Tabungan

Showing posts with label cakap kosong waktu pagi. Show all posts
Showing posts with label cakap kosong waktu pagi. Show all posts

27 May 2013

Looking Forward.

Assalamualaikum.
 
Last week was a 'not-so-good-fell-like-shit' week. Despite of good things happened in between, still it was a hectic week.
 
Tapi tak apalah, walau apa jua pun, kita kena tempuhi jugak kan. Bila masa-masa getir beginilah, teringat kata-kata boss aku, 'Hati kena besar, sebesar dan seluas Danau Toba. Kalau hati kecil, tu sebab sikit-sikit nak terasa, sikit-sikit nak sentap, sikit-sikit nak merajuk'.
 
Cuma--nya, aku rasa, sejak aku masuk Tourism Malaysia, aku memang seorang follower. Aku jarang nak membantah. Aku tak pernah nak melawan. Aku ikut saja. Tapi sesekali aku  marah, sesekali aku merajuk, sesekali aku sentap, orang boleh cop aku, 'Asyik nak marah saja kamu ni'.
 
Aku macam ----- what the ----? -_-
 
 
 
 
 
 
Okey, tak apalah.
 
 
 
 
 
So here I am -- looking forward this week with senyum tepek kat muka.
 
 
Khamis ini will be our anniversary -- yang ke 4 tahun. Wow!! 4 tahun! Alhamdulillah. 4 tahun, seorang anak umur 2 tahun. Not bad uh. Haha.
 
Semalam dah dapat early anniversary present daripada Encik Suami. Alhamdulillah. Tak sempat nak tangkap gambar, nantilah sekalikan dengan entri anniversary nanti hik hik.
 
So Khamis dan Jumaat ni aku akan ambil cuti, nak bercuti dan berdating dengan Nazri InshaAllah. Mami dan ayah pula akan datang petang Jumaat untuk settlekan hal-hal Umrah, InshaAllah.
 
Well....... really looking forward this week-end!
 
 
Jom, nak start kerja.
 
 
 
 
Owh. Pretty Qalesya dah nak mula beroperasi, also along this weekend InshaAllah. Doakan yang terbaik buat PQ oke :)
 
 
 
 
  

13 March 2013

Tangan pegang stereng. Otak fikir ke lain.

It happened. To anybody.
Muka fokus memandu, tapi kepala otak dok fikir ke lain.
Especially, bila memandu - alone.
Lagilah macam-macam benda dok fikir.
Masa itulah idea untuk entri dalam blog mencanak-canak keluar.

Tapi bila dah masuk pejabat, duduk depan komputer, buka blog, pfftttttt! hilang semua idea.



grrr.


Sekian.



tengah fikir apa nak tulis dalam blog



07 December 2012

bila wanita bertumit tinggi

Assalamualaikum semua.
hai semua.

dah hari Jumaat kita.
Sabtu hari dinanti.
Ahad, hari mengumpul semangat minggu baru.

hari ini, pakai baju hijau, sebab baru perasan ada tudung warna hijau yang tak pernah pakai lagi. hik hik.

baju hijau kosong dengan tudung bawal bercorak.
tangkap gambar dengan ada orang di belakang.
maaf, ai tak boleh tunggu sampai yu habis.
hik hik.


okey.
sekarang nak bercakap tentang wanita bertumit tinggi.
ai la tu?
hik hik. memang nama ai wanita, tapi ini secara keseluruhanlah ya.

aku memang suka pakai tumit tinggi.
bila aku pakai tumit tinggi, aku rasa:

1. yakin,
2. dah tentu rasa tinggi!!,
3. bila berjalan rasa macam model, tak bersepah-sepah,
4. rasa cantik (boleh?!)
5. hahahahahahahahahahahahahahahahaha!

okey, itu apa yang aku rasa dan aku pasti wanita-wanita lain di luar sana pun rasa begitu bila bertumit tinggi.

masalahnya, aku dah mula perlahan berkasut tinggi sejak aku mengandung dan terbawa-bawa bila nak mendukung anak, dan sampailah sekarang bila pinggang rasa sakit memanjang. memang aku dah mula berhenti sebenarnya. tapi, terpaksa pakai balik sebab selalu kena hadir mesyuarat penting. dulu aku lanyak juga pakai 'flat shoes', tapi macam aku cakap tadi, rasa tak yakin dan rasa kerdil saja. acewah.

'heels' kesayangan.
beli masa sales.
makanya, sekarang ini, penyelesaiannya dari 'carpark' pejabat ke pejabat, pakai tumit tinggi.
kalau duduk saja dalam bilik atau bergerak di sekitar radius bilik (fuiyo ayat!), pakai selipar.
kalau nak pergi toilet, tukar kasut senonoh sikit tapi tetap bukan 'heels'.
cuma bila nak pergi jumpa ketua jajahan, nak pergi jumpa tetamu, nak turun balik ke kereta, ya, situ aku pakai 'heels'.

kalau di luar pun, kalau kenduri baru pakai 'heels'.
kalau setakat nak tawaf satu Alamanda, Mines, KLCC atau lain-lain, jangan harap nampak aku pakai 'heels'.
sedangkan naik plane pakai 'slipper' kan!

selipar kesayangan.
burung marah.

okelah, untuk perkongsian bersama, meh ku tampal keburukan pakai 'heels'.
untuk peringatan bersama jek. hik hik.

sila baca. hik hik.


p.s.
ini budak main helmet semalam.
dah la pakai terbalik.
kenapa comel sangat budak!

nyawa





06 December 2012

Pengacara Majlis Perhimpunan Bulanan

hik hik.
malu.
tapi iya.

ai jadi pengacara majlis hari ini.
kenapa malu?
hik hik.
Menteri sebut nama ai.

hik hik.

oke oke.

ini apa saya pakai hari ini.

tanya suami mahu menyibuk tak?
katanya malu sebab baru pakai singlet dan kain pelikat saja.
rosak gambar!



hari ini hari Khamis ya kawan-kawan.
bermakna kena pakai batik.
dah berjanji dengan partner MC untuk pakai baju merah.
jadinya, capai kain batik saja untuk dipadan dengan baju merah itu.
owh ya.
tudung adalah CK Rahim.
ngeeeeeeeee.

Alhamdulillah. Perhimpunan Bulanan berjalan dengan lancar. We are having so much fun! Memang sangat meriah. dan Alhamdulillah, kami berdua dapat kendalikan perhimpunan tersebut dengan baik. terima kasih Tuan Ahmad Fakhruddin dari Kementerian Pelancongan Malaysia.

harap-harap dapat bekerjasama juga nanti. hehe.


hari ini akan jadi kenangan.
jangan berhenti melangkah.
tinggalkan saja jejak mu disini.






29 November 2012

jadi aku

apa rasa jadi aku.
ah!
aku orang biasa. kamu tahu itu.

tapi, bila pagi-pagi kamu bertanyakan perkara yang berada di luar kawalan aku,
itu tidak adil.

mahu lepaskan marah kamu?
sila pergi pada punca.
kenapa pada aku.

saudara.
aku punya perasaan.

saudara.
aku punya tahap sabar.

jadi.
sila pergi.


hari ini hari Khamis bersamaan dengan hari Batik.

10 September 2012

aku sudah kurus!

sila jangan jeles. jangan dengki. jangan apa-apa pun.
sebabnya, aku hanya perasan lebih dan tidak ada apa-apa makna pun haha.

semalam, masa kat open house, ada sedara tegur aku. 'kak ita dah kurus ek. kurus banyak....!'
oke. aku mula-mula nak eksited, tapi tak jadi. sebab ai know myself. aku tak kurus sikit pun. naik adalah.
jadi aku dengan baik hati menerangkan pada sedara aku tu, bahawa aku tak kurus, tapi yang buat nampak kurus ialah sebab baju yang aku pakai.

ok. kenapa aku yakin aku nampak kurus sebab baju yang aku pakai ni?
sebab....., setiap kali aku pakai baju ni, memang orang kata aku kurus.

ilusi optik anak-anak. ini yang dinamakan ilusi optik hahahahaha.

itu sebab orang kata, kalau mahu nampak kurus, pakai baju yang ada garisan menegak. dan ya, semalam ai sedang pakai baju yang begitu. ada garisan menegak. jadi itu yang nampak kurus tu!!

again anak-anak,
ilusi optik.
pakai baju yang sesuai.
orang gemuk macam ai, cari baju yang corak jenis menegak.

aww.

k. bai. banyak kerja. kui 1 kang mak celoteh lagi.

daaa.






09 April 2012

Digg.

ape menda Digg ni?

mak tak paham menda dengan Digg ni.

macam mana ke cara pakainya.

ada sape-sape nak wat entri pasai Digg ni?

dia macam FB ek?

hahahaha.

sowi la.

mak ni LembAB IT. hahahaha.

26 January 2012

bila isteri kawan baik curang....

apa kau orang akan buat ya? bila dapat tahu isteri pada kawan baik kamu curang??

nak bagitahu,
atau....
nak senyap saja biar dia tahu sendiri...?

semalam, kami suami isteri dengan si kecil bersenang-lenang, berehat-rehat sambil tengok movie 'The Dilemma'..

kredit to mr.Google
cerita dia pasal, sepasang kawan baik ni, memang dah lama lah berkawan baik, dari zaman universiti sampai bekerja...

alih-alih, salah seorang kawan baik ni dapat tahu yang isteri kawan baik dia tu, curang, ada affair dengan jantanggg lain.

dia dah serba salah lah, nak bagitau ke tak nak..

last-last dia pergi menyiasat sendiri, konon nak kumpul bukti supaya masa dia bagitau kawan baik dia nanti, ada bukti kukuh la kan.

tapi, alih-alih, penyiasatan dia tu, makan diri gak.

kau orang leh la tengok kat HBO, tengah tayang sekarang.
dah nama HBO, tayang berulang-ulang-ulang-ulang kali.
terlepas hari ni, besok boleh cuba lagik hee.

tapi itulah,
masa cerita tu dah abis, Encik Suami tanya, 'kalau awak tahu isteri kawan baik awak curang, awak cerita tak?'...

hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm....
ada kawan mak yang curang, tapi mak tak cerita pun.


oppppppps!!

25 January 2012

la la la la...

iye.
mak menukar warna rumah lagi.
tapi mak cukup tertarik dengan ladybug ladybird mak ni.

okelah.
mak nak start bekerja.

selamat hari rabu.

owh.

hari ni wordless wednesday la.

hmm.
nak godek kamera jap kot ada gambar best.

selamat bekerja!!

17 January 2012

1 tahun 2 bulan

16 haribulan januari 2012.
Qalesya Alia sudah berumur 1 tahun 2 bulan.
oke jap.
mak nak keluar, Qalesya ada follow-up dengan Ampang Puteri hari ini.

kamu orang di pejabat.
nak terus bercakap.
silakan.

29 December 2011

jadual sudah tidak sama

Encik Suami dah mula bekerja semula di KL.
maka, perjalanan menjadi lebih panjang.

masa bersama Qalesya semakin kurang.

masa dalam kereta lebih lama.

sampai rumah dah pukul 9 malam.

masing-masing dah penat.

nasib baik Qalesya kuat main. walau penat, ku gagah jua layan kerenah dia. sebab rindu pada dia mengatasi segala kepenatan.

nama lagi mencari rezeki kan.

bersabarlah sayang.

07 December 2011

kenangan kelas tuisyen

tadi, masa dalam perjalanan ke pejabat, tengok kiri kanan jalan dah berlambak-lambak iklan kelas tuisyen.
terus teringat zaman mak kecik-kecik dulu.

mak datang dari kalangan keluarga yang kurang berada.
jadinya, mana la nak dapat tuisyen-tuisyen ni.

kalau dalam kelas, kawan-kawan sokmo maju ke depan sebab bila cikgu tanya boleh buat ke tidak, rata-rata akan jawab 'boleh, sebab dah belajar dalam tuisyen'..

yang cikgu tu pulak, dah tahu bebudak ramai dah boleh buat, terus skip bab tu, terus ajar bab lain.
habis kami yang tak pi tuisyen ni????
belajar sendiri la nampak gayanya...
sedih sob sob.

bila balik rumah, mengadu kat bonda, nak gak masuk tuisyen.
tapi manalah bonda dapat nak bagi masuk tuisyen kan.
duit pun cukup-cukup nak makan saja.
last-last tak dapat jugak masuk tuisyen.

tapi mak tak kisah, tak masuk tuisyen pun, oke aje result mak.
berkat doa bonda...

dapat aje kerja bagus.
berkat doa bonda...

jadinya, pada aku, tuisyen atau tidak, itu terpulang kepada individu.
zaman sekarang ni pun mak tengok, memang rata-rata semua budak akan pergi tuisyen.
mungkin tahap kesedaran pada setiap ibu bapa tu dah tinggi.

mak pun nanti, tak tahu la nak bagi anak-anak pi tuisyen atau tidak.
sian kat dia orang, pagi petang kat sekolah, balik nak kena tuisyen juga.

mungkin pada tahap kritikal saja mak suruh dia orang pi tuisyen, maksud  mak pada peperiksaan besar macam UPSR, PMR atau SPM.
dan itu pun, mak akan panggil home tutor, senang, belajar depan mata mak aje.

itu mak.
orang lain juga ada pendapat sendiri.
dan mak amat menghormati pendapat anda semua.
walau dimana anda berada.
eceeewaahhh!!

06 December 2011

mari mak nak membebel sikit

mak belum dapat habis berjalan blog lagi kengkawan.

tapi ada dah yang mak dah pergi tinggal tapak kaki dah hehe.

dalam banyak-banyak blog yang mak pergi, sempat lagilah mak klik paut sana paut sini.

jumpa lagilah macam-macam jenis blog.

ada yang cute teramat.

ada yang simple teramat.

ada yang kelakar teramat.

ada yang merapu teramat.

ada yang mak tak paham baca teramat.
dalam erti kata lain, tak dapat nak baca.
oke yang ni mak nak ulas sikit.

tak dapat baca tu dari segi:-

1. tulisan
tulisan yang susah bebenor mak nak baca.
mak ni dah la already 4 mata.
boleh pulak pilih tulisan yang jenis ikan bilis,yang jenis macam cacing, pastu letak pulak font kecik.
ni nak bagi orang baca ke tidak blog tu?

2. bahasa
ampun. kadang-kadang mak tak paham apa bahasa korang guna. 
macam contoh kan. korang nak tulis, "eh korang, apa korang buat hari ni? aku tak buat pape pun. aku just duduk kat umah main game je".
tapi sebab terlebih pandai bahasa, boleh aje ubah "eyh kowank, per kowank wt riy niy? aq x wt ppe pn. aq jst ddk kt umh men gem jewww".
mak ni dah tua. mak tak paham la bahasa-bahasa gini.
merangkak-rangkak mak membacanye.

owh dua tu je la mak perasan.
yang lain oke lagi.
bahasa dengan tulisan ni mak memang lemah.

kalau mak tak paham, memang mak tak follow and tak baca dah.
yelah, kalau nak baca satu entri pun dah dekat 10 minit, macam mana mak nak jenguk blog lain kan.

sori ya adik-adik.
mak have too.

papew pn, trimas sbb kowank sudi dtg sgh blog mk yg vrsi org tue ni.

:)

30 November 2011

Selamat Pagi Rabu - Owh hari ini Wordless Wednesday kan?

sebenarnya, mak ada banyak benda nak kongsi dengan kawan-kawan.
terutama sekali tentang Pemeriksaan Kesihatan yang mak dah buat.
tapi mak tak sempat lagi.

mak nak buat kerja sekejap.
nak buat minit.
nak selesaikan beberapa perkara.
kalau sempat, lunch nanti mak tulis sikit-sikit.

dan semua entri WW hari ni, haruslah auto-publish :)

oke ya :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...