Showing posts with label kehilangan. Show all posts

28 September 2011
10 May 2011
AZMIR ADZHA : bapa mu telah pergi.
ya. kamu yang bernama azmir adzha. bapa mu telah pergi. sebelum sempat bertemu kamu.
p.s.
salam takziah buat Kakcik Seroja.
Al-Fatihah buat bapa.
.ita kata.
kenapa buat bapa kamu begitu?
02 December 2010
HATI YANG RETAK? BAGAIMANA MAHU DICANTUM SEMULA?
assalamualaikum.
tadi seperti biasa melawat ted|.
kalau sehari tak jenguk blog dia memang la tak sah hari.
dan hari ini entri dia berlainan sikit.
beliau berbicara tentang hati.
hati yang retak.
hati yang retak, ada pelbagai sebab.
mungkin juga masalah cinta.
mungkin juga masalah kerja.
mungkin masalah rakan-rakan.
mungkin masalah keluarga.
apa jua sebabnya, ku harapkan ted| tabah.
dan ekoran entri ted|, kita nak menyambung sikit ya kawan?
izinkan ya ted| :)
.....................
hati retak seribu.
sesungguhnya aku pernah berada dalam keadaan itu.
situasi yang sangat tidak menyenangkan.
situasi yang sangat menyesakkan dada.
keadaan yang sangat meyusahkan hati dan minda.
dan buat orang yang lemah seperti aku, punca hati retak itu sememangnya kerana cinta.
ya.
aku pernah mencintai seseorang.
sepenuh hati.
namun.
tidak dihargai.
ketika itu.
sememangnya zaman kegelapanku.
aku rasakan bagai tiada cahaya lagi dalam hidup aku.
aku masih seperti biasa.
ke kuliah seperti biasa.
tawa, riang, canda, mesra seperti biasa.
namun hati aku.
kosong.
kenapa.
kerana hati aku retak seribu.
jadi abu.
ditiup angin.
entah kemana perginya.
sampai satu masa.
aku tarik kunci hati aku.
aku lipat secantik mungkin.
aku ikat seribu ikatan.
dan ku buang ke tengah laut.
hati sudah retak seribu.
kunci telah tenggelam ke laut.
ketika itu aku tersenyum puas.
puaskah.
tidak.
aku cuba untuk tersenyum.
walau hakikatnya.
aku menderita zahir dan batin.
begitu kuat penangan cinta 'dia'.
hingga aku begitu gila.
ketika itu aku rasakan memang tiada siapa yang boleh menggantikan dia.
gila!
namun tidak.
setahun.
ya.
setahun aku hidup dalam imaginasi, fantasi, memoryland aku sendiri.
kamarku masih ada gambarnya.
dadaku masih ada getarnya.
namun bila sudah genap setahun, aku beransur hilang gila.
aku rasakan seperti satu dunia mentertawakan aku dalam diam.
bodoh sungguh perempaun itu.
barangkali si lelaki sudah enak bercinta dengan gadis cantik lain.
namun dia menyeksa hati sendiri dengan hidup dalam dunia dongengnya.
aku tersentak.
entah bagaimana.
aku tersedar.
entah bagaimana.
satu pagi aku bangun.
ku buang semua memori.
ku buang semua kenangan.
kamarku bersih dari semua kenangan 'dia'.
diriku kuajar agar cuba melupakan 'dia'.
hari itu aku bangkit.
bangkit dengan satu senyuman ikhlas di muka.
bangkit dengan satu semangat baru.
dan ketika aku berjalan dengan muka terdongak ke hadapan.
aku lihat dia.
ya. dia.
dia yang dari dulu rupanya memerhati aku.
namun kerana aku terlalu menunduk ke bumi. aku tak pernah bertembung mata dengannya.
dan sejak hari itu.
aku cuba membuka ruang kosong itu.
aku cuba untuk menerima si penderma hati itu.
si penderma hati.
penderma hati yang tulus ikhlas.
terlalu naif.
terlalu lurus.
dan kerana naif dan lurusnya, aku tergamam.
dengan naif dan lurusnya, dia datang membawa kunci hati yang pernah aku buang dalam dasar laut tidak lama dulu.
dan dengan kunci di tangan, ruang kosong yang ada, aku menerima si penderma hati tersebut.
dan aku telah bersama dengan si penderma hati hampir 6 tahun.
telah berkahwin dengannya hampir 2 tahun.
dan telah punya permata hati yang berusia 16 hari.
.................................................
sahabatku ted|,
setiap orang pasti punya cerita sendiri.
dan aku pasti, ada penderma hati untuk kamu di luar sana.
aku doakan yang terbaik buat kamu wahai sahabat ku ted|.
p/s ~
sekadar berkongsi. :)
14 October 2010
PENGIKUT BERKURANGAN
*senyum*
padan muka ko te..
malas update..
kalu update pun asik nak merepek ajer..
tu sebab orang stop follow ko..
ahaks..
bila buka dashboard tadi..
aku terperasan yang follower aku makin berkurangan..
ahaks..
sedih?
ada gak la..
tapi bila difikir fikirkan..
aku bukan glamer mana pun..
ngape nak sedih kalau pengikut berkurangan..
dah ada orang komen, tegur, say hi, pun dah cukup baik kan hee..
p/s ~
daripada takde langsung :p

26 August 2010
mengapa hidup ini tak bahagia?
kebelakangan ini.
hidup aku agak gelap.
ditimpa pelbagai masalah. ditimpa pelbagai dugaan.
secara peribadi.
badan aku sememangnya lemah.
dan aku disahkan punya asma.
ubat berbotol-botol. berplastik-plastik.
kos perubatan jangan ditanya.
memandangkan aku terperangkap di hospital swasta.
bayangkan saja berapa kos yang harus aku gadaikan setiap kali melakukan pemeriksaan.
namun semua aku cuba hadapi dengan tenang.
bisik dalam-dalam bahawa ini semua untuk kebaikan bayi kecil ini.
biar hilang duit, jangan hilang bayi ini.
biar berkorban sekarang, demi bahagia yang menanti aku Disember ini.
Alhamdulillah.
rezeki masih ada untuk aku dan Nazri mengharungi ini semua.
cuma aku harapkan agar ada yang mendoakan kesihatan yang berpanjangan agar aku selamat melahirkan bayi ini ke dunia.
mami bertanya pada aku.
mengapa hidup ini sukar? penuh dengan duka? penuh dengan sengsara?
tiap hari berhadapan dengan masalah.
tiap hari punya risiko untuk mengalir air mata.
pendek kata.
mengapa hidup ini tidak bahagia.
jawab aku.
wahai mami.
itulah yang dinamakan dunia.
jika tiada cabaran, dugaan, masalah, duka, sengsara, maka.. bukan dunialah namanya.
jika tiada sisi gelap itu, jika hanya ada cahaya dan bau harum, maka syurgalah jawabnya.
namun, kita masih bernafas dan hidup di dunia.
dan memilih bahagia atau tidak adalah di atas kehendak kita sendiri.
untuk bahagia, tidak perlu orang lain melainkan diri kita sendiri.
walau sesukar mana hidup ini, jika ditanam dalam hati sedalam mungkin bahawa kita masih bahagia,
maka bahagia lah ia.
segala tindak tanduk kita itu yang mengundang bahagia.
dan sebenarnya kebahagian kita itu boleh menjadi tempias di dalam hidup orang lain yakni orang-orang yang hidup disekeliling kita.
seperti satu senyuman kecil.
cuba senyum kepada orang dihadapan sekarang.
orang itu akan tersenyum kembali dan seraya memandang ke sebelah kanannya,
orang tersebut pula menyambut senyuman itu dan memandang orang di sebelah kanannya pula.
bukankah senyuman itu telah merebak dan mekar di sekeliling kita.
jadikan diri ini bahagia.
jika perlu, mari kita sorok duka kita wahai mami.
mari kita pasang topeng gembira yang dah lama kita pakai dari dulu lagi.
jangan risau tentang kami wahai mami.
walau apa terjadi kami dibelakang sentiasa menyokong.
jangan risau tentang kasih sayang kami.
kerana kasih kami tetap untuk mami.
p/s ~
buang yang keruh,
ambil yang jernih.

23 August 2010
RAMBUT SAMA HITAM, HATI LAIN-LAIN..
itu hakikat.
rambut aku hitam.
ya kamu juga hitam.
melainkan kamu mewarnakan rambut kamu dengan pelbagai kaler lain.
urusan kamu.
bukan aku.
terpulang.
namun masih hakikat.
secara am, rambut kita sama hitam.
dan tetap, hati kita lain-lain ya.
aku, kadang-kadang, merasa benci dengan diri sendiri.
bukan kerana hakikatnya aku tidak cantik.
bukan kerana hakikatnya aku dilahirkan pendek.
bukan kerana hakikatnya aku gemuk.
aku suka hakikat di atas.
membuat aku menjadi orang yang biasa-biasa saja.
tapi.
aku benci hakikat bila mana aku dijadikan orang yang punya hati yang lembut.
punya hati yang sensitif.
punya hati yang rapuh.
cepat terkulai.
jatuh ke tanah.
dipijak bagai.
aku kagum pada mereka yang punya hati keras.
pada mereka yang punya hati batu.
pada mereka yang tidak ada rasa kasihan.
pada mereka yang mampu tutup mata hati menjadi sejuk sesejuk sejuknya.
aku penat begini.
aku penat merasa sedih.
aku penat bila menangis pada perkara-perkara yang remeh.
pada mereka yang berhati batu memang akan menganggap remeh.
namun bagi aku berhati salju perkara tersebut amat berat untuk disusun dalam urat kepala.
aku bakal kehilangan bushy.
ya memang pada kamu berhati batu perkara ini remeh kan?
tapi pada aku....
namun tetap.
demi kandungan ini.
aku rela lepaskan bushy.
terfikir juga.
kalau terjadi perkara tidak baik pada kandungan ku.
pasti aku disalahkan.
seperti biasa.
hati salju ini pasti menerima dengan sepenuh hati.
keputusan yang berat namun wajib dilaksanakan.
bushy maafkan tuan kamu ini ya.
p/s ~
teringat perbualan singkat dengan seorang kakak pengemar kucing.
"menjaga makhluk Tuhan dengan ikhlas, banyak hikmahnya.
sakit semua datang daripada Tuhan.
tak jaga kucing pun boleh sakit."

17 May 2010
Life goes on
hidup mesti diteruskan..kalu tak teruskan..kena gak teruskan..nama lagi hidup..kalu tak baik pergi mati..apa mengarut nih??
ya ya..aku hidup seperti biasa..masuk ari ni dah 9 hari tak jumpa Encik Nazri..satu rekod peribadi terbaru..tak pernah wooo lama lama gini..kalu dulu lama pun masa tak kawin lagi..masa belajar..masa cuti semester..masa kerja..dia kat KL aku kat Ipoh..lama la gak tak jumpa..dalam 3 bulan pernah gak..
tapi sejak kawin, kami tak pernah pisah lagi..pisah lama lama gini..kalu Encik Nazri go outstation,mesti kite ikut..mesti orang opis dia menampah ngan kiter kan..bak kata onenationemcess apa ku kesah!! wakakakaka..
so ni memang kira hebat la..dah 9 hari tak jumpa..wa rilek lagi..rilek ker?waduh..tengah majuk memang la rasa tak jumpa pun takper..tapi bila dah mood cinta masyuk..mula la rasa nak duduk depan mata tenung lama lama..haih mabuk...
bercakap tentang hati..teringat masa first time jumpa Encik Nazri dulu..banyak sombong wooo..talak ingat punya sombong..aku tegur dia leh sengih-sengih ajer..oke oke..bagi pengecualian sebab masa tu dia tengah demam..cian..
masa tengah hot bercinta..kami tak cakap banyak..dalam kelas buat tak tau..tapi balik umah asik bergayut ajer..tepon lah..bukan bergayut panjat panjat pokok tuh wakakaka..kalu nak jumpa pun,kami selalu jumpa time orang semua balik kampung..
betul betul..first time kami dating masa semua orang dah balik kampung..tak ingat kenapa tapi kebetulan kami ajer yang tinggal kat arau..tepon dia,dia kata dia lapar nak makan,so first time la berdating..tapi time tu tak declare lagi..wakakakaka kelakar..
seingat aku..kami kawan dekat setengah tahun gak..dah setengah tahun baru dua2 yakin nak tukar status..dan Alhamdulillah..slow2 kami tuh,wat kami bahagia sekarang..
apasal tetiba jiwang nih?owh ye la..dah topik dia life goes on..duk berjauhan..menguji beb..macam mana la pasangan berkahwin yang kena duk jauh2 tu yer..nasib la tang tu Tuhan permudahkan..
sekarang ni harap Tuhan beri limpah kurnia kepada baby dalam kandungan nih..Semoga baby berkembang dengan baik tapa sebarang masalah kerana chicken pox aku nie..Semoga baby ni lahir ke dunia sebagai baby yang sihat tubuh badan, sempurna sifat dan bijak akal fikiran serta beriman dan bertakwa kepadaNya..Amin..
Baby@Samsuddin, aku masih rindu dia..selalu kalu dia balik dia akan bising..sunyi betul rumah ni tanpa dia..rasa lain sangat..takde lagi kucing yang teman aku tidur..takde lagi kucing yang suka gerak aku tidur..takde lagi kucing yang suka cium2 aku..takde lagi sigemuk yang boleh aku peluk peluk sambil guling guling macam tenggiling..
Bella pun dah macam kucing gila..larik sana larik sini sorang2..dah takde peneman..Jojo kucing datang pun dah mati sat tadi..aku baru bajet nak bawak gi klinik nak cucuk bagi sihat..dah mati jugak..
tapi ada sekor kucing Hitam datang kat umah nih, tapi sombong la pulak..tak nak berkawan ngan Bella..Bella nak main2..tapi dia asik nak marah ajer..dah datang umah orang wat sombong..geram betul..tapi takpe la..biar je la dia duk sini..
Bella pun mungkin tak jadi untuk di bawa ke KL..mami dah takde kawan..kalu ada Baby, ada gak kawan membebel dia..tapi dah Baby takde,terpaksa la tinggalkan Bella untuk mami..aku nak cari kucing lain la..atau mungkin juga takyah jaga kucing lagi..concentrate kat real baby dalam perut nih kan kan..
badan?
badan masih gatal gatal..malam malam takleh tido gara gara kegatalan seluruh badan..rasa cam nak baring tengah jalan dah golek golek kat atas jalan tu..dah berapa hari dah..memang tak cukup tido..camna nak balik KL..cian Encik Nazri nanti terganggu ngan aku..
haih tengoklah dulu..
going home or just being home..

tersangat la rindu kat Baby@Samsuddin..
15 May 2010
dan aku kehilangan dia...rehat dengan tenang sayang...
aku kehilangan lagi..
air mata masih menitis..
tapi dilarang mami takut menganggu kandungan ku..
tapi aku sedih..
aku kehilangan dia..
bukan mudah..
dia paling lama denganku..
bakal menjangkau tahun ke-3 bersama ku tahun ini..
semalam masih lagi dalam pelukan aku..
seperti biasa membisu..
tapi tetap lena dalam dakapan aku..
tapi tadi aku dikhabarkan dengan kematiannya..
dilanggar barangkali..
mukanya berdarah..
terdampar di tepi jalan..
mami yang mengutipya..
telah ditanam dibawah pokok pisang..
semadi dengan tenang sayang..
aku terlalu sayang kamu..
kamu yang terbaik..

hati tidak tenang..
belum boleh terima kenyataan..
mahu berehat dahulu..
sehingga hati tenang semula..
05 May 2010
Al-Fatihah buat Arwah Sham
aku tidak mengenali dia secara personal.
aku tidak pernah berjumpa secara real.
aku juga tidak seramah mana dengan arwah.
aku hanya kenalan biasa.
tapi arwah antara rakan maya terawal yang menyapa ku disini.
tegar meninggal kata.
tegar meninggal nasihat.
nasihat yang mana buat aku sangat sangat sangat menghormatinya.
begitu mudah cara dia menyapa.
begitu mudah cara dia melempar kata.
begitu mudah dia mengikat hati supaya dia dihormati dan disayangi.
aku hanya mampu menyebut Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah saat menerima perkabaran sedih ini.
aku tidak mengenali dia.
tapi setitis dua aku menangis mengenang kesedihan orang2 yang amat menyayanginya.
rasa isterinya.
rasa ibunya.
rasa ayahnya.
moga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.

arwah abang yang baik.
06 March 2010
kehilangan itu satu kesakitan : dalam kenangan Dak Utih
tika ini sejujurnya aku kehilangan kata.
mata bertakung menahan jatuhnya titis itu ke bumi.
kehilangan adalah satu keadaan yang sangat ditakuti oleh semua yang hidup.
kehilangan itu adalah satu penderitaan yang mana cara penerimaannya adalah berbeza-beza.
kehilangan itu adalah satu kesakitan.
tambahan pula jika kita kehilangan sesuatu atau seseorang yang amat kita sayangi.
aku hadir di dunia blog dan disambut oleh dia.
si dia yang punya banyak penjaga.
dia yang menyayangi dan disayangi oleh kucing-kucingnya.
baru ini rakan-rakan disini gempar dengan kehilangan dak oyen.
dan hingga kini masih belum ketemu.
selepas itu dak kimo kehilangan mata, namun masih gagah mengharung hidup berbekal sebelah mata dan berteman tuannya yang setia itu.
tapi kini rakan ku ted| diuji lagi.
ted| kehilangan dak utih.
Tuhan saja yang tahu betapa hancurnya hati ted| dengan pemergian dak utih.
Tuhan saja yang tahu betapa luluh juga hati kami disini wahai sahabat ku ted|.
setiap entri mu disogok dengan gambar-gambar manja dak utih.
gembira dan tenang hari kami dengan keletah manja dak utih.
kami juga hidup bersama dak utih wahai sahabat ku ted|.
dan ini semua kerana kamu yang sangat ikhlas membawanya dekat kepada kami.
kehilangan dia sangat dirasai oleh semua.
percaya atau tidak, terlalu ramai yang berduka dengan kehilangan mu ini wahai sahabat.
dak utih selamat disana.
dia bermain di taman yang indah.
dia ada disana dan berada dalam keadaan sihat.
dia menunggu kamu wahai sahabat.
InsyaAllah.
maka sahabat ku ted|.
benar kamu perlukan masa untuk melupakan dia, sepertimana aku melupakan Puteh.
ambillah masa kamu wahai sahabat.
kami sentiasa menyokong kamu disini.

berehat, tidur dan jagalah kembali,
disini kami sabar menanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)