Tabungan

Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

19 January 2012

meh mak cerita apa yang mak beli....sambungan entri terdahulu..

semalam mak buat entri ini.
mak suruh teka apa mak belikan.

oke.

meh mak bagi jawapan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
mak beli ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ya.
itu GPS.
.
.
.
.
mak kan selalu salah kordinat.
selalu sesat dalam Putrajaya.
sesat kat KL.

macam hari tu.
abis saja check-up Qalesya kat Ampang Puteri, kononnya nak balik opis semula.
dah masuk MRR2, Qalesya buat perangai, mengamuk dalam kereta.
mak pikir, kalau mak balik opis, sah-sah nak pergi ambil ayah, akan berdua jugak dengan Q dan dia akan buat filem lagi dalam kereta macam ini jugak.
jadinya, baiklah mak terus ke Mid Valley, tunggu ayah abis kerja.
sah-sah la dapat duduk belakang, menetekkan Q, dan sah-sah dia akan hanyut pastu.

masalahnya,
dari MRR2, mak memang takde idea langsung macam mana nak ke Mid Valley.
kononnya masuklah simpang Sri Petaling, kot-kot leh jumpa jalan ke Bangsar.
memang ada.
mak dah konDIfen giler!!

tapi, dah namanya ikut signboard.
last-last Jalan Bangsar entah ke mana.
mak entah ke mana.

nasib baik Q dah mula mengantuk dan tidur sendiri.
dapatlah mak concentrate atas jalan.
concentrate tak concentrate pun, mak sesat 2 jam okey!!

2 jam!!

2 jam!!

2 jam nak ke Mid Valley!!

2 jam tu macam-macam boleh buat.

oleh kerana ituuuuuu, sampai sajo mak di Mid Valley, mak terus pergi area IT.

Encik Suami pun kebetulan memang ngam-ngam abis kerja, terus mak kata mak nak beli GPS. mak dah tak larat nak sesat lagik.

dan itulah hasilnya.

kalau sesat juga, tak tahulah mak.

05 December 2011

Kaitan banjir 02122011 di Kajang dengan aku!

Jumaat lepas.
Sangat meng-ujakan buat aku.
Sebab hari kejadian untuk ber-koir dengan gumbira.
Dipimpin Cikgu Vokal terkenal, Cikgu Siti Hajar, siapa tak ter-uja kan?

Koir kami dapat dijayakan dengan baik.
Menteri pun seronok.
Itu yang paling penting.
Siap janji akan bagi kami kot seorang satu.
Bukan kot hitam.
Tapi kot berbunga-bunga.
Boleh kot.
Hee.

Layan sikit gambar.

ini anak buah Cikgu Siti Hajar merangkap cikgu yang BANYAK membantu kami. terima kasih cikgu shima dan cikgu hanim :)

ini tuan punya blog yang ke-gembira-an hehe

ini kawan koir  mak yang cantik - linda

hari raptai bersama Cikgu Siti Hajar

posing jangan tak posing 

hari kejadian bersama Cikgu Siti Hajar

guys with Cikgu Siti Hajar

majlis berakhir pukul 10 pagi lebih kurang.
sekali lagi mak nyatakan disini....... mak suka BERKOIR wahhhhh!!!


tapi sudah habis koir, sila sambung kerja.

petang, pukul 3, mak ada mesyuarat.
mesyuarat habis pukul 6 petang.

balik bilik, tengok kat handphone, dah berderet missed call dari encik suami.
mak telefon semula dan katanya 'sila berhati-hati, kajang sudah banjir, semenyih banjir sikit'.
mak ok-kan saja.
terus siap-siap pulang.

sampai kat highway LEKAS, exit Semenyih, jalan dah start jem.
dari exit dah jem!!
tak pernah-pernah jem gitu.
aku pun terus jalan straight.
dalam kepala aku, nak ikut alternatif, ambik exit semenyih satu lagi.
extra satu tol nilai RM1.10.
apa ada kisah, janji cepat.

tapi......................
sampai exit Semenyih satu lagi.
jem jugak.
lagi jem kot.

aku pun buat satu kerja yang tak pernah-pernah nak di-buat.
dalam fikiran aku, ada satu jalan lagi.
tapi jauhhhhhhhhh.
cuma aku fikir, kalau betul semenyih banjir, jalan yang satu lagi ni memang takkan lalu tempat yang banjir.

contohnya gini.

wah siap buat peta. ameekkaww!!

tapiiiiiiiii....
jalan tu jauh.
mak kena masuk Nilai dulu dan masuk jalan lama ke Semenyih.

tapi. itu saja pilihan yang ada kan kan kan.
jadi mak terus pecut ke Nilai.

sampai exit Nilai, jem jugak!!
punggah.
masa tu dah la mak rasa nak terkencing segala!!
jenuh segala ayat mak dah baca.
nak bagi tenang sikit hati.

lepas aje tol.
jalan memang clear.
mak terus pecut jalan lama balik semenyih.

sekejap saja.
dalam 15 minit dah sampai area Semenyih.

haduyai.

memang gila la hari mak Jumaat lepas.

jap lagik, mak nak cerita hari Sabtu mak pulak.

mak nak buat kerja jap.

:)

11 August 2011

Cerita Awal Pagi

Seperti sedia maklum, aku duduk kat flat. Tiap-tiap pagi kena naik turun lif. Kalau lif penuh, kena tunggu next lif. Kalau penuh juga, turun tangga la nampak gayanya. Tapi itu kalau kami lewat, keluar time semua nak pergi kerja atau sekolah. Kalau awal, memang lif itu kami yang punya haha.

Itu lif. Cerita kat tempat parking lain pulak.

Memandangkan kami tinggal kat flat murah, makanya tempat parking sangatlah terhad. Namun, walaupun namanya flat murah, ada gak orang-orang yang tinggal kat sana ada 2, 3 biji kereta. Makanya, parking selalu tak cukup. Jadi kenalah buat double park.

Masalah orang-orang kat flat ni, ikut suka hati aje nak buat double park. Kalau ye pun namanya double park, kenalah beringat sikit.. bagi la ruang untuk orang depan belakang kiri kanan untuk bergerak kan?

Macam pagi tadi, kami ni terhimpit. Memang takde ruang langsung nak bergerak. Depan belakang takde ruang langsung. Nasib baik ada sorang minah ni, kebetulan belakang kereta kami, datang and nak keluar. So problem solved.

Masalahnya, walaupun problem solved, disebabkan lama kat parking lot tadi, kami lewat 12 minit masuk opis.

Sori boss!

:)


09 May 2011

hari pening

pening. macam biasa, kalau Q terjaga tengah malam, aku memang takde masalah nak buat susu segala sebabnya Q ni menyusu badan. jadinya, kalau dia merengek sikit, terus aje bagi susu, dalam 5 minit dia tertidur la semula. Alhamdulillah memang senang budak ni. Setakat ni hee. Harap2 la sampai bila2 pun senang macam ni kan.

Tapi tu lah, semalam masa bangun menyusukan dia, bangun aje terus pening. 2, 3 kali pun macam tu. dan pening tu teruslah bawak sampai ke pagi.

Kat opis memang dah rasa lain macam. Kawan2 pun suruh amik MC ajer. Telefon mami jap mengadu, mami pun suruh balik rehat. Makanya, pukui 10 lebih, aku turun pergi klinik. Dah memang sakit, memanglah dapat MC.

Naik balik ke bilik, rehat jap, kepala rasa macam dah oke. Plan memula nak suruh Encik Suami hantar balik, tapi memandangkan kepala tak berapa pening, aku pun drive sendiri balik umah.

Dah sampai umah, makan ubat, sekian terima kasih, memang berlayar la jawabnya. Aku memang la allergic ngan ubat. Kalau makan panadol pun memang boleh ngantuk. Inikan pula ubat selsema dan ubat batuk kan. Haish. Memang bercinta.

Dalam pukul 430, aku drive ke opis balik. Memandangkan dah pukul 5, aku pikir2, baiklah pergi amik Q terus. So dah amik Q, letak kat seat dia, terus la drive ke opis untuk amik Encik Nazri. Nasib baik la budak ni baik, dia diam aje sepanjang jalan. Senang jugaklah kalau nak drive sorang2.

Sampai ke opis, Encik Nazri sambung drive, aku pulak duduk belakang, bagi susu kat Q. Dan macam biasa dia pun tidur la bila dapat menetek.

Yang aku pula, layan pening  balik.

Sekarang ni, aku tengah pikir nak ke hospital nak cek pening ni. Ada darah tinggi ker, ada sakit lain ker. Risau gak kan.Pastu rasa cam nak bawak Q gak, sebab batuk dan selsema dia pun dah abis baik lagi.

Macam mana nak buat eh.

******

Masa tengah drive sorang2 tadi, macam2 gelagat aku perhati.

Yang bawak motorsikal, sibuk nak mencelah-celah. Ada yang nyaris nak berlanggar. Ada yang langgar side mirror. Yang membonceng lak, kalau si perempuan, amboi peluk si laki macam taknak lepas. Tu yang muda2 la tu. Yang dah berusia, takde pun nak peluk macam tu. Duk jarang jauh selagi boleh ada. Sampaikan letak lagi 2 orang tengah2 tu pun boleh lagi kot hehe.

Yang menyeberang jalan. Kadang2 geram gak. Orang dah bagi seberang, leh lak buat tarian mak inang depan tu. Jalan lemah gemalai. Kalau yang jalan secara group pulak, sibuklah nak bersembang-sembang bincang bisnes tengah2 jalan tu. Ada gak yang dah orang bagi seberang, boleh la pulak betui2 tudung siap jeling kat orang yang dah berhati mulia bagi space nak lintas nih. Aparaaa. Orang dah bagi lintas, jalan la cepat2 kan. Semua orang ada urusan, mungkin nak cepat, so bertimbang rasa la sikit kan. Ni orang dah bagi lintas, macam2 hal lak.

Ada gak aku perhati orang yang drive kereta. Ada sekali aku drive, tengok dekat kat rear mirror, orang belakang, perempuan, tengah menyanyi. Penuh perasaan tu. Hahahaha. Mungkin dia stress sebab jem, jadinya release tension camtu kot.
Ada gak yang couple. Huish ni memang cuci mata la hahaha. Kekadang sampai tahap romen2 ringan pun ada. Sempat la diorang nak kiss2 dalam kereta tu. Haish.

Macam2 kan.

Eh panjang lak yer.

Okela. Nak bagi Q makan and nak tidur kan dia jap.
Kerja banyak lagi, nak seterika baju untuk besok, nak siapkan baju Q, nak sidai kain, nak basuh kain..
Banyakkkk :))

p.s.
Selamat malam.

.ita kata.
gambar bonus lagi.



23 April 2011

hari penuh sesak.

memandangkan encik nazri dah mula bekerja di pejabat baru, kami terus beli 'car seat' untuk Q sebab senang mami nak bawak pi klinik kalu emergency. yolah, ayah baru mula kerja, takkan tetiba nak minta kat boss nak kuar bawak baby gi klinik kan. walaupun hal-hal 'family' adalah 'acceptable' tapi apa masih macam tak sesuai kan sebab baru mula kerja.

Alhamdulillah, baby Q suka lepak kat kerusi baru dia :))

muka 'stone' hee.

tapi. kita hanya merancang, Tuhan yang tentukan ye dak.
ari ke-4 nazri kat opis baru, dah ada dugaan.
kereta kami rosak tengah jalan.
masa naik bukit, kereta dah tersengguk-sengguk.
gila kentang takut. lori, bas, kereta, motor masing-masing laju kat tepi kami.
aku takut, kalau kereta terberhenti kat tengah2 bukit tu.
nasib baik lepas ajer naik bukit, masa dah turun tu lega sikit.
kami pun berenti tepi highway DUKE tu.


viva jekkkk mampu :))

kami dah 'blur'..
tak tau apa nak buat. kalau 'last time' masa kereta aku rosak, aku dah selamat sampai ke pejabat. jadi dari sana aku 'call' ajer kedai kereta mintak diorang datang. tapi ini dah la pepagi buta, kedai kereta pun tak bukak lagik, tepi jalan lak tu..

aku 'browse handset' terjumpa la 'perodua emergency'.
terus la mak 'call' nok.
telefonis tu sangat2 lah membantu. walaupun membership kami dah 'expired' tapi dia tetap tolong.
dia kenalpasti masalah kami, dan terus hantar orang bantu kami.

jadi sementara kami menunggu mekanik tu datang, aku keluar dari kereta sebab Q dah berpeluh-peluh dalam kereta. nasib baik Q ni baik. tak meragam langsung. dia lepak ajer ngan kami, nengok kereta lalu lalang.

Alhamdulillah. senang ngan Q ni.

muka ngantuk

say aaaaa..

sempat tangkap gambor nokk..

kereta rosak pun leh senyum lagik hee..


lebih kurang sejam rasanya, mekanik tu sampai bawak bateri baru. owh lupa nak cerita. punca kejadian hee. malam sebelum tuh, kami terlupa tutup lampu dalam kereta tu. so sampe ke pagi tak tutup..jawabnya bateri 'kong' la kan. lagi mau tanyak buat2 konpius kan hee.



ayah baru dapat cakap ngan boss dia..


encik mekanik yang baik hati..

masa ni aku dah duk dalam kereta sebab nak bagi Q menyusu. (menyusu badan).. macam biasa, kalau dapat menyusu terus tido la jawabnya. senang :))

tido sesudah menyusu :))
elok aje orang tu siap bubuh bateri baru, Q pun jaga balik.


mata terbeliak sebab mami dia asyik menyanyi ajer kat dia wakakaka..

so. lepas baik kereta kami pun pergi la ke stesen minyak berdekatan sebab nak cucuk duit. mana cukup duit nokk. mana tau kereta nak rosak tengah jalan kan hee. so terbang la RM200 pagi tu. 
bala bala bak kata atendan hospital dalam cite mamat khalid nuh heee.

kitorang pun bergerak ke pejabat. sampai opis kul 9.29pagi. drop encik nazri dan aku lak terus ke matic sebab ada rehearsal koir. owh pasal koir lain entro entri lak aku citer kay.

layan gambor Q tengah ngantuk lak.

mata tengah nak katup hee.


p.s. ari khamis yang sangat penat

14 March 2011

cuti sekolah datang lagi!

yahoo!
eh tiba-tiba?!

bukan apa.
mak budak pun seronok sebab ianya bersangkut paut.
tak caya?

bila cuti sekolah, budak tak payah lah ke sekolah.
bila budak tak pergi sekolah, diorang tak payah la naik bas ker, ayah hantar ker.
bila tak naik bas ker, ayah hantar ker, tak banyak la bas sekolah dan kereta-kereta atas jalan.
bila tak banyak bas dan kereta, maka takde la jem!!

yahoo!!

cam tadi, cian Q.
mami lupa hari ni cuti sekolah dah bermula.
tapi mami dengan ayah masih pergi kerja ikut jam biasa.
hasilnya, Q yang pertama sampai ke nurseri.
kawan-kawan semua tak sampai lagi hee.
tinggalkan dia tadi pun sampai terkebil-kebil pelik kot sebab takde orang hee.


comel tak comel tak heee

p.s.
dah la hari ni bangun sekali ngan mami.
cian kui 530 dah bangun.
ayah sedap ajer tido.
eeeeee.

15 January 2011

udah lama tak memandu.boleh lagikah.hebat lagikah.ewahh.

salam.
baru selesai baca satu entri di blog brother sha tentang pemandu wanita.
dan kerana itu, aku baru perasan, dah lama aku tak memandu hehe.
kali terakhir, mungkin semasa kandungan ku berumur 7 bulan iaitu pada bulan september.
sekarang dah bulan satu.
maknannya dah 4 bulan tak memandu.
hmm.masa abis pantang ari tu,ada cuba pandu sekejap.tapi rasanya dah lain.
*senyum sumbing*

sebenarnya, bercakap tentang memandu kereta.aku sebenarnya ada satu perangai yang kurang elok.haha.
aku tak suka kalah di atas jalan.
owh ganas konon.
tapi itulah aku haha.

sebagai contoh.
aku sedang memandu dengan sopan lemah lembut gemalai segala.tiba-tiba.
ada pulak manusia yang memintas dengan kurang ajar sekali sambil buat muka berlagak,bangga,riak,takbur,segala.bikin panas nih.maka aku takkan biarkan.
akan aku kejar.dan jika aku dapat pintas kembali.baru panas aku hilang dan kembali sejuk.

setiap peraturan ada pengecualian.
aku akan menjaga tatasusila ku,jika aku membawa mem besar a.k.a. puan robaaiah a.k.a mami tercinta.*haha*
pura-pura baik di atas jalan ihiks.

pernah sekali,aku mengejar kereta yang memintas aku,sehingga aku terlepas simpang yang sepatutnya aku masuk untuk pulang kerumah.terpaksalah aku mencari jalan lain untuk pulang kerumah.
masa tu pula sebenarnya zaman mula-mula aku berhijrah ke KL.
maka paham-paham sajalah.bukan tahu sangat simpang siur KL nih.
jawabnya, lewat malam baru sampai rumah.hahaha.

gilak.

sekarang ni, macam mana la agaknya kan.
baru-baru nih cuba pandu.macam seriau ajer.
hehe.

owh.
tak boleh.
ita masih ganas.
aummm!

p/s~
besok saya pandu kereta,
abang pegang baby Q ya.
tQ. :p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...