“Saya berasa amat kesal dan kecewa dengan sikap dia kerana sanggup menipu Dayana. Anak saya sudah banyak bersabar dan menangis dengan sikapnya. Soal zuriat bukan alasan untuk dia berpoligami kerana mereka baru dua tahun berkahwin dan ketika itu, anak saya masih lagi belajar. Lainlah, kalau sudah lima tahun berkahwin tetapi masih tak ada anak, mungkin saya juga izinkan.
“Masa dia nak kahwin dengan Dayana dulu, saya tanya dia ada teman wanita atau tidak? Dia cakap tak ada. Sekarang, dia sendiri buat permohonan berpoligami April lalu, alih-alih sudah berkahwin sebelum hari perbicaraan. Kalau keputusan mahkamah meluluskannya untuk berkahwin lagi sekalipun, kami pasrah dan menerima keputusan itu dengan baik,” katanya.
“Terpulang pada Dayana sama ada untuk terus bersama Ashraf atau tidak. Kami ada meminta dia untuk tinggal bersama kami, tetapi dia tidak mahu atas sebab masih isteri kepada Ashraf. Selagi mereka sah suami isteri, Ashraf masih lagi menantu saya cuma hubungan kami tidak lagi seperti dulu selepas apa yang dia lakukan kepada Dayana.
“Saya sudah lama syak perubahan pada diri Ashraf ketika kami menunaikan umrah. Saya ada bertanya pada dia di depan Kaabah, tetapi dia cuma mendiamkan diri. Saya dapat tahu Ashraf menjalin hubungan dengan wanita ini ketika dia masih bertunang lagi,” katanya.
“Sebagai lelaki, saya faham itu hak dia untuk berkahwin dua atau tiga sekalipun. Tetapi dia menipu kami dan berkahwin di Thailand... Itu yang kami tidak boleh terima.
“Saya ada bertanya Ashraf adakah bapa dia setuju dengan keputusan dia untuk berpoligami? Katanya, bapa dia cakap terpulang pada dia. Saya tahu bapa dia juga tidak reda dengan tindakannya,” katanya.
Pelakon nikah di Thailand 7 Julai, bapa mentua kecewa menantu berubah sikap
Luluh hati Noor Dayana Lokman, 26, selepas mendapat tahu suaminya, Ashraf Muslim sudah berkahwin senyap-senyap dengan kakitangan sebuah stesen televisyen (TV), Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, pada 7 Julai lalu di Thailand.
Di kala dirinya tertekan dengan permohonan berpoligami pelakon berusia 32 tahun itu, hatinya bagaikan disentak dengan berita mengejutkan sebaik menyedari Ashraf berangkat ke Thailand bukan atas urusan perniagaan, sebaliknya bernikah kali kedua.
Raut wajahnya yang kelihatan sugul dan sayu ketika hadir di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bersama Ashraf bagi mendengar keputusan berpoligami itu semalam, jelas menggambarkan kesedihan dan keperitan yang dialaminya.
Bukan hanya Dayana, keluarganya turut tertipu dan kecewa dengan sikap Ashraf yang sanggup membohongi mereka dengan tidak memberi sebarang sebab atas tindakannya itu.
Kecewa sikap Ashraf
Hati bapa mana yang tidak sedih melihat anaknya diperlakukan sedemikian. Namun, Lokman Abdul Hamid, 54, menganggap dirinya tidak punya kuasa untuk mencampuri urusan rumah tangga anaknya itu berikutan mereka masih suami isteri yang sah.
“Saya berasa amat kesal dan kecewa dengan sikap dia kerana sanggup menipu Dayana. Anak saya sudah banyak bersabar dan menangis dengan sikapnya. Soal zuriat bukan alasan untuk dia berpoligami kerana mereka baru dua tahun berkahwin dan ketika itu, anak saya masih lagi belajar. Lainlah, kalau sudah lima tahun berkahwin tetapi masih tak ada anak, mungkin saya juga izinkan.
“Masa dia nak kahwin dengan Dayana dulu, saya tanya dia ada teman wanita atau tidak? Dia cakap tak ada. Sekarang, dia sendiri buat permohonan berpoligami April lalu, alih-alih sudah berkahwin sebelum hari perbicaraan. Kalau keputusan mahkamah meluluskannya untuk berkahwin lagi sekalipun, kami pasrah dan menerima keputusan itu dengan baik,” katanya.
Lebih menyakitkan hatinya, anaknya mendapat tahu mengenai perkahwinan kedua Ashraf selepas menemui jadual penerbangannya yang turut tertera nama Wan Sakinah, kelmarin di dalam beg Ashraf.
Terasa bagai ditipu, pengasas Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah itu menyerahkan kepada anaknya untuk membuat keputusan mengenai hala tuju hidupnya sendiri.
“Terpulang pada Dayana sama ada untuk terus bersama Ashraf atau tidak. Kami ada meminta dia untuk tinggal bersama kami, tetapi dia tidak mahu atas sebab masih isteri kepada Ashraf. Selagi mereka sah suami isteri, Ashraf masih lagi menantu saya cuma hubungan kami tidak lagi seperti dulu selepas apa yang dia lakukan kepada Dayana.
“Saya sudah lama syak perubahan pada diri Ashraf ketika kami menunaikan umrah. Saya ada bertanya pada dia di depan Kaabah, tetapi dia cuma mendiamkan diri. Saya dapat tahu Ashraf menjalin hubungan dengan wanita ini ketika dia masih bertunang lagi,” katanya.
Lokman berkata, Ashraf sudah meletakkan jawatannya di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah pada 1 Jun lalu selepas menyuarakan hasrat untuk berpoligami dan kini mengurus syarikat produksi sendiri, Al-Hidayah Production.
“Sebagai lelaki, saya faham itu hak dia untuk berkahwin dua atau tiga sekalipun. Tetapi dia menipu kami dan berkahwin di Thailand... Itu yang kami tidak boleh terima.
“Saya ada bertanya Ashraf adakah bapa dia setuju dengan keputusan dia untuk berpoligami? Katanya, bapa dia cakap terpulang pada dia. Saya tahu bapa dia juga tidak reda dengan tindakannya,” katanya.
Meskipun keputusan mahkamah membenarkan Ashraf menarik balik permohonannya untuk berpoligami, dia dikehendaki membayar denda sebanyak RM8,000 kepada Dayana.
Bergegas tinggalkan mahkamah
Selepas selesai perbicaraan yang diadakan secara tertutup dalam kamar mahkamah hanya dihadiri pasangan itu serta peguam masing-masing, Ashraf dan isteri dilihat bergegas keluar meninggalkan premis itu. Wartawan cuba mengekori pasangan itu bagi mendapatkan komen, namun mereka enggan mengulas.
“Ini hal rumah tangga, tiada apa yang nak diceritakan,” kata Ashraf sambil bergegas berjalan berpimpin tangan dengan Dayana meninggalkan mahkamah.
Reaksi Wan Sakinah
'Minta maaf ya'
Hanya ungkapan maaf dipohon isteri kedua Ashraff Muslim, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, apabila tidak dapat mengulas kontroversi pernikahannya dengan pelakon itu yang dikatakan berlangsung di Bangkok, Thailand, Ahad lalu.
Bekas kakitangan sebuah stesen televisyen itu ketika dihubungi HIP memberi alasan, dia sedang bermesyuarat di lokasi.
Nada suara tenang
Namun, Wan Sakinah tetap menjawab panggilan telefon dengan tertib walaupun beberapa kali terdiam.
“Harap faham, saya tak boleh cakap apa-apapun. Minta maaf ya,” katanya yang tetap tenang walau diasak pelbagai soalan berhubung pernikahan mereka selain kehadiran Ashraff dan Dayana ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, semalam.
Ditanya mengapa dia tidak menemani suaminya ke mahkamah sedangkan mereka sudah punya ikatan sah, sekali lagi Sakinah meminta maaf.
Difahamkan Ashraf yang kini membuka gerai di sebuah bazar Ramadan di ibu negara pernah membawa Sakinah dan Dayana ke tapak perniagaannya tetapi secara berasingan.
Malah isteri keduanya juga dilihat lebih kerap berada di gerai berkenaan iaitu hampir setiap hari sejak operasi bisnes minyak wangi itu dimulakan sejak awal Ramadan.
sedih kan tgk raut wajah dayana tenang dan sabar je..
ReplyDelete