Tabungan

Showing posts with label blogging dari luar. Show all posts
Showing posts with label blogging dari luar. Show all posts

20 January 2014

Offer dari Telekom Malaysia

Tadi aku dapat call dari Telekom Malaysia. Mereka nak offer Streamyx 2Mbps dengan harga RM120 sebulan berbanding dengan apa yang aku pakai sekarang iaitu 1Mbps dengan harga RM110 sebulan.

Kalau ikutkan, okey ja kan. Tambah RM10 saja pun.

Tapi sebab tadi, satunya Nazri tak ada, takkan aku suka2 hati nak terima -- kan.

Keduanya, aku tengah tak sihat, jadi aku tak dapat nak fikir mana baik mana buruk, padahal oke ja offer tu. 

Tapi yang paling tak tahan, aku boleh jawab -- cik, yang 1Mbps ni pun line kejap ada kejap tak ada. Cik dah nak offer 2Mbps. Apa kata cik perbaiki dulu line saya.

Terkedu pegawai tu.

Haha cian dia.

Sorry cik, cik tepon saya masa saya tengah tak sihat.

Sorry ya.

Haha.

17 January 2014

Seminggu saja

Dah lama tak menulis.
Entahlah.
Tak ada mood.
Sibuk.
Macam2 jadi di pejabat.
Politik sana-sini.
Tikam belakang depan kiri kanan.
Kawan tak bertegur sapa.
Haish.
Macam-macam.

Kadang2, things happened out of our control. Benda yang kita rasa remeh rupanya berat di mata orang. Pertanyaan yang simple jadi rumit. Perkara kecil jadi meleret-leret. Kelakar pun ada. Haha.

Politik pejabat. Kadang2, tergelak tengok apa yang berlaku di pejabat. Yang ini kata macam ni. Yang itu kata macam tu. Tapi tanpa sedar, dua2 pihak ni sebenarnya melakukan perkara yang sama. Haha. Yang ni memang kelakarlah. Yang ni pun meleret-leret.

Business. Ada yang sanggup unfriend dekat Facebook hanya kerana business yang dijalankan. Jumpa di pejabat dah tak tahu nak pandang mana. Aku tak tahu mana perginya slogan 'berniaga secara bijak' 'bersaing secara sihat' yang sering dilaung-laungkan bila aku pulak yang di-unfriend? Kelakar nih. Kelakar.

Pendek kata, semua perkara yang sepatutnya boleh jadi mudah, dipanjang-panjangkan menjadi isu yang remeh-temeh.

Kenapa hidup ni perlu ada kebencian?
Kenapa tak ada kebahagiaan yang berpanjangan, keamanan yang berterusan, keceriaan yang ditebar secara luas kepada seluruh penduduk dunia?

Kalau hanya keamanan dan kebahagiaan yang dijanjikan di syurga Allah, kenapa -- tetap kebencian dan pengkhianatan yang berlaku di bumi Allah?

Kenapa perlu putus kawan, putus saudara hanya kerana masalah yang boleh diselesaikan?

Kenapa? 
Aku tak faham.
Kenapa....? 
Kalau boleh jawab, sila.
Malu nak tulis sini, sila e-mail aku.
Terangkan kenapa.
Jujur.
Aku tak faham.

Sahabat..

Hidup ini hanya sekali. Entah kita dapat berjumpa di akhirat kelak. Entah. Aku pun tak tahu. Syurga itu luas. Neraka itu dalam. Jumpa ke kita. Ingat ke kita. Bertanda ke dahi kita dengan cop Neraka. Kita semua tak tahu perkara tu.

:)

Yang main politik di pejabat -- terpulanglah. 
Yang berkecil hati / yang unfriend aku di facebook -- aku tidak berdendam dengan sesiapa. Aku masih aku. Aku tidak berkecil hati. Malahan tidak sedikit pun membuang kalian. Tapi kalau kalian tekad membuang aku dari tali silaturrahim ini -- terpulanglah.



02 January 2014

Status terkini Michael Schumacher

Dah beberapa hari, memang aku ikut perkembangan dia. Tak tahu kenapa. Mungkin juga sebab dia satu-satunya legend yang aku kenal dalam dunia racing...

Menurut Chicago Tribune, Schumacher dah stabil namun kritikal. Susah juga tu kan?

Sumber Google


Schumacher dimasukkan ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan semasa bermain ski. Kepalanya terhantuk pada batu. Khabarnya, lepas terhantuk tu, dia masih sedar dan boleh bangun macam biasa, tapi lepas tu dia mula rasa sakit.

Bila masuk ke hospital, baru tahu ada pendarahan dalaman.

Apa-apa pun, yang terbaiklah untuk Schumacher. 


01 January 2014

Tahun Baru buat apa?

Semalam 31.12.2013 aku ambil cuti. Nazri tanya kenapa aku ambil cuti? Aku kata -- nak rehat pastu nak kemas rumah, nak basuh kain, nak lipat kain, nak cuci dapur, pendek kata -- nak buat kerja rumah. Then Nazri kata, macam tak cuti saja? Hmm.. Aku tak jawab apa.. Aku harap dia faham sendiri... 

Hari ini, 1.1.2014, aku ajak Nazri keluar sebab nak beli pampers dengan susu Cha. Cikgunya kata pampers dengan susunya dah habis.

Kami biasa beli pampers dengan susu di Manjaku. Dekat situ, pampers Cha murah, kalau dekat Tesco - pampers Cha harga RM54.50, tapi dekat Manjaku boleh dapat pada Harga RM36.90 sajo! 

Selalu kami pi Manjaku dekat Bangi, tapi hari ni sebab aku sibuk nak test suara (karaoke), jadi kami terus ke Manjaku Kajang saja.

Kajang ---- aku tak tahulah kenapa, tapi, orang asing kat situ gila banyak! Aku rasa macam aku pulak orang asing tadi. Kiri kanan aku tengok Bangla, Myanmar, Indon. Takut pulak aku rasa berjalan kat sana. Apa dah jadi? Melimpah-limpah warga asing? Syukurlah, Malaysia masih aman (rolling eyes).

Tadi masa karaoke, aku dapat nyanyi banyak lagu yang ada dalam wish list aku haha!

Antaranya lagu Masih Aku Cinta (Shila Amzah). Susah oo nak cari lagu tu, kat Alamanda takde pun lagu tu. Pastu aku dapat nyanyi lagu Geisha -- Lumpuhkanlah Ingatanku, dan lahu Asmidar (bintang apa ntah tajuk lagu dia haha). Kira puas hati la menyanyi hari ni hehe, cuma Cha aje restless sikit hari ni, dok ngaco orang menyanyi hehe.

Nak kata lapor, tadi dah makan dah kat KFC sebelum pi Manjaku tadi hehe.




Hik hik. Jadilah -- spending time dengan anak. :)


















07 December 2013

Biarlah.. Budak-budak..

Ini adalah keadaan rumah aku.
Rumah kome, aku tak tahu.
Yang pasti, rumah ada budak kecil, macam nilah ghopenye.
Ke rumah aku aje gini.

Takpelah, bersyukur dengan apa yang ada. Kang dia demam terbaring aje, aku jugak yang risau. Lebih baik dia memunggah macam ni. Sekurang-kurangnya aku tahu dia sihat :)


:)

Nak berkhemah juga

Tadi masa ronda-ronda kat shopping mall, terjumpa satu kedai yang tengah jual khemah budak2 dengan harga yang murah. RM30 aje kot.

Jadi kami pun beli, nak pasang untuk Qalesya. Kalau rasa2 dia nak lambak barang mainan dia, nak suruh dia lambak dalam khemah tu aje.

Percubaan.
Mana tahu kot dia suka kan.


Dia dah masuk khemah. Tapi dia taknak baring dalam tu hehe. Tengah ajar dia lepak dalam tu. Kot mahu hehe.

Tetiba ada orang menyibuk.


Nak merasa juga katanya. Haha.




03 December 2013

Sebahagian dari Sejarah -- Pahang Banjir

Horror.
Tangan masih getar nak cerita pengalaman flight yang bergegar-gegar atas awan sampai pilot pun gagap nak explain pada penumpang, pramugara/pramugari tak ada yang berjalan-jalan, keadaan sangat tegang. Nantilah aku cerita details.

Belum habis getar kat dada pasal flight bergegar2, terpaksa pula harung banjir sepanjang jalan nak ke Cherating. Membahayakan nyawa. Itu saja yang aku boleh katakan. Kalaulah air tiba2 deras, memang selesai.

Nak sampai pejabat Kuantan pun macam2 dugaan. Sana sini jalan tutup. Tapi driver redah juga. Alhamdulillah selamat.

La ni aku dekat pejabat Kuantan, sekejap lagi depa nak tutup elektrik, katanya pencawang pun dah naik air.

Diorang tanya aku, nak sewa hotel ke? Tapi aku rasa tak nak, sebab semua tidur kat pejabat, rumah masing2 dah naik air. Aku tidur hotel, depa tidur kat pejabat? Banyak cantik muka? So aku decided untuk tidur kat pejabat dengan depa malam ni.

Cha.
Malam ni tidur dengan ayah ya.
Mami tak tahu bila boleh balik.
Kena tunggu air surut.
Baru jalan buka semula dan baru boleh pergi airport. Kalau flight okey, baru boleh  balik KL.

Cha....




02 December 2013

Benda penting bila nak travel

Bila berjalan jauh, perkara yang penting buat semua travellers ialah - handphone.

Nak buat panggilan, nak cek e-mail, nak buat pindahan wang, semua boleh buat melalui phone.

Tapi kalau phone mati, takde bateri, tak guna juga kan?

Jadi yang penting buat semua travellers ialah benda alah ni.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.










Orang panggil power bank.

Pada aku memang pentinglah, memandangkan handphone aku tu digunakan untuk macam2, ada banyak apps, maka handphone aku selalu habis bateri.

Jadi, power bank memang penting untuk aku yang kerap berjalan ni.

Biar beg berat, janji ada power bank hehe.

Tapi power bank ni kenalah full. Kalau ada power bank tapi tak bercaj, tak guna juga wei!

Haha.

01 December 2013

RIP Paul Walker

Ironi.
Pelakon popular filem Fast and Furious meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Pelakon yang berumur 40-an ini khabarnya menaiki sebuah porsche (sebagai penumpang) dan kereta tersebut terbabas lalu melanggar sebuah pokok di Santa Clarita, Los Angeles. Kedua-duanya meninggal.

No more Fast and Furious after this I guess. Lagipun, mendiang memang sinonim dengan FnF. Kalau orang lain yang berlakon, memang takkan best punya.

RIP Paul Walker.

Sumber Google.



Once upon a time - A Gamer

Aku ni lahir dalam keluarga yang penuh dengan anak lelaki. Jadi aku lebih terdedah dengan aktiviti budak2 laki. Main game adalah diantaranya. Abang2 aku memang gila games. Dari jenis console, PS1, PS2, PS3, XBox semua depa ada.

Game pulak, Silent Hill, Resident Evil, Final Fantasy, cakap saja semua depa main. Aku pulak lebih terarah kepada game2 kereta, penyiasatan atau game yang based pada movie macam Need For Speed, CSI dan Harry Potter.

Tapi, game favourite aku ialah Need For Speed Most Wanted. Memang best!! :)

Apa yang best pasal games ni ialah, ia menyatukan kami. Bila salah seorang dari kami bermain game, kami suka menonton bersama. Kami akan mengomel bersama. Bila ada zombie mengejar, kami jerit bersama. Bila ada perkara yang melucukan, kami gelak berdekah bersama-sama. Bila tak tahu apa nak buat, kami akan bincang bersama. Pendek kata, bermain games memang mengeratkan hubungan kami. Itu sebab bila semua balik kampung (Ipoh) salah satu aktiviti yang kami akan buat bersama ialah -- bermain games!!

Sekarang adik aku tengah main Resident Evil. Aku tengah tunggu giliran nak cuba game Sherlock Holmes. :)

Happy Weekend peeps!!


We miss You

Dah lama ayah tak pergi out-station. Jadi dah lamalah kami tak tinggal berdua saja. Tapi kali ini ayah kena pergi Johor. Memandangkan aku masih ada cuti, jadi aku decided untuk balik Ipoh dan duduk di umah Opah.

Aku bajet ayah akan balik hari ini (Ahad), tapi rupanya ayah akan balik pagi esok (Isnin). Jadi macam tak best saja kalau nak balik Semenyih hari ni -- bukan ada ayah pun huhu.

Well. We miss you daddy.

Yours truly,
Mami and Cha.


05 October 2012

International Association of Anti-Corruption Authorities 6th Annual Conference & General Meeting 2012

Ya. Sound boring? But it is all part of my portfolio. Dealing dengan SPRM, dealing dengan mahkamah, adalah sebahagian daripada kerja.

Sampaikan kalau sebut SPRM, semua dengan selamba rujuk Wanita. Cit! Macam la mak pandai sangat kan? Ni, sampaikan conference ni pun, mak kena pergi.

Padahal, tak faham menda pun. Hahaha.

Jadi, jujurnya, sekarang ni, mak tengah, ngantuk!

Arghhh. Tadi dah la ada sorang speaker ni cakap dalam bahasa ibunda dia. Qalaqolah nyer, aduyai, memang terbaik dari ladang.

Participants / delegates yang datang pun memang dari luar negara. Abis dah kata international kan... Takpela. Kata SYMP kan..

Sebelum mak mengundur diri, mak nak bagi pantun. Siapa rajin sila jawab yer.

Burung tiong makan pengat,
Aku mengantuk tak ingat!

P.s.
Pppffffttrt. I love u hidayah dengarisaya.blogspot.com


Eksperimen awak menjadi. Malam kang kte buat entri khas utk awk!
Muahs! Selamat ke Perlis!











02 October 2012

Kerja kerja kerja

Hari ini, buat out-station. Pergi Pejabat TM Negeri Sembilan untuk sistem HRMIS.

Nasib baik dekat, boleh balik hari. Kalau jauh, memang tak gi dah, sebab tak sanggup nak pisah dengan anak.

Sekarang ni, berjauhan dengan suami, boleh tahan lagi. Tapi masuk bab anak, memang mak tak tahan la.

Tambah nanti ada retreat pejabat dekat Langkawi. Mak macam nak angkut saja. Tapi macam susah la pulak. Tapi macam mak taknak pisah dengan anak. Tapi mak kena pergi. Tapi.... Arghhhhhh


Takpela. Malas nak pikir lagik.









24 June 2012

Permaisuri Melaka

Masa untuk percutian pantas ya anak-anak.....
Dan ahli-ahli untuk percutian ini adalah bertambah...
Kali ini kami pergi lagi ramai iaitu mami, ayah, pak long, mak long, pak lang dan maksu...
Kami memilih untuk ke Melaka tapak warisan dunia...

Oleh kerana masa agak suntuk untuk buat preparation, kami main belasah saja dalam pemilihan hotel..

I dont know how, but we bump into this Permaisuri MITC Melaka Hotel di Jalan Food City very near to MITC dan Melaka International Bowlig Center.

My review.........:
This hotel is NOT RECOMMENDED AT ALL!
yes it may sound terrible but yes, we are having bad experience here...

Kitorang sampai sini (hotel) lebih kurang pukul 3.30 petang.
Masa kami sampai kami diberitahu oleh front service bahawa bilik tak siap kemas lagi...
Padahal masa kami call awal tengah hari tadi, beria-ia sangat diorang suruh sampai sebelum pukul 3 or if not bilik tu akan di let go pada orang lain..
Then, oleh kerana nak tunggu bilik tu dikemas, kitorang pun lepak la cafe kat hotel tu.
Kat situ dah tunggu bapak lama dah...
Makanan gila lambat nak siap...
Bila kitorang dah habis makan, kitorang dengan CONFIDENTnya terus la naik ke bilik yang diberi...
Kitorang amik 4 bilik dan 2 dari bilik tu masih tak siap..!
Bayangkan berapa lama kami lepak kat cafe tu tadi, and yet bilik masih tak siap!
Adik ai dah mengamuk dekat kaunter, dan apa yang diorang boleh buat ialah sengih macam kerang busuk and say sorry WITHOUT ANY SOLUTIONS!
So we just waited until diorang siapkan bilik kami..
But at last, adik ai diberi bilik lain sebab kalau nak tunggu bilik siap mmg azab...

Itu pasal nak dapat bilik..
Ini bila dah dapat bilik...

Masa aku masuk bilik, halahai..keadaan bilik sangat menyayat hati..
Pintu bilik masih guna sistem kunci...takda kad..
Pintu bilik mmg takde security langsung, kalau tak hati-hati memang tak perasan bilik tu masih tak berkunci..
Suis tercabut dari dinding..Bakul sampah jenis bakul sampah dalam bilik darjah..
No peti ais..
And to out suprise, they forgot to put towels for us.
So husband pi la mintak towels, diorang dapat bagi sehelai saja, bila mintak satu lagi diorang kata dah habis, but husband still mintak juga and nak tau apa diorang buat, diorang ambil balik towel dalam bekas yang dah dipakai danbagi pada husband. Still basah lagi towel tu. Just imagine betapa marahnya husband ai masa tu. Oke, taknak cite how dia marah huhu...

Lagi satu, kat sini ada nyamuk..Hotel ada nyamuk, very the funny!

So kengkawan, ai bukanlah nak merosakkan bisnes diorang, but thru experience, my bad experience, well this hotel is not recommended ya..
Unless they find way cara nak overcome kelemahan diorang ni..

Owh, and rate diorang, RM180 for Superior room.
Ada 1 katil besar dan 1 katil kecil..
Hotel murah expect layanan bagus?
For me, kalau korang letak rate murah pun, korang takleh layan customer macam ni...
Korang bukan termasuk dalam bajet hotel pun..
You have your own website.
Ada chain of hotel.
Kat PD pun ada cawangan korang.
Sooo...takleh la layan kami camni.

Patutla beria-ia suh bayar terus.
Rupa-rupanya supaya kami takleh nak angkat kakikan?

How sweet facing beach!

Published with Blogger-droid v2.0.6

22 June 2012

A place to hang out

Mid valley megamall.
Hmm. Rasa nak menggerakkan kaki dan badan sebelum masuk kerja next week, so terus dtg sini and tunggu husband rehat utk lunch sama dia.

Sementara melepak ni, heee, mak gelak sengsorang tak sudah..
Mana tak nye, macam-macam fesyen mak tengok hehe.

Fesyen orang tak cukup kain.
Fesyen pakai tudung tapi pakai skirt pendek and pakai legging.
Fesyen pakai tudung tapi tetek tersembul tak sabar sabar nak tengok dunia.
Fesyen baju jarang bak baju tidur.

Kadang-kadang, mak tengok, chinese dan indian lagi sopan berbanding kita melayu islam.

Owh.

And Alhamdulillah today is Friday!

Sangat ironi aww.

Published with Blogger-droid v2.0.6

16 June 2012

Tegur salah. tak tegur salah.

Mak dah perhati isu ni lamaaa. Isu, bila, artis, atau selebriti, atau siapa-siapa yang terkenal, pos gambar-gambar seksi, dan ditegur oleh so-called peminat, dan mana-mana peminat tegar artis/selebriti/orang terkenal, mulalah menghentam orang yang menegur tadi.
Amal maaruf nahi mungkar.
Pada aku, mereka menegur demi kebaikan bersama. Kalau dah tangkap gambar terlalu seksi meksi walaupun dah pegang title mak orang, dah tentulah amat tidak sesuai. Kadang-kadang mak tengok pun mengucap panjang juga. Kadang-kadang mak terfikir juga, tak ada rasa malukah bila tangkap gambor seseksi itu. Betis, peha, dada, dah bagi 1 Malaysia tengok. Dah tak ada rahsia lagi. Rasa malu tu satu hal, satu lagi tak adakah rasa malu pada Tuhan.
Aku sememangnya respect pada mereka yang berani menegur golongan ini secara terang-terangan melalui laman sosial peribadi mereka. Walaupun mereka sedar ada akhirnya mereka akan terus-terusan dikutuk oleh peminat tegar golongan tersebut. Hanya kerana berbuat kebaikan, mereka terus dikutuk macam seolah-olah mereka yang dah buat salah. Gila respect u olls. Sebab mak selalu rasa terdetik dalam hati bahawa itu salah, tapi tak pernah ada keberanian untuk menegur sekadar berdoa pada Tuhan untuk ampuni dosa aku kerana tidak berdakwah dan berdoa pada Tuhan agar mereka diberi hidayah dan berubah kepada kebaikan.
Selalunya, bila golongan ini ditegur, akan keluar beberapa statement. Antaranya:
1. Kalau tak suka gaya ai, jangan follow akaun ai.
2. Ini adalah cara ai, dan ai bahagia begini.
3. Ramai lagi yang akan sokong ai. So ada ai kesah.

Yes. It happened.
Dan yang paling pening, bila lagi ramai menyokong golongan tersebut daripada orang yang menegur tadi. Again, orang yang ingin berbuat kebaikan di jalan Allah, nampak sangat seperti orang yang bersalah. Mereka dikatakan:
1. Kalau nak menegur tak payahlah terang-terangan atas wall.
2. Nak menegur, janganlah sampai.buat orang tu kecil hati.
Persoalannya, pernah ke ada teguran yang tak menyakitkan hati. Setahu aku, selalunya teguran mesti sedikit sebanyak akan mengguris hati. Nama lagi teguran kan.
Jadinya sekarang, macam mana? Tegur salah, tak tegur pun salah.
Yang pastinya, aku memang tak akan unfollow mana-mana selebriti yang aku dah follow sebab jujur aku katakan aku seronok tengok betapa harmoninya sesatu keluarga itu.
Dan apa yang boleh aku lakukan ialah berdoa Tuhan lindungi kita semua dari azabNya dan sentiasa berdoa Tuhan ampuni dosa kita pada hari pembalasan nanti. InsyaAllah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

15 June 2012

Petikan dari buku 'Aisyah Ummul Mukminin Keangunan Sejati' #1

"Pada suatu hari, Nabi Muhammad s.a.w.  bercerita berkenaan khurafat. Beliau berkata 'tahukah kamu apa itu khurafat? Khurafat adalah nama seorang lelaki dari suku Udzrah (suku yang terkenal di Yaman) yang ditawan oleh bangsa jin hingga dia tinggal bersama mereka dalam waktu yang lama. Kemudian para jin itu mengembalikannya ke dunia manusia, hingga dia menceritakan kepada orang berkenaan keanehan-keanehan yang dia lihat di dunia jin. Maka orang kemudia berkata, 'itu hanya cerita Khurafat'.
Hadis ini dicatat oleh Ahmad dan Tabrani."

Published with Blogger-droid v2.0.6

02 February 2012

Hari ini dan esok akan berkampung di hospital ¦ selebriti diberi kelonggaran guna cermin gelap?

Bersiaran dari Hospital Ampang Puteri seorang diri. Sejak Encik Suami bekerja di stor, cuti adalah satu yang mustahil. Meneman isteri ke hospital pun dah tak dapat dah. Maka, isteri mesti ke hospital seorang diri.

Sekarang tengah makan di kantin (wah dah lama tak sebut kantin), dan sedang membelek-belek surat khabar Metro.

Terbaca satu artikel bertajuk 'Hantu Kak Limah ken samun ¦ Mahu kelonggaran guna cermin gelap'.

Dalam artikel ini ada menyatakan bahawa......, Seniman berharap agar JPJ beri kelonggaran kepada SELEBRITI untuk menggunakan cermin kereta gelap.

Ini adalah bertujuan untuk....:
1. Melindungi keselamatan berikutan banyak kes jenayah membabitkan mereka;
2. Pasti menyenangkan golongan artis kerana mereka juga sering kali menukar pakaian dalam kereta kerana kesuntukan masa.

Wah.... Specialnya jadi artis.

What say you?....

P.s. artikel dari Metro.
X dpt nk letak backlink sebab update dr hset sajo.
Thank you.
Published with Blogger-droid v2.0.4

26 January 2012

Yeay...mak dah dapat solution...

Psst...korang...
Tadi, sampai saja rumah, mak terus eksited terlebih nak menerai baju yang mak baru beli tuuuu...

Oke.
Serius cakap, pakai dengan legging adalah sangat tak cool sebab mak gemuk dan punya kaki yang takde orang sanggup nak toleh dua kali or even tiga empat puloh kali!

Selepas berlagak selim melim pakai legging dan but yang tak seberapa dapat masuk sebab kaki gemuk itu, mak terpikir nak buat mix n match.

Yolah. Temanya 60-an kan kan kan. Tadi masa meng-gugel, mak tengok kain semua kembang-kembang semangkuk kat belah kaki.

Mak ada kain kembang!

So mak pakai dengan dress polka tu..........masuk dowhhhhhh!

Oke, mak tak tahulah mak seorang ke yang rasa masuk, tapi mak rasa memang masuk ah ah ah...

Walaupun, dengan memakai skirt kembang itu akan menghilangkan seri but tinggi yang mak beli tu, mak rasa ini option yang terbaik untuk kekalkan sisi muslimah mak awwwww...

Dan still masih menepati tema 60-an hokeh!

Owh ya. Mak beria-ia sebab besok mak adalah ketua usherette hahaha.

Mengada-ngadakannnnnn!
Published with Blogger-droid v2.0.4

24 January 2012

Azam 2012

Apakah?
Benarkah?
Adakah?

Hahaha.
Sebenarnya tidak ada azam pung!
Sebab apa?
Sebab azam-azam tahun lepas pun tak ternunai. Dok brought forward jek!

Namun, insyaAllah, mana mampu, mak cuba tunaikan.

Papepun, tiap2 tahun kita memang kena cuba improve diri memasingkan.

Jom semua, kita berusaha.

Caiyuk caiyuk!
Published with Blogger-droid v2.0.3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...