Tabungan

Showing posts with label korea. Show all posts
Showing posts with label korea. Show all posts

22 July 2019

Review Drama Korea - Angel's Last Mission : Love

Sebenarnya, dah lama dah aku berniat nak buat review drama-drama Korea yang aku dah tonton. Tapi, yelah, tak ada masa terluang yang boleh aku guna untuk duduk menaip dan fikir ayat yang sesuai untuk ceritakan pada kalian betapa bagus, betapa 'enjoy'nya sesuatu cerita tu untuk ditonton.

Tapi untuk drama Korea yang satu ni, aku buat sedikit pengecualian. Cerita ni aku rasa agak under-rated sebab tak ada pula aku dengar cerita ni meletop-letop dalam internet atau aku yang tertinggal kapal (hahaha!!)

Aku tonton cerita ni pun secara tak sengaja sebab asyik lalu-lalang dalam senarai drama dalam aplikasi Viu aku. Pelakonnya pula, jujur aku katakan - aku hanya kenal mereka sebagai second lead actor and actress. Tu yang lagi liat nak tonton.

TAPI!!!!..., serius! hanya selepas tonton satu episod saja dah buat aku gila nak marathon drama ni. Lepas main PUBG, walau dah pukul 11 malam sekali pun, aku sanggup cengkang mata nak tonton drama ni.

Ketagih tengok dua-dua pelakon ni berlakon. Terutama sekali pelakon perempuannya. Pada aku, dia bawa watak sebagai penari balet dengan cemerlang sekali. Badan dia, postur dia, body language dia, memang menjadi sangat sebagai seorang penari balet. Dan karakter dia sebagai seorang yang panas baran, memang menjadi sekali sampai aku sendiri rasa nak hempuk kepala dia - ketegaq sangat hoi!

Tapi dalam baran-baran dia tu, ada sisi lembut dia. Itu yang buat karakter lead actress ni, berkembang dengan baik. Tak jemu... Baran tapi sangat lemah lembut. Berlawanan kan? Hah, cuba fikir... Susah kan nak jadi macam tu :)

Yang si pelakon lelaki ni pula, aku pernah tonton lakonan dia dalam drama My Lovely Girl, berlakon dengan Rain dan Krystal. Berlakon jadi idol yang sombong dan degil. Memang tak minat ke dia masa aku tonton drama tu. Tapi dalam drama ni, dia jadi Angel yang ditugaskan untuk jaga pelakon utama perempuan ni tadi. Tugas nya jaga awek, alih-alih jatuh cinta. Cliche but noiceee!!

Jalan cerita drama ni memang lebih kepada fantasi sebab berkait dengan angel bagai. Untuk tontonan - okey, tapi jangan korang percaya lak, lain jadinya haha.

Pada aku, jalan cerita drama ni berkembang dengan cepat dan tak bosan, tak ada istilah terlalu drag ke apa ke dalam drama ni. Transition babak ke babak pun pada aku memang smooth dan boleh relate.

Bonus untuk drama ni juga - OST dia, adoi, memang power. Boleh katakan semua soundtrack dia, memang terbaik. Ada lagu catchy (sesuai dengan kerenah kedua-dua pelakon), ada lagu sedih (sesuai dengan kebanyakan situasi dalam drama ni). Ada satu lagu yang lead actor ni nyanyi sendiri. 

Pendek kata - disebabkan cerita ni, aku rasa nak start review drama-drama Korea yang aku dah tengok (hahaha!!) 

Sebagai rekod, aku masih belum move on dengan drama ni sampaikan nak tido pun aku layan OST drama ni dulu sampai ngantuk.

Serius tak boleh move on!!

So guys, pada siapa yang suka cerita romantik fantasi dan sangat easy going, you guys should try this drama. Serius tak rugi :)






Para Pelakon:

Shin Hye-sun sebagai Lee Yeon-seo 
Seorang ballerina yang panas baran, tak percaya pada cinta.

Kim Myung-soo sebagai Dan / Kim Dan / Yoo Seong-woo
Seorang malaikat yang hanya boleh balik ke Syurga apabila dah selesaikan misi yang diberi.
Sebelum jadi malaikat, dia seorang manusia yang hidupnya sangat derita.




Lee Dong-gun sebagai Ji Kang-woo
Mentor pada Yeon-seo. Mamat ni ada hati dengan Yeon-seo. Dan mamat ni juga sebenarnya dulu malaikat macam Kim Dan juga.

Kim Bo-mi sebagai Geum Ni-na
Sepupu (sepupu jauh wek!) juga seorang ballerina, selalu kalah dengan Yeon-seo, selalu jadi simpanan kepada Yeon-seo dan dia ada hati dengan Kang-woo (siannnn)

Do Ji-won sebagai Choi Yeong-ja
Mak kepada Ni-na. Bertindak sebagai Pengarah Fantasi Ballet sejak Yeon-seo buta dan tak mahu ambil tahu tentang dunia ballet lagi. Sangat tamak dan sanggup buat apa saja asalkan dia dapat Fantasia Ballet tu. Tapi sejahat-jahat dia, dia sayang sangat anak-anak dia.

Kim In-kwon sebagai Hu
Ketua Malaikat yang menjadi penyampai misi dari Tuhan pada Kim Dan. Nampak garang, tapi sayang sangat pada Kim Dan.

(Pelakon dia ada ramai lagi tau, bukan yang atas ni ja)

Sinopsis:

Kim Dan, seorang malaikat yang ditugaskan untuk pastikan Yeon-seo jatuh cinta dan percaya pada cinta. Malangnya, disebabkan terlalu banyak hadap episod duka (mak ayah mati, pakcik mati, mata buta) Yeon-seo memang benci dan tak percaya pada cinta. Jadinya, Kim Dan ni frust, ate gile, macam mana nak buat minah yang benci pada cinta, jatuh cinta pulak kan.

Bila secretary (penjaga) Yeon-seo meninggal dunia disebabkan kemalangan jalanraya, Kim Dan cuba apply untuk jadi secretary Yeon-seo dan dia berjaya dapat jawatan tu. Bermulalah episod lawak diorang ni, serius lawak dan sweet. Sediakan bantal untuk ketawa-ketawa kecil belakang bantal itu okey!

Keluarga makcik dia pulak, time ni, menjadi-jadi jahatnya. Lepas satu-satu benda diorang rancang nak jatuhkan Yeon-seo. But sorry!, dia ada guardian angel okey. So payahla nak kenakan dia walaupun ada la juga kena sikit-sikit.

Sampai satu masa, Yeon-seo dapat tahu Kim Dan ni malaikat dan saling jatuh cinta. Ready blanket pula dan hati-hati masa guling-guling atas katil sebab keriangan tengok budak dua orang ni okey!?

Ending dia ------ sedih huhu. Taknak cerita. Ai is tak boleh move on. Sila tengok sendiri!!




Original Sound Track

1. A Welcome Rain - Lee Moon-sae
2. Oh My Angel - CHAI (Lee Soo-jung)
3. The Nights That I Miss You - L (Infinite)
4. Because of You - Huh Gak
5. Stay - O.WHEN
6. In Your Light - Fromm
7. Scent - Sojung (Ladies' Code)
8. Pray - KLANG
9. Sweeter - Jess Penner



Ahh. I really need to move on.

So Ji Sub dah nak kawin. apa pun tak boley. 

Ok guys, kalau korang rasa nak aku review lagi drama Korea, bagitau la ye.  Komen kat facebook pun boleh, komen kat sini pun boleh. Benda boleh bincang.... Ehh!!!


Bye Guys!!









23 August 2013

Penyakit Baru - Demam Running Man @ Demam Korea

Maafkan aku. Aku dah cuba, tapi tak boleh. Mereka terlalu adorable untuk dilepaskan. Chemistry antara mereka sangat menjadi. Mereka tak hensem -- tapi mereka hensem. Gosh -- apa yang aku cuba sampaikan ni?

Macam inilah. Aku berterus-terang, aku dengan TIDAK sengaja telah memasuki territory Korea. Mungkin belum 100%, belum 50% juga sebab aku buat masa ini hanya follow Running Man sahaja. Aku dengan sukarela bagi pengecualian untuk Running Man.

Aku pernah bercakap pasal Running Man dalam entri aku yang terdahulu di sini. Dan ya -- sejak itu aku memang gila dengan Running Man. Kalau ada yang masih belum tengok Running Man, tengoklah -- memang tak rugi. Kalau tengah sedih, tengok Running Man (RM) -- mesti terhibur. Percayalah!!

Apa yang aku kagum tentang RM, tentang Korea, tentang mereka ialah -- sopan santunnya mereka. Dengan siapa pun, sentiasa hormat antara satu sama lain. Panggilan mereka antara satu sama lain. Cara pakaian mereka. Aku perhatikan -- dalam episod-episod awal RM, kalau mana-mana pasukan itu kalah, mereka akan dikenakan hukuman. Dan selalunya mereka kena pakai hot pants atau pun seluar pendek. Ni seluar yang betul-betul pendek. Memang kalau perempuan pakai memang seksi lah. Tapi aku perhatikan, kalau Ji Hyo kena hukuman tersebut -- diorang takkan suruh Ji Hyo pakai. Hukuman untuk Ji Hyo ialah pakai misai dan janggut palsu. Kagum aku -- diorang pun taknak Ji Hyo terlalu seksi dalam RM. Diorang betul-betul jaga Ji Hyo. :)

Okey -- cukuplah pasal RM. Kang muak pula kau orang semua kan haha. Yang pasti, cuba tengok RM satu episod. Kalian akan terikut sampai habis. Haha.


***

Masa aku keluar dengan Nazri, aku singgah Daiso. 









Daiso ni kedai yang jual barang dia semua pada harga flat RM5. Barang-barang dia semua comel-comel. Memang best masuk kedai Daiso ni. Memang tak sedar boleh shopping sampai berpuluh-puluh ringgit. Gila tak perasan. Barang comel-comel kot.

Aku memang purposely masuk Daiso sebab aku nak beli sesuatu. Aku nak beli --------


SARUNG TANGAN!! Korea sangat kan!!

Okey okey. Daiso adalah dari Jepun. Tapi still ------- Korea sangat kan!! (bagilah can pada aku) Hahaha.

Sekarang ni dekat pejabat aku, adalah sangat-sangat sejuk. Jadi aku memang terfikir nak beli sarung tangan. Kalau sejuk boleh pakai. Tapi, sejak aku beli sarung-sarung tangan comel ni -- pejabat aku tak pernah-pernahnya sejuk pula! Masa bila nak berangan pakai ni!! Grr.


Tapi sebenarnya -- keluar saja dari Daiso, aku dah pakai satu dah.


Comel kan?
Kasik can la sikit!!
Haha.




Pakai masa drive pun boleh.





p.s.
Putri, akak beli satu untuk kamu. Yang warna hitam putih tu. I love you!






30 July 2013

Running Man dan kesannya kepada Industri Pelancongan -- Acewah!

Nampak tak? Nampak tak? Tajuk pun dah cukup ilmiah. Nampak tak?

Haha.

Okey, jujur aku cakap, dulu aku cukup menyampah dengan adik bongsu aku yang gilakan Running Man ni. Tak dapat tengok kat Astro, sambung dekat Youtube (internet). Aku cukup tak faham dengan hobi dia tu. Sehinggakanlah satu hari nan indah nian tu, dia pasang rancangan Running Man depan aku.

Sejak itu, mimpi ngeri aku bermula.

Serius, sepanjang aku tengok rancangan tu, aku gelak tak henti - gelak terguling-guling ( ye saya serius ) dan gelak sambil tekup bantal ke muka. Berair-air mata aku ni tahan gelak. Serius memang best. No wonder, adik aku suka gila rancangan ni.

Dan ------ rupanya, aku memang ketinggalan zaman. Running Man is a phenomena! Dah dua tahun lebih rupanya rancangan ni bersiaran.

Rancangan ni simple -- dia ada misi, main macam kita main polis sentri, cuma misinya berbeza-beza dan lokasi pun berbeza-beza. Memang satu rancangan yang fun, tapi sebenarnya ada banyak juga pengisian -- contoh macam, sifat bekerjasama, bantu-membantu, toleransi dan ada la lagi akhlak mulia yang boleh diambil dari situ. Tapi ada juga la disulam dengan drama pengkhianatan apa segalalah. Penatlah nak cerita, tak aci aku gelak sorang-sorang. Korang kena gelak sekali.



geng yang sangat serasi



Berbalik kepada tajuk aku yang sangat ilmiah tu.

Sebenarnya aku tengok, Korea berjaya dalam usaha mereka mempromosikan Negara mereka. Secara tidak langsung, penonton yang menonton Running Man, akan kagum dengan keindahan tempat-tempat yang ada dalam rancangan Running Man tu.

Untuk memastikan teori aku ni betul, aku google statistik pelancongan mereka. Memang ada pertumbuhan! Kalau ambil dari tahun 2010 ke 2011 sendiri, kadar pelancong tiba di Korea naik 11.3%. Banyak tu tau, lebih kurang pertumbuhan sebanyak 1 juta pelancong yang masuk. 2011 ke 2012, naik lagi 13.7%. Memang berlumba-lumbalah orang nak pergi melancong ke Korea. 

Aku tak tahu la penonton lain, tapi aku -- serius aku kagum. Masa aku tengok rancangan tu, aku boleh terfikir, owh cantiknya bangunan tu, owh tempat macam tu pun ada kat Korea, eh pasar diorang macam tu kan, eh cantiknya decoration macam tu -- macam tu lah aku.

Bila diorang bawa ke lokasi-lokasi berlainan, memang secara sengaja diorang dapat promote tempat-tempat menarik untuk dilawati di Korea. Menjadi betul medium promosi diorang.

Okey, jom kita tengok apa ada kat Korea dan kita cuba tengok apa yang kita ada.

Kalau kat Korea ada  Namdaemun Market


Kita boleh bagi Pasar Siti Khadijah :)


Kalau kat Korea ada 63 Building & Han River Park

 
 Kita boleh bagi KLCC


Kat Korea ada Lotte World Theme Park


Kita boleh bagi Genting Theme Park
Banyak juga Malaysia boleh offer pada pelancong. Dan pelancong bukan bermaksud pelancong asing aje. Kita ni pun boleh dikira pelancong juga. Pelancong Domestik namanya. Banyak lagi tempat dalam Malaysia ni yang kita sendiri pun tak abis explore lagi kan? :)


Malaysia taknak buat Orang Berlari (Running Man yang di-translate) ke?
Boleh juga promote tempat-tempat menarik dalam Malaysia.
Hik hik.


p.s.
termimpi-mimpi pergi melancong ke Korea. 
Haish.













LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...