Tabungan

Showing posts with label Mami. Show all posts
Showing posts with label Mami. Show all posts

10 February 2015

just for my mom

Sometimes I feel my heart so lonely but that's ok
No matter how my girl just left me, I just don't care
Whenever the rain comes down and it's seems there's no one to hold me
She's there for me, she's my mom

Just for my mom, I write the song

Just for my mom, I sing this song
Coz just my mom, can wipe my tears
And just my mom, can only hear

Trap in a subway, can't remember the day but I feel ok

Damped in damn situation, in every condition with no conclusion
Whenever the rain comes down and it seems there's no one to hold me
She's there for me, she's my mom

Just for my mom, I write the song

Just for my mom, I sing this song
Coz just my mom, can wipe my tears
And just my mom, can only hear

Just for my mom, I write the song

Just for my mom, I sing this song
Coz just my mom, can wipe my tears
And just my mom, can only hear

You may say I have no one, to cover me under the sun

You only get it from your mom, Mom!

~Sheila on 7~


Lagu ni aku selalu pasang masa aku belajar kat Machang dulu.
Rindu sikit ke mak, mula la melalak lagu ni.
Rasa down sikit sebab test teruk, mula la dengar lagu ni.
Sebabnya bila aku teringat ke mak, sedikit sebanyak emo aku terubat.

Bait lagu tu memang betul.

Trap in a subway, can't remember the day but I feel ok
Damped in damn situation, in every condition with no conclusion
Whenever the rain comes down and it's seems there's no one to hold me
She's there for me, she's my mom


La ni, aku tengah tak sihat.
masih lagi hidung tersumbat.
kepala sakit.
tiba2 playlist aku kat komputer terpasang lagu ni.
amboi terus teringat kat you dear mom hehe.

sorrylah semalam hset ai bunyi nya slow.
ai tak dengar yu call.
ai call yu tapi yu tak angkat juga.
barangkali yu dah tidor.
malam ni ai pasang ringtone ai paling kuat ye.
berbunyi ja ai terus angkat hehe.

Love you mom.
MUAH!!!!

minggu depan ai balik duduk ngan yu seminggu ya.


WEEEHUUUUU!!


 


09 September 2012

sunyi kembali

semalam, tiba-tiba, mami called kata nak datang Semenyih.
serius ai gembira lalala.

pukul 12.00 tengah hari dah sampai. riuhlah jadinya rumah ni. aku pun eksited terlebih, dari semalam asyik nak memasak aje. konon la masak. padahal mami yang tolong lebih.

malam semalam buat spageti untuk mami. gambar tak sempat snap.

hari ni buat nasi lemak untuk mami. again, kononnya ai la yang buat. tapi haram. dari nasi sampai ke sambal, semua mami yang buat. ai tolong potong-potong saja. lalalala.

so hasil masakan kami berdua. nak juga namakan. so kononnya 'masakan kami berdua' la sangat hehehe.








dan memperkenalkan Chef kita kali ni, Chef Robaaiah!!! senyum chef senyum....


opah is smiling while her cucu is enjoying the nasi lemak made by her 'air tangan'..

Alhamdulillah. Thank God for the most beautiful mom in the world.

love ya so much much!!


la ni, diorang semua dah on da way balik ipoh.

So kami disini sunyi kembali huk huk.

11 August 2012

surat buat mami

assalamualaikum.
mami.
buat apa tu?
tengah masak ea.
te?
tgh menaip.
menaip surat.
untuk sape?
untuk mami la.

mami.
semalam mami sedih ek?
sedih sebab kita tak balik minggu ni ek.
ala mami.
nazri keje.
dia habis pukul 6. *rasanyala, tak tentu, ikut boss gila dia tu*
memang tak sempat mi kalau nak balik hari ni.
jangan sedih ek.
nnt sabtu depan kita singgah jap ipoh hantar kuih-kuih dan rendang-rendang.
pastu masa nak balik ke KL te akan singgah ipoh gak, petang atau malam atau *** baru kami balik KL.
oke ye mami.

lagipun,
kite kan ada plan besar tahun ni.
kite kan nak pi bercuti.
dah confirm dah mami.
tadi kte dah confirmkan dengan hotel.
confirmkan percutian 3 hari 2 malam kte tu.
memang la tak jauh.
tapi demi nak gembirakan hati mami, tak kisahlah, janji kita dapat berkumpul sesama kan.

tak caya dah konperm.
ha nah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
pastu lepas bercuti, kita kan balik ipoh semula.
lamakan kte dapat lepak sesama.
kat ipoh nanti kan kte plan nak tangkap gambor kat studio.
haa..
banyak plan kte kan.
kan kan kan.

mami jangan sedih.
kalau mami sedih, kte pun sedih.
tak mo sedih sedih.
no no no no.

kte kan boleh FaceTime.

kalau rindu, mami buat FaceTime ya.

owh.
i love you.

jangan noti-noti.

nnt kte jumpa.

salam sayang.
te n ca.
muahs.

01 November 2011

saya buat ibu saya menangis.


buat masa ini, kami suami isteri sedang menghadapi krisis *bukan masalah rumah tangga aiyoooo..*.
kami berdua sedang sedaya upaya melalui permasalahan ini dengan tabah.
aku berharap agar aku dipanjangkan umur dan dapat menemani suami dikala musibah ini berlaku.
aku berharap agar aku dipanjangkan umur agar aku dapat membantu suami membesarkan anak kami dengan sempurna.

namun, keresahan aku senang saja dikesan ibu.
walau dari jauh, saat aku berduka, pasti dia tahu.
dan kerana keresahan aku, ibu menangis.

ibu,
saya kuat kerana ibu.
saya tabah kerana ibu.
sila tabah agar saya ikut tabah.
saya perlu semangat ibu.
agar saya dapat bersama-sama suami.

ya ibu.
tertekan.
kami tertekan.

namun ibu.
sila doakan kami agar kami dapat menghadapi permasalahan ini dengan tenang.

doa ibu adalah yang terbaik buat kami.

terima kasih ibu.

terima kasih ibu Robaaiah Abdul Wahab.

31 October 2011

suara hati seorang ibu.

tiada apa yang lebih penting.
tiada apa yang lebih utama.
tiada apa yang lebih merdu.
tiada apa yang lebih sayu.

melainkan suara hati seorang ibu.

saya menyayangi mu ibu.

terima kasih.

suara hati seorang ibu.


10 October 2011

ada orang itu, dia tengah rindu, siapa itu, aku tahu.

ada orang itu,
tengah merindu.

tiap gambar aku,
dikomen kaku.

ada orang itu,
tengah merindu.

tiap entri aku,
dibalas laju.

ada orang itu,
juga aku rindu.

ooo mami ku.
saya rindu mami juga.
mami tak rindu saya ke.



06 May 2011

selamat hari ibu.

Nama lagi anak mami kan? Mestilah ada banyak kenangan dengan mami.

Dulu..
Masa itu hujan agak lebat. Mami tetiba mahu makan laksa. Kebetulan dalam hujan itu, ada orang jual laksa (naik motor). Jengah luar pintu, orang itu dah jauh pergi. Ayop tak tunggu lama. Dalam hujan dia redah nak kejar orang jual laksa tersebut.
Kisah ini dah lama. Ketika itu aku masih dalam umur 6 ke 8 tahun. Aku tak ingat sama ada ayop dapat kejar orang jual laksa tersebut atau pun tidak.

Dulu.
Kami sebenarnya keluarga yang punya banyak masalah kesempitan wang. Mami yang gigih mencari wang demi sesuap nasi untuk kami adik beradik. Aku pernah ingat, kami kadang-kadang makan nasi sekali sehari saja. Itu pun berlauk telur mata cuma. Tapi mami tak pernah mengeluh. Mungkin ada. Tapi tidak sesekali di depan kami mungkin.

Mami pernah cuba berniaga. Dilaburnya sedikit wang, beli sebuah mesin tebu. Maka setiap petang, mami akan buka gerai didepan rumah kami untuk menjual air tebu, laksa dan mee kari. Maka setiap tengah hari juga, kami adik beradik akan tolong mami tolak mesin tebu itu ke gerai.

Namun, kami dulu tidak kenal erti payah seorang mami. Kadang-kadang kami buat-buat lupa untuk tolong mami. Jahatkan?
Ketika kami menyorok tak mahu menolong mami, tiba-tiba dengar bunyi benda terjatuh. Aku terus meluru keluar rumah. Kulihat mesin tebu tersebut jatuh rebah ke bumi. Mami ditepi menangis keseorangan.

Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunilah aku kerana buat ibuku menangis.
Ya Allah. Ampuni aku kerana biar air matanya menyentuh bumi.
Ya Allah ampuni aku.

Dulu.
Pernah sekali, ketika buka sekolah, mami tak dapat nak sediakan duit untuk beli baju baru. Oleh kerana itu, aku pakai semula baju yang mami buat untuk dirinya ke kursus BTN. Dikecilkan saiznya sedikit agar boleh aku pakai. Namun tetap nampak selekeh. Namun aku tidak kisah. Itu baju mamiku. Aku pakai baju itu tanpa pedulikan gadis-gadis cantik yang senyum sinis pada aku melihat aku selekeh begitu.

Dulu.
Mungkin kami masih kecil. Tidak langsung mengerti hati mami. Susah hatinya. Bebanan tugasnya. Terkilan hatinya. Kami tidak tahu.

Namun sekarang.
Kami sudah besar. Takkan kami benarkan mami menangis lagi. Takkan kami benarkan mami susah lagi. Kerana itu aku sanggup bersusah payah demi kesenangan mami. Kerana itu jika mami mahu kesini, aku sanggup menolak semua urusan lain demi melayan karenah manja ibu. Kerana itu aku penuhi apa saja kemahuan mami, asalkan dimuka comelnya, ditempek dengan senyuman ikhlasnya.

Satu ketika.

Mami - Akak, tolong urut kaki.

Akak - Ok. *sambil belek-belek kaki mami*

Mami - Kenapa belek kaki mak camtu?

Akak - Cari syurga. Orang kata ada bawah tapak kaki mami. *senyum*

Mami - Akak buat lawak yer. *senyum*


Aku sentiasa sayangkan mami. Kalau nak diceritakan kisah hidup kami, hanya akan buat mami menangis saja yang mana takkan aku benarkan mami menangis lagi.

Mami selalu baca blog akak kan. Itu sebab tak boleh cerita banyak. Nanti mami asyik nak nangis saja.

Mami jangan risau. 
Kalau akak tak angkat telefon, bukan kerana akak tak sayang.
Mami jangan risau.
Kalau akak tak telefon, bukan kerana akak tak ingat mami.

Mami jangan risau.
Kalau akak balik dari ipoh awal, bukan kerana akak tak suka duduk dengan mami.

Tapi.
Kerana akak tak nak asyik susahkan mami.
Kerana akak selalu rasa nak nangis sebab hanya dengar suara mami tapi tak dapat pegang-pegang mami.
Kerana akak kalau boleh nak mami sentiasa ada dengan akak bila akak bangun pagi dan dapat sarapan sama-sama.

Akak sayang sangat dengan mami. Sampaikan akak taknak terlalu susahkan mami.
Ini bukan masa untuk susahkan mami lagi.
Mami dah banyak susah. Biar kami pula yang susah untuk mami.

Mami.
Akak betul-betul nak mami duduk dengan mami bila mami pencen nanti ya.
Akak tengah kumpul duit supaya akak boleh beli rumah besar dan sediakan satu bilik besar untuk mami rehat saja.
Mami pun tahu kita bukan keluarga kaya. Tapi akak nak kumpul duit supaya mami ada bibik dan mami tak perlu buat apa-apa kerja lagi.
Akak nak kumpul duit supaya akak boleh beli kereta besar dan bawa mami jalan kemana saja mami nak.
Akak nak kumpul duit supaya akak boleh bawa mami jalan-jalan naik kapal terbang.
Akak nak kumpul duit supaya mami boleh pergi buat umrah dan haji.

Itu impian akak buat mami.
Akak perlukan doa mami dan jangan sesekali menangis lagi ya mami.

Saya sayang mami.
Sungguh.


p.s.
Ingin Join Peraduan Joe dengan entri ini boleh?

hadiah di sponsor oleh Encik Faridzulasyraf *joe jugak weeee* dan Abang Ilham a.k.a Denaihati.com :))


Moh kite ramai2 join, nak tak??

03 May 2011

membeli belah barang baby Q

Lunch tadi sempat membeli-belah dengan encik suami dekat The Mall depan pejabat. Pagi tadi, masa tengah siapkan barang-barang Q untuk bawa ke nurseri, baru perasan, kami tak cukup tuala Q. Jadi lepas dicongak-congak, kami cadang nak pastikan ada 1 tuala untuk 1 hari. Wah ko. Melampau ko Maria.. Hee..

Jadi masa kami pi beli tadi, kami beli lagi 4 helai tuala dia hahaha. Beli secara tamak haloba ko.


Pastu, kami beli pulak tuala kecil untuk dia sebabnya asyik-asyik tuala kecil yang sama kami bawa ke nurseri. Tak hip la anak kami wakakakaka. *mak dia yang lebih-lebihkan* hahaha.


Memandangkan sekarang dah tak payah pakai mitten, jadi kerja kami cari stokin je la. Tak nak bagi sejuk kaki kecil dia tu kan.


Dan yang bestnya, Q dah mula makan. Jadi kami pergi cari 'bib' dia sekali. I like. Sure la beli warna pink kan. Anak mami la katakan. *senyum*



Sila tengok anak mami 'demonstrate' cara pakai lak hehe.


Tu gambar sebelum makan. Lepas makan memang tak sempat nak snap dah sebab dia dah ngamuk nak minum air dan nak tukar baju sebab dah nak tidur.

Memang itulah jadual dia. Makan malam, pastu tukar baju, kemas2kan dia, say gudnite to ayah, then 'menetek' sampai tidur.

Tapi sebelum dia tidur, kami sempat buli dia lagi. Jadi model headphone yang terkini.

ayah dah cop untuk buat gambar profile fb yang baru

yang ni mami amik lor *senyum*

p.s.
selamat malam semua.
jumpa lagi esok.
InsyaAllah.

.kata ita.
jumpa mami besok.
jangan sedih2.
tak elok la.
oke?

01 May 2011

tahun ini saya boleh sambut hari ibu.

oh yeah. sila ucap selamat hari ibu kepada aku kerana aku kini dah pegang status ibu anak sorang hokey!!

.senyum. amacam rasa? jadi emak?

penat?
penat itu berbaloi! sangat berbaloi. kat opis penat.. kat umah pun sambung wat keja. tapi bila time menyusu baby, bila dia dah duk dekat ngan kte, menyusu sambil tenung mata kte, halahai, hilang semua penat.
walau dia bangun tengah malam sebab nak menyusu, memang la rasa terganggu, tapi Tuhan itu Maha Bijaksana, penat kte tu, ditukarnya dengan rasa tenang dan syahdu, bila tengok si anak puas menyusu dan terus tertidur sambil tangan kecil dia tu terus pegang dada kte.

halahai.

seronok?
apatah lagi. bila tengok dia gelak mengekek ngekek, tengok dia senyum sampai tertutup tutup mata, halahai, mak sangatlah bahagia nok!

dunia tanpa dia?
mak tak boleh bayang. hidup tanpa Qalesya Alia. hidup ini bahagia sejak hadirnya Syaiful Nazri. dunia tambah berseri sejak adanya Qalesya Alia.

aku mohon.
kekal dan panjangkanlah kebahagiaan ini. untuk terus hidup bersama  2 kecintaan ini. 2 nyawa ini.

aku sayang mereka.

selamat hari ibu buat mami. tanpa mami, saya takkan jadi mami jua.

juga selamat hari ibu kepada blogger-blogger sekalian yang bergelar ibu.
selamat hari ibu jua kepada mereka yang bakal menjadi ibu.
selamat hari ibu kepada semua.

p.s.
tak sangka boleh sambut hari ibu?
.senyum.

29 April 2011

udah petang.ari jumaat lak tu.ati dah dekat nurseri.

iyo lah tu. jumaat wehh. isnin depan hari pekerja. menyambut kami2 yang bekerja tapi tak kaya2 nih. yang kaya bertambah kaya, siapa? tett. sila jawab dalam hati. kalau berani jawab dalam kotak komen. wakakaka.

iyo lah tu. mak dah bosan dah ni. tak larat dah nak wat kerja. hati mak dah ada kat nurseri. dah ada kat Baby Q. halahai nak main ngan budak kecik yang dah pandai gelak tu. suka gelak sampai kecik mata tu. tapi kalau dengan orang tak kenal, amboi amboi amboi, mahalnya senyuman mu.

iyo lah tu. mak minggu ni tensen sikit. maklumlah kerja semua buat sendiri. dah la kena cop lembab nak mampus. tak pandai buat kerja. lambat submit kerja. mak terima je la. tapi mak terima gud news gak tadi. so rasanya, kalau itu yang terbaik, mak terima aje la. Alhamdulillah. silalah percepatkan perkara ini Ya Allah. Amin Amin.Amin.

iyo lah tu. mak dah balik dah ni. mak tak larat nok. minggu ni mak tensen. eh berapa kali mahu bagitau daaa. tapi takpelah. minggu ni balik kampung. jumpa mami tersayang. eh satu mau cerita. kita ni kalau susah2 hati, balik, gi sembang ngn mak ayah, sure ilang rasa duka nestapa. korang gi try sekarang. gi try. tak caya? inilah yang aku pegang dari zaman merong mahawangsa lagi. apa2hal, silalah berpaling pada mami yang sorang tu. walaupun mami saya suka tengok tv. walaupun mami saya ni kuat membebel. tapi ilang tensen bila dengar bebelan merdu dia tu. halahai mami. anak mami ni rindu kat mami. janganlah rindu cucu mami sorang ja. silalah rindu anak mami yang comel jelita laksana bulan ni gak hee.

iyo lah tu. mak nak tutup ruangan bercerita pada petang ini dengan ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

p.s.
saya mahu baring2, guling2 dengan anak saya.

24 January 2011

REDMUMMY ~ blogger glamer - NOTA PENTING . ini entri panjang.

Salam hari isnin yang malas.
walau sudah hampir 2 bulan jadi suri rumah, tapi rupa2nya masih ada istilah blues isnin hahaha.

dari semalam, semua orang berkata tentang REDMUMMY.
yolah.
blogger yang jana pendapatan hampir berpuluh-puluh ribu sebulan hanya melalui blog.
yolah.
pada aku. moral cerita ada dua sebenarnya. baik dan buruk.

baik.
akan ramai lagi bloggers dan bloggers yang sedia ada pula akan semakin rajin menghupdate blog2 sekalian manusia.

buruk.
akan ada bloggers yang rasa 'frust' dan tak mahu menulis lagi sebabnya menulis banyak entri macam mana pun, pendapatan tak gerak2 sejak dulu.
kenapa fikir begitu.
sebab aku tergolong dalam kumpulan yang ini hahaha.

tak ah.
mana ade.
aku menulis bukan kerna nama. cewah.
dan aku juga menulis bukan kerana nak jana pendapatan dari sini.
kalau ya. dah lama aku berhenti kerja dan mengadap komputer 24 jam perah otak cari tajuk dan tulis entri yang hebat.

malang.
ya malang.
aku tak minat penulisan.
bukti?
UPSR ~ penulisan aku dapat B.
SPM ~ BM aku 4.
hahahaha.

maka selayaknya tiada tempat untuk aku bergelar penulis tersohor.
gelak lagi.

oke oke.
tak mahu ulas panjang tentang jana pendapatan melalui blog.
bikin hati panas.

aku sebolehnya mahu menulis panjang kali ini.
sebabnya. banyak perkara hendak aku coret agar tidak aku lupa hujung minggu lepas yang sangat bagus buat aku. barang kali buat ahli keluarga ku jua. barangkali buat Q juga.
haha.

minggu lepas, hari jumaat, pulang ke Ipoh.
ahh.
tiada tempat paling enak dan nyaman selain dari rumah ibu ku itu.

kami merancang buat aktiviti bakar2.
hahaha.
sabtu.
hari kejadian.
gambar?
agak kecewa.
netbook ku ini mungkin agak usang.
tak diterimanya memory card dari kamera.
maka tiada gambar boleh di hupload kan kali ini.

maka menulis saja.
entri seterusnya, letak gambar saja.
mudah.

maka sabtu, (sambung cerita)
sabtu, pukul 6 petang, dah mula sesi pembakaran ayam, kambing dan sosej.

peluh jantan semua keluar, sebabnya hampir sejam dan hidupkan api sajo. haha.

aku.?
tukang makan hoke.
maklumlah.
I kena pegang Q.
alasan.
haha.

tapi disebalik aktiviti tersebut.
ada satu yang dapat kami buat sebenarnya.
berkumpul.
dah lama.
lama sangat.
*rindu*
dah lama kami tak berkumpul begitu.
bersembang.merapu.gelak.berdekah-dekah.bertepuk.bertampar.
ah.
rindu.
lama tak begitu.
aku tak makan sangat.
tett.tipu.
tapi serius.
berkumpul itu seronok.
kami habis berkumpul lebih kurang pukul 10malam.
itu pun kerana Q si baby penuh taktik komando telah memanggil dengan ayu.baca menangis. haha.

kemeriahan minggu itu tak habis lagi.
esoknya.
selepas dah mandi kan Q.
dah bagi susu.
dah tidurkan Q.
aku minta izin mami untuk keluar lagi dengan adik-beradik.
cian mami kena jaga cucu.
ihiks ihiks.

pagi.
ikut ayop dan adik ke belakang lokeng.
kat sini jual barang-barang terpakai.
ampun. ramai umat. bagai bangsa. bagai agama.
selisih bahu. langgar bontot. sesak amat.
barang lama. tapi. ramainya manusia kat situ.
tak paham.

tapi ayop.
owh dia memang suka la menda2 gitu.
paham. paham. sambil kepala geleng2 60km sejam.

selepas itu.kami terus ke GM. Greentown Mall.
owh lama tak kesitu. gila. lama.

ke situ buat apa?
misi. KARAOKE! OKE! haha.
malang.
kami sampai sana pukul 1130. huh.
tak buka lagi.
rupa2nya buka pukul 1.

terus dengan aktiviti lain.
BOWLING!
yeeha.
dah hampir setahun k.
tak main.
semalam lepas gian.
BEST!!
bola dah rosak.
kena beli bola lain.
oke misi tahun ini.
rembat sebiji lagi bola bowling.
bola lama, nak tengok kot bolah dibaiki.

oke.bisa belum hilang. walau dah setahun masih dapat mengalahkan adik-beradik.
hmm. oke oke. kredit buat encik suami. dia menang game kedua. tak jauh oke. 3 mata saja beza.
wek!

pukul 1.
sambung KARAOKE.
mulakan dengan lagu2 biasa.
diakhiri dengan lagu2 note tinggi.
kredit untuk AGNES MONICA - TANPA KEKASIHKU.
kredit buat beliau kerana benarkan aku rosakkan lagu dia.
tak sempat habis lagu, dah kena eject.
nak kejar lagu lain.
haha.
papepun. sore ayop dan adik memang terbaik.
nanti nak rakam.
tak caya eh.
tak lupa sore encik suami.
ni mesti selalu karoke tanpa pengetahuan isteri nih.
makin meningkat aje prestasi suara?
dulu ke laut.sekarang? amboiiiiii3x.
terbukti.
praktis buat sempurna. *baca practice makes perfect* haha.

gambar.
hadeh.
spoiler betul.
takpa.
nanti suami pulang, pinjam laptop dia untuk hupload gambar.
oke!

p/s ~
jaja cerita peribadi dapat jana pendapatan.
apsal wa jaja wa tak dapat jana?
hahahaha.

26 August 2010

mengapa hidup ini tak bahagia?

kebelakangan ini.
hidup aku agak gelap.
ditimpa pelbagai masalah. ditimpa pelbagai dugaan.

secara peribadi.
badan aku sememangnya lemah.
dan aku disahkan punya asma.
ubat berbotol-botol. berplastik-plastik.
kos perubatan jangan ditanya.
memandangkan aku terperangkap di hospital swasta.
bayangkan saja berapa kos yang harus aku gadaikan setiap kali melakukan pemeriksaan.

namun semua aku cuba hadapi dengan tenang.
bisik dalam-dalam bahawa ini semua untuk kebaikan bayi kecil ini.
biar hilang duit, jangan hilang bayi ini.
biar berkorban sekarang, demi bahagia yang menanti aku Disember ini.

Alhamdulillah.
rezeki masih ada untuk aku dan Nazri mengharungi ini semua.
cuma aku harapkan agar ada yang mendoakan kesihatan yang berpanjangan agar aku selamat melahirkan bayi ini ke dunia.

mami bertanya pada aku.
mengapa hidup ini sukar? penuh dengan duka? penuh dengan sengsara?
tiap hari berhadapan dengan masalah.
tiap hari punya risiko untuk mengalir air mata.
pendek kata.
mengapa hidup ini tidak bahagia.

jawab aku.
wahai mami.
itulah yang dinamakan dunia.
jika tiada cabaran, dugaan, masalah, duka, sengsara, maka.. bukan dunialah namanya.
jika tiada sisi gelap itu, jika hanya ada cahaya dan bau harum, maka syurgalah jawabnya.
namun, kita masih bernafas dan hidup di dunia.
dan memilih bahagia atau tidak adalah di atas kehendak kita sendiri.
untuk bahagia, tidak perlu orang lain melainkan diri kita sendiri.
walau sesukar mana hidup ini, jika ditanam dalam hati sedalam mungkin bahawa kita masih bahagia,
maka bahagia lah ia.
segala tindak tanduk kita itu yang mengundang bahagia.
dan sebenarnya kebahagian kita itu boleh menjadi tempias di dalam hidup orang lain yakni orang-orang yang hidup disekeliling kita.

seperti satu senyuman kecil.
cuba senyum kepada orang dihadapan sekarang.
orang itu akan tersenyum kembali dan seraya memandang ke sebelah kanannya,
orang tersebut pula menyambut senyuman itu dan memandang orang di sebelah kanannya pula.
bukankah senyuman itu telah merebak dan mekar di sekeliling kita.

jadikan diri ini bahagia.
jika perlu, mari kita sorok duka kita wahai mami.
mari kita pasang topeng gembira yang dah lama kita pakai dari dulu lagi.

jangan risau tentang kami wahai mami.
walau apa terjadi kami dibelakang sentiasa menyokong.
jangan risau tentang kasih sayang kami.
kerana kasih kami tetap untuk mami.

p/s ~
buang yang keruh,
ambil yang jernih.

21 May 2010

saya Sudah mahu Pulang mami..terima kasih atas semuanya..

petang ini lebih kurang pukul 5 aku akan bertolak pulang ke KL..owh berjumpa suami tersayang *senyum tiga*..

tapi kepulangan ke sana buat mami rasa sedih..biasala mami..dia bila te nak pulang mula la wat muka emo dia hee..katanya dah takde kawan bergosip hee..kiter gosip dalam phone ye mami..:)

rasanya dah lama sangat duk Ipoh dan menyusahkan dia..dari kecik sampe besar tak abis abis menyusahkan mami..bila sakit balik sini mintak dia jaga..tapi bila sihat duk sana ngan suami, apa kes..

kekadang benda benda kecik ni kita buat tanpa kita perasan..memang nampak remeh..tapi itulah kenyataan..dan tetap..orang yang kita panggil ibu,mak atau mami ni tak pernah bersungut sebaliknya mendepa tangan menerima kepulangan anak-anak mereka..

sekarang aku sudah mahu pulang ke pangkuan suami tapi meninggalkan hangat kasih sayang mami..kalu boleh ku angkut mami sekali..tapi ikatan kerja menghalang..takpe mami,pencen nanti duk ngan te..te balas balik semua budi mami selagi termampu walaupun te tahu takkan pernah terbalas semua baik budi mami..

masa Hari Ibu yang lepas, semua ada buat entri untuk ibu..tapi aku tak buat..bukan apa..aku malu..dah lah menyusahkan dia..rasa macam tak layak nak ucap hari ibu sebabnya pada aku memang tiap-tiap hari adalah hari ibu..rasa macam tak terbalas segala jasa mami dengan sekadar ucap selamat hari ibu..setiap kali mami gerak untuk mandi dan sembahyang subuh,aku rasa macam nak menangis..terasa macam budak kecil lagi..walaupun umur dah hampir cecah angka 30 dalam masa beberapa tahun lagi..tapi tetap layanan dia..aduyai seperti aku masih anak kecil dia..

kasih sayang ibu..memang tak ternilai..sebanyak mana duit ditabur pada ibu..takkan dapat pernah balas apa yang dilakukan sejak dari mengandung,lahirkan,membesarkan sampai la kita dilepaskan ke tangan orang lain..

masih ingat masa aku dinikahkan dulu..gugur juga air mata mami melepaskan aku..aku faham..dari malam nikah tu mami dah pandang aku lain..sekejap sekejap pandang lagi..berat kot nak melepaskan anak perempuan dia nih..sampe macam tu sekali hati ibu..



dan sepanjang aku sakit ni..aduyai..menyusahkan dia betul..pagi dia jerangkan air panas yang direndam dengan daun bambu untuk aku mandi..senja pun dijerangnya juga..dari hari aku balik sampai la hari ini..tiap-tiap pagi..menyusahkan betul..malu te mami..setiap kali aku mengadu sakit..diurut-urutnya badan..macam kecik-kecik dulu..aduyai mami..

bila terfikir kan budi baik seorang ibu, kekadang tak terjangkau fikiran memikirkan anak-anak yang derhaka tu..yang sanggup hantar mak ayah ke rumah orang-orang tua..yang sanggup biar mak ayah tinggal di kampung tak berjenguk..yang sanggup biar mak ayah mengemis tepi jalan..

mana letak rasa belas dalam diri..sampai dilayan mak ayah begitu..takde ke rasa bersalah..takde ke rasa malu..takde ke rasa kesian..

pernah sekali masa aku belajar di Arau, kami sekelas buat lawatan muhibah ke rumah orang-orang tua di sana..aduyai..keadaan mereka sangat la menyedihkan..mana pergi anak-anak? itu persoalan pertama bila lihat mereka..ada juga beberapa orang tua yang tak berapa ramah dengan kami..mungkin pada mereka anak muda semua sama..tak berhati perut..yelah..selepas mereka ditinggalkan..pasti ada segelintir yang berdendam dengan anak-anak..pasti ada yang berkecil hati..dan merajuk sampai melabel semua anak muda kejam tinggalkan mereka begitu saja..ada juga yang sangat ramah..dipeluk cium kami bertalu-talu..mungkin rindu pada anak-anak dan sekali sekala bila ada orang melawat,pada mereka la rindu dendam dilepas..mungkin..

walau apapun..ku pastikan perkara tersebut takkan berlaku pada keluarga kami..selagi nyawa dikandung badan,selagi itu kebajikan mami ayah tidak terabai..mami akan ku jaga seperti mana dia menjaga aku dari kecil sampai la sekarang..

oleh itu..



Selamat Hari Ibu Puan Robaaiah Abdul Wahab..
memang ramai mak diluar sana..
tapi bagi te takde yang terbanding dengan mami..
sayang mami ke akhir hayat..
budi mami memang tak terbalas..
I LOVE U!!! muahssssss!!

p/s ~
tak dapat tengok AF Final ngan mami kan??
huhu :p




15 April 2010

hari khamis

hari ini rasa tersangat la penat.
rasa takde la buat apa pun.
cuma kemas ruang tamu dan kemas bilik.
tukar cadar dan tukar comforter.
wah penat kah.
mengada-ngada sungguh wakakaka.

badan dari pagi memang takleh kata apa lah.
kepala dah sememang pening.
rasa nak muntah jangan cakap la.
takkan pernah berenti.
selera macam2.
tapi bila pandang taknak makan pulak.
meragam betul.

minggu ini bakal pulang ke Ipoh.
mungkin akan stay seminggu.
hmmm..tinggal Encik Nazri sorang2.
tak mahu jaga kita kah?
bukan bukan.
Encik Nazri akan start musim PTK next week.
so dia akan pergi jaga periksa 3 hari minggu depan.
so penyelesaiannya, memang dihantar pulang ke Ipoh lah.
hmmm....mahu ikut Encik Nazriiiiiiiiiii....

semalam mami telepon.
dah tanyer senarai makanan.
apa yang aku teringin.
3 aku terus mintak.
rendang ayam mami masak.
ikan keli masak tempoyak mami masak.
and sambal bachang mami tumbuk.
wahhhhh....
tekejut mami.
larat kah, katanya.
harus jawabku, kata seminggu stay ipoh :)

dalam 3 minggu ni.
sekurang-kurangnya kalu aku pening, aku leh baring and tido.
lagipun memang ternyata aku ni lembik.
dan memang payah rupanya mengandung.
bila rasa penat dan perit begini, teringat terus pada mami.
macam mana mami mengandungkan kami adik beradik dulu.



mami mengandungkan ayop, mami berjauhan ngan ayah.
ayah mengajar di Ipoh.
mami bekerja di Selama Perak.
tiap2 Jumaat naik bas balik ke Ipoh.
tiap2 Ahad naik bas pulang kembali ke Selama.
naik bas ajer.
mesti penat.
susah.
tak terbalas budi mami.


masa mengandungkan aku.
mami kerja kat mana aku tak pasti.
tapi yang pasti mami kata nak lahirkan aku senang.
pagi dah rasa macam nak bersalin.
pastu berdua naik motor ngan ayah pergi hospital.
bawak bakul.
isi flusk, isi cawan.
bila orang kata, nak pi mana?
mak ngan ayah jawab, nak pi berkelah.. :)
mami kata senang ajer time mengandungkan aku.
tak banyak kerenah katanyer :)


masa adik.
kiter ingat lagi.
adik kena tahan kat hospital lepas lahir.
dah lemas dalam perut.
banyak sangat minum air.
masa kami pergi ambil mak ngan adik,
ayah tinggal kan aku ngan ayop dalam kereta.
ingat lagi,
kereta Marina Morris warna merah.
pastu ayah pesan.
kalu ada orang tegur jangan jawab.
ihiks.


masa putri.
aku dah umur 16 tahun.
sangat teruja.
sebab dapat adik lagi.
pompuan lak tu.
aku lak yang cuti seminggu sebab nak jaga mami.
sampai cikgu sekolah perli.
mak yang bersalin, anak yang cuti.
pedulik apa, janji mami aku dapat jaga.

harap2 kita boleh lalui semua ni dengan baik.
kiter masih lagi terbayang baby yang first.
semua nampak baik, tapi rupanya dah stop membesar.
harap2 baby yang ini kuat.
harap2 yang ini setuju untuk terima aku jadi mami dia.
harap2 baby ini terima aku seadanya ihiks.

besok check-up lagik.
terpaksa ada close check-up sebab dah ada history kan.
tapi doktor kata kalu check-up besok baby oke,
then dah boleh start jumpa 2 minggu sekali dan bukan lagi seminggu sekali cam sekarang.
so again.
berdebar nak check-up besok :)


p/s ~
syurga dibawah kaki mu ibu..

31 March 2010

update

salam kalian..
terima kasih di atas pendapat kalian yang rata-rata mengatakan lebih sesuai untuk tinggal bersama mami..
terima kasih juga buat mereka yang meminta agar aku berbincang dengan Encik Nazri..

dan kak Rina, Te admitted kat Ampang Puteri, tapi dah kuar dah kakak..sekarang ada dirumah..

sebelum balik semalam, doktor melakukan pemeriksaan ke atas kandungan aku.
Alhamdulillah.
mengikut bentuknye, doktor katakan dia sudah berumur lebih kurang 5 minggu.
dan doktor katakan dia berada dalam keadaan baik.
Alhamdulillah, syukur pada Mu Ya Allah.

dan doktor meminta aku datang bertemunya lagi pada hari Sabtu ini.
maknanya aku tidak boleh pulang ke kampung bersama mami.
sekiranya aku pulang, siapa pula mahu menghantar aku ke sini pada hari Jumaat atau Sabtu kan.
berganda-ganda dan menyusahkan semua ahli keluarga ku.

maka Encik Nazri meminta agar Te tinggal bersamanya disini.
sekiranya pemeriksaan Sabtu ini ok dan akan diikuti dengan pemeriksaan dalam jangka masa yang lebih panjang, maka Encik Nazri membenarkan untuk aku pulang ke Ipoh nanti.

selesai. :)

sekarang aku pening.
dari semalam sudah rasa berputar.
mahu berehat dulu :)

p/s ~

suka idea daddy zuki untuk pasang CCTV dirumah..hehehehe..
lebih kurang macam yang kiter sembang kan kak watie?? hehe..
lelaki mmg takleh dipercayai dah eh? heeee..

tapi masih..
insyaAllah..
Encik Nazri buleh..

Boleh ker bang??

*senyum*

30 March 2010

..mami atau Encik Nazri?

pagi ini bosan sedikit.
Encik Nazri udah pulang seawal pukul 6.00 pagi.
bekerja hari ini.
dapat cuti sehari saja.

selalu bangun pagi, pasti disambut senyuman Encik Nazri.
selalu bangun pagi disisi Encik Nazri, rasa selamat.
tapi,
hari ini disambut senyuman misi penghantar makanan pagi hee.
masih selamat. masih selamat. heeeee..

perut masih sakit.
hopefully boleh sembuh cepat kan kan kan.

mimpi.
mahu buang air kecil.
tapi tidak keluar ditempat selalu.
sebaliknya di 3 lubang yang ditebuk ini.
tak senonoh.
hahaha..

terbaca blog mami semalam.
dia kalau boleh mahu aku pulang ke Ipoh dengannya.
cian dia.
katanya hati tak tenang tinggal aku sendiri ketika masih sakit begini.
Encik Nazri pasti bekerja.
pasti tiada siapa mahu menunggu ku dirumah nanti.
adik ada sehingga 7 April ini.
selepas itu aku bakal keseorangan di rumah.

tapi kalau aku pulang ke kampung,
Encik Nazri bagaimana ya?
nanti dia pula keseorangan di sini.

lagipun nanti bulan 5 nanti pula,
dia bakal keluar stesen selama sebulan.
mahu 2 bulan tak berjumpa nanti.

waduhhhh..

p/s ~
bagaimana ya?

05 March 2010

pulang ke kampung jumpa mami

mahu pulang..
mami dah tak sabar..
dia menunggu di sini..

i love u mami!!

p/s ~
semoga selamat sampai ipoh :)

23 February 2010

..tengok dalam air..nampak muka dia..

aku rasa ini dah tahap mabuk..pandang saja arah mana..semua nampak dia..pandang komputer..ada gambar dia..pandang telefon..dengar suara dia..pergi makan..nampak kelibat macam dia..duduk diam dalam meeting,pikir pasal dia..argghh!!!tensen betul la..macam mana ni..ni dah tahap gila nih..tapi betul la..susah la macam ni..kalau dah semua benda buat..jadi asik teringat kat dia..apa lagi yang perlu kita buat..??

telefon ajer tak cukup..tak dapat nak pegang-pegang..
tengok gambar ajer tak cukup..pun takleh nak cium-cium pipi..
setakat cium kat gambar apa barang??

kalau boleh nak live..depan mata..hah peluk la puas-puas..cium la puas-puas..tu baru la seronok..halahai macam mana nih??

ni memang dah rindu tahap nak meletop dah ni..nak kata dah lama tak jumpa pun..tak la juga..hari tu ada ajer singgah jumpa jap  touching-touching dia..tapi malam ni..rindu sangat la..

rindu sangat kat dia..
nak balik jumpa dia..
dia = mami..

mami te sayang mami..nanti kita balik kite sembang lama-lama yer..sambil masak kat dapur kita ngumpat orang sebelah yer..sambil potong bawang..kiter citer hal boss kita yang garang tu yer..sambil siang ikan..kiter marah-marah manja kucing-kucing kita tu yer..sambil tumis sayur..kiter gelak-gelak hal kampung yer mami..

mami..te sayang mami..mami jangan la kata te tak nak cakap ngan mami dalam telefon..kalu boleh tiap-tiap hari te nak sembang-sembang ngan mami tau..kan te pernah cakap nak mami tinggal ngan te..nanti mami pencen mami duk ngan te kat putrajaya kay..

nanti te cari siap-siap katil untuk mami..tilam vono untuk mami..letak air-cond dalam bilik mami..tapi dengan syarat la..mami tinggal ngan te..

kalau mami tinggal ngan te..kite leh masak sama-sama selalu..leh sembang-sembang sambil gelak buat orang sebelah menyampah ngan kite ye mami..lagipun..yang paling penting..kalau mami tinggal ngan te,takde la te rindu kat mami sampai nak nangis camni ye mami..

oke la mami..te nak tido..te tau mami selalu jenguk te kat sini..

te sayang mami sangat-sangat..

I LOVE U VERY VERY MUCH LAAAA!!!!!!!


p/s ~
terbang la balik ipoh malam ni jugak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...