Tabungan

Showing posts with label Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Jumaat. Show all posts

13 September 2013

Segmen Jom Kongsi Ilmu #2 - Maksud Bacaan Dalam Solat

Tadi aku dah kongsikan maksud Doa Iftitah. Jadi kita teruskan dengan maksud bacaan dalam solat yang lain.



Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.




Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah,
ampunilah dosaku dan rahmatilah daku,
lindungilah daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku petunjuk,
selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


Semoga mendapat berkat ilmu yang kita kongsi bersama-sama ini.
In Sha Allah.







hari ini hari Jumaat : Segmen Jom Kongsi Ilmu #1



Assalamualaikum. Selamat pagi. Semoga mendapat Jumaat yang diberkati. :)

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. 
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. 
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. 
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam. 
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Sedikit trivia di pagi Jumaat ini -- bacaan ayat di atas adalah doa apa? 
Kita baca 5 kali setiap hari. 
Iya -- itu adalah bacaan Doa Iftitah.
Doa yang kita baca dipermulaan solat selepas takbiratul ikram.

Semoga mendapat manfaat di hari Jumaat yang mulia ini. Nanti kita kongsi ayat-ayat yang lain pula ya :)




07 October 2011

Salam Jumaat - Mukadimah Seperti Biasa

Hari ni bermula dengan lambat sedikit kan.
Pukul 10 baru keluar entri.
Selalu pukul 10 dah dapat keluar auto-publish.


Entah. Pagi tadi, masuk pejabat, dah ada kerja menanti. Dah ada isu yang timbul. Hmmmm.


***

Semalam, pergi Ampang Puteri untuk follow-up keadaan Qalesya.
Alhamdulillah. Paru-paru dah ok.
Cuma tinggal batuk sikit-sikit saja lagi.
Selsema pun nampak macam dah kurang sikit.
Lega hati mak.
Terima kasih atas doa kalian. Mak sangat-sangat menghargainya.
Peluk-peluk!!


***


Semalam buat tema kenangan.
Tapi macam tak habis saja lagi?
Ihiks.Ihiks.
Nak sambung lagi ke?


Mak cuba. Dan akan selang-seli dengan perkara lain juga.


Selamat hari Jumaat. Jangan lupa sembahyang Jumaat. Jangan lupa potong kuku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...