Tabungan

Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

24 May 2014

Kerana Running Man ku ke Gangnam Station!

Itu sebab orang-orang tua selalu cakap -- 'jangan terlalu membenci, nanti jatuh sayang...' Ya! Itu yang terjadi pada aku haha. Dok kutuk adik aku, Putri kerana terlalu obses dengan Korea, akhirnya aku sendiri terjebak dengan dunia Korea. Tapi nasib baiklah tak terlalu extreme. Hanya ikut Running Man sepenuhnya dan masih memilih drama Korea mana yang aku nak tonton (yang ada hero pilihan saja hehe).

Kegilaan aku terhadap Korea, dah terlebih sehingga aku teringin nak mencuba makanan-makanan Korea. Mana tidak, bila tengok Running Man, dapat pula kalau game mereka berkaitan dengan makanan, aduh jadi gila aku. CRAVING!!

Jadi kisahnya tadi, kami nak keluar makan maka bermacam-macam idealah yang keluar. Makan itu, makan ini. Last-last Naz kata - 'nak cuba makanan Korea?' Yang aku terus google -- terus dapat satu kedai makanan Korea di Shah Alam iaitu Gangnam Station.

Aku dapat info tentang Gangnam Station dari blog Papa-NtiQ ni. Gambar-gambar dalam blog dia sangat buat aku dan Nazri lapar. Memang terus saja kami ke Shah Alam!

Kami ke Shah Alam berpandukan GPS. Dalam setengah jam juga perjalanan kami ke sana. Sampai saja di Laman Seri, masuk parking (untuk Sabtu dan Ahad -- sekali masuk RM1), kami terus park dan menapak cari kedai tersebut.

Mula-mula macam dah frust, sebab kami tak jumpa kedai tu di sepanjang deretan kedai kat situ. Tapi Naz kata jom pusing-pusing dulu. Last-last, kami jumpa kedai tu di deretan belakang. Nasib baik!!

Macam biasa -- tengok menu dulu. Disebabkan first time datang sini, jadi belek menu adalah sangat lama, walau pun dah study menu dalam blog Papa-NtiQ haha.

Last-last kami pilih menu C. Dalam menu C ada:

2 nasi
1 Nakji Bokkeum (Goreng Sotong Pedas)
1 Dolsot Bulgogi (Barbekue Setapak) *tak tahu kenapa translation-nya macam tu*
6 side dishes (boleh refill!!)
Harga - RM51

Lepas tu kami tambah Tteokbokki Rice Cake and Vegetables Simmered in Red Hot Pepper Paste atau bahasa pendeknya Kek Nasi.

Aku ni tak pandai nak bercerita -- cuma satu yang aku boleh cakap ialah -- makanan kat sini memang sedap. Nak buat perbandingan agak susah sebab aku tak pernah makan makanan Korea yang lain tapi kami memang gila puas makan tadi.

Tak rugi untuk cuba. Layanan pun mesra. Kedai bersih. Pasang lagu-lagu Korea. Dekat TV pasang Running Man. Meja penuh dengan gambar group K-Pop. Memang surrounding sangat rasa Korea. Enjoy sangat!!

Kalau nak tengok gambar-gambar lain Gangnam Station -- boleh jalan-jalan ke blog Papa-NtiQ :)

Untuk gambar-gambar kami, layan kat sini saja ya :)





tiba-tiba blur hehe


Happy 5th Anniversary in advance to us!!
Haha!!

Wahai suami.
Saya sayang awak. Susah senang saya nak bersama awak. Tak berduit sekali pun, kita harung bersama.
Kalau ada duit, kita makan makanan Korea lagi. Eh!!

Haha.

Next week nak sambut anniversary kat kampung pulak dengan family hehe. Mami, tunggu saya pulang ya :)


***

Dah makan banyak, gila tak risau. So malam ni kena telan Lechitin dengan Alfalfa. Apa? Makan Lechitin dan Alfalfa tapi aku masih begini? Eh, sekurang-kurangnya mak tak bertambah gemuk dan InShaAllah sihat. :) Apa itu Lechitin? Apa itu Alfalfa? Hubungi mak -- SID anda di area Semenyih, Kajang, Bangi dan Putrajaya :)







31 December 2012

setelah penat ber-blog walking

gila jauh aku berjalan. gila banyak daerah dah aku jejak. gila banyak ragam yang aku jumpa.

amboi bagai nak gila ya. haha. tapi benar, jauh gila aku berjalan hari ini. eh! ramai rupanya blogger yang aku tak follow lagi haha. gila terasa kerdil bila tengok bilangan follower mereka. kalau diikutkan, aku lebih awal ber-blog dari mereka, tapi sebab aku malas dan mereka rajin, maka wujud gawang bilangan follower yang sangat besarrrrr.

dan satu yang aku perasan-tan-kan.

blogger-blogger yang terkenal, kalau perempuan mesti stok-stok yang cun dan cantik gila.
kalau lelaki mesti stok-stok yang hensem banget trang tang tang.

jadi, blogger yang kurang rupa macam aku ni nak menyelit kat mana la pula ya. hahaha.

tapi betul weh. yang perempuannya cun-cun belaka, jadi tak susah nak snap gambar sendiri dan tampal kat blog. kalau dah macam aku, snap dan tampal kat blog, nak tengok gambar sendiri pun naik segan haha.

dan tadi, masa jalan-jalan tadi, jumpa juga mamat-mamat dan minah-minah blog yang punya blog yang santai. maksud aku yang buat lawak bodo dan seantero dengannya. aku suka jenis blog macam tu. tak serius sangat. tak mengutuk orang sangat. tak up diri sendiri sangat. sedang-sedang saja. i loike.

banyak konsep rupanya. banyak input yang boleh dikongsi. macam-macam. :)



***



bila pejabat sunyi, aku selalu ambil kesempatan untuk pergi lunch dengan suami. maklumlah, aku ni boleh dikatakan jenis yang manja juga (sila muntah pelangi) dan manja aku memang pada suami agak berlebih-lebih la sedikit (bak kata Kassim Baba masa minta hutang dari Ali Baba).

jadi, bila mood nak manja-manja datang, aku memang sanggup drive dari Putrajaya ke Mid Valley hanya untuk makan tengah hari bersama.

tapi hari ini, permulaan-nya agak kurang best sebab encik suami seorang ni tak reti-reti nak angkat telefon. sampaikan aku dah terpacak setengah jam lebih dekat Mid Valley dia masih tak jawab telefon. (sabarlah wahai hati). aku dah nekad nak balik dah, tapi tiba-tiba dia return call. bila aku kata aku dah setengah jam dekat Mid Valley, dia boleh kata kenapa tak bagitahu. eh hello?! yang ai bagi mesej start dari pukul 12.00 tengah hari dan yu tak angkat phone tu apa?? (sabarlah wahai hati) cuba bayangkan perasaan aku masa tu. tipulah kalau aku kata aku tak merajuk. tapi sebab dapat makan, hai-lah lupa hati tengah merajuk. ya, makanan buat aku lega. so faham tak kenapa badan aku macam ni? dah diam!

hari ni kami ubah mood sikit.
aku makan makanan korea (konon) dan dia makan makanan jepun (konon). kenapa aku kata konon. sebab macam aku, nama aja beli dari kedai makanan korea, tapi still yang aku order ialah Chicken BBQ. so faham tak? secara simplenya, aku makan Chicken BBQ aje la. takdela korea sangat. yang buat korea-nya sebab ada sup rumpai laut dengan jeruk sayur (apatah - kimchi ek?) dia orang tu.

tempting aite.
tak menghampakan sebab Chicken BBQ tu memang sedap. cili potong kena ada sebab jeruk sayur is so not cool to me.

makanan suami lupa nak snap sebab aku tengah enjoy makan.

okey. lepas makan sambung merajuk, tapi tup-tup suami pulak merajuk sebab aku dah over melalut benda lain. dah pi tuduh dia ada pompuan lain pulak. aparaa wanita mutalib. last-last, aku juga yang pujuk dia (padan muka ko). dan kami berbaik semula.

happy ending.

makan pun dapat.
gaduh pun idak.
besok cuti!!
o--hoi!!



22 November 2012

ai pun dah cuba juga.

sana-sini tampal gambar burger bakar.
eh, saya juga telah cuba.
anda bagaimana?

acewah.

ha nah, mak tampal juga gambar glamer burger itu.


ya. inilah dia. burger bakar abang burn yang glamer itu. memang ala-ala fast food, sebab memang pantas servisnya. masa nak order saja beratur. dah order, baru duduk sekejap dah sampai makanan.
mari kita lihat burger itu. yuk!


oleh kerana, hanya mahu mencuba, tidaklah kebulur sangat, ai order single chessy sajo. yang single-mingle ni pun mak makan sehabis daya, cuba bayangkan masa nafsu gajah tadi nak order yang double. pfft!


untuk makanan celah gigi, kami order onion ring. memang nyummeyyyyhh!! walaupun hanya bawang yang dipotong bulat dan digoreng ranggup, tapi ada aku kesah... janji, otak aku proses kata nyummeeyyyhhh!!

untuk little Cha, kami order sosej kegemaran. tapi tak kegemaran sangat-lah, sebab dia tak habiskan walau sebatang. pfftt!! so kami yang dewasa ini habiskan. yeay!!


dan untuk minuman, mak pilih ais kacang special. pfft..! tengok itu aiskrim.. hoyeah double nyummeeyyhh!!

itu jalan-jalan cari makan dekat Ramal Junction. Sebenarnya, banyak lagi tempat mak pergi dan mak tangkap gambar makanan, tapi sebab....sebab...sebab...errr...agak busy, so mak tak sempat nak huppdatee!

okeylah, sebagai penutup makanan, mari mak hidangkan kelazatan sebenar dalam diri mak.
tiada bandingan.
tiada galang ganti.














































































































 my one and only.







01 December 2011

ala setakat Tutti Frutti...

oke.

mak dengan bangga nak mengumumkan, yang mak pun dah pergi kedai Tutti Frutti yang disebut-sebut itu.

oke.

mak dengan rendah hati pula mengakui, mak memang pe---rak sikit oke hahaha.

maklumlah.

mak mana la masuk kedai mahal-mahal ni kan.

erk. mahal ker?

pada aku yang kurang berada ni, agak terkojotla kan.

sekali timbang.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
RM28.10 hokey.

iye.
iye.

mak tak pernah beli yogurt mahal giteww haha.

kami beli satu cup aje.
pastu kami amik la 3 cup kosong lagi.
rupa-rupanya cup kosong itu kena caj ya.
55sen setiap satu.
hahaha.

okela.
mak sempat snap beberapa gambar kami berhoye-hoye dalam kedai itu.



idak. budak itu tidak bersama kami. tetapi jejaka ini bersama kami. owh maaf, tunangan orang ini.


gila ada macam-macam jenis 'sakneka' benda kamu orang boleh letak atas yogurt pilihan kamu dowwh..

makan la sampai pengsan.


Tutti Frutti Truly Asia!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...