Tabungan

Showing posts with label kempen. Show all posts
Showing posts with label kempen. Show all posts

11 October 2011

WIR Campaign - Cover the butt. #Campaign2

ini adalah kempen kedua.

tudung sudah pakai. Alhamdulillah.

sudah labuh. Alhamdulillah.

sekali pakai seluar ketat, baju pulak pendek yakni tidak labuh sehingga menampakkan susuk punggung.

ada pulak yang bila duduk, boleh nampak segala lurah.

kalau yang belakangnya lelaki, memang tak berubah tempat dah.

kalau yang belakangnya makcik-makcik, mahu tak bernanah telinga kena perli.

jadi apa kata kita sahut panggilan kempen kedua ini dengan melabuhkan baju sehingga menutupi punggung.

lebih manis kot.

macam kata bekas Sepah - 'manisnya kurma ituuuuu!'.


WIR Campaign - Covering the chest is the best. Campaign #1

apa itu WIR?

WIR stands for Wear It Right.

tadi jalan-jalan di blog Sue Anna.

baca tentang WIR Campaign ini.

mak tertarik oke.

ya. mengaku sajalah. masa zaman jahil, macam inilah mak. tudung memang selepang ikut suka suki hati. pakai tudung pun masa tu sebab asyik kena marah dengan ustazah, asyik kena marah dengan mak. jadinya bila pakai, asyik nak selepang aje.

bila dah tua-tua ini *bulat mata* barulah nak susah-susah hati kenapalah jahil sangat dedolu.

oleh itu, mak ni menyerulah rakan-rakan semua, moh kita ikut kempen ini.

pelan-pelan kayuh kan.

mula-mula pakai tudung.

pastu betulkan cara kita pakai tudung.

biar menepati konsep bertudung sebenarnya.

ada yang bertudung kerana fesyen.

ada yang bertudung dekat pejabat saja, kat luar open-air.

siapa mak nak menegur, tetapi, ingat-mengingati kan baik.

ini juga peringatan untuk mak juga.

sama-sama mengingati.


jadi apa kata kita sama-sama berjemaah menghangatkan lagi kempen ini?

sahut seruan, perlahan-lahan kita berubah.


mak di sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...