Tabungan

Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

23 July 2013

pahala untuk mereka yang gembirakan ibu bapa

tadi, masa nak park kereta, terlihat seorang anak, tengah cium tangan ibunya, sempat dia cium kedua pipi ibunya. lepas tu dicium pula tangan ayahnya. sempat dia mengangguk-angguk mendengar kata-kata ayahnya.
lepas tu, anak tersebut terus berlalu masuk pejabat.

terdetik kat hati aku, hari ini ada interview kot.

saat aku lalu depan mak dan ayah dia, aku terlihat muka maknya.
tengah senyum dengan penuh harapan.
senyum dengan yakin, senyum dengan gembira, entahlah aku pun tak tahu nak kata senyum jenis apa, senyum yang tak tergambarkan rasa macam mana.

dalam hati aku, teringatkan mak. macam ni agaknya setiap ibu bapa yang hantar anak pergi interview.

bukan anak saja yang rasa 'macam ada rama-rama dalam perut'. tapi mak ayah pun macam tu juga.

tengok, dapat panggilan interview pun, mak dan ayah dah seronok gila.
bayangkan bila dapat pula kerja tersebut. gaji pertama belanja mereka makan sedap-sedap. gaji-gaji seterusnya diberi pada mereka mengikut mana yang mampu.

tak bahagia hati mereka?

pahala lah buat mereka yang mengembirakan hati mak ayah. 


(senyum)





 ***


disebabkan blog ni sunyi sepi tanpa kabar berita, aku tempek status FB aku di sini ya. haha.


 

02 July 2010

kerana ini gambar..

salam Jumaat :)
mengota janji untuk cuba meng'hupdate' sebaik mungkin wakakaka..

okai, terus pada topik..

ini gambar terbaru aku..
gambar ibu mengandung pada masa 4 bulan kandungan hee..
dah buncit sikit kan kan kan..
but i loike...
dan kerana terlalu suka dengan gambar ini..
aku pun jadikan la profile picture untuk facebook aku..

Gambar Ibu Mengandung :)

keesokan harinya, untuk 2 hari berturut-turut aku dapat e-mail mahu berkenalan..
owh kelakar..
dari omputih lagi wakakakaka..

bila dipikir-pikir..
mak naik seram hahaha..
menggangu fikiran kah gambar mak ni hahahaha..
sampai dua orang sekali nak berkenalan dalam masa yang singkat..
owh mak risau..terus la buang gambar tu, letak gambar profile lain hehehe..

dua e-mail dibawah ini, aku dapat dari dua Mat Saleh yang nak berkenalan tu he..

kebetulan ja kot kan kan kan :)

tapi apa pendapat korang..
gambar tu tak keterlaluan kan?
ke keterlaluan juga?
rasa elok ajer berbaju kurung wakakakaka..
apa pendapat?
:)



E-mail satu


E-mail Dua

p/s ~ 
aku letak gambar di bawah sebagai profile picture..
lagi oke kan..
wakakaka :)

Gambar ProfileFacebook

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...