Tabungan

13 July 2013

Dah lama tak menulis

Sekarang ni jam 4.38 petang hari keempat kita berpuasa dalam bulan Ramadhan. Nazri tengah tidur. Kesian dia, baru balik kerja. Saat orang lain berehat dekat rumah pada hari Sabtu, dia pula kena bekerja. Tunggu barang masuk dalam stor.

Erm. Jemputlah membeli-belah di prettyqalesya.com ya. :)
Setakat ni, hot item ialah Shawl :)

Kalau prettyqalesya.com bertambah maju, bolehlah Nazri berhenti kerja. Tumpukan perhatian pada business.

InshaAllah. Amin.

Dah lama aku tak menulis, kan?

Bukan apa, bila masuk bulan puasa ni, aku mula teragak-agak nak menulis. Kang salah tulis kang, kurang pula pahala puasa hik hik. Dah la amalan yang ada pun lebih kurang saja. :)

Bercakap tentang penulisan yang menyakitkan hati, sebenarnya ada beberapa kategori haha. Pada akulah kan. Pada kau orang, entahlah.

Kategori yang pertama - dia tak tahu pun tulisan dia boleh buat orang kecil hati.
Ini sebenarnya banyak kali terjadi. Dan orang yang jenis macam ini, selalunya jenis orang yang 'dia seorang aje betul orang lain salah'.
Haaa. Orang macam ini sebenarnya hanya nak menyuarakan pendapat dia saja. Dia tak rasa pun nak bash orang lain. Masalah mungkin timbul bila cara dia menyampaikan pendapat tu -- salah. Penyusunan ayat pula 'tak nak kalah'. Yelah. Dah 'dia sorang aje yang betul'. Orang lain pula, bila baca terus terasa. Walaupun kadang-kadang tulisan tu tak ada pun mention nama sape-sape. Tapi sebab dah banyak sangat makan petai, tiba-tiba terasa.
Jadinya, yang tukang tulis tu pun sebenarnya tak salah apa pun. Nak menyampaikan pendapat aje pun.

Kategori yang kedua - memang tujuan dia nak bash orang.
Orang macam ini, hati kena kental. Sebab selalunya orang macam ini, dalam penulisan dia akan mention terus nama orang yang dia nak bash. Orang macam ini sebenarnya ada dua jenis gak. Satu - yang memang tahu apa dia nak tulis, apa yang nak dihujahkan. Dua - yang jenis 'aku sorang aje betul yang lain salah'.
Aku kalau membaca, memang suka gerakkan otak dengan membaca blog orang yang suka bash orang, dan dia tahu apa yang dia tulis. Sebab bila dia nak berhujah balik, dia ada point nak sangkal. Ni macam orang nak pergi lawan debat la. Dia dah ada point-point untuk dibahas. Orang ni cakap macam ni, dia balas macam tu. Orang cakap macam tu, dia balas macam ni. Walaupun hujah tak seberapa, tapi well prepared.
Kalau orang yang jenis kedua -- buat bahan bacaan aku sajalah. Baca -sengih - geleng kepala (sebab kesian dia memperbodohkan diri sendiri) - klik pangkah (tutup blog). Tapi, wa cakap lu, orang-orang macam ni, follower dia ramai, dan ramai yang tukang kipas -- tak tau kenapa.
Dan kenapa pada awal aku kata kena kental? Sebab, orang lain akan bash dia balik. Siap bawak kaum. Bawak geng. Bawak sekutu sekufu. Tujuan hanya satu. Hanya satu. Untuk bash balik. Ready aje ler der.
Kalau kental, dia teguh.
Kalau tak kental? Roboh.
Kalau Bikers Kental? Itu boleh tonton dia Astro First. Untuk melanggan sila ke channel 480.

-- pause --


Kategori yang ketiga - pakai tulis saja.

Macam aku lah. Aku pun tak tahu sama ada tulisan aku akan menyebabkan orang berkecil hati atau apa.

Lagipun, aku rasa, blog aku takde sape rajin baca pun.

Haha.

Salam Ramadhan.
Ingat, lidah lebih tajam dari pisau.
Keyboard lebih tajam dari pedang.
Aumm!!


P.s - tengah nak mengkhatam video Mat Lufhti. Ingat nak buat Vlog jugaklah. Siapa setuju??!! Angkat tangan!! Oke tak nampak. Drop ajelah komen kalau setuju. Haha.



P.s lagi - Quran kau taknak khatam ke ta?



Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas segala pandangan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...