Tabungan

10 May 2013

Ashraf Muslim + Sakinah + Dayana = Poligami

Poligami.
Perkara yang disukai oleh lelaki dan digeruni oleh perempuan.
 
 
Aku tidak menolak poligami kerana mamiku sendiri merupakan isteri kedua kepada ayah aku. Emak tiriku pada aku memang perempuan yang sangat mulia kerana dialah yang mengizinkan ayah berkahwin dengan mami sebab mami adalah anak yatim piatu. Muliakan? Ya Allah semoga arwah emak ditempatkan di kalangan orang yang beriman - Ameen.
 
 
Tapi tak semua mampu. Tak semua mampu nak bermadu. Mami sendiri berpesan pada aku, seboleh-bolehnya elakkan bermadu. Jangan bagi izin pada suami untuk dia bermadu. Jadi dari situ aku nampak, seksa sebenarnya bermadu.
 
 
Tapi kita tak boleh halang poligami. Kerana ianya sunnah Rasul. Kenapa dikata sunnah Rasul kerana Rasulullah s.a.w. sendiri mengamalkan poligami. Tetapi, kena ingat, poligami dibenarkan bagi orang yang benar-benar mampu memberi keadilan buat kesemua isteri.
 
 
Kalau kau mampu nak beristeri sekalipun, tiada masalah dari segi kewangan, harta atau material, tapi mampukah kau adil dari segi kasih dan sayang.
 
 
Pada aku, harta boleh dicari. Tapi kasih dan sayang -- sesuatu yang tak boleh dijual beli dengan harta dan wang ringgit.
 
 
Kalau aku, luluh rasa hati kalau tengok suami aku dipegang dibelai orang lain. Mampu disogok payung emas kalau hati penuh cemburu? Memang tabik spring pada mana-mana perempuan yang mampu berpoligami.
 
 
Aku serius kata -- aku tak mampu. Aku pernah cakap pada Nazri, kalaulah satu hari nanti dia GATAL nak berpoligami (dear husband if you read this, please alert the CAPSLOCK one!) aku boleh izinkan -- tapi dengan syarat, lepaskan aku. Aku rasa aku takkan mampu layan dia macam biasa kalau dah ada orang lain layan dia. Lebih baik aku lepaskan dia kat dunia dan aku lawan untuk jadi bidadari syurga dia.
 
Yes Abang. I Love you THAT much :)
 
 
Jangan kau bimbang sayang, dimana ku berada.
Dengan siapa ku bersama, jangan bimbang ku tetap kau yang punya :)
 
 
 
***
 
 
kenapa tiba-tiba aku bercakap tentang poligami.
Dan aku tergelak baca komen-komen dalam entri tersebut.
Rata-rata memang menyalahkan Sakinah -- orang ketiga tersebut.
 
 
kredit blog Beautiful Nara
 
 
Aku entahlah.
Aku tak tahu nak salahkan siapa.
Sebab kita tak tahu ceritakan.
Pada aku, aku tak suka nak jump into conclusion without knowing the facts.
Itu masalah rumah tangga mereka.
Kita tak tahu apa terjadi sebenarnya.
Memang berat dugaan yang kita tengok pada Dayana.
Tapi apa salahnya kita biarkan mereka selesaikan masalah mereka.
Mungkin Dayana sendiri, atau Ashraf sendiri, atau even Sakinah sendiri -- punya point dan stand masing-masing.
 
 
Take a break. Have a Solat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

5 comments:

  1. Pendirian kita sama. Poligami sunnah dan dibenarkan dlm Islam tapi kita tahu sejauh mana kemampuan suami kita kan...

    Buat Asyraf kita tak boleh buat kesimpulan kerana hanya Allah dan mereka yg ada bersama saja yg tahu.

    ReplyDelete
  2. Kalau bro berkahwin lagi.

    Mungkin bro akan memilih janda yang mempunyai tanggungan dan dapat mengelakan dia dari mendekati fitnah

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  3. tak boleh nak salahkan Sakinah tu. kalau dah takdir dan ketentuan macam tu, kita tak mampu buat apa2...

    ReplyDelete
  4. Tak salah bermadu kalau suami kita mampu. Lagipun, lelaki dah la makin takde, perempuan kan ramai. Tak salah berkongsi. Memang bukan senang. Suami bukan milik isteri. Tapi isteri adalah milik suami. Suami yang tanggung makan minum, dosa2 kita, ayah kepada anak2 kita. Kalau kita redha in sha Allah, DIA akan permudahkan. :)

    ReplyDelete
  5. saya kagum dgn penerangan puan...semoga berbahagia selalu. Tuhan itu maha adil.

    ReplyDelete

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...