Tabungan

Showing posts with label suami. Show all posts
Showing posts with label suami. Show all posts

30 May 2014

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN ENCIK SUAMI

Berkawan sudah 10 tahun,
Bercinta sudah 8 tahun.
Berkahwin sudah 5 tahun.

Selamat Ulangtahun Perkahwinan :)

30/05/2009 - 30/05/2014







hadiah perkahwinan paling berharga





-----------------------------------------------------------------------------------
SHAKLEE DAN ANDA
-----------------------------------------------------------------------------------



15 May 2014

it's been a while

cliche.
bila dah lama tak update blog -- kata-kata berikut mesti digunapakai:-
'dah bersawang blog gua',
'nak kena cari kekuatan untuk berblog semula'.

itu bukan cliche sebenarnya. tapi memang itu kenyataan. haha. macam blog inilah. kesian. padahal aku berblog dah lama. dari tahun 2008 lagi. kalu aku serius, aku rasa mesti aku dah jadi macam blogger-blogger otai yang glamer keluar masuk majalah dan tv tu. haha.

entahlah. aku pun tak tahu apalah nak jadi dengan diri aku ni haha. adalah salah mana-mana ni. kena muhasabah diri lebih sikit dan tengok salah diri sendiri. haha.

aku sebenarnya ada banyak perkara nak kongsi. walau pun aku yakin tak ada orang yang kisah sangat pasal hidup aku, tapi aku rasa nak bercerita juga. haha.

satu yang aku nak kongsi ialah tentang pengalaman aku pergi dinner secretaries week last month. aku dapat tengok live performance Kris Dayanti dan Awi Rafael. best gilak! yang paling best, aku dapat tandatangan KD dan AR di casing Ipad aku. haha.


ni tunggu beberapa tahun, boleh buat duit ni. haha. sekarang ni, Ipad memang tak tukar casing, sebab sayang dengan signature tu hehe.

then, bulan lepas juga, aku pergi kenduri kahwin seorang kerabat diraja ni. first time ooo, pergi kenduri yang Raja dan Permaisuri datang mencemar duli. seronok juga :) tapi apa yang aku nak kongsi ialah gambar anak dan ayah ni. sweet sangat.


hik hik.
cukuplah buat mukadimah untuk beberapa bulan tak update blog ni.

owh lagi satu aku nak cerita. aku ni Pengedar Shaklee yang SAH tau haha. In case la kot korang lupa. Kalau yang pregnant, nak cari supplement untuk kuatkan badan semasa mengandung, inshaAllah Shaklee ada set yang sesuai.

untuk ibu menyusu pulak, memang ada set yang sesuai untuk milk booster dan kuruskan badan.

untuk anak-anak, Shaklee ada set untuk anak-anak yang memilih makan. ataupun kalau anak sembelit, kita ada produk yang boleh membantu mengurangkan masalah tersebut.

eh banyaklah!

hik hik. jangan segan. boleh tanya mak! :)

14 February 2014

sambut valentine?

hari ini -- semua hotel tak kira hotel murah, hotel bajet, hotel 2 bintang, hotel 3 bintang, hotel 4 bintang, hotel 5 bintang, semua akan penuh.

hari ini -- bunga mawar habis dijual.

hari ini -- hari cinta.

***

bulan sebelas nanti, banyak masjid bakal menerima ramai anak kecil yang berbalut dengan kain batik diletak atas tangga.

bulan sebelas nanti, akan ada bayi yang ditinggalkan sepi di tepi longkang atau di tempat pembuangan sampah.

bulan sebelas nanti, statistik anak luar nikah mencanak naik.


***

cinta itu indah. lebih indah bila ianya adalah ikatan yang sah.

cinta suami kepada isteri.
cinta isteri kepada suami.
cinta ibu kepada anak.
cinta bapa kepada anak.

jangan sambut valentine. bukan budaya kita.
jom mengingati cinta kepada yang Satu -- itu tak salah.
jom mengingati cinta kepada yang halal -- itu indah.
tiap-tiap hari boleh sambut cinta.



**********************************************************************************

sayang isteri.
sayang suami.

kalau sayang -- apa kata jaga kesihatan :)

Set Cinta Suami



Set Cinta Isteri



PM saya untuk ketahui kebaikan set-set ini :)



11 September 2013

dia yang bertungkus lumus

Sepanjang retreat, Nazri sangat-sangat membantu aku. Dia yang menjaga Qalesya masa aku sibuk soucd check la, menyanyi la, bertugas la..

Sikit pun tak mengeluh. Dia yang berlari mengejar Qalesya kat tepi pantai, dia yang menjaga Qalesya mandi kolam. Semua dia..

Terima kasih Abang
I love you.
:)



Saat aku lanjut usia
Saat ragaku terasa tua
Tetaplah kau selalu di sini
Menemani aku bernyanyi

Saat rambutku mulai rontok
Yakinlah ku tetap setia
Memijit pundakmu hingga kau tertidur pulas…

Saat perutku mulai buncit…
Yakinlah ku tetap yang tersexy…
Dan tetaplah kau selalu menanti…
Nyanyianku di malam hari…



Genggam tanganku saat tubuhku terasa linu
Kupeluk erat tubuhmu saat dingin menyerangmu
Kita lawan bersama, dingin dan panas dunia
Saat kaki telah lemah kita saling menopang
Hingga nanti di suatu pagi salah satu dari kita mati
Sampai jumpa di kehidupan yang lain


 












06 September 2013

Retreat -- Family Day Tourism Malaysia 2013

Assalamulaikum semua!
Selamat pagi!!

Tarik nafas -- hembus!! Hah!

Today's gonna be a long day for me! Hari ini bermulanya retreat @ Family Day pejabat aku. Kami semua akan ke Port Dickson dan celebrate our family day di sana. Seronoknya! Masa nilah nak melepak dengan kawan-kawan sambil ditemani ahli keluarga. Satu tentang diri aku, ya aku sangat suka melepak dengan kawan, bersantai dengan kawan -- tapi jangan salah faham -- aku sangat suka melepak dengan kawan-kawan sambil ditemani Nazri. Itu sebab Nazri memang sangat-sangat kenal dengan semua kawan-kawan baik aku - Jijo, Eikmal, Zahar, Radhi, kak Amy, kak Ani SEMUA Nazri kenal. Senang -- bila Nazri dah kenal semua kawan-kawan, memang senang cerita. Tak adalah nanti timbul fitnah sana-sini. 

Tak sabarnya nak ke PD. Berkampung dengan suami dan anak bersama dengan kawan-kawan. Ada macam-macam aktiviti masa kami kat sana nanti. Macam malam ini, kami ada Jamuan AidilFitri (ya -- walaupun dah penghujung Syawal) layankan aje yer. Sepanjang makan malam ni, ada persembahan artis Jay Jay dan Lena AF9. Selain tu adalah persembahan-persembahan lain. Yang itu suprise sikit. Tak boleh cerita habis hehehe. Nanti kalau sempat aku update melalui instagram. Siapa ada instagram boleh la follow aku ya -- cari saja wanita mutalib okey :)

Esok pagi akan ada sukaneka. Tengah hari aktiviti bebas. Masa tu nak bawa anak ke pantai atau swimming pool, atau apa saja pun boleh. 

Malam sekali lagi akan ada dinner kat tepi pantai tu -- dan malam besok best sikit sebab akan ada cabutan bertuah dan banyak lagi persembahan pentas.

Eeeee. Bestnya! Tak sabar nak bawa Qalesya berseronok.

Okeylah. Got something to do. 

Daaaaa!!



XoXo -- Ta.

(ada macam Dian dalam Istanbul Aku Datang tak? Hahahahaha ini semua poyoooooo!!)









23 August 2013

Masih bercinta sampai bila-bila.

Orang kata, bila dah kahwin -- akan sampai satu masa yang manisnya bercinta akan hilang. Aku sebenarnya takut dengan cerita-cerita macam tu. Aku takut perkara tu akan terjadi pada kami. Apa akan jadi kalau satu hari nanti, Nazri bangun-bangun pagi, tengok muka aku dan rasa bosan pada aku. Apa akan jadi kalau satu hari nanti, Nazri tiba-tiba berubah hati. Macam mana kalau satu hari nanti, Nazri dah tak sayang pada aku.

Horror!

Aku memang sentiasa berharap, biarlah apa yang terjadi -- kami akan tetap bersama-sama -- susah dan senang bersama. Amin. In Shaa Allah.

***

Ada satu malam, aku TERmimpi, Nazri kahwin lain. Luluh hati aku! Biarlah mimpi sekalipun, tapi aku tetap rasa sedih. 

Aku mimpi -- aku dapat tahu Nazri kahwin lain. Aku terserempak dengan Nazri dan isteri baru dia tu. Aku sedih, aku lari. Yang buat aku kagum -- Nazri kejar aku dan tinggalkan perempuan tu. Sama ada dia kejar sebab rasa bersalah atau sebab dia lagi sayang aku, entah aku pun tak tahu. Lagipun -- IT JUST A DREAM. Haha. Kenapalah aku nak ambil serius kan?

Kan??

***

Esoknya -- bila aku bangun, aku tengok muka Nazri, aku geram dan dalam masa yang sama aku sedih. Emosi aku bercampur-campur. Baru aku sedar -- mood orang tengah datang bulan. Full stop.

Tapi, tetap -- masa mandi, aku teringat mimpi tu -- masa pandu kereta, aku teringat mimpi tu -- masa bayar tol, aku teringat mimpi tu -- mana-mana saja aku teringat mimpi tu.

Mulalah aku fikir macam-macam, kalaulah Nazri betul ada perempuan lain, apa akan jadi pada aku, pada Cha. Dan perasaan waras kembali pada aku -- no lah, Nazri takkan buat macam tu.

Tengah aku fikir-fikir, Nazri tiba-tiba tanya apa aku buat tengah hari nanti. Aku terus -- tanpa teragak-agak aku kata nak pergi lunch dengan dia. Terus dia setuju. Kebetulan memang aku ada kerja sikit tengah hari tu. Aku isi borang keluar pejabat -- minta izin bos masuk lambat sikit dan terus aku pandu ke Mid Valley untuk lunch sama dengan suami.

Tengah-tengah drive, aku dapat SMS dari Nazri. Mesej dia ---


Okey -- Tarik nafas lega. In Shaa Allah Nazri masih sayang aku dan akan sayang sampai bila-bila. Ameen.



30 January 2013

Bila peminat nombor satu bertanya, hati jadi goyah.

Ya. Aku tutup blog. Kononnya tak mahu menulis lagi. Kononnya-lah. Sepanjang blog ditutup, tangan asyik gatal nak menaip. Maka sibuk meluah kata di Twitter saja. Tapi hati tetap tidak puas. Dah hampir 5 tahun bersama blog ini, takkan mudah aku lupakan ia begitu sajakan.

Sepanjang blog ditutup, ramai yang bertanya, kenapa blog tak boleh dibuka. Ada yang DM di Twitter, ada yang PM di Facebook, ada yang SMS, ada yang hantar e-mail, ada yang WhatsApp. Owh terharu gila aku. Rupanya blog picisan ini ada pembacanya tersendiri. Tapi, aku tetap kental menahan, tak mahu juga menulis lagi.

Hinggalah semalam, peminat nombor satu ini bertanya secara muka ke muka perihal blog ini.

Peminat : Awak masih tutup blog?

Aku : Haah, kenapa?

Peminat : Tulislah semula, saya nak baca.

Okey, disebabkan dia, aku menulis semula.

Lantaklah apa yang kamu semua ingin fikirkan tentang penulisan aku ini. Riak? Takbur? Angkuh? Sombong? Itu semua pertimbangan kamu. Aku begini seadanya. Aku bukannya orang kaya yang perlu angkuh sepanjang masa. Aku bukan perempuan cantik yang riak dengan kecantikan sendiri. Tidak. Aku tak punya apa. Jadi aku sendiri tak pernah jumpa apa-apa sebab untuk riak, takbur, angkuh dan sombong dengan apa adanya.

Terpulanglah ya kawan-kawan. 

My name is Wanita, and this is my story...

p.s.
Lima hari tak bertemu Encik Suami, bila pulang ke rumah, beliau hadiahkan saya jam ini. Hati dah lama terpaut pada jam sebegini, bertali emas dan digital. Sejak tengok drama Adam dan Hawa. Perasan tak adik Ain Hawani, Eja pakai jam begini. Jadi bayangkanlah berapa lama aku mengomel mahukan jam sebegitu. Alih-alih dapat pula *senyum*.

saya hanya ingin sedikit ruang bagi saya mengucapkan rasa terima kasih saya pada Encik Suami kerana belikan jam ini buat saya. Ini bukan riak. Okey?




07 January 2013

sabtu ahad yang awesome!

aku suka sabtu dan ahad. pada aku, hari sabtu dan ahad la aku boleh bergolek-golek dengan Cha. dan kalau dapat lebih sikit ialah hari di mana aku boleh bertemu ayah, emak dan adik-beradik aku yang lain. 

macam sabtu dan ahad lepas, walaupun dapat jumpa sekejap saja, tapi aku layankan juga, terus ke Teluk Intan untuk lepak (lepak tu!) bersama ayah, emak, puti, palom dan malom di rumah baru mereka dekat Taman Semesti.

palam tak dapat join sebab ada exam. takpe palam, nanti kita lepak bersama-sama lagi ya!

best.

best.

best.

nanti nak pergi Teluk Intan lagi, lepak rumah palom dan malom.

layan gambar nak?

hik hik.

ini masa kami baru sampai Teluk Intan, feeling tourist, jadi melawatlah Menara Condong, ikon Teluk Intan. kalau kau orang kata tak tahu pasal Menara Condong ni, baik pergi masuk longkang aje la. lagu Simetri tau saja siapa nyanyi, Menara Condong tak tahu. memang nak kena. hik hik.

budak baru bangun tidur.






ni waktu kami makan malam tu. tak dapat nak snap semua. lapor!



host kami malam itu.

esoknya, kami dari Teluk Intan pergi terus ke Ampang sebab nak hadiri kenduri kahwin rakan sepejabat. nasib baik sempat. hik hik hik.







malam, lepak rumah tengok Anugerah Juara Lagu ke 27. tapi masa ni tengah warming up. Cha pun baru bangun, so melayan dia tengok kartun dulu.




tengah topok-topok nak kasi tidur.

 :)





31 December 2012

setelah penat ber-blog walking

gila jauh aku berjalan. gila banyak daerah dah aku jejak. gila banyak ragam yang aku jumpa.

amboi bagai nak gila ya. haha. tapi benar, jauh gila aku berjalan hari ini. eh! ramai rupanya blogger yang aku tak follow lagi haha. gila terasa kerdil bila tengok bilangan follower mereka. kalau diikutkan, aku lebih awal ber-blog dari mereka, tapi sebab aku malas dan mereka rajin, maka wujud gawang bilangan follower yang sangat besarrrrr.

dan satu yang aku perasan-tan-kan.

blogger-blogger yang terkenal, kalau perempuan mesti stok-stok yang cun dan cantik gila.
kalau lelaki mesti stok-stok yang hensem banget trang tang tang.

jadi, blogger yang kurang rupa macam aku ni nak menyelit kat mana la pula ya. hahaha.

tapi betul weh. yang perempuannya cun-cun belaka, jadi tak susah nak snap gambar sendiri dan tampal kat blog. kalau dah macam aku, snap dan tampal kat blog, nak tengok gambar sendiri pun naik segan haha.

dan tadi, masa jalan-jalan tadi, jumpa juga mamat-mamat dan minah-minah blog yang punya blog yang santai. maksud aku yang buat lawak bodo dan seantero dengannya. aku suka jenis blog macam tu. tak serius sangat. tak mengutuk orang sangat. tak up diri sendiri sangat. sedang-sedang saja. i loike.

banyak konsep rupanya. banyak input yang boleh dikongsi. macam-macam. :)



***



bila pejabat sunyi, aku selalu ambil kesempatan untuk pergi lunch dengan suami. maklumlah, aku ni boleh dikatakan jenis yang manja juga (sila muntah pelangi) dan manja aku memang pada suami agak berlebih-lebih la sedikit (bak kata Kassim Baba masa minta hutang dari Ali Baba).

jadi, bila mood nak manja-manja datang, aku memang sanggup drive dari Putrajaya ke Mid Valley hanya untuk makan tengah hari bersama.

tapi hari ini, permulaan-nya agak kurang best sebab encik suami seorang ni tak reti-reti nak angkat telefon. sampaikan aku dah terpacak setengah jam lebih dekat Mid Valley dia masih tak jawab telefon. (sabarlah wahai hati). aku dah nekad nak balik dah, tapi tiba-tiba dia return call. bila aku kata aku dah setengah jam dekat Mid Valley, dia boleh kata kenapa tak bagitahu. eh hello?! yang ai bagi mesej start dari pukul 12.00 tengah hari dan yu tak angkat phone tu apa?? (sabarlah wahai hati) cuba bayangkan perasaan aku masa tu. tipulah kalau aku kata aku tak merajuk. tapi sebab dapat makan, hai-lah lupa hati tengah merajuk. ya, makanan buat aku lega. so faham tak kenapa badan aku macam ni? dah diam!

hari ni kami ubah mood sikit.
aku makan makanan korea (konon) dan dia makan makanan jepun (konon). kenapa aku kata konon. sebab macam aku, nama aja beli dari kedai makanan korea, tapi still yang aku order ialah Chicken BBQ. so faham tak? secara simplenya, aku makan Chicken BBQ aje la. takdela korea sangat. yang buat korea-nya sebab ada sup rumpai laut dengan jeruk sayur (apatah - kimchi ek?) dia orang tu.

tempting aite.
tak menghampakan sebab Chicken BBQ tu memang sedap. cili potong kena ada sebab jeruk sayur is so not cool to me.

makanan suami lupa nak snap sebab aku tengah enjoy makan.

okey. lepas makan sambung merajuk, tapi tup-tup suami pulak merajuk sebab aku dah over melalut benda lain. dah pi tuduh dia ada pompuan lain pulak. aparaa wanita mutalib. last-last, aku juga yang pujuk dia (padan muka ko). dan kami berbaik semula.

happy ending.

makan pun dapat.
gaduh pun idak.
besok cuti!!
o--hoi!!



05 December 2012

ungu pilihan kita.

hari ini bermula dengan agak perlahan kerana pengakhiran hari semalam yang agak leceh.
Parlimen habis lambat.
Qalesya tak sihat.
Aku sakit kepala.
Hasilnya - lambat dalam semua perkara.

in your face.

okey.
hari ini pakai baju kurung warna ungu.


tapi, kebetulan..rupa-rupanya, aku dan suami sedondon pula hari ni. hik hik.
maka-nya dia DIPAKSA menyibuk oleh aku hahahaha.
sayang punya pasal, dia ikutkan saja.
tapi tetap menyorok belakang hik hik.


love u!



28 November 2012

bila suami isteri berbual - 18sx

isteri : abang, oke gak saya kan, pakai tudung bawal sekali sekala.


suami : cantik. memang cantik. awak pakai apa pun cantik.


isteri : mode : kembang setaman dipuji suami


suami : cuma sesekali, pakaila pulak patin ker, cencaru ker, kembung ker.. asyik bawal nanti bosan lak.


isteri : (nak lempang, suami............. tadah aje la lawak dia)







10 July 2012

gambar dah upload. yeay. first family portait kami :)

banyak gambar sudah di-upload.

di facebook dan di blog photographer kami.

meh mak letak sedikit.

yang selebihnya, moh ke page mereka ya.



aaaa...

jom tengok lagi...

dalam link ini http://izwanmashuri.blogspot.com/2012/07/nazri-wanita-dan-qalesya-family.html

dan juga di facebook kawan kami ini.

mak like!!

memang puas hatilah dengan hasil kerja diorang.

sekarang tengah tunggu CD dan photobook saja dari diorang.

terima kasih banyak Fendi dan Izwan.

Both of you are AWESOME!!

31 May 2012

::SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-3 SAYANG::

abang..
dulu saya seorang..
tunggu abang..
tunggu abang datang dalam hidup saya..
tunggu seseorang yang boleh saya sandarkan harapan..
tunggu seseorang yang boleh saya letakkan kepercayaan..
tunggu seseorang yang boleh terima saya seadanya..

abang..
saya pernah kecewa..
dia buat saya macam sampah..
saya kecewa..
saya tak rasa saya boleh bahagia semula..
saya masih tunggu dia..
tapi saya bodoh..
sebab abang ada depan saya..
juga tunggu saya..
saya tak nampak..
maafkan saya abang..

abang..
kita berkawan pada mulanya..
seronok..
abang buat hidup perantauan saya tidak susah..
ketika saya susah hati, abang ada temankan saya..
perjalanan kita panjangkan bang..
dah lama rupanya kita berjalan berdua..
dari perlis..
sekarang di semenyih sudah..
abang sentiasa..
ada dengan saya..

abang..
kita bertunang..
abang ingat hari bahagia itu..
saat saya separuh sudah rasmi jadi kepunyaan abang..
abang tahu tak betapa bahagianya saya?
abang tahu tak tidur malam saya hari itu dengan tangan tersarung cincin di dada..
tanda bahagia..

abang..
kita kahwin..
30 Mei 2009.
kita dinikahkan.
saat itu saya milik abang.
saat itu juga mami menangis kerana saya akan pergi tinggal bersama abang.
apa lah mami ni?
memang saya tinggal dengan abang.
tapi kita masih lagi dengan mereka kan bang.

hidup kita bahagia.
kan bang.
setahun.
setahun kita diduga.
kita menunggu peluang untuk menimang cahaya mata.
tapi.
saya keguguran.
sedihkan bang.
dugaan tuhan.
kita teruskan hidupkan bang.
kita bercuti.
tenangkan fikiran.
kita berdoa agar kita masih berpeluang mendapat anak.
Alhamdulillah.
saya disahkan mengandung sekali lagi.
seronokkan bang masa ini.
memang pengalaman yang indah.
bila mana pula dianugerahkan Qalesya Alia.
lambang cinta kita kan bang.

Qalesya Alia.
penyeri hidup kita bang.
susah senang kita.
bersama dia bang.

sekarang.
pejam celik pejam celik.
Qalesya pun dah besar.
dah setahun setengah dah dia bang.
dah banyak cakap.
dah laju berlari.
makin comel.
makin banyak kerenah.
makin bahagia kita bang.

dan.
semalam.
kita sambut ulangtahun perkahwinan kita yang ke-3 sudah.

saya harap.
kita kekal bahagia begini.
saya minta maaf atas segala khilaf saya.
saya hanya manusia biasa.
dan juga lemah.

tapi.
saya sentiasa sayang awak.
dan sentiasa cuba buat yang terbaik untuk keluarga kita.

ingat itu saja ya sayang.
saya sayang keluarga kita.
sayang sangat.

selamat ulangtahun ketiga.
i love you.




25 March 2012

Day Out Qalesya @ Mega Kidz Mid Valley

cerita ni dah lama.
tak berkesempatan nak di-hupload.
hari ni, ada masa.
masak sudah.
makan sudah.
qalesya tidur sudah.
mak pun nak tidur.....sudah.
tapi takpelah, share gambar dengan yu olls dulu.

layanzz..








 





hmm.
banyak lagik gambar nak upload ni.
tunggu entri lain pula ya.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...