Tabungan

Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts

25 July 2014

saya minta maaf pada semua orang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan rasa rendah diri, saya Wanita Mutalib ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua atau sesiapa sahaja yang mengenali saya.

Buat rakan-rakan pejabat, kalau ada gurau saya yang mengusik hati, maafkanlah.

Buat rakan-rakan maya, kalau ada tulisan yang menyakitkan hati, maafkanlah.

Buat rakan-rakan yang dah lama tak bertegur sapa, saya mohon maaf sehingga buat anda berjauh hati dan menjarakkan diri dari saya.

Buat adik-adik yang akak kenal di sini, kalau akak tak dapat nak mendengar keluhan adik satu-satu dan selalu, maafkanlah akak.

Buat sanak saudara, maafkan saya kalau jarang berjumpa. Namun tetap, kalian di ingatan.

Sesungguhnya saya ini manusia biasa yang punya banyak kekurangan. Kerap kali saya tersalah langkah, tersalah kata, tersalah tulis, maafkanlah saya sempena bulan baik ini.

Sungguh, saya rindukan kalian (kalian tahu siapa kalian).

Nabi saw.  pernah bersabda: "Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan orang pada setiap hari Khamis dan Isnin (dalam seminggu), lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, kepada setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali siapa saja yang terjadi antara dia dan saudaranya (seiman) sengketa permusuhan; iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai , tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai." 
(HR Muslim)

Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir Batin.

Yang Ikhlas,
Wanita Mutalib.




06 December 2013

eh kita pun ada la

tengok ada ramai kawan up gambar di I-City Shah Alam.

eh ai pun ada la. haha. lupa nak upload saja hehe.

ni sebenarnya gambar masa kami di Unit ER pergi buat presentation di Pejabat Selangor. Sebagai complimentary, kami dapat buat product update ke I-City Shah Alam ni :)

jadi kita letak gambar dulu ya.

kendian baru kita cerita kat kamu, kamu dan kamu pasal I-City ni :)












So sekarang mak nak cerita pasal I-City di Shah Alam ni.

I-City Shah Alam ni luas. Dalam I-City ni ada beberapa tempat tarikan utama macam yang aku pergi tu, Red Carpet, Trick Art Museum dan House of Horror. Ada lagi, tapi kami tak pi hari tu hehe.

I-City ni luas. Kiranya target diorang adalah untuk buat satu bandar yang ada semuanya. Sebab kalau ikut master plan diorang, dalam I-City ni akan ada rumah, apartment, even hotel dan juga shopping complex. Jadi apa yang kita lihat sekarang ni adalah pembangunan sedikit demi sedikit mengikut master plan diorang tu.

Red Carpet.
Dalam Red Carpet ni basically adalah himpunan patung-patung lilin selebriti dan public figure ternama dunia. Walaupun tak macam patung-patung lilin yang betul-betul real macam luar negara, tapi usaha untuk buat patung-patung lilin ni memang patut dihargai.

Trick Art Museum.
Dalam Trick Art Museum ni, pengisian dia adalah lukisan. Semata-mata lukisan. Tak ada benda lain. Lukisan, lukisan lukisan. Itu saja ada. Tapi, lukisan-lukisan yang ada ni adalah lain daripada yang lain kerana lukisan ni berbentuk 3D. Kalau tengok saja memang takde kesan apa. Tapi cuba tangkap gambar. Omai-aih, memang nampak macam kita tengah buat sesuatu dengan watak-watak dalam gambar tu :)

House of Horror.
Ini rumah hantu. Selalu kita main dekat fun fair saja. La ni I-City buat khas satu House of Horror. Buat aku yang penakut ni -- ya, saya takut masuk dalam tu. Selain tu, kami dok gelak saja -- sebab tahu benda tu tipu, tapi kami still takut.
Haha.


Okey, opening hours adalah berbeza bagi setiap tempat.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang I-City Shah Alam bolehlah lawat terus website mereka - http://i-city.my/tourism/



Weee.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...