Tabungan

Showing posts with label emo terlebih. Show all posts
Showing posts with label emo terlebih. Show all posts

27 May 2013

Looking Forward.

Assalamualaikum.
 
Last week was a 'not-so-good-fell-like-shit' week. Despite of good things happened in between, still it was a hectic week.
 
Tapi tak apalah, walau apa jua pun, kita kena tempuhi jugak kan. Bila masa-masa getir beginilah, teringat kata-kata boss aku, 'Hati kena besar, sebesar dan seluas Danau Toba. Kalau hati kecil, tu sebab sikit-sikit nak terasa, sikit-sikit nak sentap, sikit-sikit nak merajuk'.
 
Cuma--nya, aku rasa, sejak aku masuk Tourism Malaysia, aku memang seorang follower. Aku jarang nak membantah. Aku tak pernah nak melawan. Aku ikut saja. Tapi sesekali aku  marah, sesekali aku merajuk, sesekali aku sentap, orang boleh cop aku, 'Asyik nak marah saja kamu ni'.
 
Aku macam ----- what the ----? -_-
 
 
 
 
 
 
Okey, tak apalah.
 
 
 
 
 
So here I am -- looking forward this week with senyum tepek kat muka.
 
 
Khamis ini will be our anniversary -- yang ke 4 tahun. Wow!! 4 tahun! Alhamdulillah. 4 tahun, seorang anak umur 2 tahun. Not bad uh. Haha.
 
Semalam dah dapat early anniversary present daripada Encik Suami. Alhamdulillah. Tak sempat nak tangkap gambar, nantilah sekalikan dengan entri anniversary nanti hik hik.
 
So Khamis dan Jumaat ni aku akan ambil cuti, nak bercuti dan berdating dengan Nazri InshaAllah. Mami dan ayah pula akan datang petang Jumaat untuk settlekan hal-hal Umrah, InshaAllah.
 
Well....... really looking forward this week-end!
 
 
Jom, nak start kerja.
 
 
 
 
Owh. Pretty Qalesya dah nak mula beroperasi, also along this weekend InshaAllah. Doakan yang terbaik buat PQ oke :)
 
 
 
 
  

05 March 2013

Itu saja.

Saya bukan pegawai yang terbaik,
Saya bukan pegawai yang cekap,
Saya pegawai yang lembab buat kerja,
Saya pegawai yang cakap saja tapi tiada tindakan,
Saya pegawai yang banyak buat salah,
Saya pegawai yang banyak kurang sana sini.

Tapi saya tetap bekerja, dan bekerja, dan bekerja.
Saya tak mengharapkan orang sanjungi kerja-kerja saya.
Saya tak mengharapkan pujian melangit atas kerja-kerja saya.
Saya tak minta KC atau KP untuk semua kerja-kerja saya.

Saya cuma mahu buat kerja dengan tenang.
Saya cuma mahu buat kerja saya.

Itu saja.

25 September 2012

kau orang lagi pandai kan?

u know what.
i am speechless right now.

rasa serba tak kena.

kau orang, akan sampai pada satu masa, rasa nak lepaskan rasa dalam dada.
kau orang, akan sampai pada satu masa, rasa macam tak nak buat apa-apa.

yelah.
buat ini tak betul.
buat itu tak betul.

so?
kau orang buat la sendiri.

kau orang lagi pandai!

07 September 2012

Bayi Ditemui Mati Dalam Mangkuk Tandas Hospital


KUANTAN: Seorang bayi lelaki yang dipercayai baharu dilahirkan dijumpai mati dalam mangkuk tandas di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kira-kira 4.45 pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof berkata berikutan itu seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun yang dipercayai melahirkan bayi tersebut telah ditahan di hospital berkenaan.

"Bayi lelaki berkenaan telah dijumpai mati di dalam sebuah mangkuk tandas di Wad Teratai 2C dengan keadaan kepala bayi itu terperosok ke dalam mangkuk tandas.

"Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi mengeluarkan bayi yang tersepit di dalam mangkuk tandas itu," katanya.Beliau berkata sebelum itu pihaknya menerima panggilan dari pihak hospital tentang perkara tersebut setelah dimaklumkan oleh petugasnya.

Mohd Jasmani berkata pelajar berkenaan berada di hospital itu kerana menemani ibunya yang menerima rawatan di situ.Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Pengarah HTAA Datuk Dr Marlia Muhammed Salleh mengesahkan penemuan mayat bayi tersebut. - BERNAMA


***

berita ni aku dengar semalam masa on da way nak hantar Cha ke taska.
hari ni dengar lagi dalam buletin HotFM.
mati.
dalam mangkuk tandas.
kepala terperosok.
bomba kena keluarkan.

gila!
dah memang takde perikemanusiaan dah.

dah berbuih-buih dah mulut orang.
jangan buat perkara terlarang.
jangan buat maksiat.
dah buat kena berani tanggung la.
ni idak.
dah mengandung.
dah beranak.
boleh pulak bunuh.

aku taknak cakap pasal dosa sebab aku tak layak nak menghukum dosa pahala orang.
cuma masalahnya, kenapa nak buat benda-benda yang cikgu-cikgu, ustazah-ustazah dah larang jangan buang. make it simple. kalau dah tak tahu sangat larangan tu datang dari mana. ingat saja balik apa yang cikgu dan ustazah kita ajar. 

apa ingat boleh jadi hero atau heroin kalau dapat buat.

*diam*

aku tinggi suara pada Cha pun dah tak boleh tidur malam rasa bersalah.
ini, sampai membunuh bayi yang tak tahu apa lagi.

*diam*

ini dunia akhir zaman.

*peringatan untuk diri sendiri.........jua*

04 September 2012

word!!

adik-adik.
maksudnya tanggungjawab.
berani buat berani tanggung.
kalau tak berani tanggung, jangan buat.
kita sambung selepas ini.
terima kasih.

22 August 2012

dugaan bekerja pada hari raya keEmpat part 2

iya anak-anak.
bekerja pada hari raya keEmpat sebenarnya tiada apa salah pun.
please don' get me wrong.
nanti kang kalau ada budak-budak yang membaca, takut pula tersalah tafsir. takut pula diorang berfikir, 'owh, kita kalau cuti raya kena sampai seminggu.....'
dang!
bukan itu ya anak-anak.
pada musim perayaan, lagi sikit kamu ambil cuti, lagi hebat kamu.
hebat ke?
owh tidak.
itu juga tidak masuk akal.

begini. begini.
kamu nak cuti berapa hari pun cutilah.
tiada salahnya pun.
makcik, tidak bercuti kerana makcik rasa makcik tidak perlu bercuti dan menghabiskan cuti kerana suami makcik tidak dapat bercuti. *what is this?*
wakakaka.

oke oke.
ai lupa nak cerita dugaan yang terkini.
dugaan yang terkini ialah.
ialah.
ialah.
ialah.
bekerja dengan komputer yang mempunyai 'driver yang tak responding'.
baru nak menaip sikit dah hang.
baru nak menaip sikit dah hang.
nak call IT Division, semua offline.
owh.
tahniah ita.
yu have reason of not doing any works except for blogging and etc.
sorry boss if yu read this, but yu know how bored it is without yu around.
pffftt...... ahaks!

it is kind of spooky here without no one arounds.
boss, if yu read this, may ai excuse myself.
thank you :)

p/s: proof of evidence
.
.
.
.


Dugaan bekerja pada hari raya keEmpat.

seingat aku, belum pernah aku mula bekerja dalam minggu pertama raya.
ini tahun pertama aku terlebih rajin dan mula bekerja pada hari raya keempat.
sebab apa?
sebab yang pertama, cuti aku dah nak habis. ahaks!
sebab yang kedua, Nazri tak dapat cuti, jadi.., kalau aku bercuti, aku rasa tak berbaloi sebab aku akan buang masa duduk di rumah saja, dan itu bermakna aku  membazir cuti yang dah sedikit.
sebab yang ketiga, aku memang rajin. *bunyi cengkerik*

kesan. kesan kerana bekerja pada hari raya keempat yang mana orang lain masih lagi bercuti.
kesan yang pertama, aku seorang saja dalam pejabat hari ini. selain daripada kak M. Krishnavani A/P Muttiah. ahaks!
kesan yang kedua, mak aku terpaksa ikut aku balik KL sebab kena tolong jaga Qalesya. ya. dah besar panjang masih menyusahkan emak. *bunyi cengkerik dengan volume ganda dua*

kebaikan bekerja pada hari ini.
kebaikan pertama, aku sampai awal hari ini. sebab jalan adalah tidak jem LANGSUNG! setengah jam dah selamat buka PC segala.
kebaikan kedua, tiada bunyi telefon berbunyi. kalau tak, aku belum duduk, dah ada panggilan dari PA boss suruh datang menghadap.
kebaikan ketiga......................entah.


kesimpulannya.
sila jangan suka-suka pakai cuti sampai tiada cuti nak dipakai masa musim perayaan.

p/s.
esok CUTI dan nak pergi berCUTI dengan keluarga.
dekat aje.
Genting Highlands jek.
wek!

06 August 2012

berniaga sambil bersedekah

Tadi, Encik Suami call, katanya... hari ni kena balik lambat sebab boss dia Mr.Roger dok bising kenapa budak store semua balik on-time.

hoh! Bulan Puasa kot? semua orang berebut-rebut nak balik berbuka dengan keluarga. Kesian suami mak. Dah la kerja tu penat, kena pulak stay back sampai pukul 8 malam. Ya Allah, berilah pekerjaan yang lebih baik untuk suami ku. Amin.

jadinya, hari ni, mak kena berbuka dengan Qalesya sajo la nampak gayanya.

cakap pasal berbuka, setakat ni, mak dengan jujurnya mengakui, tak pernah lagi masak untuk berbuka. tapi untuk bersahur selalu hahahaha. *terbalik*

bukan apa, kalau pergi ke Pasar Ramadhan, Ya Allah, so tempting. ini nampak sedap. sana nampak sedap. semuanya sedap. so mak decide, takyah masak, beli sajo. *padahal ko malaskan ta?*

tapi yang mak perhati kat PaRam ni........... yang meniaga ni memang nak untung sajo.

oke! no OFFENSE!! memang la meniaga nak untung. tapi apa salahnya ambil berkat bulan puasa ni, bersedekah sikit sambil-sambil berniaga tu.

macam contoh.
ada satu hari tu, mak nak beli kuih. ala kat umah tu ada 2 mulut ja pun, mak dengan suami. okelah, kadang-kadang boleh lah masuk sekali si techik Qalesya. jadinya, kuih tak payah beli banyak-banyak, dapat 2 atau 3 bijik pun dah cukup.

jadinya, mak ni teringin la satu jenis kuih, dan nazri satu jenis kuih.

aku tanya - 'yang ni macam mana nak kira?'

dia jawab - '5 bijik 2 ringgit..'

aku balas - 'saya nak seringgit saja boleh tak....'

dia balas dengan muka annoying - '5 bijik 2 ringgit!'

oke. satunya, dia tak menjawab soalan aku sebaliknya terus mempertahankan 5 bijik dapat 2 ringgit. faham-faham sendiri maksudnya taknak bagi la seringgit.

aku pujuk lagi - 'rumah kami tak ramai orang, saya nak seringgit saja yer' *ko pun satu - mengada-ngada!*

dia balas - 'satu 40 sen'.

oke. maknanya, ko beli la banyak mana pun, harga tetap satu 40 sen. kalau takat nak tiga saja, ko bayarlah 1.20. ada faham.

iya. mak faham. so dekat sinilah mak rasa terkilan dengan peniaga tu.
satunya, u tak friendly dengan ai. kecik hati ai. 
keduanya, u tak faham isi hati ai yang kecik ni, umah ai tak ramai orang, harap ai dengan suami ai aje makan kuih tu.
ketiganya, kenapa u taknak letak konsep bersedekah. ai amik 3, tapi ai bayar seringgit pun oke. kenapa. kenapaaaaa.

ihiks. ngadakan.
mak bukan apa.
mak sebenarnya selalu beli kuih dekat satu stall ni.
donut dia sedapppp. dap dap dap.
dan baik orangnya, sebab dia pun ckp 5 bijik 2.00, satu bijik kira 40sen. tapi bila aku mintak nak seringgit, dia tetap bagi tanpa banyak soal. dapat 3 bijik lagi. 
Alhamdulillah. moga perniagaan dia bertambah maju.
Amin.

19 July 2012

sudah aku bilang

sudah aku bilang,
jangan diduga dalamnya hati.
hati ini bengkak pilu.
tapi kamu buat tak tahu.

sudah aku bilang,
jangan disebar kata seribu.
bila hati kembang mengharum,
dicurah cuka kembali beku.

sudah aku bilang,
sudah aku bilang...

wanita mutalib.
19 Julai 2012.

15 April 2012

kenapa blogger otai semua sombong?

iya.
minta maaf semua blogger otai.
mak takde niat pun nak cari gaduh.
dan mak takde niat pun nak kata yu olls sombong ahaks.
saja ja buat tajuk entri macam tu haha.

selalu mak perhati, ramai ja yang kata blogger otai sombong-sombong.
hmm.
kadang-kadang mak pun rasa macam tu jugak.
ye la.
mak cuma blogger picisan.
takde sape pandang pun.
baru tegur 2,3 kali blogger otai, dah kena smash balik kan.
tapi takpelah.

cuma mak paham, kenapa mereka dikatakan sombong.

satu.
hallo.?
diorang dah ramai followers.
mana la larat nak balas komen sesatu kan.

dua.
hallo.?
diorang buat entri semua bermutu.
mana la larat nak melayan blog kte yang wat entri caca marba ni.

tiga.
hallo.?
diorang ada banyak keje lain nak buat.
mana la larat nak mendengar rayuan gombal kte ni kan.

ahaks.

macam artis juga.
bila diorang tak balas atau RT tweet kte, semua nak sentap.
padahal, diorang bz kot.
bagi la masa kat diorang.

tapi...
kalau tweet orang lain boleh balas sampe 30, 40 kali, tweet kte yang sekali sekala masuk ni tak berbalas juga, apa cer kan.

cakap pasal tweet, yang rajin meng-tweet, yang mak perhati ialah Kieran HotFM, Usop HotFM dan Yana Shamsuddin.

yang lain...........
sendiri mahu ingatlah.
hahaha.

p.s.
apa la motip entri mak hari ni??

10 April 2012

demotivated.


sekarang saya taknak rajin-rajin lagik. buat kerja malas-malas saja. people talking about demotivated. i do my best to search the solutions for this matter. but at last, i become demotivated as well. thanks. 

maafkan grammar saya.
saya tak pandai berbahasa inggeris.
maklumlah.
saya tak pandai buat kerja.
maka grammar pun lintang pukang.
itu sebab saya terus begini.

ya.
terima kasih semua.

sini tempat aku mengadu

sedih.
sedih.
sedih.
rasa nak menangis.
sedih.
sedih.
sedih.

terima kasih.
biar aku sendiri.
kredit Google


09 April 2012

Senario di waktu pagi.

pagi tadi,
masa nak pergi kerja,
mak duduk di belakang,
jadi boss,
sebab,
Encik Nazri pergi kerja dengan kami.

bila duduk di belakang,
mak dapat tilik semua perkara.
mak dapat tengok semua rumah.
pendek kata,
mak dapat cuci mata.

terpandang seorang budak perempuan.
tengah tunggu bas sekolah tepi jalan.
elok pakai tudung.
comel.
pergi sekolah agama mungkin.

tiba-tiba terpandang mak dia.
tengah tunggu dia dari dalam pagar.
mak dia pakai skirt pendek paras lutut saja.
pakaian ke pejabat.

hmm.

betul.
melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
memang elok kita ajar anak kita tentang agama dari kecik lagi.
tapi.
apa kita nak jawab kalau anak tanya,
mami, kenapa adik kena pakai tudung, tapi mami tak pakai tudung dan pakai skirt pendek. tadi kat sekolah, ustazah kata, kita kena tutup aurat.
rasa-rasa mami nak jawab apa?

ada pula, mak selalu tengok... dan selalu terbaca... status-status FB or apa-apa yang boleh di baca... sering seorang ibu berdoa, berkata, semoga anak aku menjadi anak yang soleh...
tapi.... ibu itu sendiri, pakai sleveless, pakai baju nampak lurah, tak tutup aurat.
jadi persoalannya di sini, apa maksud soleh pada dia?

iya.
mak tak layak la nak bercakap perkara-perkara sebegini.
siapa mak nak menghukum orang lain kan.
cumanya, aku terfikir, bagaimana nak berkata tanpa memaksudkan kata.
bagaimana kita nak mengajar, tapi diri sendiri masih ada kekurangan.
seperti mak la.
mak tak layak nak berkata apa. sebab mak sendiri punya banyak kelemahan.

dan apa yang mak tulis ni, sekadar apa yang terlintas, tertanya-tanya dalam kepala hotak.

akhir kata,
bak kata mak amalina,
saya yang beli legging tu untuk dia.

sekian.

05 April 2012

nak tahu apa yang buat mak serabut sekarang ni?





kredit untuk Google bagi semua gambar di atas

.
.
.
.
.
.
aku serabut dengan...
.
.
.
.
.
blog ni.
.
.
.
.
.
rasa macam something missing.
.
.
.
.
rasa tak kemas.
.
.
.
.
.
.
rasa tulisan dia tak masyuk.
.
.
.
.
.
apa patut mak buat dengan blog ni?
.
.
.
.
.
.
untuk bagi kemas lagi?

16 March 2012

nukilan dari facebook.

sebenarnya...saya penat dengan anda semua.
anda semua memandang saya seperti saya tidak punya kerja lain.
anda semua memandang saya seperti saya tidak membuat apa-apa pekerjaan.

apa jua yang saya lakukan semuanya salah.

bila saya membantu, sehingga mendatangkan hasil, tidak pernah diambil kisah.
bila saya pejamkan mata, tidak mahu membantu, anda semua kata saya ambil mudah, tidak pandai membuat kerja.
bila saya berdiam diri, anda lebih panas membuat propaganda menambah perisa.

apa lagi perlu saya lakukan.

apa kata...,
anda....,
duduk sebentar di bangku saya...,
buat apa yang saya buat...,
cuba rasa bila orang menghentam seperti mana anda menghentam saya...

cuba rasa...

sudahlah.
saya mahu berehat.
sekejap lagi mahu pulang ke kampung.
menyambut ahli keluarga baru.

sudahlah.
sudahlah kamu semua.
 








09 March 2012

siapa punya kerja ni? baik mengaku cepat!!





Yang dimaksudkan dengan derhaka adalah apa sahaja perbuatan yang bertentang dengan berbuat baik dan ihsan. Antaranya, meninggikan suara, menggunakan perkataan yang kasar, sinis dan menyinggung perasaan, tidak memenuhi permintaan mereka (selagi mana ia bukan sesuatu yang bertentangan secara jelas dengan syari‘at Islam) dan membiarkan mereka dalam keadaan memerlukan bantuan, sama ada dalam bentuk rohani atau jasmani. Seorang ibu yang menangis dan seorang ayah yang termenung dalam konteks berinteraksi dengan anak lazimnya adalah isyarat bahawa mereka telah diderhakai.

sumber: HafizFirdaus

07 February 2012

kesabaranku memuncak kini!!

oke. thats it. its over!! between me and you, zero!! fed up!! fed up!!

esok, mak nak pergi TM Point. mak nak amik streamyX!
dengan kamu, apa pun tak boleh!
dari semalam mak try upload gambar, tak lepas-lepas.
entri mak dah basi tau tak!
basi!
entri tu, kalau takde gambar, tak lengkap!
tak boleh nak publish lagik!

terpaksa meraban kat sini.
pasal kamu la!!

kenapa streamyX? ooo..pandai menganjing lagik yer!!
sebab unifi tak sampai lagi sini paham!!

udah udah.
jangan nak berdialog dengan mak!!

tadi mak dah survey dalam internet.
yelah, pakai line kamu la!! itupun sat kena disconnect kena connect 88kali tak hengat!!

mak dah survey internet, dah survey StreamyX, tengah ada promotion.

siap la ko!!

esok mak ada date ngan streamyX.

then, later on, tiada halangan lagi.


im done with u!!


18 January 2012

yang jadi mangsa...aku...

oke.
mak ni banyak kerja sebenarnya.
tapi, mak sedang bersedih, kerana, mak telah mendapat title 'pembawa cerita tidak benar' di pejabat ini.

kalau begitulah keadaannya, mak dah ambil keputusan untuk tidak lagi bercakap di pejabat ini.
tidak mahu lagi memaklumkan apa-apa lagi.

cukuplah dua kes ini saja.

ah sudahlah.

mak tak mahu bercakap panjang.

meh layan gambar Qalesya masuk hospital tempoh hari.

layan gambar Q lagi membahagiakan.

ini adalah hasil punggahan Qalesya

bila cleaner masuk, terus cleaner jerit, ' ya ampun, kenapa ribut-ribut ni bukkkkk?' hahahaha

makan bisekutttt

tengok tangan dia berbalut, sian dia...

dan makan

dan berjalan lagikkkk


ni dalam kereta. balik dari ipoh nak ke KL semula.
dari KL nak balik ipoh, lupa nak gedik-gedik tangkap gambor hee.


















mami sayang kamu.
kamu saja sudah cukup membahagiakan mami.
terima kasih kerana buat mami bahagia.
lengkap untuk ayah dan mami.

17 January 2012

1 tahun 2 bulan

16 haribulan januari 2012.
Qalesya Alia sudah berumur 1 tahun 2 bulan.
oke jap.
mak nak keluar, Qalesya ada follow-up dengan Ampang Puteri hari ini.

kamu orang di pejabat.
nak terus bercakap.
silakan.

16 January 2012

ah sudahlah!

aku mahu keluar bahagian.
aku mahu keluar unit.
aku mahu keluar ini organisasi.

ah sudahlah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...