Tabungan

Showing posts with label koir. Show all posts
Showing posts with label koir. Show all posts

06 February 2014

benda yang kita suka!! KOIR!!

bila lepak bersama kawan-kawan yang kita suka, masa akan berjalan dengan sangat laju laju dan laju.

its been a while, sejak kami berkampung beberapa jam sehari untuk praktis koir.

terus terang aku cakap, geng koir KPK/TM adalah yang the best. semua gila. semua sporting. susah senang memang kami bersama. hancur menyanyi. kena marah dengan cikgu siti. best. memang best. walaupun kena marah. hehe.

dapat luang masa menyanyi dengan geng koir, serius buat aku release tension.

untuk semua geng koir, serius mak suka lepak dengan uolls! aww!!

Isnin nanti kita buat yang terbaik kay!!








01 March 2012

siapa nak jadi Ahli Koir Kebangsaan

nah.
mak malas nak cerita panjang.
tadi mak buat iklan ni untuk opis.
tapi mak malas nak edit lain untuk u olls.
kira halal je la yer.

sila sila ke ujibakat ni ya.
bawaklah adik ka.
bawaklah kakak ka.
bawaklah abang ka.
atau bawak diri sendiri ke ujibakat tersebut.

ha.nah.hee.



oke u olls.
selamat berjayaaaaaaa!!


05 December 2011

Kaitan banjir 02122011 di Kajang dengan aku!

Jumaat lepas.
Sangat meng-ujakan buat aku.
Sebab hari kejadian untuk ber-koir dengan gumbira.
Dipimpin Cikgu Vokal terkenal, Cikgu Siti Hajar, siapa tak ter-uja kan?

Koir kami dapat dijayakan dengan baik.
Menteri pun seronok.
Itu yang paling penting.
Siap janji akan bagi kami kot seorang satu.
Bukan kot hitam.
Tapi kot berbunga-bunga.
Boleh kot.
Hee.

Layan sikit gambar.

ini anak buah Cikgu Siti Hajar merangkap cikgu yang BANYAK membantu kami. terima kasih cikgu shima dan cikgu hanim :)

ini tuan punya blog yang ke-gembira-an hehe

ini kawan koir  mak yang cantik - linda

hari raptai bersama Cikgu Siti Hajar

posing jangan tak posing 

hari kejadian bersama Cikgu Siti Hajar

guys with Cikgu Siti Hajar

majlis berakhir pukul 10 pagi lebih kurang.
sekali lagi mak nyatakan disini....... mak suka BERKOIR wahhhhh!!!


tapi sudah habis koir, sila sambung kerja.

petang, pukul 3, mak ada mesyuarat.
mesyuarat habis pukul 6 petang.

balik bilik, tengok kat handphone, dah berderet missed call dari encik suami.
mak telefon semula dan katanya 'sila berhati-hati, kajang sudah banjir, semenyih banjir sikit'.
mak ok-kan saja.
terus siap-siap pulang.

sampai kat highway LEKAS, exit Semenyih, jalan dah start jem.
dari exit dah jem!!
tak pernah-pernah jem gitu.
aku pun terus jalan straight.
dalam kepala aku, nak ikut alternatif, ambik exit semenyih satu lagi.
extra satu tol nilai RM1.10.
apa ada kisah, janji cepat.

tapi......................
sampai exit Semenyih satu lagi.
jem jugak.
lagi jem kot.

aku pun buat satu kerja yang tak pernah-pernah nak di-buat.
dalam fikiran aku, ada satu jalan lagi.
tapi jauhhhhhhhhh.
cuma aku fikir, kalau betul semenyih banjir, jalan yang satu lagi ni memang takkan lalu tempat yang banjir.

contohnya gini.

wah siap buat peta. ameekkaww!!

tapiiiiiiiii....
jalan tu jauh.
mak kena masuk Nilai dulu dan masuk jalan lama ke Semenyih.

tapi. itu saja pilihan yang ada kan kan kan.
jadi mak terus pecut ke Nilai.

sampai exit Nilai, jem jugak!!
punggah.
masa tu dah la mak rasa nak terkencing segala!!
jenuh segala ayat mak dah baca.
nak bagi tenang sikit hati.

lepas aje tol.
jalan memang clear.
mak terus pecut jalan lama balik semenyih.

sekejap saja.
dalam 15 minit dah sampai area Semenyih.

haduyai.

memang gila la hari mak Jumaat lepas.

jap lagik, mak nak cerita hari Sabtu mak pulak.

mak nak buat kerja jap.

:)

19 April 2011

antara GLEE, KOIR dan aku.

GLEE.
  
cerita ni pasal orang nyanyi2 dan suara diorang sedap2 belaka terutamanya si Rachel ni. kekadang teringin gak jadi Rachel nih.


walaupun kekadang ngada sikit, tapi suara dia ampun sedap. dan sangat suka tengok expression muka dia masa nyanyi. sangatlah 'feel'.. boleh katakan, kalau tengok dia nyanyi masa citer GLEE, masa mandi mulalah nyanyi semua lagu yang dia nyanyi. awww. macam sedap la konon. wakakaka.

tapi yang bestnya, dia selalu dapat solo. yelah suara pun sedap. haruslah solo kan.

si Mercedes ngan Tina pulak , suara pun boleh tahan, tapi jarang dapat solo kan.





sebab si Rachel ni lah. pandai melobi kan. tapi masih, bila diorang menyanyi sangat2 lah sedap, dan sangat2 lah nampak bersatu dan padu kan kan kan :))

******
KOIR.

macam yang aku cerita dalam entri terdahulu, aku masuk KOIR kan kan kan.

Cikgu Siti Hajar, Cikgu Rima dan Cikgu Glen yang ajar kami. sangatlah best. 


so, bila tengah sibuk2 berkoir ni, tetiba la teringat time aku koir masa kecik2 dulu. masa tu darjah 6. memang ligat aku berkoir. sampai peringkat daerah. baju polka dot ungu pink. ada head band. lipstick and blusher merah gila. dan time tu aku dapat part 'suprano'. ala suara cam Ning Baizura tu. kiranya memang aku student favourite cikgu Koir. papehal tiru wanita. papehal tiru wanita. owh berlagak diva giler hahahaha. 
tapi serius sangat best.
mami ngan ayah pun selalu bagi sokongan.
bila ada pertandingan, mami ngan ayah mesti datang bagi moral support gitewwwww. aww.


tapi sekarang??

******

AKU.

huhuhu. koir kali ni, tak dapat part suprano.
maka, terlepas banyak part best2. sedih :((
dah habis serius dah berlatih :((
tapi tak dapat gak suprano.
sampe satu part, aku dah rasa malas nak nyanyi, sebab rasa cam tak diperlukan dalam koir tuh.
huhu. tapi takpe lah.
*pujuk ati*
asalkan dapat nyanyi ngan Cikgu Siti, Cikgu Rima dan Cikgu Glen.
asalkan dapat timba pengalaman belajar nyanyi sudah.
asalkan dapat baju free sudah.

wakakakakaka.


p.s.
huhu.
:((



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...