Tabungan

Showing posts with label ashraf muslim. Show all posts
Showing posts with label ashraf muslim. Show all posts

26 July 2013

Kenyataan Ashraf Muslim



MEDIA : Kenapa baru sekarang Ashraf mahu menjelaskan kepada media?

ASHRAF:Saya lihat, apabila saya terlalu berdiam diri, terlalu banyak spekulasi dan cerita-cerita tak baik saya dengar. Banyak perkara yang boleh menjatuhkan, memalukan, menghina saya, menghina isteri-isteri saya, menghina keluarga saya boleh berlaku. Ini menyebabkan saya agak terkilan dan saya rasa ini masanya untuk saya beritahu kepada orang di sekeliling saya.

MEDIA : Bagaimana hubungan Ashraf dengan isteri (Dayana)?

ASHRAF:OK. Alhamdulillah. Saya dan Dayana OK tak ada masalah. Dengan Sakinah juga tak ada masalah. Cuma, iyalah, apabila…saya tak nak apa yang berlaku di luar sana, orang mengata menyebabkan kerosakan dan hubungan kami menjadi tak baik. Saya juga tak nak disebabkan orang luar juga, hubungan antara keluarga dengan bapa mertua dan orang sekeliling dengan keluarga saya menjadi tak baik. Dalam keadaan sekarang ini alhamdulillah. Saya baru hantar ibu dan bapa mertua saya (ibu bapa Dayana) ke lapangan terbang untuk menunaikan umrah.

MEDIA : Jadi, hubungan dengan keluarga mertua tak ada masalah?

ASHRAF:Tak ada masalah sebenarnya cuma ada yang marah. Memanglah kita tak boleh nak halang orang marah kan? Macam-macamlah yang diperkatakan tetapi macam mana pun mereka keluarga mertua saya. Ini mengambil masa.

MEDIA : Pagi tadi Asyraf dikatakan ke mahkamah. Betul?

ASHRAF:Saya rasa itu berita tak betul. Sebab pagi tadi, saya pergi menghantar keluarga mertua saya ke lapangan terbang.

MEDIA : Bagaimana hubungan Dayana dengan Sakinah?

ASHRAF:Sekarang mereka(Dayana dan Sakinah) sedang keluar sama-sama.

MEDIA : Adakah hubungan mereka baik?

ASHRAF:Dalam proses. Kena berbaiklah. Ini memanglah, dalam peringkat permulaan memang cakap tak sukalah apalah tapi ini tugas saya. Saya sebagai ketua keluarga kena jagalah semua sekali. Dari sudut isteri-isteri saya, keluarga mertua, keluarga saya semua. Jadi, kalau ada orang luar yang buat kucar-kacir yang mencucuk sana sini, itu yang tak betul. Tetapi alhamdulillah sekarang ini mereka OK.

MEDIA : Sebelum ini Ashraf dakwa ada media yang memfitnah dengan mengatakan Ashraf berpoligami. Tapi ternyata benar Ashraf berpoligami. Apa komen?

ASHRAF: Yang dikatakan fitnah itu, sebab kenyataan itu (disiar media) bukan datang dari saya, Sakinah atau Dayana. Tidak ada. Tetapi saya tidak menafikan. Saya cuma mengatakan perkara itu tidak datang kami. Macam mana kenyataan itu boleh keluar. Kalau diikutkan etika kewartawanan, ia tidak boleh. Setahu saya lah tapi tak apa, perkara itu dah lepas. Saya minta maaf banyak-banyak. Kalau boleh nak rahsiakan perkara ini tetapi disebabkan orang dah tahu, nak elak-elak pun dah tak boleh juga. Jadi, sekarang nak kena betulkan balik.

MEDIA: Bagaimana penerimaan keluarga Ashraf sendiri?

ASHRAF: Setiap pergerakan saya, setiap niat saya, saya beritahu mereka awal-awal dan saya beritahu awal-awal. Cuma, ada yang tidak terima. Apabila tidak terima itu yang bertindak di luar jangkaan. Siapa itu kena nilai sendiri. Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa. Tak apalah sebab, tidak semua yang kita buat orang terima.

MEDIA: Mengapa berkahwin kali kedua sedangkan perkahwinan pertama masih baru?

ASHRAF: Kalau orang itu berniat hendak kahwin, dia akan kahwinlah. Kita ini manusia. Saya bukan sempurna. Saya tidak mahu berlaku fitnah di dalam hati saya. Ini bukan sebab zuriat atau keluarga. Bukan! Apabila kita ada rasa perasaan itu, kalau kita elak-elak macam manapun, nanti ia akan… Saya takut saya akan buat benda yang tidak baik. Lebih baik saya berkahwin. Apabila buat keputusan kahwin, itu yang macam saya cakap tadi.

MEDIA: Mengapa berkahwin di Thailand?

ASHRAF: Itu satu keputusan yang saya susah hendak lakukan. Pertama untuk poligami, lama saya fikir. Bukan senang hendak berpoligami, saya tahu susah. Saya tanya kepada banyak ustaz, pakar kaunseling dan berbincang. Bukan saya buat satu keputusan mahu terus berpoligami. Tidak. Semuanya ada pro dan kontra. Keputusan bernikah di luar negara pun, saya fikir beribu kali. Tapi disebabkan pada peringkat permulaan, niat saya ini saya sudah beritahu keluarga saya, Dayana, ibu dan bapa mertua saya. Apabila saya sudah terangkan, ada yang tidak terima dan apabila saya failkan untuk berpoligami, ada tindakan di luar jangkaan yang saya agak terkejut juga. Jadi, tidak mengapalah, mungkin itu menyebabkan saya membuat keputusan untuk kahwin di luar negara. Sebab kita tahu, apabila di mahkamah, perjalanannya agak panjang sedikit. Disebabkan ramai yang sudah membuat spekulasi yang macam-macam, akan banyak mengaibkan keluarga saya dan orang lain, perkara ini akan berpanjangan. Nanti, ia akan menyakitkan hati ramai orang. Saya buat keputusan untuk berkahwin di luar negara.

MEDIA: Siapa yang ada ketika majlis nikah di luar negara?

ASHRAF: Keluarga saya, adik beradik semua ada. Keluarga Sakinah, mak ayah dia, adik beradik dia, saudara mara semua ada. Saya bawa dalam 30 orang. Bukan kahwin lari. Orang kata kahwin lari…tidak.

MEDIA: Adakah Dayana mengetahui mengenai perkahwinan itu?

ASHRAF: (Dayana) Tidak tahu. Memang saya tak beritahu pada peringkat permulaan. Memang saya nak beritahu selepas itu. Saya tahu hati dia terluka, saya tahu hati dia bersedih. Saya minta maaf banyak-banyak pada dia. Saya terangkan pada dia, sebab apabila saya minta elok-elok, jawapannya begini. Tak apa, saya buat cara ini untuk menerangkan pada dia selepas itu. Tetapi, tentang tiket pernebangan itu…apabila saya balik itu, dah tentu dia kemaskan. Saya pun tak sempat nak beritahu. Saya baru sampai semalam (ketika kejadian). Esok paginya, baru saya nak beritahu. Memang Tuhan nak tunjuk. Saya pujuk dia, bincang dengan dia, cakap elok-elok. Hati perempuan kan, saya kena fahamlah.

MEDIA: Perancangan untuk buat kenduri?

ASHRAF: Ada. Apabila semua sudah selesai, semua sudah redha. Saya mahu buat yang terbaik untuk semua, untuk isteri-isteri saya, untuk keluarga saya. Tengoklah macam mana nanti. Kenduri mungkin tak adalah besar-besar. Untuk keluarga-keluarga saja. Mungkin awak semua (media) saya jemputlah. Kenduri doa selamat saja.

MEDIA: Sudah ada dua rumah, jadi beraya di mana?

ASHRAF: Saya belum merancang lagi tentang itu. Fokus saya sekarang ini adalah untuk meredakan keadaan dulu.

MEDIA: Isteri tinggal sebumbung?

ASHRAF: Asing-asing. Dayana tinggal dengan saya.

MEDIA: Bagaimana keadaan Sakinah apabila dia dihentam teruk oleh orang di luar sana?

ASHRAF: Kita mesti tertekan apabila orang asyik kutuk kita, cakap macam-macam, hina kita. Tapi, apa yang saya boleh pesan pada dia, sabar. Itu saja. Mulut orang kita tidak boleh tutup. Sabar, sabar, sabar dan dengar apa yang saya cakap. Sebagai seorang isteri, kalau hendak bahagia, dengar saya cakap. Kalau tidak dengar, memang tak bahagialah. Kalau melawan, melawan, melawan, tidak jadi juga. Itu yang saya nasihat pada mereka supaya mereka bersabar.

MEDIA: Tentang mereka keluar bersama, pertama kali mereka keluar bersama atau pun…?

ASHRAF: Ada (keluar) sebelum ini. Biar mereka berbincang ke apa ke, ikut merekalah. ‘Women talk’. Biarlah.

MEDIA: Dayana sudah boleh terima Sakinah?

ASHRAF: Dalam proses. Kita tak boleh hendak cakap 100 peratus sebab ini perempuan. Kita sebagai seorang lelaki kena faham perempuan. Nak terima itu hak dia. Kita tak tahu dia nak terima macam mana.

MEDIA: Ada Dayana minta dilepaskan ke?

ASHRAF: Tak adalah. Jauh sekali. Tak ada. ‘Think foward’ kalau kita ‘think backward’ macam-macam jadi tak betul. Benda dah selesai dan kita fikir macam mana nak jadi lebih baik. Saya nak minta maaf kepada pihak media. Sebelum-sebelum ini, mungkin ada benda yang saya terpaksa nak rahsiakan, ada benda yang saya perlu beritahu. Hal berkaitan keluarga ini, kita banyak benda nak kena jaga. Kadang-kadang terlepas itu, terpaksa kita…iyalah benda-benda terlepas itu… Sebenarnya saya tak nak beritahu, nanti baru saya beritahu, tetapi entah macam mana boleh terbongkar. Macam-macam sudah berlalu, kena sabar, kena telan. Tapi itu silap saya. Saya mengaku silap saya. Macam ada yang cakap berkahwin di luar sana tak betul…bagi saya, kahwin di luar di mana-mana pun sama. Saya kahwin dulu pun di luar negara juga. Cuma, persepsi saja. Apabila kita berpoligami, orang cakap macam-macam.

MEDIA: Apa komen Ashraf tentang puisi ‘Dayana’ yang tersebar.

ASHRAF: Tak ada. Dayana langsung tak buat puisi. Dia pun tak ada masa, dia pun bukan orang berpuitis, saya kenal dia. Itu bukan dia. Bagi saya, orang ambil kesempatanlah. Benda ini sudah jadi kecoh begini, ditambah lagi (dengan puisi). Ada yang cakap Dayana masuk hospital sebab sakit apa semua, tak ada. Dayana memang demam. Dia sendiri cakap, ‘kenapalah buat kenyataan seperti itu’. Tapi saya faham apabila orang marah, kita kena terimalah. Saya sayang keluarga mertua saya, isteri-isteri saya, keluarga saya.

MEDIA: Ada dakwaan mengatakan Ashraf penyebab Sakinah putus tunang.

ASHRAF: Itu saya tidak tahu. Saya tahu pasal dia putus tunang tetapi ia tidak ada kena mengena dengan saya.

MEDIA: Apa harapan Ashraf selepas ini?

ASHRAF: Harapan saya, doakanlah. Kadang-kadang kita tulis atau dalam blog, salah satu doa. Sebab saya tidak pernah mengaibkan orang lain. Jadi, janganlah nak mengaibkan saya dan keluarga saya. Saya harap di luar sana, janganlah kita fikir yang ini salah, yang itu salah. Saya nak yang terbaik untuk saya dan keluarga saya. Kalau boleh kami dapat meneruskan perjalanan hidup ini dengan baik.

Sumber :



***

Bila bercakap tentang poligami, hati yang paling terluka dah tentu perempuan. Sebab, perempuan yang akan rasa perasaan berkongsi. Lelaki apa ada hal? Mereka dapat dua.

Tetapi, dalam Islam, poligami bukanlah sesuatu yang salah. 
Rasulullah s.a.w. sendiri berpoligami.

Maka, kalau Ashraf nak berpoligami sekalipun, itu hak dia. Macam yang dia kata, dia manusia biasa. 

Tapi masalahnya sekarang, pada pendapat aku, yang buat perkara ini menjadi isu adalah kerana situasi-situasi tambahan dalam perkara ini. Isu-isu yang Ashraf sendiri dah lakukan sehingga membuatkan dirinya terdedah dengan kutukan dan makian orang ramai. Termasuklah Sakinah sendiri. 

Apa yang aku nampak (dan rasanya orang-orang lain nampak dan lihat) adalah begini:

Ashraf:
1.  Kenapa menipu Dayana?
2.  Kenapa kahwin di Thailand?

Sakinah:
1.  Kenapa Ashraf?
2.  Kenapa sanggup kahwin suami orang?

Tapi, iyalah -- Ashraf dah pun menjelaskan. Terpulanglah kepada semua untuk menerima atau tidak. Sedangkan Dayana sendiri boleh sabar menerima, kenapa kita pula sibuk-sibuk nak memburukkan keadaan. Kita doakan agar supayanya baik-baik saja.

Hari ini hari mereka, kita sendiri tak tahu apa Tuhan dah atur buat kita. Mungkin sekarang kita sedang bahagia, suami baik, keluarga menantu baik, tapi kita mana tahu, entah-entah dalam tahun-tahun mendatang suami bosan dengan kita -- dah kita pula kena.

Husnuzon.

Sebarkan yang baik-baik saja walau ditelan memang pahit. 
Dayana memang aku lihat sebagai perempuan yang sangat tabah.
Walaupun telah dimadu dengan penipuan, masih sanggup menemani suami berpengangan tangan melemparkan senyuman.

Kalaulah aku...... kalau aku......... Gulp.

Tabah.

Sakinah -- apa yang dia boleh ucap hanya 'maafkan saya'.




p.s.
Aku tak mahu payung emas.
Aku nak emas ja boleh?
Haha.











18 July 2013

Luahan hati ayah Dayana - Lokman Abdul Hamid

“Saya berasa amat kesal dan kecewa dengan sikap dia kerana sanggup menipu Dayana. Anak saya sudah banyak bersabar dan menangis dengan sikapnya. Soal zuriat bukan alasan untuk dia berpoligami kerana mereka baru dua tahun berkahwin dan ketika itu, anak saya masih lagi belajar. Lainlah, kalau sudah lima tahun berkahwin tetapi masih tak ada anak, mungkin saya juga izinkan. 

“Masa dia nak kahwin dengan Dayana dulu, saya tanya dia ada teman wanita atau tidak? Dia cakap tak ada. Sekarang, dia sendiri buat permohonan berpoligami April lalu, alih-alih sudah berkahwin sebelum hari perbicaraan. Kalau keputusan mahkamah meluluskannya untuk berkahwin lagi sekalipun, kami pasrah dan menerima keputusan itu dengan baik,” katanya.

“Terpulang pada Dayana sama ada untuk terus bersama Ashraf atau tidak. Kami ada meminta dia untuk tinggal bersama kami, tetapi dia tidak mahu atas sebab masih isteri kepada Ashraf. Selagi mereka sah suami isteri, Ashraf masih lagi menantu saya cuma hubungan kami tidak lagi seperti dulu selepas apa yang dia lakukan kepada Dayana. 

“Saya sudah lama syak perubahan pada diri Ashraf ketika kami menunaikan umrah. Saya ada bertanya pada dia di depan Kaabah, tetapi dia cuma mendiamkan diri. Saya dapat tahu Ashraf menjalin hubungan dengan wanita ini ketika dia masih bertunang lagi,” katanya. 

“Sebagai lelaki, saya faham itu hak dia untuk berkahwin dua atau tiga sekalipun. Tetapi dia menipu kami dan berkahwin di Thailand... Itu yang kami tidak boleh terima.

“Saya ada bertanya Ashraf adakah bapa dia setuju dengan keputusan dia untuk berpoligami? Katanya, bapa dia cakap terpulang pada dia. Saya tahu bapa dia juga tidak reda dengan tindakannya,” katanya. 



Pelakon nikah di Thailand 7 Julai, bapa mentua kecewa menantu berubah sikap

Luluh hati Noor Dayana Lokman, 26, selepas mendapat tahu suaminya, Ashraf Muslim sudah berkahwin senyap-senyap dengan kakitangan sebuah stesen televisyen (TV), Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, pada 7 Julai lalu di Thailand. 

Di kala dirinya tertekan dengan permohonan berpoligami pelakon berusia 32 tahun itu, hatinya bagaikan disentak dengan berita mengejutkan sebaik menyedari Ashraf berangkat ke Thailand bukan atas urusan perniagaan, sebaliknya bernikah kali kedua. 
Raut wajahnya yang kelihatan sugul dan sayu ketika hadir di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bersama Ashraf bagi mendengar keputusan berpoligami itu semalam, jelas menggambarkan kesedihan dan keperitan yang dialaminya. 

Bukan hanya Dayana, keluarganya turut tertipu dan kecewa dengan sikap Ashraf yang sanggup membohongi mereka dengan tidak memberi sebarang sebab atas tindakannya itu.


Kecewa sikap Ashraf 
Hati bapa mana yang tidak sedih melihat anaknya diperlakukan sedemikian. Namun, Lokman Abdul Hamid, 54, menganggap dirinya tidak punya kuasa untuk mencampuri urusan rumah tangga anaknya itu berikutan mereka masih suami isteri yang sah. 

“Saya berasa amat kesal dan kecewa dengan sikap dia kerana sanggup menipu Dayana. Anak saya sudah banyak bersabar dan menangis dengan sikapnya. Soal zuriat bukan alasan untuk dia berpoligami kerana mereka baru dua tahun berkahwin dan ketika itu, anak saya masih lagi belajar. Lainlah, kalau sudah lima tahun berkahwin tetapi masih tak ada anak, mungkin saya juga izinkan. 


“Masa dia nak kahwin dengan Dayana dulu, saya tanya dia ada teman wanita atau tidak? Dia cakap tak ada. Sekarang, dia sendiri buat permohonan berpoligami April lalu, alih-alih sudah berkahwin sebelum hari perbicaraan. Kalau keputusan mahkamah meluluskannya untuk berkahwin lagi sekalipun, kami pasrah dan menerima keputusan itu dengan baik,” katanya.

Lebih menyakitkan hatinya, anaknya mendapat tahu mengenai perkahwinan kedua Ashraf selepas menemui jadual penerbangannya yang turut tertera nama Wan Sakinah, kelmarin di dalam beg Ashraf.

Terasa bagai ditipu, pengasas Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah itu menyerahkan kepada anaknya untuk membuat keputusan mengenai hala tuju hidupnya sendiri. 

“Terpulang pada Dayana sama ada untuk terus bersama Ashraf atau tidak. Kami ada meminta dia untuk tinggal bersama kami, tetapi dia tidak mahu atas sebab masih isteri kepada Ashraf. Selagi mereka sah suami isteri, Ashraf masih lagi menantu saya cuma hubungan kami tidak lagi seperti dulu selepas apa yang dia lakukan kepada Dayana. 

“Saya sudah lama syak perubahan pada diri Ashraf ketika kami menunaikan umrah. Saya ada bertanya pada dia di depan Kaabah, tetapi dia cuma mendiamkan diri. Saya dapat tahu Ashraf menjalin hubungan dengan wanita ini ketika dia masih bertunang lagi,” katanya. 

Lokman berkata, Ashraf sudah meletakkan jawatannya di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah pada 1 Jun lalu selepas menyuarakan hasrat untuk berpoligami dan kini mengurus syarikat produksi sendiri, Al-Hidayah Production. 

“Sebagai lelaki, saya faham itu hak dia untuk berkahwin dua atau tiga sekalipun. Tetapi dia menipu kami dan berkahwin di Thailand... Itu yang kami tidak boleh terima.

“Saya ada bertanya Ashraf adakah bapa dia setuju dengan keputusan dia untuk berpoligami? Katanya, bapa dia cakap terpulang pada dia. Saya tahu bapa dia juga tidak reda dengan tindakannya,” katanya. 

Meskipun keputusan mahkamah membenarkan Ashraf menarik balik permohonannya untuk berpoligami, dia dikehendaki membayar denda sebanyak RM8,000 kepada Dayana. 


Bergegas tinggalkan mahkamah


Selepas selesai perbicaraan yang diadakan secara tertutup dalam kamar mahkamah hanya dihadiri pasangan itu serta peguam masing-masing, Ashraf dan isteri dilihat bergegas keluar meninggalkan premis itu. Wartawan cuba mengekori pasangan itu bagi mendapatkan komen, namun mereka enggan mengulas.

“Ini hal rumah tangga, tiada apa yang nak diceritakan,” kata Ashraf sambil bergegas berjalan berpimpin tangan dengan Dayana meninggalkan mahkamah. 


Reaksi Wan Sakinah

'Minta maaf ya'

Hanya ungkapan maaf dipohon isteri kedua Ashraff Muslim, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, apabila tidak dapat mengulas kontroversi pernikahannya dengan pelakon itu yang dikatakan berlangsung di Bangkok, Thailand, Ahad lalu. 

Bekas kakitangan sebuah stesen televisyen itu ketika dihubungi HIP memberi alasan, dia sedang bermesyuarat di lokasi.


Nada suara tenang

Namun, Wan Sakinah tetap menjawab panggilan telefon dengan tertib walaupun beberapa kali terdiam.

“Harap faham, saya tak boleh cakap apa-apapun. Minta maaf ya,” katanya yang tetap tenang walau diasak pelbagai soalan berhubung pernikahan mereka selain kehadiran Ashraff dan Dayana ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, semalam.

Ditanya mengapa dia tidak menemani suaminya ke mahkamah sedangkan mereka sudah punya ikatan sah, sekali lagi Sakinah meminta maaf. 

Difahamkan Ashraf yang kini membuka gerai di sebuah bazar Ramadan di ibu negara pernah membawa Sakinah dan Dayana ke tapak perniagaannya tetapi secara berasingan.

Malah isteri keduanya juga dilihat lebih kerap berada di gerai berkenaan iaitu hampir setiap hari sejak operasi bisnes minyak wangi itu dimulakan sejak awal Ramadan.



Kata-kata Dayana kepada Ashraf Muslim

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...

sumber Beautiful Nara

 dan sekarang, apa yang Sakinah boleh kata hanyalah -- "saya tak boleh cakap apa-apa".







Husnuzon.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...