Tabungan

Showing posts with label Semenyih. Show all posts
Showing posts with label Semenyih. Show all posts

09 September 2012

sunyi kembali

semalam, tiba-tiba, mami called kata nak datang Semenyih.
serius ai gembira lalala.

pukul 12.00 tengah hari dah sampai. riuhlah jadinya rumah ni. aku pun eksited terlebih, dari semalam asyik nak memasak aje. konon la masak. padahal mami yang tolong lebih.

malam semalam buat spageti untuk mami. gambar tak sempat snap.

hari ni buat nasi lemak untuk mami. again, kononnya ai la yang buat. tapi haram. dari nasi sampai ke sambal, semua mami yang buat. ai tolong potong-potong saja. lalalala.

so hasil masakan kami berdua. nak juga namakan. so kononnya 'masakan kami berdua' la sangat hehehe.








dan memperkenalkan Chef kita kali ni, Chef Robaaiah!!! senyum chef senyum....


opah is smiling while her cucu is enjoying the nasi lemak made by her 'air tangan'..

Alhamdulillah. Thank God for the most beautiful mom in the world.

love ya so much much!!


la ni, diorang semua dah on da way balik ipoh.

So kami disini sunyi kembali huk huk.

07 December 2011

Video Qalesya Main Beg ala-ala nak pergi Pasar. cekkk itt ouuttt uuu oolllsss!!


perhatikan cara Qalesya angkat beg. Kelakar gilak.
Pastu dia letak tangan ke telinga sebab kononnya tengah bercakap dalam telefon.
Haish. Tiru sapa la tu. Hahahaha.

anak Mami sayang.
I love U very much.

kenangan kelas tuisyen

tadi, masa dalam perjalanan ke pejabat, tengok kiri kanan jalan dah berlambak-lambak iklan kelas tuisyen.
terus teringat zaman mak kecik-kecik dulu.

mak datang dari kalangan keluarga yang kurang berada.
jadinya, mana la nak dapat tuisyen-tuisyen ni.

kalau dalam kelas, kawan-kawan sokmo maju ke depan sebab bila cikgu tanya boleh buat ke tidak, rata-rata akan jawab 'boleh, sebab dah belajar dalam tuisyen'..

yang cikgu tu pulak, dah tahu bebudak ramai dah boleh buat, terus skip bab tu, terus ajar bab lain.
habis kami yang tak pi tuisyen ni????
belajar sendiri la nampak gayanya...
sedih sob sob.

bila balik rumah, mengadu kat bonda, nak gak masuk tuisyen.
tapi manalah bonda dapat nak bagi masuk tuisyen kan.
duit pun cukup-cukup nak makan saja.
last-last tak dapat jugak masuk tuisyen.

tapi mak tak kisah, tak masuk tuisyen pun, oke aje result mak.
berkat doa bonda...

dapat aje kerja bagus.
berkat doa bonda...

jadinya, pada aku, tuisyen atau tidak, itu terpulang kepada individu.
zaman sekarang ni pun mak tengok, memang rata-rata semua budak akan pergi tuisyen.
mungkin tahap kesedaran pada setiap ibu bapa tu dah tinggi.

mak pun nanti, tak tahu la nak bagi anak-anak pi tuisyen atau tidak.
sian kat dia orang, pagi petang kat sekolah, balik nak kena tuisyen juga.

mungkin pada tahap kritikal saja mak suruh dia orang pi tuisyen, maksud  mak pada peperiksaan besar macam UPSR, PMR atau SPM.
dan itu pun, mak akan panggil home tutor, senang, belajar depan mata mak aje.

itu mak.
orang lain juga ada pendapat sendiri.
dan mak amat menghormati pendapat anda semua.
walau dimana anda berada.
eceeewaahhh!!

28 September 2011

Wanita Mangsa Samun Maut Ditetak

Halahai.

Takut la pulak!
Tak jauh dari tempat mak pun.
Sungai Lalang.
Halahai.
Panjat bukit tepi rumah mak sajo.

Mohon perlindungan dariNya.
Janganlah jadi pape kat Taman Pelangi Semenyih ni yer huhu.



Wanita Mangsa Samun Maut Ditetak
2011/09/28

KAJANG: Seorang wanita bukan saja disamun, malah turut dibunuh sebelum mayatnya ditemui dengan kepala terlingkup dalam baldi bilik air rumahnya di Kampung Pasir Baru Peringkat, Sungai Lalang, Semenyih dekat sini, semalam. 


Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa, Danaletchemee Sinappan, 64, turut ditikam di leher selain ditetak di dahi dipercayai diserang suspek dikenali mangsa kerana tiada kesan pecah pada rumahnya.
Kejadian disedari anak mangsa, K Krisnan, 36, sebaik pulang dari bekerja kira-kira jam 12 tengah hari yang mendapati pagar dan pintu rumah terbuka selain ruang tamu berselerak sebelum menemui mayat ibunya dalam keadaan menyayat hati di bilik air.
Mangsa yang tinggal sendirian ketika kejadian dipercayai dibunuh di sebuah bilik sebelum mayatnya diseret ke bilik air berdasarkan penemuan kesan darah yang dibersihkan di lantai rumah. 


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata siasatan polis di tempat kejadian menemui parang dan pisau dengan kesan darah yang baru dicuci dalam rumah berkenaan dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa. 


Berdasarkan siasatan awal, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai samun dan bunuh dengan kejadian kemungkinan didalangi individu dikenali mangsa, katanya. 


Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi balai polis terdekat atau Rakan Cop Polis Selangor di talian 03-20529999 bagi membantu siasatan.

Sumber Berita Harian. Bukan Sekadar Berita.


21 September 2011

Siapa kata Semenyih jauh?

Ahaks ahaks.
Masa memula nak pindah ke Semenyih, ada juga la yang bagi reaksi mengatakan bahawa :-
"eh tak jauh ke Semenyih?"
"eh bukan jem ke situ?"
"eh kenapa sampai ke hulu?"

Mak terima aje dengan tangan terbuka. Kenapa mak pindah ke situ? Sebab :-
Kat situ aje mak mampu nak menyewa.
Kat situ aje ada rumah teres yang murah nak mampu untuk dibayar oleh kami tanpa miss bulan-bulan.

Hari Isnin lepas hari pertama kami ke Putrajaya dari Semenyih.
Alhamdulillah, tak lah jem sangat macam kat MRR2 tu.
Jem memang jem, jem sebab kereta banyak dan sebab dari dua lorong nak jadi satu lorong.
Jadinya, kami yang memang dah biasa menempuh jem KL rasanya taklah teruk sangat jem tu, masih boleh bernafas, masih boleh bergurau senda, sedar-sedar dah sampai aje opis.

Hari Isnin, kami ikut jalan biasa. Start amik tol dari Kajang Silk. Jem sekejap kat Sungai Ramal, tapi masuk Putrajaya fuhhhhhhh best! Takde kereta.. Kami sampai sebelum pukul 830 pagi.
Oke la kan, misi berjaya.

Hari kedua, ambil jalan yang sama, cuma kami ikut highway LEKAS tambah RM1.10. Jem pula agak luar biasa dari hari pertama, jadi kami sampai ngam-ngam pukul 8.30 pagi.

Hari ini paling best, kami tolak dari rumah pukul 7.08 pagi. Kami try ikut jalan Bangi Lama. Terbaik wokkk! Kami sampai pukul 8.00 pagi. Itu pun.......itu pun........ sebab kami sesat hahaha. Kalau tak sesat, mesti 7.45 pagi dah sampai kan kan kan.

Pendek kata, siapa kata Semenyih jauh?
Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Nak seribu daya, taknak memang macam-macam la dalil. Ngeeee.

p.s.
Alhamdulillah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...