Tabungan

09 May 2011

hari pening

pening. macam biasa, kalau Q terjaga tengah malam, aku memang takde masalah nak buat susu segala sebabnya Q ni menyusu badan. jadinya, kalau dia merengek sikit, terus aje bagi susu, dalam 5 minit dia tertidur la semula. Alhamdulillah memang senang budak ni. Setakat ni hee. Harap2 la sampai bila2 pun senang macam ni kan.

Tapi tu lah, semalam masa bangun menyusukan dia, bangun aje terus pening. 2, 3 kali pun macam tu. dan pening tu teruslah bawak sampai ke pagi.

Kat opis memang dah rasa lain macam. Kawan2 pun suruh amik MC ajer. Telefon mami jap mengadu, mami pun suruh balik rehat. Makanya, pukui 10 lebih, aku turun pergi klinik. Dah memang sakit, memanglah dapat MC.

Naik balik ke bilik, rehat jap, kepala rasa macam dah oke. Plan memula nak suruh Encik Suami hantar balik, tapi memandangkan kepala tak berapa pening, aku pun drive sendiri balik umah.

Dah sampai umah, makan ubat, sekian terima kasih, memang berlayar la jawabnya. Aku memang la allergic ngan ubat. Kalau makan panadol pun memang boleh ngantuk. Inikan pula ubat selsema dan ubat batuk kan. Haish. Memang bercinta.

Dalam pukul 430, aku drive ke opis balik. Memandangkan dah pukul 5, aku pikir2, baiklah pergi amik Q terus. So dah amik Q, letak kat seat dia, terus la drive ke opis untuk amik Encik Nazri. Nasib baik la budak ni baik, dia diam aje sepanjang jalan. Senang jugaklah kalau nak drive sorang2.

Sampai ke opis, Encik Nazri sambung drive, aku pulak duduk belakang, bagi susu kat Q. Dan macam biasa dia pun tidur la bila dapat menetek.

Yang aku pula, layan pening  balik.

Sekarang ni, aku tengah pikir nak ke hospital nak cek pening ni. Ada darah tinggi ker, ada sakit lain ker. Risau gak kan.Pastu rasa cam nak bawak Q gak, sebab batuk dan selsema dia pun dah abis baik lagi.

Macam mana nak buat eh.

******

Masa tengah drive sorang2 tadi, macam2 gelagat aku perhati.

Yang bawak motorsikal, sibuk nak mencelah-celah. Ada yang nyaris nak berlanggar. Ada yang langgar side mirror. Yang membonceng lak, kalau si perempuan, amboi peluk si laki macam taknak lepas. Tu yang muda2 la tu. Yang dah berusia, takde pun nak peluk macam tu. Duk jarang jauh selagi boleh ada. Sampaikan letak lagi 2 orang tengah2 tu pun boleh lagi kot hehe.

Yang menyeberang jalan. Kadang2 geram gak. Orang dah bagi seberang, leh lak buat tarian mak inang depan tu. Jalan lemah gemalai. Kalau yang jalan secara group pulak, sibuklah nak bersembang-sembang bincang bisnes tengah2 jalan tu. Ada gak yang dah orang bagi seberang, boleh la pulak betui2 tudung siap jeling kat orang yang dah berhati mulia bagi space nak lintas nih. Aparaaa. Orang dah bagi lintas, jalan la cepat2 kan. Semua orang ada urusan, mungkin nak cepat, so bertimbang rasa la sikit kan. Ni orang dah bagi lintas, macam2 hal lak.

Ada gak aku perhati orang yang drive kereta. Ada sekali aku drive, tengok dekat kat rear mirror, orang belakang, perempuan, tengah menyanyi. Penuh perasaan tu. Hahahaha. Mungkin dia stress sebab jem, jadinya release tension camtu kot.
Ada gak yang couple. Huish ni memang cuci mata la hahaha. Kekadang sampai tahap romen2 ringan pun ada. Sempat la diorang nak kiss2 dalam kereta tu. Haish.

Macam2 kan.

Eh panjang lak yer.

Okela. Nak bagi Q makan and nak tidur kan dia jap.
Kerja banyak lagi, nak seterika baju untuk besok, nak siapkan baju Q, nak sidai kain, nak basuh kain..
Banyakkkk :))

p.s.
Selamat malam.

.ita kata.
gambar bonus lagi.



1 comment:

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...