Tabungan

17 January 2014

Seminggu saja

Dah lama tak menulis.
Entahlah.
Tak ada mood.
Sibuk.
Macam2 jadi di pejabat.
Politik sana-sini.
Tikam belakang depan kiri kanan.
Kawan tak bertegur sapa.
Haish.
Macam-macam.

Kadang2, things happened out of our control. Benda yang kita rasa remeh rupanya berat di mata orang. Pertanyaan yang simple jadi rumit. Perkara kecil jadi meleret-leret. Kelakar pun ada. Haha.

Politik pejabat. Kadang2, tergelak tengok apa yang berlaku di pejabat. Yang ini kata macam ni. Yang itu kata macam tu. Tapi tanpa sedar, dua2 pihak ni sebenarnya melakukan perkara yang sama. Haha. Yang ni memang kelakarlah. Yang ni pun meleret-leret.

Business. Ada yang sanggup unfriend dekat Facebook hanya kerana business yang dijalankan. Jumpa di pejabat dah tak tahu nak pandang mana. Aku tak tahu mana perginya slogan 'berniaga secara bijak' 'bersaing secara sihat' yang sering dilaung-laungkan bila aku pulak yang di-unfriend? Kelakar nih. Kelakar.

Pendek kata, semua perkara yang sepatutnya boleh jadi mudah, dipanjang-panjangkan menjadi isu yang remeh-temeh.

Kenapa hidup ni perlu ada kebencian?
Kenapa tak ada kebahagiaan yang berpanjangan, keamanan yang berterusan, keceriaan yang ditebar secara luas kepada seluruh penduduk dunia?

Kalau hanya keamanan dan kebahagiaan yang dijanjikan di syurga Allah, kenapa -- tetap kebencian dan pengkhianatan yang berlaku di bumi Allah?

Kenapa perlu putus kawan, putus saudara hanya kerana masalah yang boleh diselesaikan?

Kenapa? 
Aku tak faham.
Kenapa....? 
Kalau boleh jawab, sila.
Malu nak tulis sini, sila e-mail aku.
Terangkan kenapa.
Jujur.
Aku tak faham.

Sahabat..

Hidup ini hanya sekali. Entah kita dapat berjumpa di akhirat kelak. Entah. Aku pun tak tahu. Syurga itu luas. Neraka itu dalam. Jumpa ke kita. Ingat ke kita. Bertanda ke dahi kita dengan cop Neraka. Kita semua tak tahu perkara tu.

:)

Yang main politik di pejabat -- terpulanglah. 
Yang berkecil hati / yang unfriend aku di facebook -- aku tidak berdendam dengan sesiapa. Aku masih aku. Aku tidak berkecil hati. Malahan tidak sedikit pun membuang kalian. Tapi kalau kalian tekad membuang aku dari tali silaturrahim ini -- terpulanglah.



No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...