Di mana-mana agensi, pejabat kerajaan, badan-badan berkanun, bank, kedai tayar, kedai buku mahupun syarikat angkut sampah sekalipun, masalah pekerja suka ambil Cuti Kecemasan adalah perkara biasa.
Walaupun istilah Cuti Kecemasan itu sebenarnya untuk Cuti yang benar-benar menCEMASkan, namun tetap, pekerja masih suka ambil EL. Selalu bila cakap tentang Cuti Kecemasan, yang selalu ambil Cuti Kecemasan selalunya adalah pekerja sokongan. Tapi itu dulu.... Jangan terkejut, sekarang ini pun, dah ada boss-boss yang sukaaaa ambil Cuti Kecemasan juga. Malah kadang-kadang mereka sendiri keliru, patut ambil Cuti Kecemasan atau ambil Cuti Sakit saja? Opss. No comment.
Dan, satu kajian telah dijalankan, ada pola yang seragam dalam pengambilan Cuti Kecemasan. Selalunya, Cuti Kecemasan paling tinggi diambil pada hari Isnin atau hari Jumaat. Kenapa hari Isnin dan hari Jumaat? Kerana hari Isnin kita ada Monday Blues dan simptom terlajak tidur. Kenapa hari Jumaat, kerana kita ada Saturday Night Fever dan simptom balik kampung sehari lebih awal.
Alasan-alasan untuk Cuti Kecemasan pula semakin hari adalah semakin kreatif. Tetapi alasan yang paling banyak digunapakai ialah anak sakit. Kadang-kadang, dah tak dapat nak beza sama ada betul atau tidak anak sakit. Takkan nak minta laporan doktor pula kan? Lagi alasan yang glamer ialah, atok/nenek/makcik/pakcik/ meninggal. Yelah, takkanlah pejabat rajin sangat nak pergi siasat pakcik/makcik mana yang meninggal.
Pengambilan EL yang berleluasa telah menyebabkan sesiapa sahaja yang mengambil EL akan dipandang senteng, hina dan keji. Betul kata orang, kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Hanya kerana seorang yang suka ambil EL, orang-orang lain yang benar-benar perlu ambil EL turut dipandang senteng.
Tapi kita perlu ingat, kita ini manusia biasa. Setiap hari, kita takkan menjangka apa yang akan terjadi. Kita takkan tahu apa yang Dia dah susun untuk kita. Kalau benar-benar kita ada urusan yang penting perlu kita lakukan pada hari tersebut, apa boleh kita buatkan. Perlu jugalah kita selesaikan.
Macam anak sakit, kalau anak kita betul-betul sakit, takkan kita nak pejam mata saja. Memanglah kita perlu bercuti dan jaga anak kita. Kenapa? Kau nak jaga ke anak orang kalau anak tu sakit? Tak kan? Mestilah diri sendiri yang nak tengok anak sendiri baik sihat sembuh segala kan. Tapi itulah, hanya kerana orang-orang yang biasa EL dan bagi alasan anak sakit, orang lain yang sekali-sekala cuti sebab anak sakit ni terkena tempias.
Pendek kata, berbaik sangkalah sekiranya rakan kita EL. Kalau dia menipu pun, itu urusan dia. Kita ni kenalah berbaik sangka.
Owh. Lupa nak beritahu.
Aku EL hari ni. Tayar pancit. Kreatif tak alasan aku? Aaa..jangan buruk sangka. Memang tayar aku pancit.
Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha.
Sent from my Nokia 3310
isu panas juga EL ni kat ofis aku :p
ReplyDeletesila pandang hina pada aku juga..sebab aku suka EL...EL ni makanan bagi ibu2 beranak kecil..tapi apakan daya...bos2 tak pernah paham baik lelaki waima perempuan..so kalo tak suke orang EL..cari la staff bujang, anak dara tua, janda tiada anak kerja..atau pun buat rules..sile berhenti bila mengandung!
ReplyDeleteDato' Omar...sila bagi cuti tanpa rekod 14 hari menjaga anak sakit!!