Nampak tak? Nampak tak? Tajuk pun dah cukup ilmiah. Nampak tak?
Haha.
Okey, jujur aku cakap, dulu aku cukup menyampah dengan adik bongsu aku yang gilakan Running Man ni. Tak dapat tengok kat Astro, sambung dekat Youtube (internet). Aku cukup tak faham dengan hobi dia tu. Sehinggakanlah satu hari nan indah nian tu, dia pasang rancangan Running Man depan aku.
Sejak itu, mimpi ngeri aku bermula.
Serius, sepanjang aku tengok rancangan tu, aku gelak tak henti - gelak terguling-guling ( ye saya serius ) dan gelak sambil tekup bantal ke muka. Berair-air mata aku ni tahan gelak. Serius memang best. No wonder, adik aku suka gila rancangan ni.
Dan ------ rupanya, aku memang ketinggalan zaman. Running Man is a phenomena! Dah dua tahun lebih rupanya rancangan ni bersiaran.
Rancangan ni simple -- dia ada misi, main macam kita main polis sentri, cuma misinya berbeza-beza dan lokasi pun berbeza-beza. Memang satu rancangan yang fun, tapi sebenarnya ada banyak juga pengisian -- contoh macam, sifat bekerjasama, bantu-membantu, toleransi dan ada la lagi akhlak mulia yang boleh diambil dari situ. Tapi ada juga la disulam dengan drama pengkhianatan apa segalalah. Penatlah nak cerita, tak aci aku gelak sorang-sorang. Korang kena gelak sekali.
geng yang sangat serasi |
Berbalik kepada tajuk aku yang sangat ilmiah tu.
Sebenarnya aku tengok, Korea berjaya dalam usaha mereka mempromosikan Negara mereka. Secara tidak langsung, penonton yang menonton Running Man, akan kagum dengan keindahan tempat-tempat yang ada dalam rancangan Running Man tu.
Untuk memastikan teori aku ni betul, aku google statistik pelancongan mereka. Memang ada pertumbuhan! Kalau ambil dari tahun 2010 ke 2011 sendiri, kadar pelancong tiba di Korea naik 11.3%. Banyak tu tau, lebih kurang pertumbuhan sebanyak 1 juta pelancong yang masuk. 2011 ke 2012, naik lagi 13.7%. Memang berlumba-lumbalah orang nak pergi melancong ke Korea.
Aku tak tahu la penonton lain, tapi aku -- serius aku kagum. Masa aku tengok rancangan tu, aku boleh terfikir, owh cantiknya bangunan tu, owh tempat macam tu pun ada kat Korea, eh pasar diorang macam tu kan, eh cantiknya decoration macam tu -- macam tu lah aku.
Bila diorang bawa ke lokasi-lokasi berlainan, memang secara sengaja diorang dapat promote tempat-tempat menarik untuk dilawati di Korea. Menjadi betul medium promosi diorang.
Okey, jom kita tengok apa ada kat Korea dan kita cuba tengok apa yang kita ada.
Kalau kat Korea ada Namdaemun Market
Kita boleh bagi Pasar Siti Khadijah :)
Kalau kat Korea ada 63 Building & Han River Park
Kita boleh bagi KLCC
Kat Korea ada Lotte World Theme Park
Kita boleh bagi Genting Theme Park
Banyak juga Malaysia boleh offer pada pelancong. Dan pelancong bukan bermaksud pelancong asing aje. Kita ni pun boleh dikira pelancong juga. Pelancong Domestik namanya. Banyak lagi tempat dalam Malaysia ni yang kita sendiri pun tak abis explore lagi kan? :)
Malaysia taknak buat Orang Berlari (Running Man yang di-translate) ke?
Boleh juga promote tempat-tempat menarik dalam Malaysia.
Hik hik.
p.s.
termimpi-mimpi pergi melancong ke Korea.
Haish.
Saya memang ikut RM.
ReplyDeleteTak tengok kat tv.
Saya memang tunggu sub every week.
Hahaha.
RM tayang kat Korea hari Ahad malam. Isnin malam saya dah tengok streaming English subs :D
tak sabar tunggu RM berlokasikan malaysia
ReplyDelete