Sangat meng-ujakan buat aku.
Sebab hari kejadian untuk ber-koir dengan gumbira.
Dipimpin Cikgu Vokal terkenal, Cikgu Siti Hajar, siapa tak ter-uja kan?
Koir kami dapat dijayakan dengan baik.
Menteri pun seronok.
Itu yang paling penting.
Siap janji akan bagi kami kot seorang satu.
Bukan kot hitam.
Tapi kot berbunga-bunga.
Boleh kot.
Hee.
Layan sikit gambar.
ini anak buah Cikgu Siti Hajar merangkap cikgu yang BANYAK membantu kami. terima kasih cikgu shima dan cikgu hanim :) |
ini tuan punya blog yang ke-gembira-an hehe |
ini kawan koir mak yang cantik - linda |
hari raptai bersama Cikgu Siti Hajar |
posing jangan tak posing |
hari kejadian bersama Cikgu Siti Hajar |
guys with Cikgu Siti Hajar |
majlis berakhir pukul 10 pagi lebih kurang.
sekali lagi mak nyatakan disini....... mak suka BERKOIR wahhhhh!!!
tapi sudah habis koir, sila sambung kerja.
petang, pukul 3, mak ada mesyuarat.
mesyuarat habis pukul 6 petang.
balik bilik, tengok kat handphone, dah berderet missed call dari encik suami.
mak telefon semula dan katanya 'sila berhati-hati, kajang sudah banjir, semenyih banjir sikit'.
mak ok-kan saja.
terus siap-siap pulang.
sampai kat highway LEKAS, exit Semenyih, jalan dah start jem.
dari exit dah jem!!
tak pernah-pernah jem gitu.
aku pun terus jalan straight.
dalam kepala aku, nak ikut alternatif, ambik exit semenyih satu lagi.
extra satu tol nilai RM1.10.
apa ada kisah, janji cepat.
tapi......................
sampai exit Semenyih satu lagi.
jem jugak.
lagi jem kot.
aku pun buat satu kerja yang tak pernah-pernah nak di-buat.
dalam fikiran aku, ada satu jalan lagi.
tapi jauhhhhhhhhh.
cuma aku fikir, kalau betul semenyih banjir, jalan yang satu lagi ni memang takkan lalu tempat yang banjir.
contohnya gini.
wah siap buat peta. ameekkaww!! |
tapiiiiiiiii....
jalan tu jauh.
mak kena masuk Nilai dulu dan masuk jalan lama ke Semenyih.
tapi. itu saja pilihan yang ada kan kan kan.
jadi mak terus pecut ke Nilai.
sampai exit Nilai, jem jugak!!
punggah.
masa tu dah la mak rasa nak terkencing segala!!
jenuh segala ayat mak dah baca.
nak bagi tenang sikit hati.
lepas aje tol.
jalan memang clear.
mak terus pecut jalan lama balik semenyih.
sekejap saja.
dalam 15 minit dah sampai area Semenyih.
haduyai.
memang gila la hari mak Jumaat lepas.
jap lagik, mak nak cerita hari Sabtu mak pulak.
mak nak buat kerja jap.
:)
muka kawan tu sekali jeling macam tiz zaqyah~~he~~
ReplyDeletebestnye mak boleh main koir-koir. hehe
ReplyDelete