTUM SEMULA?

assalamualaikum.

tadi seperti biasa melawat ted|.
kalau sehari tak jenguk blog dia memang la tak sah hari.

dan hari ini entri dia berlainan sikit.
beliau berbicara tentang hati.
hati yang retak.

hati yang retak, ada pelbagai sebab.
mungkin juga masalah cinta.
mungkin juga masalah kerja.
mungkin masalah rakan-rakan.
mungkin masalah keluarga.

apa jua sebabnya, ku harapkan ted| tabah.

dan ekoran entri ted|, kita nak menyambung sikit ya kawan?
izinkan ya ted| :)

.....................

hati retak seribu.

sesungguhnya aku pernah berada dalam keadaan itu.
situasi yang sangat tidak menyenangkan.
situasi yang sangat menyesakkan dada.
keadaan yang sangat meyusahkan hati dan minda.

dan buat orang yang lemah seperti aku, punca hati retak itu sememangnya kerana cinta.

ya.
aku pernah mencintai seseorang.
sepenuh hati.
namun.
tidak dihargai.

ketika itu.
sememangnya zaman kegelapanku.
aku rasakan bagai tiada cahaya lagi dalam hidup aku.

aku masih seperti biasa.
ke kuliah seperti biasa.
tawa, riang, canda, mesra seperti biasa.
namun hati aku.
kosong.

kenapa.
kerana hati aku retak seribu.
jadi abu.
ditiup angin.
entah kemana perginya.

sampai satu masa.
aku tarik kunci hati aku.
aku lipat secantik mungkin.
aku ikat seribu ikatan.
dan ku buang ke tengah laut.

hati sudah retak seribu.
kunci telah tenggelam ke laut.

ketika itu aku tersenyum puas.

puaskah.

tidak.

aku cuba untuk tersenyum.
walau hakikatnya.
aku menderita zahir dan batin.

begitu kuat penangan cinta 'dia'.
hingga aku begitu gila.

ketika itu aku rasakan memang tiada siapa yang boleh menggantikan dia.

gila!

namun tidak.

setahun.

ya.

setahun aku hidup dalam imaginasi, fantasi, memoryland aku sendiri.
kamarku masih ada gambarnya.
dadaku masih ada getarnya.

namun bila sudah genap setahun, aku beransur hilang gila.
aku rasakan seperti satu dunia mentertawakan aku dalam diam.

bodoh sungguh perempaun itu.
barangkali si lelaki sudah enak bercinta dengan gadis cantik lain.
namun dia menyeksa hati sendiri dengan hidup dalam dunia dongengnya.

aku tersentak.
entah bagaimana.
aku tersedar.
entah bagaimana.

satu pagi aku bangun.
ku buang semua memori.
ku buang semua kenangan.
kamarku bersih dari semua kenangan 'dia'.
diriku kuajar agar cuba melupakan 'dia'.

hari itu aku bangkit.
bangkit dengan satu senyuman ikhlas di muka.
bangkit dengan satu semangat baru.

dan ketika aku berjalan dengan muka terdongak ke hadapan.
aku lihat dia.
ya. dia.
dia yang dari dulu rupanya memerhati aku.
namun kerana aku terlalu menunduk ke bumi. aku tak pernah bertembung mata dengannya.

dan sejak hari itu.
aku cuba membuka ruang kosong itu.
aku cuba untuk menerima si penderma hati itu.

si penderma hati.
penderma hati yang tulus ikhlas.
terlalu naif.
terlalu lurus.

dan kerana naif dan lurusnya, aku tergamam.
dengan naif dan lurusnya, dia datang membawa kunci hati yang pernah aku buang dalam dasar laut tidak lama dulu.

dan dengan kunci di tangan, ruang kosong yang ada, aku menerima si penderma hati tersebut.

dan aku telah bersama dengan si penderma hati hampir 6 tahun.


telah berkahwin dengannya hampir 2 tahun.


dan telah punya permata hati yang berusia 16 hari.



.................................................

sahabatku ted|,

setiap orang pasti punya cerita sendiri.
dan aku pasti, ada penderma hati untuk kamu di luar sana.
aku doakan yang terbaik buat kamu wahai sahabat ku ted|.

p/s ~
sekadar berkongsi. :)


25 November 2010

BETUL KE TAK BETUL?

bila rasa tidak betul.
mari lah ke mari wahai wanita.

bila rasa gundah.
mari lah ke mari wahai wanita.

bila rasa rindu pada suami.
mari lah ke mari wahai wanita.

sesungguhnya jangan kau cuba layan perasaan itu.
kamu harus ingat kamu ada tanggungjawab baru.

jangan sesekali kamu layan rasa sakit itu.
jangan sesekali kamu layan rasa pening itu.
jangan sesekali kamu layan rasa debar itu.

telah kamu ajukan pertanyaan itu pada semua rakan-rakan kamu.
dah. nah. mereka katakan. itu normal.

maka apa lagi yang perlu kamu risaukan.

kenapa harus dilayan.

sila.
sila.
lepaskan segalanya disini.

ya.
aku rindu.
rindu pada suami.

kekadang mendengar suara dia buat aku benci.
benci kerana aku terlalu merindui dia.
hingga rasa seperti mahu pentingkan diri sendiri.

tinggalkan kerja kamu itu sayang.
sila pulang temani isteri kamu disini.

ah!
itu sisi tidak waras.

yang waras masih ada.
walau diselangi pening segala.
aku masih ingat.
dia komited dengan kerja.

dan aku.
aku terus disini.
melawan segala.
sendiri.

ah.
layan lagi.

aduh.
pening lagi.

aduh.

jangan te.

jangan layan.

p/s ~
aku membebel?
sendirian?

21 October 2010

BELUM PASTI LAGI::HATI MAKIN PUSING::KALAU AKU MATI,TOLONG JAGA NAZRI::KALAU TAK::AKU JADI HANTU::WAKAKAKA::

::PAGI TADI::
pergi kerja macam biasa dengan Encik Nazri.
pasang HOTFM. ntah lagu apa ntah tadi.
tapi Encik Nazri seronok sangat.
sekejap2 dicuitnya hidung aku.
sekejap2 meliuk-liuk badan dia ikut rentak lagu.
sekejap2 dicuitnya tangan aku.
sekejap2 dijelingnya aku ditepi.

'seronoknya dia?' usik aku.
'semalam awak takde, bosan..ari ni ada orang teman, saya suka' jawab dia sambil sengih-sengih. :)

::MALAM SEMALAM::
aku terjaga tengah malam.
rasa tegang sangat perut.
bila ditengok perut aku, nampak senget sikit.
senyum kecil aku. apa menda la baby ni tengah buat.
bila kuusap, sambil ku bisik, mami sakit sayang. duduk elok2 boleh?
lepas tu perlahan-lahan perut ku kurang rasa tegangnyer. Alhamdulillah. baik dengar kata. :)

aku mengiring belah kanan. pandang Encik Nazri yang tengah nyenyak tidur.
tenang rasanya tengok muka dia. aku beruntung kerana punya dia sebagai teman.
tapi aku terfikir, adakah pernah dia rasa perkara yang sama?
dan aku terfikir, mampukah aku hidup kalau dia tiada.
dan bagaimana hidup dia jika aku tiada.

aku mula terbayang saat2 aku bersalin nanti.
selamatkah aku?
dapatkah aku bawa bayi ini kedunia dengan selamat kedua-duanya?
kalau aku terpaksa bersalin secara ceaserean, kalau aku dibius, then tak bangun2, camner?
kalau aku bersalin normal, tapi banyak tumpah darah, camner?
kalau aku mati, nazri camner?

sape nak teman dia gi keje?
sape nak teman dia bangun malam2 wat keje?
sape nak gosokkan baju dia?
sape nak masakkan makanan untuk dia?
sape nak urut kepala dia masa dia tengah sakit kepala?
sape nak pujuk dia masa dia tengah susah hati pikir banyak kerja?
sape?

pusing kanan renung muka nazri balik.
senyum.
tertidur.

::PAGI TADI::
teringat malam semalam.
tetiba rasa sayu.

p/s:
Ya Tuhan,
aku sayang Nazri.
Lindungi aku.
Tolong.

20 October 2010

NAIK LAGI

semalam, tengah hari..
tengah berdiri, pastu rasa pusing-pusing..
sempat pegang dinding, bersandar kejap..

lepas makan, kepala makin rasa berat.
badan dah rasa seram sejuk, panas berpeluh walaupun kipas besar gedabak duk tepi..

tak tunggu lama, aku turun ke tingkat 6, cek darah kat situ.
seperti dijangka, naik balik 140/90.
kaki dah bengkak sikit, berat naik lagi 2kilo, pastu doktor cek urine ada kencing manis.

doktor suruh balik rehat, tapi sape nak hantar aku balik?
aku pun minta agar MC tersebut dikeluar untuk keesokan hari iaitu hari ini.

maka kesimpulannya, aku MC hari ni.
tengah rehat.

p/s ~
kawan aku kata
kekadang, kite kena sedikit selfish.
kite asik pikir pasal keje,
tapi kalau ada pape jadi pada kiter, ada orang2 kat opis tu nak kisah pasai kiter?
hmmm...

14 October 2010

PENGIKUT BERKURANGAN

*senyum*

padan muka ko te..
malas update..
kalu update pun asik nak merepek ajer..
tu sebab orang stop follow ko..

ahaks..
bila buka dashboard tadi..
aku terperasan yang follower aku makin berkurangan..
ahaks..

sedih?
ada gak la..
tapi bila difikir fikirkan..
aku bukan glamer mana pun..
ngape nak sedih kalau pengikut berkurangan..

dah ada orang komen, tegur, say hi, pun dah cukup baik kan hee..

p/s ~
daripada takde langsung :p

KENA PAKSA BERSALIN?? DOAKAN AKU..

isnin lepas, pemeriksaan bulanan aku di Ampang Puteri..
tiada ragu pun..
tiada gundah pun..
bahagia ajer..
semangat pun..
sebab nak tengok bayi dalam kandungan..

tapi..
masa cek tekanan darah,
doktor kata tekanan darah naik..
cek lagi sekali..
masih tinggi..
143/93..

doktor nampak risau..
tapi dia sorok dengan baik..
dia ajak tengok bayi dulu..

owh makin comel..
pipi dah terlebih lebih..
dah 2kikogram sekarang ni :)
rasa tenang sikit..

cek darah semula..
masih tinggi..
133/83..

aku yang kurang sabar bertanya..
"kalau darah tinggi kenapa doktor?"
jawabnya
"tak baik untuk awak dan bayi..awak perlu berehat..2 minggu lagi kita jumpa kembali..kalau masih tinggi awak kena paksa bersalin..tapi buat masa ni, jangan susah hati..kita cuba kurangkan tekanan tu..awak kena belajar bertenang.."

buat pengetahuan semua *sesiapa yang rajin singgah sini =_=*
sekarang kandungan ini berusia 33 minggu..
2 minggu lagi dia akan berumur 35 minggu..
tambah seminggu untuk pemerhatian jadi 36 minggu..
selamatkah aku?
doakan aku?
boleh kan?

p/s ~
aku takut..
serius..
:(

18 September 2010

26 August 2010

mengapa hidup ini tak bahagia?

kebelakangan ini.
hidup aku agak gelap.
ditimpa pelbagai masalah. ditimpa pelbagai dugaan.

secara peribadi.
badan aku sememangnya lemah.
dan aku disahkan punya asma.
ubat berbotol-botol. berplastik-plastik.
kos perubatan jangan ditanya.
memandangkan aku terperangkap di hospital swasta.
bayangkan saja berapa kos yang harus aku gadaikan setiap kali melakukan pemeriksaan.

namun semua aku cuba hadapi dengan tenang.
bisik dalam-dalam bahawa ini semua untuk kebaikan bayi kecil ini.
biar hilang duit, jangan hilang bayi ini.
biar berkorban sekarang, demi bahagia yang menanti aku Disember ini.

Alhamdulillah.
rezeki masih ada untuk aku dan Nazri mengharungi ini semua.
cuma aku harapkan agar ada yang mendoakan kesihatan yang berpanjangan agar aku selamat melahirkan bayi ini ke dunia.

mami bertanya pada aku.
mengapa hidup ini sukar? penuh dengan duka? penuh dengan sengsara?
tiap hari berhadapan dengan masalah.
tiap hari punya risiko untuk mengalir air mata.
pendek kata.
mengapa hidup ini tidak bahagia.

jawab aku.
wahai mami.
itulah yang dinamakan dunia.
jika tiada cabaran, dugaan, masalah, duka, sengsara, maka.. bukan dunialah namanya.
jika tiada sisi gelap itu, jika hanya ada cahaya dan bau harum, maka syurgalah jawabnya.
namun, kita masih bernafas dan hidup di dunia.
dan memilih bahagia atau tidak adalah di atas kehendak kita sendiri.
untuk bahagia, tidak perlu orang lain melainkan diri kita sendiri.
walau sesukar mana hidup ini, jika ditanam dalam hati sedalam mungkin bahawa kita masih bahagia,
maka bahagia lah ia.
segala tindak tanduk kita itu yang mengundang bahagia.
dan sebenarnya kebahagian kita itu boleh menjadi tempias di dalam hidup orang lain yakni orang-orang yang hidup disekeliling kita.

seperti satu senyuman kecil.
cuba senyum kepada orang dihadapan sekarang.
orang itu akan tersenyum kembali dan seraya memandang ke sebelah kanannya,
orang tersebut pula menyambut senyuman itu dan memandang orang di sebelah kanannya pula.
bukankah senyuman itu telah merebak dan mekar di sekeliling kita.

jadikan diri ini bahagia.
jika perlu, mari kita sorok duka kita wahai mami.
mari kita pasang topeng gembira yang dah lama kita pakai dari dulu lagi.

jangan risau tentang kami wahai mami.
walau apa terjadi kami dibelakang sentiasa menyokong.
jangan risau tentang kasih sayang kami.
kerana kasih kami tetap untuk mami.

p/s ~
buang yang keruh,
ambil yang jernih.

23 August 2010

RAMBUT SAMA HITAM, HATI LAIN-LAIN..

itu hakikat.
rambut aku hitam.
ya kamu juga hitam.
melainkan kamu mewarnakan rambut kamu dengan pelbagai kaler lain.
urusan kamu.
bukan aku.
terpulang.

namun masih hakikat.
secara am, rambut kita sama hitam.
dan tetap, hati kita lain-lain ya.

aku, kadang-kadang, merasa benci dengan diri sendiri.
bukan kerana hakikatnya aku tidak cantik.
bukan kerana hakikatnya aku dilahirkan pendek.
bukan kerana hakikatnya aku gemuk.
aku suka hakikat di atas.
membuat aku menjadi orang yang biasa-biasa saja.

tapi.
aku benci hakikat bila mana aku dijadikan orang yang punya hati yang lembut.
punya hati yang sensitif.
punya hati yang rapuh.
cepat terkulai.
jatuh ke tanah.
dipijak bagai.

aku kagum pada mereka yang punya hati keras.
pada mereka yang punya hati batu.
pada mereka yang tidak ada rasa kasihan.
pada mereka yang mampu tutup mata hati menjadi sejuk sesejuk sejuknya.

aku penat begini.
aku penat merasa sedih.
aku penat bila menangis pada perkara-perkara yang remeh.
pada mereka yang berhati batu memang akan menganggap remeh.
namun bagi aku berhati salju perkara tersebut amat berat untuk disusun dalam urat kepala.

aku bakal kehilangan bushy.
ya memang pada kamu berhati batu perkara ini remeh kan?
tapi pada aku....

namun tetap.
demi kandungan ini.
aku rela lepaskan bushy.

terfikir juga.
kalau terjadi perkara tidak baik pada kandungan ku.
pasti aku disalahkan.
seperti biasa.
hati salju ini pasti menerima dengan sepenuh hati.

keputusan yang berat namun wajib dilaksanakan.
bushy maafkan tuan kamu ini ya.

p/s ~
teringat perbualan singkat dengan seorang kakak pengemar kucing.
"menjaga makhluk Tuhan dengan ikhlas, banyak hikmahnya.
sakit semua datang daripada Tuhan.
tak jaga kucing pun boleh sakit."

20 August 2010

LAIN KALI BUAT SENDIRI!!

jika kamu rasa aku tak mampu nak kendalikan mesyuarat itu,
buat lah sendiri!

jika kamu rasa aku tak boleh nak menang kes itu,
buat lah sendiri!

tak payah la nak terpekik terlolong mengulang tayang keputusan itu ke sana ke mari.
tak payah la nak buat muka kecewa setiap kali memandang muka aku.

jangan buat orang rasa menyampah dengan kehebatan kamu yang sedia ada itu.
jangan buat orang hilang rasa hormat dengan sikap kebudak-budakan kamu itu.

lain kali,
sila buat sendiri.

p/s ~
sesungguhnya aku sedang berpuasa.
namun aku cuma manusia biasa.
tiap kata.
bisa buat aku hiba.

16 August 2010

bila badan rapuh

rapuh.
jatuh.
lemah.
sakit.
tak berdaya.
hilang sisi kuat.

semua kata hanya berbaur negatif.
semua kata hanya buat mental ikut pusing jalan lelah.
satu orang jurus psikologi pernah berkata 'jangan kamu fikir sakit, nanti kamu ikut sakit'.
tapi kalau badan memang sakit. perlu tidak kamu bohong, 'hoi badan jangan sakit?!'

badan aku sakit.
minda aku juga sakit.
*angkat kening*

hari ini lepas bersahur, makan ubat, badan kain makin lemah, urat makin lenguh.
penyelesaian.
aku EL.

persoalan.
adakah mereka faham.
atau akan mereka berkata.
tipu sakit.
malas kerja.
main2 saja.

boleh tidak kalau aku tutup telinga sumbat gegendang saja?
aku sakit.
tak mahu susahkan bayi dalam kandungan.

boleh tidak?

p/s ~
aku masih baring.
kaki aku lenguh.
kaki kecil.
badan makin besar.
sapa suruh kaki kecil.
terima kasih :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...